CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, May 25, 2010

BUATLAH DAKWAH......


Keningau digemparkan dengan kedatangan Ratu Gelek, Inul pada 30 hb Mei ni,SAMPAI DIBUAT bantahan supaya konsert tersebut CANCEL...alahai...tak berapa lama sebelum tu kena buat perarakan kereta berhias pulak, depan masjid!!! Sejak pukul 5petang dah ada org yg buat 'pengorbanan' menunggu perarakkan berlangsung..jalan ditutup oleh polis trafik, sehingga menyukarkan org yg nak solat kat masjid...macam takde tempat lain nak buat perarakan...dah tu pasang muzik dan lagu serta hon kereta pula kuat2 time org tengah solat...alahai.....sekarang pulak nak diadakan konsert Inul pulak....macam tak serik2 dengan tragedi Ribut Greg dahulu.....hmmmm...

Nak cakap apa pun tak guna...inilah natijahnya bila dakwah tak dibuat.....bila dakwah tak dibuat ijtimai', perkara batil dengan sendirinya akan datang, samada dalam bentuk konsert ataupun perarakan....bila dakwah dibuat perkara batil akan hancur....tapi tak ramai yg tahu..tak ramai yg tahu kemuliaanya sebagai UMAT AKHIR ZAMAN asbab perantaraan DAKWAH ni Allah muliakan dia sebagai umat Nabi SAW..dan tak ramai yg bersyukur Allah telah jadikan dia sebagai Umat Nabi SAW...

Daripada pergi konsert, jom kita pergi perhimpunan org islam (Jhor) seluruh Borneo 31hb Mei hingga 3Jun ni yg diadakan di Bingkul, Beauford...lagi besar menafaatnya....saudara2 kita dari beberapa buah negara datang seperti Indonesia,Fillipina, Brunei, Labuan, sarawak dan beberapa negara lain akan datang.. Ulama2 kita pun akan datang dari beberapa negara utk bagi nasihat dan penerangan tentang usaha agama (dakwah) dan kepentingan iman dan amal dalam kehidupan...Maksud sebenar jhor ni bukanlah setakat kumpul2, makan minum dan bersurai..tetapi bertujuan utk bentuk jemaah untuk dihantar ke seluruh alam buat dakwah....

DEMI ALLAH, HANYA DAKWAH SAHAJA AKAN DATANG NUSRAH DAN BANTUAN ALLAH PADA UMAT INI....BUKAN DENGAN KEKUATAN YG KITA ADA, EKONOMI YG KITA ADA, KEPANDAIAN MAHUPUN SENJATA YG CANGGIH...
BACALAH KISAH SAHABAT R.HUM...BACALAH KISAH SAHABAT R.HUM..

Monday, May 24, 2010

CINTA..


Apa itu cinta? Ada apa dgn cinta?...
Pabila ditanya pasti ada yg mengatakan, “cinta itu sukar nak diterangkan,cinta itu universal, tak kurang juga yg cakap cinta itu buta..”. Cinta itu sejenis perasaan terhadap seseorang,sesuatu sehingga gila bayang? Daripada cinta terbitnya rindu..rindu pada kekasih? Rindu pada harta? Rindu pada kedamaian? Mungkin….? kekadang cinta membuatkan org hilang kewarasan akal, hilang pertimbangan, hilang tumpuan dan hala-tuju...

Apa bukti cintamu?

Lautan api direnangi, gunung didaki, hutan dijelajahi? Tak kurang ‘kuserahkan segalanya padamu’..sampai tergadai maruah? Sanggup mati kerana cinta…sanggup bunuh diri kerana kekasih kahwin lain? kekadang, dengar lagu jiwang kat radio mengalir air mata...terkenangkan seseorang..menangis hiba dan meraung...sampai penuh baldi dgn air mata..

Subhanallah…hebatnya cinta….namun apalah gunanya cinta kalau tak berbalas…kadang2 syok sendiri sebab org yg digilai belum pasti punya perasaan yg sama. Perasan!! Sampai ‘frust’ menonggeng…alahai..

Alangkah hebatnya hanya cinta pada Allah….cinta yg hakiki…cinta yg PASTI berbalas…cinta hanya padaNya…Allah azza wajalla…pencipta kita..yg bagi kita rezeki hari2,walaupun kita langgar perintahNya…Dialah Allah yg mengasihi kita 70 kali berbanding seorang ibu mengasihi anaknya..

Cuba lihat cintanya sahabat pada Allah dan Rasul.. cinta yg terlalu tinggiiiiii….tak seperti cinta laila majnun..romeo dan Juliet…Uda dan Dara….BUKTINYA, sanggup korbankan harta,diri dan masa…hatta NYAWA utk Allah… Kita bagaimana?

Sebab tu dalam usaha atas agama ni, kita belajar utk mencintai Allah, yg selama ini cinta pada dunia dah lama bersarang dalam hati…. Buktinya? Belajar buat pengorbanan harta, diri, masa dan perasaan di jalan Allah.. tinggalkan sebentar HARTA yang dicintai, tinggalkan seketika ISTERI yang dicintai, tinggalkan sebentar ANAK yg dicintai, tinggalkan sebentar KEDUDUKAN DAN PANGKAT yg dicintai…keluar di jalan Allah USAHAKAN IMAN YAKIN….
Ulama Baru minta untuk kita KORBANKAN HARTA, DIRI, MASA UNTUK AGAMA ALLAH saja...belum sampai tahap korbankan Nyawa...kalau sedikit harta yg kita ada, masa yg kita ada dan diri kita sendiri pun belum mampu nak 'DIBERI/DIKORBANKAN' untuk agama, apatah lagi nak KORBANKAN NYAWA???...

KENANGAN SILAM...2

Mengimbas kisah lalu... http://ziarah76.blogspot.com

Selepas membaca posting terbaru Tn Haji Musa Kuala Kedah, teringat pula salah satu kisah zaman belajar dulu. Masa tu baru nak berjinak2 ke markaz, pertama kali dibawa ke markaz oleh sorang ahli keluarga sendiri, tapi lepas dah tau pergi sendiri la.

Kelakar, malu pun ada kalau teringat, saya pernah datang ke markaz bersama dua/tiga helai kertas yang dalamnya berisi soalan-soalan untuk bertanya mengenai kemusykilan berkaitan jemaah Tabligh. Sebenarnya, masa sekitar akhir semester di UIA masa tu, ada member (rapat jugak) yg tak berapa faham tapi berniat ikhlas dan murni meluahkan rasa tak berapa senang bila mengetahui saya sudah ke markaz tabligh. Saya memang respect member tu (sampai sekarang pun).

Masa tu, beliau memang calon ustaz sebagai pelajar lepasan sekolah agama yg seterusnya mengambil jurusan agama peringkat ijazah.Jadi dia memberi nasihat agar berhati-hati, jangan mudah terikut-ikut. Seorang lagi rakan yg tak kurang hebat ilmu agamanya (dia jadi rujukan saya bila blaja bahasa Arab) pula memberi satu surat yang mengandungi soalan-soalan kemusykilan tentang jemaah tabligh yg dikatakan tak berapa betul dan beberapa hal yg dipertikaikan.

Saya jenis tak reti menjawab, al maklumlah masih baru (lagipun memang tak reti pun, saya bukan jurusan agama), tapi saya katakan kpd mereka, mari lah ke Sri Petaling untuk bertanya ustaz-ustaz di sana. Tetapi member tu enggan (segan agaknya) sebaliknya mencadangkan agar saya saja yang bertanya kepada ustaz2 di Sri Petaling.

Disebabkan saya menganggap kemusyilan mereka ikhlas maka saya berasa mahu juga soalan-soalan mereka dijawab supaya hati berasa lapang, lalu pada suatu hari, kertas-kertas yg mengandungi soalan-soalan itu pun saya bawa ke markaz.Dipendekkan cerita, bila dengar bayan markaz... tiba-tiba beberapa point bayan seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri je, entah kenapa rasa tak keruan. Rasa lain macam dengar bayan, menusuk ke qalbu.

Bila habis dengar bayan markaz hari tu..... saya berasa soalan-soalan tu seolah-olah sudah terjawab. Pelik sungguh. Rasa 'macam' dah terjawab walaupun bukan lah bayan itu untuk menjawab kemusyilan senarai soalan-soalan tu.Jadi rasa malas pulak nak diajukan soalan-soalan tu kpd mana-mana ustaz di situ. Kalau diajukan tentu saya berasa malu saja.Sorang member di markaz kata, kalau nak tahu kena keluar lagi dan lagi. Saya sengih je, dlm hati makin bulat tekad nak belajar2 buat usaha agama ni kalau nak tahu lagi.

Bila keluar sikit-sikit jalan Allah, sedikit demi sedikit perkara yg dibangkitkan semakin jelas. Masa first time nak keluar 3 hari, dlm fikiran, "Tak kisah lah apa korang nak kata pasal Tabligh, yg penting kalau aku dapat jaga sembahyang macam diorang dapat buat, tu dah kira untung besar dah."

KENANGAN SILAM...1

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak citer tentang kisah2 rakan2 seusaha kita sejarah penglibatan mereka dalam usaha ni...sekadar nak kongsi pengalaman diorang dgn semua yg datang bertandang di blog ni...entri ni saya amik daripada blog rakan seusaha dlm laman web diorang. Insyallah sekadar perkongsian, bukannya nak cari untung atau dapat tender atau ada 'business'....

KESAH PERMULAAN BAGAIMANA AKU MULA DIBAWA DALAM USAHA AGAMA NABI SAW (caponenkolakedah.blogspot.com)

Bismillahirrohmanirrohim ,

Kesah ini bermula lewat tahun 70an ketika itu aku belajar di Sekolah Menengah Jitra di tingkatan enam rendah . Aku tinggal di rumah sewa bersama empat orang kawan, aku, Ku Abdul Halim, Harun dan Azizan. Rumah sewa kami ditepi sungai , Sungai Korok dalam Pekan Jitra, Jarak rumah kami dengan sekolah lebih kurang 500m dan dari masjid daerah jitra juga lebih kurang 500m, masjid ini sekarang tidak lagi menjadi masjid daerah kerana masjid daerah telah dibina baharu ditempat lain. Masjid ini pernah menjadi markas jemaah tabligh seketika dulu. Kami berempat setiap hari berjalan kaki berulang ke masjid setiap kali solat fardzu. Pada bulan puasa kami tutup dapor dan periuk sebab dimasjid tiap-tiap hari ada kenduri berbuka puasa, jadi makanan itu juga kami simpan guna untuk sahur.

Di Jitra waktu itu ada sebuah sekolah swasta di Lorong Alif, pengusahanya Cikgu Osman iaitu guru saya di SMJ. Disekolah itu ada seorang guru bernama Cikgu Anuar (sekarang kerja dgn TM), ia sudah keluar dakwah selama 4bulan di India, Pakistan dan Bangladesh kalau tak silap tahun 1978. Cikgu Anuar ini dia suka berbual dengan kami dan bercerita tentang usaha dakwah. Kami suka mendengar ceritanya kerana ada perkara baharu yang belum pernah kami dengar, terutama cerita tentang ulamak-ulamak yang membuat usaha agama saperti sahabat nabi saw. Cerita tentang pengalamannya di IPB dan banyak cerita-cerita sahabat yang diceritakan kepada kami. Akhir sekali beliau telah memberi kepada kami kitab “FADZILAT SALAT” kulit bewarna hijau. Inilah detik permulaan kami dalam penglibatan dalam usaha agama Allah swt.

Mula-mula kami disuruh membaca kitab ini satu atau dua hadis selepas solat asar setiap hari, jadi setiap hari kami akan bergilir-gilir membacanya setiap hari selepas asar di Masjid. Lepas itu dia memberi kelebihan kepada kami agar dapat dibaca dirumah sewa kami pula, jadi dengan kitab yang sama, kami bacalah kat rumah sewa selepas pulang dari masjid selepas solat isyak. Kitab ini kami simpan dirumah kami kerana ada suatu ketika kami simpan di masjid ia hilang diambil orang . Perbuatan kami berempat berulang alik ke masjid ini rupanya menjadi perhatian orang kampong disitu dan mereka amatlah suka kepada kami hingga ada satu keluarga tu anaknya dari tak pandai solat jadi pandai dan tidak tinggal solat dan setiap kali pulang kerumahnya mesti ia memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah.

Seterusnya apabila kami sudah istiqomah membaca hadis di masjid dan rumah, Cikgu Anuar mula mengajak kami ke Markas Tabligh yang terletak di Tanjung Pauh lebih kurang 4 Km dari Jitra. Masjidnya waktu itu kecil sahaja, sekarang dan jadi masjid baharu dan besar. Aku dan Ku Abd Halim menyahut ajakan terus pergi, sementara Azizan dan Harun mereka tidak bersedia untuk pergi ke markas (Sehingga sekarang pun bila aku bawa jemaah khususi untuk ajak mereka buat usaha agama masih juga tak bersedia ) . Cikgu Anuar datang mengambil kami dengan keretanya kemarkas.

Di markas aku melihat satu suasana yang mana orang yang datang kebanyakkanya sudah tua-tua, waktu itu yang aku ingat orang muda, aku, Ku halim dan Khalid yang masih bersekolah, hadir malam markas antara 20 hingga 30 orang. Selepas asar hari khamis di markas , seorang telah diberi tugas untuk memberi adab “Ghast”, dalam ceramahnya aku tak faham beberapa sebutan yang pertama kali aku dengar antaranya ialah “Gasht”, “Bayan”, “Mutakallim”. Amer sab”, “Rahbar” “Tashkil” “Iklan” “Takril””istiqbal”. Aku mendengar penjelasan yang diberi dengan sungguh-sungguh, apabila habis penerangan diberi dia terus bertanya siapa yang nak jadi mutakallim, kemudian rahbar lepas tu,takril dan lepas tu bayan, Tahukah anda setiap kali dia bertanya siapa sanggup nak jadi saperti diatas, akulah orang yang pertama mengangkat tangan menyahut panggilan untuk menjalankan tugas yang mana langsung aku tak faham apa-apa. Aku bersyukur kepada Allah kerana waktu tu Allah telah terima kesanggupan aku untuk menjalankan tugas yang aku tak faham tu sampailah sekarang, Alhamdulillah, sebagaimana ketika aku berusia 10 tahun jemaah tabligh India Maulana datang ke kampong aku di Kuala Kedah dalam tahun 1970, apabila diminta nama untuk keluar 4 bulan aku telah berdiri memberi nama aku, walaupun masih ku ingat waktu itu aku duduk dibelakang sekali dan tidak faham apa-apa , kemudian selepas 10 tahun aku member azam, dalam 1980 aku telah diberi Allah untuk keluar 4 bulan dijalan Allah swt.

Di markas setiap kali program yang dibuat aku kaji dan lihat bagaimana semua orang tak kira tua atau muda semuanya patuh pada satu arahan sahaja daripada satu orang yang dipanggil “amer”. Lepas magrib bayan diadakan, dan aku duduk dihadapan sekali mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan oleh penceramah, yang mana jalan ceritanya menarik, penyampaiaanya bersahaja penuh fikir dan menyentuh hati sanubariku, ceritanya hanya tentang perjuangan nabi dan sahabat-sahabatnya, tanpa ku sedari air mataku bercucuran dipipiku terus kedaguku dan menitis diribaku. (Janggut belum tumbuh lagi, masih muda). Penceramah langsung tidak menyentuh peribadi sesiapa dari kalangan manusia yang hidup atau sudah mati yang boleh menjatuhkan maruah mereka apatah lagi mencela mereka tidak sama sekali, ini amatlah membuat aku kagum, ceramah yang panjang dan tidak satu bentuk humor yang boleh diketawakan pun tidak ada, suasanya penuh kesyahduan. Sebelum inipun aku pernah mendengar ceramah tentang perjuangan nabi dan sahabat dari program lain samada politik atau lain-lain pergerakan, ceramahnya amatlah berlainan sekali tak payahlah aku sebut dimana perbezaannya.
Selepas selesai bayan dan orang memberi nama termasuk aku untuk keluar jalan Allah, solat Isyak , kemudian program tamat dengan bacaan kesah hidup para sahabat nabi saw. Sebelum itu diberi adab tidur cara nabi saw tidur, pertama kali aku dengar dan terus aku amalkan. Selesai semua program tibalah masa makan malam, kami berdua tidak membawa makanan , jadi merekalah telah ikrom kami makan malam, nama yang tidak boleh aku lupa dalam memberi makan ini ialah Allahyarham Bang li, Allahyarham Pak Yob, Allahyarham Hj.sirat Pak haji Awal (capati /roti waktu pagi), Selepas itu setiap minggu kami tidak pernah lepas peluang datang ke markas, samada mereka ambil atau berjalan kaki 4 Km ke markas setiap khamis petang lepas asar, orang yang biasa mengambil kami untuk ke markas ialah Cikgu Yaakob dan Tuan Hj Marwan ( Bendahari UiTM Shah Alam). Hj Marwan yang banyak menasihati kami tentang kepentingan menjaga pelajar dan belajar dengan rajin, beliau merupakan jemaah pelajar dari Malaysia yang pertama keluar 4 Bulan ke IPB bersama Tn Hj Salleh Mubin (T bg Haji), Hj.MOhd Amin (UTM Sekudai), Dr. Khaider (UPM-Fizik pensyarah aku) dan lain-lain aku dah tak ingat nama mereka).

Tahap ketiga adalah mereka mengajak kami keluar satu hari setengah nisab pelajar, Alhamdulillah kami berdua tidak lepas peluang untuk keluar, amer jemaah kami yang mula masa itu ialah Allahyarham Hj Ramli (Bang Li). Aku budak baru belajar pertama kali keluar tetapi aku mempunyai kesanggupan untuk membuat semua perkara yang ada didalam usaha tabligh masa itu, dari khidmat taam sampailah kebayan semuanya aku sanggup buat. Tapi apa yang diputuskan untuk aku buat ialah duduk dalam taklim 4 jam dan kena hafal hadis yang didengar dengan sempurna termasuk perawinya, malam sebelum tidor dalam program muhasabah amer mahu aku hafal 3 doa masnun amalan harian dan dibaca dihadapannya. Apa lagi aku buatlah apa yang disuruh dan Berjaya melakukannya, beginilah setiap kali keluar kena hafal doa kemudian adalah peningkatanya membuat khususi, mutakallim. Khidmat dan semuanya kecuali amer jemaah sahaja aku tak jadi. Banyak doa masnun yang aku amal sekarang pun merupakan dari hafalan tersebut. Sekarang hati dah benak nak menghafal cepat lupa, (Tanda dah tua).

Di sekolah, selepas kami sudah belajar keluar dakwah satu hari maka fikir aku dan Ku Abd Halim dah bertambah. Kami mula fikir bagaimana kawan –kawan sekelas dengan kami dapat mengambil usaha nabi saw, Kelas kami adalah kelas sains, jadi semuanya kaki ulat buku, termasuk Ku Abd Halim ini juga ulat buku, tapi aku separuh ulat buku sahaja, jadi aku tak lepas peluang, nampak sahaja member rehat aku cerita tentang usaha agama pada mereka setiap hari. Dugaan masa itu memanglah banyak , guru-guru pandang serong pada kami, mereka kata kami sesat ikut tabligh India, tapi aku buat bodoh aje, teruskan usaha dengan jostnya . Masa berlalu dengan cepat namun tiada seorang pun dari kawan sekelas yang mahu ikut kami untuk ke markas apatah lagi mahu keluar, tapi aku tetap sabar.

Masa untuk berpisah dah semakin hampir apabila peperiksaan STP bermula, masa inilah kerisauan aku semakin bertambah dan aku luahkan kerisauan ini pada sahabatku Ku abd Halim, kataku “Halim kita dah nak habis belajardah dan akan berpisah, kawan-kawan kita seorang pun tidak mahu keluar di jalan Allah nanti aku takut bila kita mati Allah akan soal kita atas perkara ini, mailah kita buat sesuatu macam mana nak bagi depa ikut usaha nabi saw” kawan aku ini dia slow and steady ,buat kerja dengan fikir.

Aku cadangkan padanya supaya dapat buat perhimpunan kecil di rumah sewa kami dengan melibatkan orang awam untuk memberi penerangan yang lebih baik, setelah bermesyuarat dengan orang markas maka mereka bersetuju untuk datang dan menyediakan sedikit makanan, masa itu peperiksaan STP baru bermula. Aku dan sahabat aku ini setiap kali apabila habis sahaja paper yang diambil kami akan duduk bersama kekawan yang sebuk tengah bincang soalan terus sahaja terangkan kepentingan usaha agama dan ajak mereka untuk hadiri perhimpunan di rumah kami. Beginilah keadaan kami sebuk dakwah ditengah peperiksaan STP yang sedang dijalankan sehinggalah di hari akhir peperiksaan. Hari akhir ini hari yang paling sebuk kerana untuk menuai hasil usaha yang dah setahun dijalankan, akhir sekali dengan kehendak Allah berhimpunlah juga lebih kurang sepuluh orang. Maka penerangan dibuat dan apabila taskil dibuat dua orang telah memberi nama untuk keluar tiga hari. Aku dan sahabatku dah siap untuk keluar 4B jalan kaki dalam negeri. Dua orang yang bersedia keluar 3 hari itu ialah Alaudin dan Ku Halim bin Ku Hamid namanya sama dengan sahabat aku bezanya sahabat aku Ku Abd Halim Ku Taha. Alaudin ini dia hanya keluar 3 hari lepas itu dah tak mahu keluar lagi, sekarang pun aku jumpa dengannya dan ajak keluar 3 hari lagi, dia tak bersedia untuk keluar, sekarang ia jadi guru. Sementara Ku halim Ku hamid ini dia merupakan kawan baik aku, kawan yang selalu buat bising dan merayau, dia telah keluar 3 hari dan apabila pulang dari 3 hari dia mempunyai semangat untuk meneruskan usaha agama, Alhamdulillah apabila dia menyambung pelajarannya di UKM dia menjadi fikirman disana dan orang yang korban, apabila tamat belajar keluar 4 bulan, sekarang menjadi Prof penuh di UiTM Shah Alam Frof Dr Ku halim Ku Hamid, mukanya selalu keluar kat kaca TV dalam program Inovasi.Sudah lama aku tak berjumpa dengannya, kami memanglah sahabat yang paling baik banyak kesah kami (Kalau hang baca tulisan ini hang ingatlah kat aku). Seorang lagi sahabat kami dia tidak datang dalam perhimpunan kerana nak balik Kuala Lumpur, dim Kuala Lumpur dia telah keluar 3 hari, katanya dia memang berminat untuk ikut dakwah apabila mendengan dari kami. Namanya Yusuf bin Said dari Limbang Sarawak, dia sambung pelajar kat UM dan pulang ke Limbang telah mulakan usaha disana, satu masa aku telah keluar 40 hari di Limbang banyak aku telah jumpa karkun hasil daripada usaha beliu, kini Yusuf ada kat Miri.

Tersebutlah kesah aku dan sahabatku Ku Abd Halim kami telah bersiap untuk keluar 4 bulan. Pada Nov 1980 bersama dengan kami lagi 2 orang pelajar namanya Haris dari Jitra dan seorang lagi Aris Awang dari Alor Setar tamat SPM. Kami berangkat ke Kuala Lumpur dan sampai kat Masjid India kami diputus untuk keluar dengan jemaah 4bulan jalan kaki dari Terangganu ke Penanti Puau Pinang. Amer jemaah kami ialah Hj Harun dari Tanah Merah Kelantan. Sebelum berangkat , dimasjid India, Hj Marwan memberitahu kami bahawa kami merupakan orang Kedah yang pertama keluar 4 bulan jalan kaki di Malaysia, masa itu Hj Marwan dah bekerja di ITM Shah Alam.

Alhamdulillah kami selesai keluar 4 bulan dan pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan usaha. Ku Abd Halim dia layak untuk masuk universiti tapi dia menolaknya dan menyambung pelajaran agamanya di Pondok Penanti sehingga tamat pengajian dan keluar IPB setahun ikut nisab ulamak, dan sekarang dia mengajar di Pondok Penanti dan menjadi ahli Syura Markas Penanti. Sementara Aris bin Awang apabila pulang ke Alor Setar sempat keluar 3 hari bersama aku kat Alor Setar sekali dan masuk belajar kat ITM Shah Alam (tidak Habis) pulang kampong aktif dalam PAS dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kedah. Haris pula balik kampong dan membuka perniagaan sendiri, sebuk dan terus tidak keluar-keluar sampai sekarang, lama dah tak jumpa. Sementara aku pula sambung belajar kat UPM menjadi guru, sudah ada tiga orang cucu, sekarang kesihatan pun semakin kurang dan selalu berulang masuk hospital (anugerah Allah swt) tapi Alhamdulillah aku syukur pada Allah walau apapun keadaan aku Allah tetap memberi kebaikan kepada aku dan keluarkan aku 3h dan 40 hari setiap tahun ikut nisab termasuk usaha masturat sampai sekarang dan aku berdoa semoga Allah kekalkan aku dan semua sahabat aku dan semua rakan usaha untuk tambahkan korban dan kekal dalam usaha agama Allah swt.

Jika diizinkan Allah aku akan menulis pengalaman keluar 4 bulan jalan kaki era permulaan jemaah jalan kaki bermula
1) Jemaah pertama dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
2) Jemaah kedua dari Pulau Pinang ke Terangganu
3) Ketiga dari Terangganu ke Penanti (jemaah akulah)

http://caponenkolakedah.blogspot.com/2010/05/mki-masihkah-kau-ingat.html


Wednesday, May 19, 2010

MUAT TURUN BAYAN (amr. file)

Bayan Khidmat, Maulana Hamid
http://www.zshare.net/download/76286950b1fcaa0e/

http://www.4shared.com/account/file/kE0gmo5E/khidmat-mhamid_0.html

Bayan Maghrib, Ustaz Zulqornain
http://www.zshare.net/download/76287048356c5b65/


Karkuzari di India - Satu Keluarga Hindu Memeluk Agama Islam (http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com)


السلام عليكم , Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Karkuzari (laporan) ini disampaikan dalam bayan maghrib di Masjid Kebon Jeruk, Jakarta oleh jemaah Palestin yang khuruj di sana pada 13hb Mei 2010. Saudara Galih Urban menulis karkuzari ini di FB & gambar pula dirakam oleh saudara Lukman Hakim semasa jemaah sedang bayan masturat di tempat mereka (Jakarta).

Pembayan menceritakan bagaimana satu keluarga Hindu telah memeluk agama Islam di India. Kisah ini bermula apabila satu rombongan jemaah Arab yang sedang khuruj di India buat pertama kalinya ke sana. Oleh hal yang demikian, jemaah ini tidak tahu dimana masjid yang menjadi pusat/hub usaha dakwah dan tabligh di tempat itu.Di depan masjid tersebut, ada seorang Hindu yang boleh dikatakan setiap harinya akan berada di situ.

Jemaah ini telah bertanyakan berkenaan arah dan tempat masjid yang hendak mereka tujui kepada orang Hindu ini. Maka dia pun menunjukkan arah & tempat masjid tersebut kepada jemaah. Beberapa hari kemudian, berlakulah ketetapan daripada Allah سبحانه وتعالى, orang Hindu ini telah meninggal dunia.

Sepertimana yang kita ketahui, adat resam bagi upacara kematian orang Hindu ialah membakar jasad mayat. Namun satu keanehan telah berlaku kepada jasad orang Hindu ini. Keseluruhan tubuhnya telah hancur terbakar kecuali tangannya yang digunakan untuk menunjuk arah kepada jemaah itu, tidak sekali-kali terbakar. Walau pun dicuba beberapa kali membakarnya, tangannya tetap juga tidak boleh terbakar. Masih tetap dalam keadaan utuh.

Akhirnya, berita perkhabaran mayat Hindu ini telah sampai ke Masjid Banglawali, Nizamuddin, masjid utama dakwah dan tabligh seluruh dunia. Kejadian ini juga telah dimesyuarahkan oleh para masyaikh/ alim ulama. Setelah beberapa lama, keluarga Hindu bagi si mati ini mendengar dan menghadapi kematian saudara mereka, akhirnya sekeluarga Hindu ini telah memeluk agama Islam dengan kehendak Allah سبحانه وتعالى .

Diantara isi bayan jemaah ini juga adalah dia mengatakan bahawa segala permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hanya boleh diselesaikan dengan perantaraan dakwah menyeru manusia kembali kepada Allah سبحانه وتعالى .

Sebelum berangkat ke Jakarta, jemaah Palestine ini juga telah khuruj 10 hari di Terengganu. Saudara Mohd Faris yang nusrah jemaah ini sempat merakam gambar dan bayan jemaah. Bayan diterjemah oleh Ustaz Yusri Kedah. Pautan..

Tuesday, May 18, 2010

KISAH BENAR!!! MENINGGAL KETIKA DI JALAN ALLAH..http://wirapendang.blogspot.com

Assalamualaikum,





Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.

Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakandia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.

Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan denganberkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuranpengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semesterpanjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.

Wassalam..

Cantik dan Menawan..


Semua org nak cantik..semua org suka jadi cantik..menawan..menjadi perhatian org terutamanya kaum Hawa. Buktinya, terlalu banyak produk2 dan barangan2 dipasaran yg mempamerkan produk2 kecantikan, tak kurang juga wujudnya butik2 kecantikan,salon atau SPA dan sebagainya untuk mencantikkan wajah, termasuk melangsingkan tubuh, haluskan kulit dan macam2 lagi...

Kalau nak jadi cantik semua org sanggup buat apa saja…ber’diet’, bersenam,belanja beribu2. Tak kurang juga ada yg sanggup menggunakan benda2 ‘haram’ sekalipun; pembedahan plastic, botox dan khidmat bomoh misalnya..alahai…bukan tak boleh berhias atau nak Nampak cantik dan menawan, tapi NIAT dan CARAnya macamana? Yelah, kalau dah berumahtangga nak Nampak cantik depan suami SAJA takpelahh…tapi kalau masih BUJANG PERAWAN lagi macamana pulak? Nak ‘tayang’ dgn siapa? Alahai….cantik kat dunia ni sementara saja…umur 17/20 tahun masih lagi mengancam…tapi kalau dah berumur 70-80 tahun??


Ada yg cakap," walaupun seksi, dedah AURAT, tapi HATI saya baik. Saya tak kacau org." Adoyaii..Nabi kan ada bagitahu (lebih kurang mafhum),"dalam jasad manusia ada segumpal daging,kalau baik daging tu,baiklah seluruh jasad,sesungguhnya itulah HATI". Kalau LUARAN dah TAK BAIK, macamana pula DALAMAN boleh jadi BAIK?


Kecantikan sebenar dalam hati..walaupun hari ini orang dah tak pandang lagi dah pun kecantikan dalaman ni, org akan terbeliak bijik mata kalau tengok kecantikkan luaran…potongan badan yg mengiurkan, potongan baju yg ‘tak cukup’ kain, dan sebgainya, itu yg jd idaman…betul lah kata Nabi saw, umat akhir zaman ni Nampak je berpakaian, tapi sebenarnya ‘telanjang’. Terlalu banyak ancaman dalam quran mahupun dalam hadis2 nabi saw tentang wanita yg berhias dan mahu cantik pada pandangan BUKAN MAHRAMnya. Saya taknak sentuh bab quran dan hadis ni, sebab saya tahu SEMUA ORG TAHU MANA YG AGAMA SURUH DAN MANA YG AGAMA KITA LARANG, pokok pangkalnya IMAN…

DEMI ALLAH….dunia ni sangat2 sementara, YAKINLAH…pasti kita akan tinggalkan…kecantikan yg sebenar dan hakiki adalah di akhirat dalam syurga Allah…biarlah kita hodoh kat dunia, tak cantik…org hina….takpe…tak payah ubah suai sana sini, ‘mordifiet’ atau ‘renovate’ sana sini, buat pembedahan plastic ke ape ke…toksahh…jangan cari pasal, cari nahas….



Kat syurga nanti, tak payah pakai AVON ke, pakai make-up 7 inci tebal ke, minum Kacip Fatimah ke Minum Jamu ke, wanita kat syurga berumur 17 tahun, ‘sweet 17’, kecantikan 70kali ganda lebih daripada bidadari paling cantik kat syurga, La’iiba, sampai ‘diorang’ pun jealous…badan dipenuhi ambar dan kasturi, takde dah datang haid atau kotoran, takde buang air besar ke atau air kecil, kentut pun wangi..rambut diperbuat daripada sutera bermahkotakan intan permata, pakai baju sutera 70 lapis berat seperti bulu roma, lebih mahal daripada GUCCI atau LENO , gelang kiri kanan sampai siku diperbuat daripada Lauha dan Luk-Luk, cincin 50 kiri, 50 kanan, satu jari ada 10 biji…kalau dah kahwin, 500 tahun awal masuk syurga untuk dihias oleh 70 ribu bidadari untuk tunggu suaminya. Inilah kecantikkan yang sebenarnya, yg kita tak Nampak sebab kecantikan dunia mengaburi mata zahir dan batin kita….

Wallahu a’lam..

Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009

Kehadiran :
lebih 2 juta orang, 17,000 foreigners dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.

Pesan ‘elders’ (Ulama) :
umat terbahagi kepada 4;
1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
Buat kerja dakwah.
Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
Taubat dan istighfar untuk diri.
Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.
-----------------------------------------------------------------------
Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis:
Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelancongan.Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
Elders (Ulama) putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis perlu ada orang baru.Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah.
Subhanallah!

UMMAT AKHIR ZAMAN

Untuk kejayan manusia Allah tidak bagi dia harta, pangkat, wang ringgit dan kemewahan dunia, tapi Allah bagi agama. Atas perkara ini, allah hantar nabi2 ke dunia utk bagitahu manusia kejayaan dalam agama, taat perintah allah ikut cara nabi yg dihantar masa itu. Setiap kaum yg dihantar dahulu ada nabinya. Setiap kampong, Bandar, kaum ada nabi dihantar utk membimbing mereka utk mentauhidkan Allah. Ada kaum dihantar 2 nabi, malah ada yg sampai 7 nabi sekali Allah hantar untuk bagi peringatan pada kaumnya. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Allah tidak akan azab satu2 kaum sebelum Allah hantar utusan utk bagi peringatan pada mereka. Jika ingkar barulah Allah hantar azab.

Begitulah nabi demi nabi allah hantar sehingglah nabi Muhammad saw, nabi yg terakhir penutup pintu kenabian. Tidak ada lagi nabi dihantar utk ummat ini hingga kiamat walau mcmana keadaan ummat hari ini. Klau kaum2 terdahulu ada nabi allah hantar, hari ini, nabi telah tiada dan telah meninggalkan kita 1400 tahun lebih dah, dan Allah tidak hantar lagi nabi utk bimbing ummat hingga kiamat utk bagi peringatan.. Adakah Allah tidak adil?? Adakah Allah nak membiarkan kita ?? sebenarnya Allah nak bagi kemuliaan pada ummat saw…iaitu diberikan satu tugas yg mana tugas ni tidak diberi pada ummat2 terdahulu, tugas yg hanya Nabi-nabi sahaja yg buat..iaiitu kerja dakwah, mengajak manusia kenal Allah.. walupun pintu kenabian telah tertutup tetapi KERJA KENABIAN telah diletak di atas bahu kita semua ummat akhir zaman.

Hari ini Allah tidak akan hantar Nabi lagi utk bagi peringatan dan ajak manusia pada Allah, tetapi Allah 'hantar' Jemaah2 bergerak ke seluruh alam utk buat perkara tersebut. Kerja yg 'mirip-mirip' dengan kerja anbia, mirip kerja Nabi saw dan mirip dgn kerja Para sahabat r.hum...


Kita bertanggjungjawab untuk sambung kerja ini..nabi tidak akan dihantar lagi , malaikat pun tidak akan datang utk bimbing ummat ini, nabi Isa as pun turun nanti bukan sebagai Nabi tetapi sebagai ummat nabi saw. Inilah mahkota segala kerja..permata umat akhir zaman…inilah kerja/usaha yg membuatkan nabi2 terdahulu merasa cemburu. Ulama bagitahu, di akhirat nanti di belakang ummat ini akan ada pengikut mereka di belakang dan berbondong2 memasuki syurga. Para malaikat penjaga syurga akan ‘complain’ dan nabi2 akan complain, “siapa mereka ini, mereka bukan nabi dan bukan syuhada?” Maka akan diberitahu pada mereka bahawa MEREKA ADALAH UMMAT AKHIR ZAMAN YG BUAT KERJA DAKWAH..

Allah telah pilih kita semua di kalngan roh2 di alam arwah dahulu sebelum Allah ciptakan alam ini, dan roh2 kita telah diasingkan dan dipilih oleh Allah utk dihantar sebagai ummat akhir zaman, sebagai ummat nabi saw..bertuahnya kita.. kita adalah roh yg terpilih di kalangan yg terpilih..!! Namun, ulama bagitahu syarat utk jadi “ummat terbaik” apabila kita buat kerja dakwah. Kita bukan setakat ibadat sahaja seperti kaum2 terdahulu, tetapi kita juga bertanggungjawab utk sebarkan agama, tinggikan kalimah Allah… Bertuahlah kita jika Allah yg Maha Rahim PILIH kita dalam ramai2 org islam kat dunia ni utk buat kerja ni…dikatakan jumlah penduduk dunia kini mencapai 8billion lebih. Dan daripada jumlah tersebut, hanya 1 billion lebih sahaja org islam. Daripada 1biliion org islam tersebut, hanya segelintir sahaja yg Allah pilih untuk buat kerja yg mulia ni..kerja dakwah…betapa bertuahnya kita, jika Allah dengan EhsanNya pilih saya dan tuan2 utk buat Mahkota Kerja ni..sebagai satu kemuliaan…kemuliaan yg Allah beri pada UMAT AKHIR ZAMAN..


wallahu a'lam

Sunday, May 2, 2010

DAKWAH DAN KEMUNDURUN UMAT

“Kenapa jumpa kami. Kami dah islam. Kami dah solat 5 waktu. Kenapa tak jumpa org yg belum ada kalimah?”

Alahai..itulah kadang2 pertanyaan yg timbul masa kita buat ziarah..Tuan2, kita nak amalkan agama 24jam setiap hari. Untuk amalkan agama bukan hanya 5waktu sehari je. Takkan lepas tu beberapa jam lagi nak jalani kehidupan tanpa agama? Agama bukan setakat solat,puasa,haji, dan sebagainya amalan agama, tapi sepanjang kehidupan dari bangun tidur sampai tidur kembali Nabi dah tunjuk untuk amalkan agama. Muamalat,Muasyarat,Munakahat,Ibadiat,akhlak perlu berlandaskan pada agama 24jam. Perniagaan kita, pergaulan kita dengan keluarga, jiran, penduduk kampong, dan sebagainya ada terdapat disitu cara yg Nabi dah ajar untuk amalkan agama. Hatta masuk keluar tandas pun nabi dah ajar. Oleh itu perlu ada usaha supaaya kita dapat mengamalkan keseluruhan agama dalam kehidupan. Dalam Doa Iftitah kita baca “hidupku dan matiku untuk Allah Semesta Alam” BUKANNYA kita baca doa “hidupku dan matiku untuk Allah 5 waktu je.

Sebab tu untuk mengelak kesalahfahaman ini, kena ada usaha. Usaha yg macamana? Usaha yg ulama2 dah bagi tertib yg mudah untuk ummat akhir zaman yg lemah macam saya ni. Semua boleh buat. Semua mampu untuk buat. Semua layak untuk buat. Usaha yg para anbia dah buat dan Nabi SAW dan para sahabat dah buat. Namun, ulama bagitahu, hari ni kita buat dakwah ikut keadaan semasa, ikut cara yg mudah, tak nak susah2. Duduk dalam rumah dalam keadaan selesa, ataupun memikirkan kaedah baru utk berdakwah yg lebih selesa dan sesuai dengan keadaan semasa dan buat cara selain daripada cara yg nabi tunjuk iaitu gunakan harta, diri dan masa di jalan Allah.

Ulama bagitahu ‘Umat hari ini tidak dapat diperbaiki, sepertimana umat terdahulu dibaiki’, iaitu dengan dakwah yg Para Nabi dan Nabi SAW telah buat. Agama datang bukan dengan senang lenang, tetapi dengan susah payah dan pengorbanan. Curahan air mata dan darah.

Cubalah tengok kisah para anbia, sirah nabi dan kisah sahabat. Nabi SAW adalah kekasih Allah, boleh saja Nabi doa supaya Allah amkan hidayat sehingga semua manusia BERIMAN sampai kiamat termasuk pamannya Abu Talib, namun nabi saw sendiri buat pengorbanan atas agama. Sehingga berkat pengorbanan dan susah payah Nabi dan Sahabat hari ini kita dapat Islam secara PERCUMA. Perkara yg dapat dengan PERCUMA maka, kuranglah kita untuk MENGHARGAINYA berbanding sesuatu PERKARA yg dapat dengan JALAN YG PENUH MUJAHADAH, apabila dimiliki akan DIHARGAI DAN DIJAGA DENGAN SUNGGUH2. Sepertimana para sahabat, dengan susah payah, didera, dipukul, malah ada dibunuh untuk pertahankan agama, bagaimana MUTU dan KUALITI IMAN mereka sehingga Allah sendiri IKTIRAF IMAN mereka.

Bila diceritakan tentang bantuan Allah kepada para sahabat kita mengatakan, “ Itu sahabat Nabi, sebab tu mereka dapat bantuan dan nusrah Allah”. Para sahabat dapat bantuan dan nusrah Allah bukanlah sebab mereka adalah sahabat Nabi saw, tetapi mereka mempunyai IMAN YAKIN yg sempurna pada Allah dan berkat KEUNGGULAN IMAN yg mereka ada, bantuan dan pertolongan Allah bersama2 dengan mereka. Hari ini, bila kita buat USAHA ini dengan sungguh2 sepertimana sahabat, pasti bantuan dan nusrah Allah bersama dengan kita. Ulama bagitahu, bantuan ghaib Allah terhadap umat ini jika bangkit bangun buat usaha dakwah dengan sungguh2, adalah 50kali berbanding sahabat!!.

Bila disebut tentang ganjaran “sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya” kita sering kaitkan dengan ‘jihad pergi berperang’ semata-mata, sedangkan ulama bagitahu ianya (berperang) bukanlah maksud. Maksud kita dihantar ke dunia sebagai umat akhir zaman adalah untuk ‘mengajak yg ma’ruf dan mencegah yg mungkar’. Ulama bagitahu MENGAJAK kepada kebaikan (ma’ruf) yg paling afdhal adalah mengajak manusia kenal Allah, dan keburukan/kemungkaran yg paling besar adalah ‘mensyirikkan’ Allah. Semua nabi diutus bukannya untuk berperang malah mengajak manusia untuk kenal Allah. MengEsakan Allah.

Nabi saw sendiri hantar beberapa rombongan/utusan baginda untuk mendakwahkan agama dahulu, ajak mereka dahulu untuk masuk Islam, jika enggan minta mereka bayar jizyah kemudian jika enggan juga barulah nabi putuskan untuk jihad/berperang. Itupun, nabi perintah untuk bunuh lelaki sahaja, dan nabi larang bunuh wanita, kanak2 dan lelaki yg tua/uzur. Sangat jauh bezanya kalau kita katakan ‘pergi berperang’ hari ini, pasang bom dalam badan kemudian letupkan diri. Yang menjadi mangsa bukannya setakat wanita dan kanak2, malah org islam sendiri pun mati, sedangkan membunuh saudara Islam besar dosanya. Orang yg bukan Islam pula, belum sempat kita dakwah dah mati tanpa kalimah.

Dalam usaha ni, ulama minta kita buat pengorbanan/mujahadah sedikit untuk mendakwahkan agama. Bukan setakat dakwahkan agama, tetapi amalkan agama dlm kehidupan. Bukanlah sekali dah keluar 3hari pastu dah jadi alim, dah jadi baik..tidak…ia perlukan masa..sedikit2 dan perlahan2,keluar lagi dan lagi perbaiki iman amal dengan tertib, insyallah, Allah akan bagi mudah dan ubah keadaan kita. Agama yg dibawa oleh baginda Nabi SAW dah sempurna..tak perlu tambah sana sini..dah sempurna..CUMA, agama belum lagi sempurna dalam KEHIDUPAN kita..sebab tu kena usaha atas iman dan usaha untuk amalkan agama dalam kehidupan. Resepinya sama sepertimana yg Nabi SAW usahakan ke atas para sahabat.

Bezanya, usaha yg kita buat hari ni tidak lagi jadi ummumiat. Segelintir saja yg buat, natijahnya, orang Nampak USAHA ni macam pergerakan kumpulan2 tertentu, macam persatuan, sebab semua ummat Islam tidak terlibat secara keseluruhannya dalam usaha ini. Berbeza dengan para sahabat, usaha dakwah ni dah jadi ummum zaman diorang dan tak jadi asing di kalngan sahabat. Hari ni bila kita cerita tentang dakwah, orang akan anggap ganjil, hairan, aneh, asing, jumud, malah anggap dakwah ni yg layak hanya para ulama, ustaz, dan org2 yg pernah belajar kat Al-Azhar je…sehingga org biasa anggap mereka tak perlu buat dakwah.

“buat apa buat dakwah USTAZ kan ada, ULAMA kan ada..”

Alahai, ingatlah apabila dakwah tak dibuat ijtimai’, maka bermacam2lah ‘azab’ Allah yg turun. Azab ni ulama bagitahu bukan setakat gempa bumi, Tsunami atau letusan gunung berapi, tetapi azab/musibah yg paling besar adalah bilamana ummat ini lupa tanggungjawabnya untuk buat kerja dakwah ni. Lihatlah keadaan umat Islam seluruh dunia hari ini…lihatlah di dada akhbar org mana yg sesak di pusat2 serenti dan di dalam lokap kalau bukan org Islam sendiri. Inilah natijah apabila dakwah tidak menjadi umum di kalangan org Islam.

Cuba tengok kisah sahabat dalam ‘Hayatus Sahabah’. Apabila dakwah menjadi ummum dan semua org buat dakwah sepertimana di zaman sahabat, Allah akan am kan hidayat. Sehingga orang yg tak nak hidayat pun Allah bagi juga hidayat. Kisah Ikramah Bin Abu Jahal, apabila ‘fatah Mekah’ (Pembukaan Kota Mekah), Ikramah telah keluar dari Kota Mekah untuk melarikan diri dengan menaiki kapal. Semasa dalam kapal ribut taufan telah melanda dan hampir2 kapal karam. Dalam keadaan tersebut Ikramah berkata kepada Kapten kapal,” Bagaimana aku akan selamat dalam keadaan ini?” Kapten kapal bagitahu,”Ucaplah kalimah Ikhlas”, “Apakah Kalimah ikhlas itu?” Jawab Kapten kapal,”Laa illahaillallh,Muhamadur rasulullah”. Ikramah menjawab,”Sebab untuk lari dari klimah inilah aku melarikan diri,sekarang kamu nak aku ucap pula kalimah ini?”.

Begitulah keadaannya, kapten kapal sendiri buat dakwah sehingga atas kapal, dalam keadaan yg genting pun semua org buat dakwah. Sehingga org yg lari dari hidayat pun mendapat hidayat dari Allah. Begitu juga dengan Hindun, wanita yg memamah hati saidina Hamzah r.a pernah berkata,”Kambing boleh masuk Islam, tetapi saya tidak sama sekali!”. Sampai macam tu sekali pengakuannya, tetapi semasa fatah Mekah, Allah telah berinya Hidayah sehingga org ramai menyindirnya sebab masuk Islam. Katanya,”Bukan saya yang masuk Islam, tetapi Islam yang dah masuk dalam diri saya.” Hari ni, kerana dakwah tidak lagi menjadi ummum, segelintir sahaja org yg buat dakwah,natijahnya org yang dah ada Hidayat pun ingin lari dari hidayah Allah, murtad, tinggalkan solat dan sebagainya. Abu Bakar r.a pernah berkata “Adakah agama akan berkurang zaman aku masih hidup!!?”. Hari ini tuan2, agama semakin berkurang dan berkurang zaman kita masih hidup !! Bayangkan keadaan kita nanti di yaumul Mahsyar apabila tanggungjawab dan hak agama ini ditanya oleh Allah kelak?.Apakah jawapan yg mampu kita beri masa tu?

Wallahu a’lam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails