"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Friday, January 2, 2015
Karkuzari jemaah kluar 40 hari kelantan
Sunday, October 19, 2014
Saturday, October 4, 2014
BILA DAKWAH DIJALANKAN
# Kisah ini di Malaysia
Tuesday, July 22, 2014
MUJAHIDIN AFGHANISTAN-PAKISTAN (IBNU BATTOOTA)
Apa kalian tahu beza mujahidin afghan dgn rakyat arab palestin?Kenapa palestin begitu hebat diseksa,dibunuh,dikecam dan tak menang-menang sedangkan tidak mungkin kalah mujahid yang berjuang di jalan allah atas niat naikkan kalimah allah?Kenapa pula perang di afghan pakistan tidak begitu banyak gambar penyeksaan dan pembunuhan sedangkan di sana negara yang lebih daif dan lebih tiada kelengkapan perang?Apa amalan orang palestin dan apa amalan orang afghan-pakistan?Apa iman dan akidah orang palestin dan akidah orang afghan-pakistan?Kenapa palestin dibunuh sewenang-wenangnya tapi mujahidin afghan-pakistan digeruni eropah dan tak pernah menang lawan mereka?Kenapa palestin berperang tak menang-menang sedangkan israel kecik je tapi mujahidin afghan lawan empayar russia yang besar gile boleh menang tanpa kelengkapan perang?Apa usaha yang dijalankan dikalangan rakyat palestin dan apa usaha yang dijalankan dikalangan rakyat afghan-pakistan?Kedua-dua golongan ini telah aku temui dan bersama mereka berkali-kali sampai aku cukup masak dengan perangai dan keadaan dua pihak pejuang ini...
Sedangkan mereka tak pernah tahu apa usaha kami disini..Apa yang kami tunggu disini..Apa yang kami lakukan disini..Apa yang sedang digerakkan dari sini...Jauh beza dengan ahli keyboard warrior di fb yang cuma lepak depan laptop dan siang malam maki hamun yahudi dan mencela golongan seperti aku tanpa lakukan apa-apa tindakan realiti yang membantu...Takat sharing2,maki2,cela2,kutuk2 lalu merasa diri 'telah melakukan sesuatu' utk palestin maka itu adalah perkara yang perlu diketawakan sekuat-kuatnya....
Seandainya kalam ini difahami.......
Daku melihat pejuang afghan dikepalanya terlilit serban hitam,tanpa baju kalis peluru melainkan cuma vest kain biasa dan seluar mereka di atas buku lali dan cuma berkasut biasa,senjata mereka cuma senjata biasa yang sudah berkarat dan mereka berjubah putih,kebnyakan mereka bermazhab hanafi dari fiqh,bertaoriqat chistiyyah dari segi tasawuf dan berakidah maturidiyyah dari segi akidah dan dari segi dakwah mereka bersama jemaah tabligh,iman dan amal mereka ckup hebat,mereka cuma makan sehari dua kali tetapi ckup kuat tnga mereka,bdn mereka kurus2 tpi bila perang hnya 5 6 org shja dihntr utk hncurkan selori tntera kafir....pertolongan allah thdap mreka jelas hingga media tak berani buat liputan lbih thdap mreka dan apa yg tjadi disana krana tkut org mlihat kebenaran islam....tentera2 malaikat byk mbantu mreka dan mlm mreka dpnuhi tahajud bkn dgn shisha.......jggut mreka lebat kerana mncontohi rasulullah bknnya dicukur spti org kafir dan spti pondan......pd diri mereka tbyg diri para shabat nabi saw....dan akhlak mreka sgt baik,wanita2 mereka berhijab dgn smpurna hingga mata pun xklihatan,masjid2 mereka pnuh dan tiada laungan 'bidaah bidaah bidaah' dimasjid mereka..akidah mereka thdap allah sgt suci dari penjisiman allah dan tidak sma skali mreka mnyamakan allah dgn mkhluk...sgguh mreka adalah pjuang yg sgt aku kagumi yg aku lihat dgn mata kepala aku sendiri....kepada yg pernah smpai ke afghan/pakistan pasti akan membenarkan kata2ku........berbeza dgn di palestin,tidak layak aku komen lbih mlainkan jejak lah sendri di sana dan lihatlah siang mereka dan malam mereka,lihatlah wanita mereka dan aurat mereka,lihatlah masjid mereka dan lihatlah mzhab mereka dan akidah mereka,lihatlah janggut mereka dan pakaian mereka dan tak perlu ku ungkapkan apa2 lg melainkan nilailah sndiri dan fhmilah knpa smpai skrg allah tidak membantu mereka.......
Kepada yg pernah bertemu dgn pjuang palestin dan pernah jejak kaki ke gaza,jujur lah bhwa aku tidak menipu........buktikan lah jika aku menipu..
Aku telah bersama dgn kedua2 jemaah tersebut dan aku lihat dgn mata kepala sndri dan bergaul sndri dgn mereka hingga kini...
Daku dikelilingi pejuang afghan dan daku lihat sndri apa amalan mereka bahkan mereka mngajak daku bersma dlm majlis mereka...sgt berbeza dgn satu lg majlis yg malam mereka cuma dpnuhi judi dan shisha........perjuangan utk agama dan perjuangan utk tnah air itu TIDAK SAMA di pandangan allah..
Bahkan pejuang2 afghan sndirilah yg mngajarku bgaimana nk mnembak..
Msa tahun 2009 sy kt india,sy jumpa sorg pejuang afghan yg sdg lari dari afghan sbb dicari polis tmptan ats arahan amerika..msa tu dia lepak ngn sy dm msjid bangla wali di new delhi..msa tu dia tasykil sy ikut die pegi afghan baiat dgn komandonya tp mesyuarat ptus xbg..hehe klau x,x wjud la ibn batoota dlm fb skrg ni..
Di palestin,yg sbliknya berlaku kcuali sglongan kcil yg bnar2 ikhlas,dsbbkn glongan kcil yg ikhlas ni lah allah kekalkan palestin smpai skrg dan x dihancurkan scara total.....kbnyakan mreka berakidah mujasimmah iaitu menjisimkan allah,mereka beriman allah ada tgn,kaki,muka(akidah wahabiyyah),mereka bermzhab salafi dlm fiqh dan skit2 bidaah2,msjid mreka ksong dan mlm2 mereka suka berjudi smbil isap shisha..tntera2 israel langsung xtkut kt diorg kcuali bbrapa glongan kcil je yg diorg gerun sbb keikhlasan mreka..dan bila dtnya pjuangan ini utk apa,mreka jwb utk tnh air,ini tnh mreka(jd bkn bperang krana nk tegakkan agama allah)...mreka juga ckur jggut2 mreka dan wnita2 mreka bebas bkeliaran tnpa mhram,tnpa purdah ,x kurg juga yg seksi2....palestin bertahan sbb dlm jmaah hamas ada sglongan kcil yg sgt kuat ibdatnya,mreka berperang smbil bca quran dan sgt mnjaga solat mreka..dan mreka ni lah target utama org israel...zionist slalu hntr assasin utk cari org2 hamas yg mcm ni utk dbnuh sbb tu sumber kkuatan org islam palestin..bila sglongan kcil ni dah habis smua..maka sluruh palestin akn hncur...wktu itu barulah tntera mahdi yang berpegang tguh dgn sunnah akan mnuntut bela dan tawan smula palestin kerana allah...insyallah...
Klu perang ngn mujahid afghan,bila dpt brita msuh dtg,komando akn kmpulkan smua ank buahnya dan tnya sapa yg tahajud paling byk,5 atau 6 yg paling byk tahajud akn dihntr sbg jemaah pnyerang utama..5 6 org tu slalunya pergi skjap je dan pulang dgn kemenangan..lori2 tntera kafir hncur kna serang dgn diorg yg cuma 5 6 org...
..syeikh ahmad yasin antra pjuang ikhlas dlm hamas yg mndpt pertolongan ghaib dari allah....
Sbb tu syeikh ahmad yasin cpt2 dibunuh oleh org yahudi..kan sy dh ckp td,dlm hamas ada sglongan kcil yg sgt kuat tawajuhnya pd allah,mereka2 inilah yg menarik tntera malaikat dtg membantu,sbb tu zionist bertungkus lumus hntar assasin utk bnuh diorg2 ni...
cuba lihat btapa waraknya syeikh ahmad yasiin,thjud beliau dan quran bliau sgt hebat,jggut beliau lebat spti yg diajar nabi,berbeza dgn pngikutnya yg kbnyakannya skrg ckur jggut...
knapa media tak berani buat liputan ttg mujahid di afghan dan pakistan....mereka bnar2 ikhlas bjuang krana allah..mreka gnas ktika perang tp sgt berhati mulia dan akhlak baik smpai musuh pun ada yg msuk islam..
enta knal abdullah azzam??kisah dia susah nk carik sbb dirahsiakan media yahudi sbb bliau ialah cth pejuang yg mndpt pertolongan ghaib dri allah..bku2 ttg dia media sekat xdpt dipublishkan dan xdpt di terjemahkan,tp sy sempat bca bku2 dia yg bbhasa urdu dari sorg pjuang afghan ni...
Ahmad Nurulhadi : masa aku di swat, pakistan. aku ada dengan bayan dari tentera taliban di satu surau. tasykil untuk sama2 berjihad dengan mereka. sungguh, perawakan yang diberitahu oleh Ibnu Batoota dari segi jubah, janggut, dan amalan memang betul. Full sunnah dan penuh dengan rohaniat.Berlainan dengan rupa paras orang palestin yang kita selalu lihat di mana2. Sebab itulah bantuan Allah belum juga tiba walaupun perjuangan mereka didoakan oleh berjuta2 ummat islam diseluruh dunia selama bertahun2!Mohon Allah bagi hidayat dan nusrah kepada pejuang palestin yang ikhlas berjuang untuk agama. Amin.
Masa kat madinah pun sy smpt btmu pjuang2 afghan di tmpt psmbunyian mreka,mreka mnymar jd peniaga dan dpt dikenali dgn mudah oleh ahli2nya,msa tu pun diorg tasykil sy ikut diorg jihad tp sy excuse dlu sbb blum hbis bljr(dlm perang,para pelajar agama dikecualikan dari pergi perang,perintah ni ada dlm quran)..pjuang2 tu snyum je dan sruh sy kembali lps hbis bljr nti...
Ahmad nurulhadi yg pernah ke pakistan daerah swat telah benarkan kata2 sy...ada sapa2 pulak yg pernah jejak kaki ke gaza nak buktikan sy menipu?
Bahasa urdu dan pushtur sgt penting utk mengenali pejuang2 afghan...
Berjuta2 derma,berjuta2 rakyat boikot israel,berjuta2 gmbar di share tapi semuanya langsung tak runtuhkan empayar kecil israel walaupun sikit,berbeza dengan russia perang dgn pejuang afghan yang sgt2 sikit,tanpa kutipan derma,miskin tnpa kelengkapan perang,dianggap pengganas,tiada boikot thda russia dilakukan tp rusia kalah teruk walaupun empayar mereka sgt besar bpluh kali ganda dari israel dn snjata mreka lbih hebat dari israel.......
Itu yg sy cuba nak smpaikan...kemenagan umat islam bkn tletak sbyk mana derma n boikot dilakukan,tp sejauh mana rakyat itu berubah kmbli kpd allah dan bertakwa pd allah dan jaga amalan2 wajib dan sunat.....klau sume bangkit buat ni..skjap je israel lenyap...dan percayalah,perkara yang samalah yg akn diperjuangkan imam mahdi kerana apa yg sy katakan ini smuanya telah diusahakan oleh para nabi dan sahabat2 nabi yg telah menang perang hncurkan 2 empayar besar dunia iaitu rom dan parsi...
mereka mmg diwajibkan thjud tiap hari,tp utk serangan utama,dhntr mujahid yg paling byk thjud mlm sblumnya sbb ptlongan allah bsma org soleh bkn org yg xde amal soleh dan cuma yakin pd makhluk spti senjata,kete kebal dll..
Sy ckup knal pjuang afghan krana ustaz2 sy adalah antra pjuang afghan yg perang dgn rusia dlu...wallahualam..
Usaha ats iman dan amal adalah persedian terbesar utk jihad bsama mahdi........
Kalau iman kita ttg makan yakni kita yakin makanan bg kenyang pun blum kita btulkan,mcm mna nk bersama imam mahdi yg nabi gmbarkan tntera mahdi itu iman mreka kuat spti kepingan besi,ckup dgn takbir shja dpt tenggelamkan pulau,dgn takbir shja mreka dpt runtuhkan bgunan...bkn dgn snjata..bkn aku ckp weiii..ni dlm hadis!xkan nabi nk nipu kot!
Mula2 tasykil 3hari,kmudian 10hari,lps tu 15hari,lps tu 40hari,lps tu 2bulan,lps tu 4 bulan,skrg paling tggi 4bulan tiap tahun,smua tu utk persediaan membiasakan diri berada di jalan allah,biasakan diri tinggal ank istri..nti mahdi dtg,dia x mintak4 bulan weih..dia mtk nyawa trus..klu 3 hari pun xleh bg,jgn hrp nk bg nyawa..sbb tu nbi bgtau tntera mahdi ni skit je nti...tgk la kt mrkaz,bpe byk sggup smbut tkza 4 bulan cash tnpa psdiaan?
Org pakistan lak dah kuar setahun bg org awam,thp iman diorg dh tggi jd kuar stahun pun jd tasykilan awam.....sbb tu diorg bila perang xpnah kalah.....apa lg,bg nama la!!!!!
Elok kiranya kita merenung kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas :Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya.Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak mereka." ini bkn sy yg ckp,tp saidina umar yg ckp......saidina umar pun skong status sy..heheheh
sahabat nabi tahajud rakaat ptma je khatam satu quran mcm saidina usman dan tamim dari r.huma lakukan..sbb tu rileks je diorg hancurkan dua empayar terbesar dunia iaitu rom dan parsi....sdgkan ngra islam msa tu kcik je iaitu mekah madinah dan sbhgian bsar jzirah arab..
sy pakai kta2 shbt,pakai kata2 nabi,tp tetap ada yg keras hati xnk trima n kutuk sy xda ilmu,xfhm ilmu dan mcm2 lg...
Itu baru sy crita ttg palestin n afghan...dan ada org ckp ada apa dgn afghan?palestin kn kiblat ptma umt islam?msjid ketiga tmulia bg muslim?ada apa dgn afghan nk kecoh2?apa kalian pernah bca hadis nabi ttg tntera mahdi datangnya dari khurasan?dimana khurasan?khurasan tu kat afghan la pakcik...afghan ialah ngra yg xkan maju smpai kiamat sbb allah nk plihara tmpt tu dari ftnah dajal spti hp canggih2,komputer,tv,internet,fb dan lain2..tmpt mcm ni lah lahirnya tntera2 imam mahdi yg memakai serban hitam dan mbawa panji hitam..pjuang2 afghan sntiasa perang pkai serban hitam...jd ilmu hadis+ilmu sejarah+ilmu geografi sgt penting utk memahami keadaan semasa dan sabitkan ia dgn ramalan2 nabi saw...
Sapa yg bljr hadis tntu biasa dgn nama2 tmpt yg disebut nabi iaitu al-hind(india pkistan bangladesh),khurasan(sparuh afghan sparuh iran),rom timur(turki),syam(syria,jordan,palestin,lubnan),hijaz(arb saudi,kuwait,uae) dan lain2 terminologi yang nabi gunakan ktika itu...kmudian dajal klirukan kita dgn jajah slruh dunia guna tntera british n bhgi2kan negara2 dgn smpadan lalu brubahlah nama2 tmpt tu mnjadi ngra2 kcil smpai org bca hadis org xfhm lg tmpt mna yg nabi maksudkan...
Dan kenapa british dan eropah sngja rmaikan syiah di iran dan knapa bkumpulnya syiah di iran?sbb di iran juga berkongsi wilayah khurasan..dlm hdis sbut tntera mahdi dtg dari khurasan,jd mreka nk tipu umt islam yg knonnya mreka lah yg dmksudkan nabi....sbb tu mreka sntiasa pakai hitam sb dlm hdis nbi gmbrkan tntera mahdi ni bserban hitam n bawa pnji hitam..jadi smua tu utk kelirukan umat islam bhwa knonnya syiah adalah agama yg bnar sbb knonnya mreka ni tntera mahdi,bila dh jd tntera mahdi,tntulah mereka di pihak benar..jd mreka tipu kita dgn cara cmni..jadi jgn sskali fkir tntera mahdi dtg dari wilayah khurasan yg dlm jajahan iran,tp yakinlah ia dtg dari wilayah khurasan jajahan afghan..atau mgkin juga dtg dri wilayah iran tp yg pnting tntera tu bkn syiah laknatullah..
media sngja bruk2kan afghan knonnya wanita mreka ditindas,sbb dlm dunia ni,muslimah yg paling mulia dan paling bhati teguh dan paling mnjaga aurat ialah wanita2 afghan n pakistan...klau nk tau mreka dtindas ke x,pegi la tgk sndiri...korang akan takjub dgn smgt mnjga aurat diorg....org2 mcm ni lah yg allah syg,skali mreka angkt snjata,hancur berpuluh2 lori tentera kafir..
klau ikutkan sjrah,org yahudi adalah yg paling mudah skali utk dibnuh dan ditewaskan dlm perang,sjak zmn dlu lg bani israel ditindas dan lemah,tp skrg mreka kuasai kita bkn sbb mereka kuat,tp sbb kita tgglkan sruhan allah lalu allah hkum..lihat smua tmpat yg mna muslimnya ditindas mcm palestin,bosnia dan rmai lg,lihat apa amalan mereka,lihat btpa bebasnya pmpuan mreka,lihat btp rosaknya akidah mreka..jd allah dtgkan tntera kafir utk hkum mreka..ini bntuk hkuman dri allah,sy bkn ckp ksong,ini ada disbut dlm hadis..
dan dari smua tulisan2 sy sjak dlu,sbb tu sy ni agak syadid(ketat,tiada kelonggaran tnpa darurat) bila mnympaikan agama trutamanya bab aurat,knapa sy dkwah pmpuan jd bidadari,jgn bhias dan sbgnya,krana sy sgt khuatir allah akn hntr org kafir smbelih org malaysia....
byk lg rahsia2 dari hadis yg sy kira blum smpai msanya utk dismpaikan krana umat blum bsdia...klau asyik bgtau je,nti umat hnya akn cari info dan syok sdri tp xde apa2 tndakan..apa lps korang bca ni smua korang tmbah thjud korg?btmbh bcaan quran?btmbah zkir?jga solat jmaah?smkin mnjga aurat?klau blum..nmpk sgt kita blum bsdia...cuma skdar mncari info..
ada juga byk hadis ttg al-hind iaitu mrujuk kpd india,pakistan,bangladesh..dan kaitannya dgn jemaah tabligh knapa muhaddis2 dan ulama2 tabligh mtk ahli2nya keluar ke ipb(india,pakistan,bangladesh)......smua tu ada dlm hadis...juga ada hadis ttg ahli tareqat yg slmtkn umat dari bala,ahli zikir yg cuma mkn zkir mreka sbb sume mknan dlm dunia jd syubhat kerana dajal..dan mcm2 lg...
Sy bkn org tabligh,tp sy suke org tabligh,sbb ust2 sy sumenye org tabligh,org tareqat dan org jihad..kdg2 sy ikut gak diorg kuar sehari,dua hari...
Mujahid2 dari afghan lah yg akan bkumpul utk slamatkan palestin nti slpas umat islam palestin dh xleh lwn lg..bdsrkan hadis yg sufyan paste tu...“Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya(baitulmaqdis).” (HR At-Tarmizi)
Mujahid dari khurasan(afghan) xpnah kalah wpun mskin,xde bntuan derma,xde klngkapan snjata wlaupun lawan dgn tokey senjata iaitu russia n amerika bdsrkan hadis yg sufyan paste gak iaitu.. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun”(HR Ibnu Majah)
Bila mujahid2 dari afghan dah mula bergerak mnuju ke palestin,itu petanda besar yg imam mahdi dah nak keluar bdsrkan hadis tu jugak..tp kita masih dpan fb n maki2 yahudi tnpa buat apa2 n bajet bagus sna sni...
-ibnu batoota-

Thursday, July 10, 2014
Ketakutan Israel...
Satu kelemahan israel yg paling ketara. Seorang ulama pakistan, Syeikh Maulana Tariq Jamil menyampai pengalaman dakwahnya ketika pergi berdakwah di Jordania.
Ketika di Jordania beliau telah pergi ke perbatasan Jordania-Israel. sampai di daerah perbatasan, rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil menunaikan solat subuh di salah satu Masjid yg berada di perbatasan tersebut,selesai sahaja menunaikan solat subuh, Syeikh Maulana Tariq Jamil tiba2 melihat seorang tentera israel dari luar sedang melihat kearah dalam masjid.
Setelah melihat lalu tentera israel berlalu pergi. Maka Syeikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera israel dan bertanyakan apa yang dilihat sebentar tadi,
"Saya ingin melihat berapa jumlah orang islam yang hadir solat subuh di masjid,"kata tentera israel itu. Syeikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya,"kenapa.?"
Dia pun menjawab "Didalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah dimasjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat,maka saat itu israel akan hancur..Allahhuakbar.
Sekarang lihat keadaan Solat Subuh di tempat kita masing2..perkara asas iaitu solat sebagai tiang agama sudah runtuh bagaimana dapat bantuan Allah..PERSOALAN yang penting :
1. APA USAHA KITA SUPAYA TIANG AGAMA (SOLAT) DAPAT DITEGAKKAN?
2. APA USAHA SUPAYA MENARIK ORG DATANG KE MASJID?
yang lebih menyedihkan,ORG YG BUAT DAKWAH PULA DICEMUH.. ORANG YANG MENGAJAK KEMASJID PULA DICEMUH..DIHINA OLEH ORG ISLAM SENDIRI...
#Pray4Gaza
Monday, June 16, 2014
USAHA DAKWAH DI PALESTIN
Bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh bisa berlangsung di negara Israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang Arab di Palestina diancam dan disiksa dengan keras oleh orang Israel sementara di
Palestina terdapat 5 markas?
”Orang Yahudi adalah pakar dalam soal kitab samawi termasuk Al-Quran dan Al-Hadits Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mendapat bantuan Allah SWT dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal diberantas dan disiksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu” , Suatu ketika, beberapa tabligh jamaah sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentara yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menodongkan senapan mesin mereka ke arah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah ditekan tetapi apabila diarahkan ke atas, peluru bisa keluar tetapi apabila ditodongkan kembali ke arah jemaah peluru tidak keluar, bila diarahkan ke arah lain peluru
keluar. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan Israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.
Kawasan Hebron, betul-betul dalam tembok. Ada seorang dari ahli jamaah yang belakang rumahnya pintu dapur menghadap ke tembok. Menurut mereka, di sana, walaupun mereka berada dalam kepungan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat Islam yang benar-benar amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat-Masturat yang usaha atas iman dan amal serta tutup aurat dengan sempurna, bila akan diadakan pemeriksaan, maka tentara Yahudi lelaki jangankan memeriksa para masturat, pandang pun tidak mau. Sebaliknya, mereka suruh tentara perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat-masturat yang tutup aurat dengan sempura dan beriman amal ikut cara Nabi saw, walaupun mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) sendiri akan larang tentara yahudi dari coba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tidak di sentuh lansung. Jadi, semua penyelesaian kesusahan, hanya ada dalam iman dan amal saja.
Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentara Israel di Palestina. Amir jemaah telah dimasukan ke dalam kantor pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mereka ke Palestina, adakah mau melawan Israel…?
Dengan tenang amir jamaah menjawab, tidak, kami tiada bawa apa-apa, hanya bawa peralatan tidur dan memasak saja, kami ke sini utk sampaikan kalimah
Lailahaillah Muhamadarasullullah.. lalu pegawai Israel itu pun memperlihatkan sesuatu dari komputernya lalu menunjukan layar komputer tersebut kepada amir jamaah. Pegawai itu bertanya lagi, adakah anda mengusahakan 6 point ini..? Yaitu
6 sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jamaah… yaitu ( kalimahThayyibah, shalat khusyu’ dan khudu’, ilmu dan zikir, ikhlas niat, ikram muslimin, dan dakwah ) amir dengan penuh keheranan berkata, Ya, kami usahakan atas sifat-sifat ini tetapi bagaimana kamu tahu. Pegawai itu menjawab, kami
telah lama menyelidiki tentang golongan kamu, jika semua umat Islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa……Ini hanyalah beberapa karguzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini adalah sesuatu yang hak, bukan
sesat atau bid’ah yang divonis oleh segelintir orang. Jika kita masih ragu, shalat Isthikharahlah dan berdoa jika ini jalan yg bathil maka musnahkanlah jalan usaha ini, jika benar, berdoalah semoga kita semua juga diberi hidayah oleh ALLAH untuk membuat usaha agama ini.
Wednesday, October 9, 2013
KARKUZARI JEMAAH KE YANGON(BURMA/MYANMAR)1964
Jemaah mereka pernah keluar di Yangon, Burma(sekarang Myanmar) beberapa tahun lepas ( tak ingat tahun bila dorang pegi, lambat sampai )...sampai di sana,dah masuk waktu Asar, semua org berkumpul di masjid sampai penuh kat luar-luar dan tangga2 sekali penuh..Jemaah Malaysia hairan, apa majlis yg sedang berlangsung sampai PENUH masjid? Jemaah tanya dengan org sebelah, dan org tu bagitahu mereka sedang bersiap utk solat Asar berjemaah...SUBHANALLAH...solat Asar macam solat Jumaat!!! Bukan waktu asar je, 5 waktu solat berjemaah macam solat Jumaat, termasuk solat subuh...sedangkan Negara bukan Islam...jemaah bagirahu lagi, walaupun penduduk Islam masa tu cuma 20% je, tetapi Ekonomi semua org Islam pegang (berbeza tempat kita..huhuhu)...pindah masjid lain pun macam tuuu juga!!! 5 waktu Solat sebijik macam solat Jumaat...Allahu Akbar...
Salah seorang Jemaah tanya dengan satu org tua di situ dalam umur 70-80an,"apa usaha yg dibuat sehingga wujud suasana yang macam ni?"...Org tua tu pun mula la flash-back...katanya," kami AMBIL pengajaran pada apa yg berlaku dengan kami tahun 1964 yg lepas....BEGINILAH KISAHNYA...
Ada Jemaah Dakwah (Ulama) dari India datang ke tempat kami...masa tu takda org yg datang Solat 5 waktu berjemaah..kalau ada pun sedikit sangat datang...Jemaah tu pun buat ziarah/khususi dengan org2 islam keliling masjid masa tu..mereka selalu kata,"TUAN-TUAN...HIDUPKAN LAH MASJID TUAN-TUAN...AJAKLAH ORG DATANG UTK IMARAHKAN MASJID..."kami pun cakap,"INSYA-ALLAH...."mulut kata Insya-Allah, hati Allah je tahu, kata Org Tua tadi...hari berikutnya pun mereka merayu lagi,"TUAN-TUAN,HIDUPKANLAH MASJID TUAN-TUAN....,"sekali lagi kami jawab,"INSYA-ALLAH...". Kemudian apabila jemaah hendak berangkat pergi, salah seorang Jemaah berkata kepada kami, "Hidupkanlah Masjid Tuan-tuan...sebab saya rasa kalau "HUJAN NAK TURUN, SAYA DAH BOLEH RASA GERIMIS MULAI TURUN"..kami pun tak paham apa maksud kata2 jemaah tu...
Tak Lama SEBULAN selepas tu, ASKAR2 dah tunggu dengan senapang di depan pintu rumah kami, dan semua HARTA2 kami menjadi milik KERAJAAN ...undang2 MASA tu HARTA RAKYAT adalah HARTA KERAJAAN...semua harta2 kami dirampas..kecuali ada rantai dan gelang emas isteri2 kami yg selamat dan itulah yg kami gunakan utk beli makanan utk dimakan oleh keluarga...SEJAK hari tu kami mulai faham apa maksud Jemaah "KALAU HUJAN NAK TURUN, SAYA DAH BOLEH RASA GERIMIS MULAI TURUN"..Seorang alim dalam kalangan telah kumpul semua orang dan bagitahu,mulai hari ini kita JANGAN sibukkan diri kita dengan usaha DUNIA kita dulu...kita sibukkn USAHA AGAMA kita dulu...mulai hari tu, kami bentuk jemaah dakwah keluar...buat ziarah, ajak org datang masjid...sehingga setelah 10 tahun kemudian Allah telah datang kan sedikit demi sedikit apa yg telah dirampas drpd kami dahulu...sehingga masjid hidup dengan amalan,solat berjemaah penuh seperti solat Jumaat, dan EKONOMI ORANG ISLAM yg pegang....SUBHANALLAH...
PENGAJARAN UTK KITA SEMUA
BIASANYA, kalau sesuatu benda tu HILANG DARIPADA kita barulah kita akan menghargai..TUAN2,nikmat KEAMANAN DAN KESELAMATAN YG kita kecapi ni daripada ALLAH...KALAU KITA SYUKUR ALLAH AKAN TAMBAHKAN NIKMAT, KALAU TAK AZAB ALLAH AMAT PEDIH..JADI UTK SYUKUR MARILAH SAMA2 BUAT USAHA UTK KEMBALIKAN ORG PADA MASJID DAN AMAL2 MASJID..BANTU AGAMA ALLAH...
Saturday, September 7, 2013
Sunday, February 24, 2013
Thursday, October 4, 2012
KARGUZARI JEMAAH KE RUSSIA-MONGGOLIA
Monday, January 9, 2012
IJTIMA SABAH 2012
Maksud/tujuan ijtima bukanlah nak kumpul ramai2 dengar bayan drpd ulama2, pastu dah habis ijtima masing2 balik goyang kaki..tetapi maksud ijtima adalah untuk keluarkan jemaah untuk buat usaha agama seberapa banyak yg mungkin ke seluruh alam...sepertimana maksud umat akhir zaman ini dihantar oleh Allah...
Tugas2 dan zumindar setiap markas dah pun diagih-agihkan kepada setiap markas2..Halqa Keningau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Ta'am Elders (Masyaikh2) dan Foreign seperti tahun2 yang sudah. Walau bagaimanapun, Markas2 yg lain boleh hantar orang untuk diletak dalam mana2 28 syukbah yang telah dimesyuaratkan seperti istiqbal, khemah, ta'am umum, kebersihan, keselematan, tandas, air dan lain2.
Apa yang penting ditekankan ialah Usaha sebelum, semasa dan selepas ijtima.. ada beberapa perkara yang disentuh terutamanya amalan sebelum ijtima (ini yang sempat aku catit la) :
1. USAHAKAN SUPAYA MASJID/SURAU HIDUP 24 JAM
Rakan2 usaha dan orang tempatan/awam libatkan mereka untuk usahakan masjid hidup dengan amalan 24 jam. Bahagikan masa/syif bergilir-gilir, tasykil org datangke masjid mengikut masa yang mereka sedia. Hidupkan masjis dengan amalan DAKWAH, TALIM, SOLAT (TERMASUK SOLAT SUNAT), BACA QURAN, ZIKIR, DOA DAN KHIDMAT. Buat amalan di masjid, makan dan tidur di rumah...
2. HIDUPKAN RUMAH DENGAN AMALAN MASJID
Libatkan isteri supaya ada fikir yang sama dan risau yang sama. hidupkan rumah dengan amalan DAKWAH, TALIM, ZIKIR/IBADAT DAN MESYUARAT HARIAN. Minta juga Ahlia (isteri) untuk doa kejayaan ijtima, solat hajat/tahajud dan puasa supaya Allah mudahkan Ijtima.
3. USAHAKAN ORANG ISLAM 100% SOLAT
Lelaki yg mukallaf jumpa dan pujuk utnuk solat berjemaah di masjid, wanita pula solat dirumah. Buat door-to-door untuk jumpa setiap orang islam di Mahala masing2. perkara ni tak mustahil...Sri Langka dah buat, hasilnya kehadiran solat subuh sama dengan solat jumaat sedangkan Sri Langka bukan negara Islam.
Dinasihatkan juga supaya Jumpa semua orang, orang khawas (golongan atasan), ulama, termasuk OKU dan bagitahu mereka tentang Ijtima. Semua orang Islam boleh datang dan dijemput datang, supaya orang awam pun ada kesedaran bahawa dakwah ini pun tanggungjawab mereka bukannya tanggungjawab kumpulan2 tertentu, jabatan agama atau 'Tabligh'...mudah-mudahan usaha kita yang tak seberapa ni dipandang oleh Allah dan jadi asbab hidayat seluruh alam sampai kiamat...AMIIIINNNN
Friday, January 6, 2012
KARKUZARI BRAZIL
Ramai org Tanya tentang karkuzari jemaah Ke Brazil…aku tak berapa dapat detail tentang karkuzari tu Cuma adalah sikit2 yg aku Tanya dengan Ustaz Abdullah…Tahun lepas (2011) Jemaah daripada Markas Beaufort bergerak di Brazil…tak silap Ustaz Abdullah amir shab dia…ringkasnya kebanyakan orang Islam di sana terdiri daripada orang Arab yg menetap di sana dan usahakan keperluan diorang di sana..beli tanah kat sana dan buat macam2 bisnes…pertanian, perniagaan dan lain2..termasuk buka PUB atau kelab malam…pendek kata saudara2 kita sana lebih kepada kehidupan cara Barat…tuan2 pun sedia maklum…
Undang2 di Brazil lain sikit dari tempat kita..lain macam mana??? Gadis2 yang dah berumur 17 tahun ke atas dah diberi kebebasan untuk buat hubungan seks dengan lelaki..kalau ada orang yang menolak ‘ajakan’ mereka boleh kena denda atau penjara..satu kes jemaah dari Pakistan kuar sana, ada gadis minat kat dia,tapi ahli jemaah tu takk nak dan pendek cerita masuk balai…
Jemaah keluar 4bulan, tapi dapat buat usaha dalam 2bulan ja (kalau tidak silap) termasuk Sao Paulo tempat yang ada patung besar atas bukit tu.. belanja di sana boleh tahan juga…kalau nak pindah route/masjid lain boleh sampai 5-10ribu!!!sebab pengangkutan sana mahal lebih2 lagi guna Euro..Tapi takpe..seringgit belanja di jalan Allah kena balas 700ribu… Selain Brazil jemaah ada juga bergerak di Uruguay.
Sepanjang jemaah kat sana ada sorang Paderi yang mengawal 2 Gereja di sana telah masuk Islam selepas melihat pergerakan jemaah ulaik-alik di gerejanya…belum dakwah lagi tu..baru gerak lalu kat gereja ja, itu pun beli ta’am (bekalan makanan).. selain tu 200 orang telah Berjaya diIslamkan dengan izin Allah…SUBHANALLAH….Paderi tu bagitau, apabila dia melihat pergerakan Jemaah dia teringat seperti apa yang dia telah belajar daripada kitab2 yang dia pelajari tentang keadaan orang islam..ada janggut, pakai serban, pakai jubah…sehingga timbul dalam hatinya,”INILAH ISLAM…”
Apabila hendak tangguh, orang tempatan/karkun2 di sana berat untuk melepaskan jemaah pergi kerana mereka sangat2 perlukan jemaah kerap di sana…apakan daya kita dah bagi masa mengikut kemampuan kita lagipun masing2 ada keperluan di tanahair... kalau dapat lebih banyak lagi jemaah dibentuk dan dihantar ke sana…orang2 di sana kehausan dengan agama, Cuma mereka tak tau nak salurkan pada tempat yang sepatutnya…
Apabila kita bergerak, barulah kita akan Nampak keadaan umat ini macam mana..kalau kita setakat dalam masjid saja, kita takkan tau keadaan umat di luar sana..barulah dapat timbulkan risau dan bergerak… Nabi bagitau lebih kurang, “TIDAK SEMPURNA IMAN KAMU KALAU KAMU TIDAK MENYAYANGI SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU MENYAYANGI DIRI KAMU SENDIRI”.
InsyAllah, kita azam dan doa supaya Allah hantar kita ke seluruh alam untuk sampaikan dan tinggikan kalimah Allah....
Markaz Brazil:
A Aziz Alinani, Imam, Centro Islamica, Ax W-5 Norte, Brazil. 55-11-278-6789
P/S : sekarang jemaah Beaufort, bergerak di Auztralia 2Bulan, jemaah Maulana Ibnizam.
Monday, September 26, 2011
BAYAN SEMASA MESYUARAT NIZAMUDDIN
( LAPORAN/KARKUZARI USAHA DI MALAYSIA ) azharjaafar313.blogspot.com
BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT 18/9/2011
http://www.4shared.com/audio/zs8EF0o8/2011-09-18_byn_subuh_m_ahmad_l.html
HAYATUS SAHABAH MAULANA SAAD 18/9/2011
http://www.4shared.com/audio/RsA6xOf6/2011-09-18_hyts_shbh_m_saad_CU.html
BAYAN MAGHRIB MAULANA IBRAHIM 19/9/2011
http://www.4shared.com/audio/rE_ggr1f/2011-09-19_byn_magrib_m_ibrahi.html
BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT 20/9/2011
http://www.4shared.com/audio/C4KaGItC/2011-09-20_byn_subuh_m_ahmad_l.html
BAYAN AKHIR DAN DOA 20/9/2011
http://www.4shared.com/audio/0aAX5qUc/2011-09-20_byn_akhir__doa.html
*huhuhuu....dengar bayan dan karkuzari pun jadilaaa...sedih Allah belum pilih untuk duduk dalam MESYUARAT di sana...belum layak lagi..masih banyak dosa dan 'dunia' dalam hati...
Friday, March 25, 2011
KARKUZARI : PENSIANGAN DAN PAGALUNGAN
PENGANGKUTAN :
Jalan Darat – Keningau ke Pengkalan Salong : RM30 seorang
JALAN DARAT, KENINGAU-SALONG
Jalan Air – Pengkalan Salong ke Pensiangan : RM250 per bot
Masa : ±2 ½ jam
Jalan Air – Pengkalan Salong ke Pagalungan : RM100 per bot
Masa : ±1jam




BIL. KELUARGA/RUMAH ISLAM :
Kg. Salinatan, Halqa Pensiangan : 2 keluarga (menurut org kampong )
Pengerusi Surau : Tn. Hj. Andikin
- Orang Islam keluar ke pekan Nabawan, termasuk pengerusi surau sekolah. Surau berkunci dan jemaah tunaikan solat zohor (qasar) kemudian berpatah balik ke Pagalungan.
AMBIL WUDHU
SOLAT DI TEPI SUNGAI, PENSIANGANKg. Logongon, Halqa Pagalungan : 10 buah keluarga islam
Pengerusi Surau : En. Junaidi.
- Jemaah berada di sana selama 3 hari dan berpindah ke Pengkalan Salong selama sehari.
Halqa Salong : lebih 40 buah keluarga Islam.
Pengerusi Surau : En. Mukat@Abdul Rahman.
Ustaz : Hamidi dan Mali
- Semasa jemaah berpindah bersamaan dengan Hari Jumaat, dimaklumkan oleh pengerusi surau bahawa sudah lama tiada Solat Jumaat walaupun bilangan orang islam melebihi 40 orang. Dahulu pernah dibuat sekali, itupun tak mencukupi org. Kalau nak solat Jumaat atau buat apa2 program, mesti tulis surat untk dimaklumkan, termasuk solat Hari Raya. Jadi, setahun hanya 2 kali sahaja org datang ke surau untuk Solat (istigfar)…
- Mahala2 (masjid/surau) dalam Halqa Salong :
1. Tinanduk : majority islam, tapi tiada surau (pengerusi ,Agus Perisa)
2. Kg. Sikait : 1 keluarga islam,Ust Abd Karim(hafiz)
3. Kg. Simolombom : 2 keluarga islam, En. Mali Lungsu
4. Kg. Kuyoh : 1 keluarga Islam
5. Kg. Singkaluan : 2 Keluarga, En. Angkaut
6. Kg. Sinikaluan : 2 keluarga
7. Kuala Salong : 11 keluarga
8. Pengkalan Salong : 3 keluarga
9. Kg. Balantos : 5 keluarga
10. Kg. Tikandis : 1 keluarga
11. Kg. Agis : 14 keluarga
12. Kg. Sabulu : 3 keluarga
Sunday, August 1, 2010
MAYAT TAK REPUT
Oleh Tuan Haji Musa Kuala Kedah
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi.
Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.Inilah kesah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.
Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampas an yang berpatutan oleh kerajaan yang dipersetujui oleh mereka. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai, ia akan bina jambatan, bila melalui tasek ia akan bina jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi ia akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong, pendek kata apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya ia tak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga apa sahaja halangan datang jangan elak diri tapi terus maju macam k/api).
Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan kubur. Kubur ini akan diubah ketempat yang baharu. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan, arahan mufti , untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan diubah. Seluruh kawasan di kelilingi dengan tali dan dikawal oleh anggota polis, sesiapa tidak dibenarkan masuk kecuali orang yang berkenaan. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.
Tersebut kesah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipandahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang dekat, dia telah memohon kepada mufti, warisnya diganti dengan sahabat baik arwah suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat arwah suaminya ini memang baik dengan arwah semasa dia sehat, sakit dan bila meninggal dunia dialah juga yang mengurus jenazah arwah suaminya, mendengar ini mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, arwah dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.
Beginilah ceritanya, satelah kubur dikorek alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila dilihat kain kafan yang menutup arwah masih elok tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazah, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baharu dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut.
Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum.Selepas peristiwa ini sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.
Berbalik kepada kesah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah”Arwah dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan, Arwah ini dijabatan/pejabatnya memanglah seorang yang dikenali disemua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya.
Dia peramah suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang, tapi masa itu arwah tidak amal agama, tidak kenal solat, puasa dan perintah lain, yang dia kenal dan diamalnya hanya larangan Allah sahaja. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula ikut dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali, dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat Nasuha, semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang direzai oleh Allah swt. kemudian dia ambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari, walaupun isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar dakwah, kemudian selepas beberapa tahun tahun berikutnya dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh. Satelah pulang dari khuruj 4 bulan, arwah telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya, dengan satu alasan yang tidak munasabah, tetapi arwah redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk bela diri.
Jadi arwah pasrah dan untuk mencari rezeki memelihara anak dan isterinya, arwah telah memulakan perniagaan kecilan berniaga air mainuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Tetapi usaha dakwah tidak ditinggalkanya terus aktif membuat usaha di kampongnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehingga sampai satu masa ketika arwah dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina “hai awak sudah jadi ustaz ka sekarang”.
Dengan penuh gembira arwah menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu dizaman jahiliah, mereka bertanya khabar dan satelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah pada arwah. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya tapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu juga kawan cina ini menghulurkan padanya duit RM2000.
Dipendek cerita kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh arwah, beliu telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerjanya pula disambung semula. Dengan wang tersebut arwah telah mendaftar untuk mengerjakan farzu haji bersama isterinya , selang beberapa lama Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga. Kita merancang Allah juga yang menentukan semuanya, dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya, sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah arwah telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia.
Semuga Allah mencucuri rahmatnya pada arwah dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin. Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.
Diambil dari blog Tuan Haji Musa Kuala Kedah
Wednesday, July 14, 2010
AUDIO BAYAN JEMAAH DUBAI DAN MINI JHOR KENINGAU
1.BAYAN JEMAAH DUBAI, MUTRJM BAI ALI
http://www.4shared.com/file/b6MNQ0Kf/Bayan_Jemaah_Dubaimutarjim_Bai.html
2.BAYAN MINI JHOR KENINGAU, MTRJM AMIR MUHAMMAD
http://www.4shared.com/file/x7ejKonK/Mini_Jhor_KeningauMutarjim_Ami.html
3.BAYAN MASTURAT, MTRJM USTAZ HARRIS
http://www.4shared.com/file/x_l67z5z/Bayan_MasturatMutarjim_Ustaz_H.html
Tuesday, June 22, 2010
JOR KL,11-13 Jun 2010 dan JOR Qudama 13-14 Jun 2010 (http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com)
LINK BAYAN TELAH DIBUANG ATS SEBAB TERTENTU. HARAP MAAF DAN HARAP MAKLUM. LINK BAYAN BOLEH MUAT TURUN DI : http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com
Da’wah adalah penyelesaian masalah infradi dan ijtimai. Allah SWT telah berfirman, “Siapa yang lebih baik perkataannya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal sholeh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya akan terwujud dengan menyatukan da’wah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan tetapi penjelasan dan penegasan bahawa da’wah itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang baik. - Maulana Muhammad Saad
Monday, May 24, 2010
KENANGAN SILAM...2
Selepas membaca posting terbaru Tn Haji Musa Kuala Kedah, teringat pula salah satu kisah zaman belajar dulu. Masa tu baru nak berjinak2 ke markaz, pertama kali dibawa ke markaz oleh sorang ahli keluarga sendiri, tapi lepas dah tau pergi sendiri la.
Kelakar, malu pun ada kalau teringat, saya pernah datang ke markaz bersama dua/tiga helai kertas yang dalamnya berisi soalan-soalan untuk bertanya mengenai kemusykilan berkaitan jemaah Tabligh. Sebenarnya, masa sekitar akhir semester di UIA masa tu, ada member (rapat jugak) yg tak berapa faham tapi berniat ikhlas dan murni meluahkan rasa tak berapa senang bila mengetahui saya sudah ke markaz tabligh. Saya memang respect member tu (sampai sekarang pun).
Masa tu, beliau memang calon ustaz sebagai pelajar lepasan sekolah agama yg seterusnya mengambil jurusan agama peringkat ijazah.Jadi dia memberi nasihat agar berhati-hati, jangan mudah terikut-ikut. Seorang lagi rakan yg tak kurang hebat ilmu agamanya (dia jadi rujukan saya bila blaja bahasa Arab) pula memberi satu surat yang mengandungi soalan-soalan kemusykilan tentang jemaah tabligh yg dikatakan tak berapa betul dan beberapa hal yg dipertikaikan.
Saya jenis tak reti menjawab, al maklumlah masih baru (lagipun memang tak reti pun, saya bukan jurusan agama), tapi saya katakan kpd mereka, mari lah ke Sri Petaling untuk bertanya ustaz-ustaz di sana. Tetapi member tu enggan (segan agaknya) sebaliknya mencadangkan agar saya saja yang bertanya kepada ustaz2 di Sri Petaling.
Disebabkan saya menganggap kemusyilan mereka ikhlas maka saya berasa mahu juga soalan-soalan mereka dijawab supaya hati berasa lapang, lalu pada suatu hari, kertas-kertas yg mengandungi soalan-soalan itu pun saya bawa ke markaz.Dipendekkan cerita, bila dengar bayan markaz... tiba-tiba beberapa point bayan seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri je, entah kenapa rasa tak keruan. Rasa lain macam dengar bayan, menusuk ke qalbu.
Bila habis dengar bayan markaz hari tu..... saya berasa soalan-soalan tu seolah-olah sudah terjawab. Pelik sungguh. Rasa 'macam' dah terjawab walaupun bukan lah bayan itu untuk menjawab kemusyilan senarai soalan-soalan tu.Jadi rasa malas pulak nak diajukan soalan-soalan tu kpd mana-mana ustaz di situ. Kalau diajukan tentu saya berasa malu saja.Sorang member di markaz kata, kalau nak tahu kena keluar lagi dan lagi. Saya sengih je, dlm hati makin bulat tekad nak belajar2 buat usaha agama ni kalau nak tahu lagi.
Bila keluar sikit-sikit jalan Allah, sedikit demi sedikit perkara yg dibangkitkan semakin jelas. Masa first time nak keluar 3 hari, dlm fikiran, "Tak kisah lah apa korang nak kata pasal Tabligh, yg penting kalau aku dapat jaga sembahyang macam diorang dapat buat, tu dah kira untung besar dah."


