CARI DALAM BLOG INI

Showing posts with label fikir iman amal. Show all posts
Showing posts with label fikir iman amal. Show all posts

Thursday, January 6, 2022

Konspirasi ??

Begini....

 Pihak musuh dah kaji islam,dah kaji hukum dlm islam..mreka faham, kalo bagi benda2 haram atau syubahat, org islam tak nak. Kalo hulur B**i org islam tak nak..jadi,1 AGENDA dcipta supaya org islam dgn RELA terima dan makan benda yg Haram,benda yg syubahah..mreka tau, kalo org yg kaki Clubbing,kaki botol,bukan org masjid, mreka tak susah pun nak suruh utk amik benda2 haram dan syubahah, tapi yg kaki masjid,yg ustaz,yg ulama..ini yg mreka target..mreka faham, kalo golongan AGAMAWAN ni suda amik, org2 awam juga akan ikut, " TENGOK, USTAZ PUN AMIK..ULAMA PUN AMIK.." 

Apa yg menyebabkan Abu Bakar r.a Memuntahkan makanan yg dimakan krana bimbang termakan benda syubahah ? 

Ada kisah dlm Kitab Fadilat Amal, d Kota Basrah dhulu ada kumpulan org yg terkenal dgn doa mustajab mreka..mana2 pemimpin/raja2 yg zalim, ckup mreka angkat tangan Dan DOA Kebinasaan, pasti akan dimakbulkan. 

Kmudian pemerintah yg Zalim HAJJAJ telah undang mreka dan jamu mreka makan. Selesai makan HAJJAJ berkata, " SEKARANG AKU SUDAH TIDAK RISAU LAGI DENGAN DOA KEHANCURAN MREKA,SEBAB MREKA TELAH MAKAN BENDA YG SYUBAHAH"..hari ni agak2 pihak musuh takut tak dgn org islam, jika Senjata yg paling ampuh,DOA pun ibarat takda peluru ..Nampak tak, itulah PERANCANGAN MUSUH, atau Bahasa Moden KONSPIRASI pihak musuh utk jatuhkan musuh.

 Ya, perancangan Allahlah yg TERBAEK..Namun, Perangcangan MUSUH yg Diatur dan dirancang dgn Baik dan teratur, Berbanding Perkara KEBAIKAN tapi Tidak Dirancang dgn Baik, org bilang cincai, lebih2 lagi apabila org islam sendri bukan kata nak BANTU/TOLONG, malah mencemuh,mengkritik,mengkondem lagi..bagaimana hendak mendapat bantuan dan Nusrah drpdNYA ?

 Masih ingat peristiwa Perang Uhud ?? Bukannya sahabat ingkar, tapi TERRLUPA dan TERLALAI dan Salah tafsir dgn arahan Nabi s.a.w supaya Jangan turun drpd Bukit Uhud smaaa peperangan.. bagaimana pula dgn umat islam yg DENGAN SENGAJA  tinggalkan Ajaran agama dan Sunnah..

Sebab tu Ulama2 yg dlm Bidang Ilmu Fitan/Akhir Zaman bukan sekadar sembang pasal DAAAAAAAAJJALL , pasal Imam Mahdiii sajja.. tapi juga utk kaji sejarah ttg kjatuhan empayar islam d Spanyol, Teknik dan Perancangan pihak musuh utk hancurkan Islam dr Luar dan dalam, supaya dpt buat persiapan rohani dan jasmani.. tengok bagaimana Org Yahudi telah tanam jutaan pokok Gharqad,mreka yakin dgn sabdaan Nabi walaupun tak nak beriman dgn Nabi s.a.w...Bagaimana dgn Umat Islam sendri ?? Berpada dgn Kedatangan Imam Mahdi dan Turunnya Nabi Isa a.s... agak2 kalo Dajjal dtg bole tolak tak OFFER yg Dajjal bagi? Dajjal offer makanan,keselasaan,harta..sapa ikut dia Bebas ke sana ke sini, boleh Dine-In, bole masuk Premis2,kedai2, bole rentas daerah ,bole melancong...sapa tak nak ikut kena Bunuh, kena bg sekatan2 dan DISUSAHKAN HIDUPNYA ??

Wallahu alam....

PERISTIWA TAUN AMWAS

https://www.youtube.com/watch?v=8VuzVCQE3Tc

Peristiwa Wabak Taun Amwas (full) Kisah Abu Ubaidah al jarrah r.hu dan Umar al khattab r.hu
Crita pasal wabak taun,jangan baca cerita pasal wabak Taun dari depan dan cerita belakang sajja..
Btulkah masa wabak, xda solat bjemaah?
Rujukan: Kitab Hayatus sahabah dan kitab Al Bidayah wan nihayah, tafsir ibu katsir

Bila manusia berdiri di depan Allah dan salahkan syaitan

Syaitan akan kata jangan salahkan Aku.
Walaupun benar aku menggoda kamu, tetapi bukankah dalam masa yang sama Allah telah utuskan rasul yang datang ingatkan kamu.
Kamu dengar cakap aku, mengapa kamu tidak mendengar peringatan rasul.
Maka syaitan akan minta Allah tunaikan janjinya ketika itu, iaitu masukkan semua yang mengikutinya ke dalam api neraka bersama dengannya.
Berwaspadalah.
Untuk elakkan ikut syaitan masuk neraka, tinggalkan perkara yang melalaikan, kerana dengan kelalaian lah yang syaitan akan mulakan godaan terhadap anak adam, dan akhirnya kelalaian itu akan membawa kepada maksiat.
Hentikan hiburan yang melanggar syariat ketika tengah di timpa banjir ini, mulakan dari rumah sendiri, dan istiqamahkan perkara ini inshaAllah.
Semoga Allah pelihara kita daripada azab api neraka.

fb : Muhamad Ilyas Mohd Mydin

Wednesday, January 13, 2021

Wabak

Di zaman Saidina Umar R.A ada wabak yg lebih dahsyat iaitu Wabak Taun Amwas..namun,masjid tetap dibuka..cuma yang berpenyakit dilarang keluar drpd rumah supaya tidak menjangkiti yg lain

Friday, December 4, 2015

GANJARAN 490JUTA

490juta di Jln Allah...

Persoalan ganjaran 700 ribu kali ganda sewaktu bertabligh

Soalan:- Apakah sandaran hadith yang dikemukakan oleh sesetengah saudara Tabligh bahawa ganjaran berzikir di jalan Allah lebih 700 ribu kali ganda. Sesetengahnya pula
mendakwa ganjaran solat adalah 490 juta kali ganda di jalan Allah.

JAWAPAN-Dengan nama Allah, yang maha pemurah, lagi maha pengasihani.

As-salāmu ‘alaykum wa-rahmatullāhi wa-barakātuh. ...Ganjaran yang agung bagi solat dan dzikir di jalan Allah tidak dibuktikan oleh satu hadith sahaja, bahkan ia diambil dari dua hadith yang berasingan.

Hadith yang pertama,

‎مَنْ أَرْسَلَ بِنَفَقَةٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَقَامَ فِي بَيْتِهِ، فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمٍ سَبْعُ مِئَةِ دِرْهَمٍ، وَمَنْ غَزَا بِنَفْسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَنْفَقَ فِي وَجْههِ ذَلِكَ، فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمٍ سَبْعُ مِئَةِ أَلْفِ دِرْهَمٍ" ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ: {وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ} (رواه ابن ماجه)1
"Sesiapa yang berbelanja di jalan Allah, sedangkan dia berada dirumahnya, akan diganjarkan bagi setiap dirham yang dibelanjakannya itu bersamaan dengan 700 dirham. Sesiapa yang turut berjuang di jalan Allah dan membelanjakan untuknya akan diganjarkan bagi setiap dirham yang dibelanjakannya itu bersamaan dengan 700 ribu dirham."  (Sunan Ibn Mājah)

Hadith yang kedua,
‎إن الصلاةَ والصيامَ والذكر يُضاعَفُ على النفقةِ في سبيل الله بسبع مئة ضِعْفٍ (رواه أبو داود)2

"Sesungguhnya (ganjaran) solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan digandakan 700 kali lebih dari berbelanja di jalan Allah." (Sunan Abū Dāwūd)

Kesimpulan, Berdasarkan hadith pertama yang mengatakan ganjaran bagi seorang yang membelanjakan harta di jalan Allah akan digandakan 700 ribu kali ganda dan
hadith kedua pula menjelaskan ganjaran solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan diganda 700 kali ganda daripada ganjaran membelanjakan harta (di jalan Allah).
Jadi, kami merumuskan bahawa ganjaran solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan menjadi 490 juta (700,000 x 700 = 490,000,000)

Namun, perlu disedari bahawa ganjaran ini tidak terhad kepada mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah sahaja melalui usaha jama'ah tabligh,  bahkan ia bersifat umum dan merangkumi sesiapa sahaja yang berjuang di jalan Allah seperti mengembara untuk menuntut ilmu, 'umrah atau jama'ah (tabligh).

Dan Allah Ta'ala lebih mengetahui.

Muntasir Zaman
Pelajar Darul Iftaa USA
Disemak dan disahkan oleh,
Mufti Ebrahim Desai.



WallahuA'lambissawab...
#mida
#khurujfisabilillah

Thursday, March 5, 2015

PILIHAN ....

Non muslim : Tuhan tidak adil,adakah Dia telah takdirkan aku lahir sbg org bukan islam dan masukkan aku dlm Neraka??di mana keadilanNYA?

Polan : sebab tu Allah bagi akal utk kita fikir dan pilih haluan yg betul...

Non muslim : nak pilih macamana,Tuhandah takdirkn aku mcm ni..

Polan : ok...kalo gitu SEKARANG NI KAMU NAK MASUK ISLAM????

Non muslim : mmmmmmmm...........

Pilihan dah ada dan peluang dah diberi..samada nak ambil atau tak jee...

Monday, January 19, 2015

Pergerakan yg sama...maksud yg berbeza

Pergerakan yg sama dgn membawa beg ke sluruh dunia..tapi atas maksud yg berbeza...

satu bergerak utk melancong mencari ketenangan dan kerehatan drpd kesibukan kerja dunia....



satu lagi bergerak utk mencari keredhaan Allah..



ADA SAHABAT BERTANYA KPD NABI,
'IZINKAN AKU BERKELANA '..
NABI BAGITAU (YG LEBIH KURANG MAKSUDNYA
'BERKELANANYA UMATKU DI JALAN ALLAH'

WALLAHU A'LAM

Saturday, January 3, 2015

Salam maulidur rasul

Tidak seperti tuan2, saya lahir drpd keluarga bukan islam...sekian lama baru Allah bagi hidayat...sekarang Allah bagi nikmat IMAN dan ISLAM....dan kita dipersaudarakan atas satu kalimah tauhid.....MAHA BAIKNYA ALLAH DENGAN KITA.....apa pula sumbangan kita terhadap AGAMA YG KITA ANUTI INI???

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Wednesday, December 31, 2014

MUHASABAH TAHUN BARU

Polan A : napa sedih ni?
Polan B : skrang dah masuk       
              2015...semakin dekat kita dgn   
              lubang kubuq...
Polan A : rilek la bro....semasa hidup ni 
              la enjoy dulu...
Polan B : ye la tu.....DUNIA NI SYURGA 
             UTK ORG KAFIR DAN PENJARA 
             BAGI ORG MU'MIN.....ko nak 
             golongan yg mana satu????

Tuesday, October 21, 2014

PERINGATAN DEMI PERINGATAN


RIBUT GREG 1996





PUTING BELIUNG, PANDAMARAN KLANG 2014
(pembetulan,bukan di Bintulu)


BANJIR, TENOM 2014


HUJAN LEBAT DAN TANAH RUNTUH




Monday, October 20, 2014

BURUNG HUD-HUD



Anda, khususnya yang beragama Islam dan Nasrani, pasti pernah mendengar burung hud-hud. Nama burung ini beberapa kali disebut dalam kitab suci Al-Qur’an dan Injil. Dalam literatur perburungan internasional, burung hud-hud disebut sebagai noble hoopoe atau eurasian hoopoe (Upupa epops). Adapun hud-hud bukan nama Indonesia, melainkan nama Arab, karena burung ini memang tidak dijumpai di negeri kita. Selain memiliki kicauan yang menarik, burung ini juga mempunyai keunikan dan keistimewaan terutama dalam mempertahankan dirinya dari serangan musuh atau binatang predator.
BURUNG HUD-HUD ATAU HOOPOE
BURUNG HUD-HUD ATAU HOOPOE
Burung yang memiliki warna bulu yang indah serta jambul unik ini merupakan jenis burung yang memiliki hubungan kekerabatan dengan rangkong atau enggang. Penamaan hoopoe itu juga disesuaikan dengan suara panggilannya yang melengking dengan suara “hoops..hoops..” ( dalam logat Inggris ) atau terdengar seperti “hud..hud..” ( dalam logat Arab) yang jelas dan berulang-ulang.
Secara keseluruhan ada tujuh spesis burung ini yang dikenal di dunia, dan menyebar secara luas mulai dari Eropa, Asia, dan Afrika Utara. Bahkan pada tahun 2008, Pemerintah Israel menetapkan hud-hud sebagai burung nasional mereka.
Mau dengar kicauan burung hud-hud ?

Kelenjar berbau busuk
Ketika merasa terancam, burung ini akan menyemprotkan kotorannya ke mata binatang yang mencoba menyerangnya. Inilah uniknya, si hud-hud akan membalikkan tubuhnya dan mengarahkan pantatnya ke hadapan musuhnya. Jika strategi ini  tidak berhasil, atau tidak mengenai sasaran, maka hud-hud akan menyelimuit tubuhnya dengan bau yang sangat busuk.
Aha, tentu saja burung yang mau menyerangnya langsung kabur. Burung predator pun tak mau memangsa daging dari burung yang berbau busuk, he.. he…
Mengapa hud-hud memiliki kemampuan untuk mendatangkan bau busuk secara tiba-tiba, yang hanya dimunculkannya saat jiwanya terancam?
Rupanya burung ini memiliki kelenjar khusus di dekat kloaka, yang bisa menghasilkan zat yang berbau sangat busuk. Ketika terancam, dia akan menggosokan zat tersebut ke bulu-bulunya, kemudian menutupi seluruh tubuhnya dengan bau tersebut. Kalau bisa diibaratkan, baunya sama seperti daging yang sudah busuk.
Kelenjar yang berbau busuk itu bukan hanya berfungsi sebagai alat pertahanan diri, tetapi juga mampu menolak parasit, sebagai anti-bakteri, dan melindungi burung dari berbagai penyakit.

Wednesday, October 1, 2014

Dalil 3hari,40hari,4Bulan

Subhanallah - Korban harta, diri dan masa 1/10 dan Dalilnya

 Untuk yang pandai Mathematik boleh laa buat kira kira dan bagi yang tak pandai tak payah nak reka reka cerita kalau tak suka - Nak faham kena Keluar.

 (دار الافتاء المصرية)
 السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون 

 Dalil - Perintah anjuran untuk meluangkan waktu 1/10 untuk Agama, oleh sebab itu kita di anjurkan oleh Ulamak ulamak untuk keluar di jalan Allah bersamaan 3 hari/bulan,40 hari/tahun dan 4 bulan/seumur hidup)...

 Nabi SAW Bersabda: "Sesungguhnya "kamu berada pada zaman Ku,jika kamu "meninggalkan" sepersepuluh (1/10) dari apa-apa yg sudah di perintahkan, kamu akan "binasa". Nanti akan datang di suatu zaman, ketika mereka "melaksanakan sepersepuluh" saja dari apa yang di Perintahkan mereka akan selamat.  ( H.R Tirmidzi dalm Kitab Sunan At Tirmidzi Bab Fitan No;2193,dan Kitab Bidayatul Hidayah Imam Ghazali.) 

Tuesday, September 9, 2014

MUHASABAH DIRI...


Jangan kita sibuk menghukum orang,menghina orang,pandang rendah pd org...INGAT...sebelum kita buat usaha agama betapa jahilnya kita..dimana kita sebelum dapat usaha agama?siapa kita sebelum kenal usaha agama?.

Tetapi ALLAH KUTIP KITA DARI TEPI JALAN dan letakkan kita dalam usaha agama..kemudian Allah ajar kita,bagi ilmu pada kita, kita pun dijadikan baik oleh Allah,mula kenal masjid,mula kenal sunnah,mula buat dakwah...namun,kita pula mula nampak keburukan rakan yg lain, mula nampak kelemahan mereka..malah yg lebih teruk menganggap diri kita yg lebih baik..

INGAT...jangan sibuk jadi Mufti dan menganggap orang lain teruk,kita pula mulia...ingat, bagaimana IBLIS di campak keluar drpd syurga apabila menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam as...

Kita buat kerja kita, Allah buat kerja Dia...bukan kita yg hisab amalan org d padang Mahsyar..bukan kita yg tentukan orang ini masuk syurga orang ini pula masuk Neraka...bukan kita yg bagi pahala dan dosa...

siapa kita berbanding Para sahabat r.hum??? Sudah dijamin syurga namun mereka masih menganggap orang lain lebih baik drpd mereka...

Tuesday, August 19, 2014

BOIKOT....

McD,Starbucks,Tesco semua lengang kena boikot...MASJID pun kena Boikot juga sampai lengang...huhuhu...macamana Israel nak takut kalau Tiang Agama (solat) tak kukuh??Alangkah baik kalau berhimpun ramai2 di padang tuk kempen boikot memboikot, pastu datang masjid ramai2 doa pulak ramai2 spy musuh Allah kalah...


Boikot ISRAEL bukan setakat PRODUK diorang...tetapi BOIKOT CARA HIDUP, BUDAYA, AMALAN, dan PEMIKIRAN diorang juga...



Friday, July 25, 2014

Nilai sebuah pengorbanan

pengorbanan yg dibuat terhadap sesuatu perkara menyebabkan kita menghargai perkara tersebut...contoh...tengok je Hari Raya nanti semua orang akan BERAYA sakan..sebab kita sudah BUAT PENGORBANAN menahan lapar dan dahaga,menahan nafsu selama sebulan,apa lagi yg bertarawih malam 20 raja at qiam lama2 SAMPAI lenguh kaki..

Maka, hasil daripada pengorbanan yg macam tu kita begitu menghargai SYAWAL..walaupun sebenarnya SYAWAL cuma sehari je tapi kita sambut SEBULAN beraya sakan....cuba tengok RAYA HAJI pulak macam mana?macam besa je,walaupun RAYA HAJI disambut sebenarnya selama 3 hari bertakbir...RAYA PUASA takbir sehari je...sebab tiada PENGORBANAN yg dibuat sebelum menjelang RAYA HAJI,melainkan org yg pegi HAJI tu sendiri yg merasakan betapa berharganya RAYA HAJI..yg tak pegi HAJI,macam biasa je...

Begitulah dengan PENGORBANAN yg dibuat utk dapatkan IMAN...mujahadah,susah payah tinggalkan rumah,tinggalkan keluarga (sekejap je),tidur di lantai,cuci kain sendiri,masak sendiri..kena marah org...kena ejek...semasa kuar dakwah..


Dan orang yang BUAT PENGORBANAN atas agama sahaja yg tahu betapa bernilainya IMAN dan AMAL setelah melalui proses MUJAHADAH...wallahu Alam..

Friday, July 11, 2014

YA ALLAH.....KASIHANILAH UMAT INI....

Ya Allah....kasihanilah Umat ini...


terkenang saudara seislam di Syiria
terkenang saudaraku di Mesir
terkenang bumi Gaza di bulan yg mulia
kadang-kadang tak lalu makan kerana teringat umat..
terdetik di hati 
" adakah makanan utk mereka berbuka? "


sedang di sini, makanan melimpah sehingga dibuang dalam tong sampah..


sedang yang lain terpaksa gali makanan dalam tong sampah..dan meminta sedekah



tidur malam tak lena..atas tilam yg empuk,
sedang saudaraku rumah pun mungkin sudah tiada..


kadang2 hati hiba, terngiang di telinga ratapan dan tangis si ibu anaknya yg sudah tiada..
tangisan dan raungan si anak kecil
kerana ibu dan bapanya sudah tiada..



kita cuma mampu marah dan simpati 
dan hanya mampu berdoa dan menghulurkan derma..
namun mereka yg TABAH 
menanggung UJIAN Ilahi yang amat berat 
kita pun tak sanggup menghadapinya..


kita dilalaikan dengan hiburan dan sebiji BOLA
riang gembira dan BERSORAK gembira 
apabila bolos sebiji BOLA ke gawang lawan..
sedangkan saudara kita dibolosi PELURU dan BOM 
kita dah lupa...kita dah alpa..
termasuk SAYA 


kita gembira sedangkan mereka berduka
kita alirkan air liur dengan berhujah dan banyak tidur
alirkan air mata kerana PASUKAN kita Kalah..
sedang mereka alirkan air mata dan darah...
kita pula kata 'TAK APA' bukan HAL SAYA..

syukurlah kita di bumi bertuah
nikmat Ilahi melimpah ruah
jangan kufur Nikmat yang ada
kelak  berputih mata jadinya..


di sini kita mampu lari dan mengelak..
 di MAHSYAR kelak apabila mereka menuntut...
DI DUNIA DAHULU KAMI DERITA, 
APA YANG UMAT ISLAM SELURUH DUNIA BUAT???? 

Saturday, March 1, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?



Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
AkhiRnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

SUMBER :
http://nalurirakyat.blogspot.com/2014/02/kenapa-dr-maurice-bucaille-memeluk.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails