CARI DALAM BLOG INI

Monday, October 12, 2009

PENGHARAMAN PURDAH/NIQAB OLEH PELAJAR DAN GURU AL-AZHAR???

Tantawi haramkan purdah KAHERAH 9 Okt.


- Imam besar Mesir, Mohammed Sayyed Tantawi (gambar) berkata, para pelajar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan memakai purdah di dalam kelas dan asrama institusi pengajian Islam terulung, al-Azhar sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani amalan radikal dalam Islam.

Qardowi turut terkejut dengan kenyataan Imam Besar Mesir tersebut ( Komen Qardawi layari : http://www.islamonline.net/ )

Tantawi yang juga merupakan ketua al-Azhar mengumumkan perkara itu, beberapa hari selepas beliau membuat kenyataan: purdah atau niqab 'tiada kena mengena dengan Islam'.Tindakan beliau itu telah mencetuskan bantahan kuat daripada golongan yang menganggapnya sebagai satu serangan terhadap Islam serta beberapa pertubuhan hak asasi yang menganggap pengharaman niqab mencabuli kebebasan berperlembagaan.





Isu sebanyak mana tubuh wanita Islam perlu ditutup telah menjadi isu yang kerap dipertikai antara tokoh Islam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm


Akhir Zaman.............

Tantawi digesa letak jawatan, KAHERAH 8 Okt.

– Seorang anggota Parlimen pembangkang mendesak ketua sebuah institusi pengajian agama terkenal dalam dunia Islam, Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi supaya meletak jawatan selepas beliau mengarahkan seorang pelajar membuka purdah yang dipakainya.Desakan tersebut dibuat ketika puluhan pelajar yang memakai purdah atau niqab, mengadakan demonstrasi di hadapan Universiti Kaherah, yang mengharamkan purdah di kawasan kampusnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1009&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm&arc=hive

P/S :
Blaja kat US pun boleh pakai purdah, kat Azhar pulak yg ban purdah. Dunia dah terbalik. Anyway, buat semata-mata kerana Allah, semoga Allah terima niat dan amalan kita sentiasa...

Kita buat amalan mengikut apa yg Allah lebih suka kita buat, misalnya Solat memakai T-Shirt dan seluar jeans dengan Solat memakai Jubah dan Serban, walaupun solat dengan T-Shirt dan Jeans Sah Solat, tapi Allah lebih suka Solat yg ditunaikan dgn Jubah dan serban (sunnah), mengapa kita tak buat perkara yg menyukakan Allah, begitu juga dengan Niqab, KALAUPUN DIORANG CAKAP tak wajib, tapi bukankah itu LEBIH MENYUKAKAN ALLAH.

Artikel penuh dalam : http://ziarah76.blogspot.com/

KARKUZARI JEMAAH KELUAR 4 BULAN NEGARA JAUH, ALBANIA DAN PERANCIS

KARKUZARI JEMAAH KELUAR 4 BULAN NEGARA JAUH, ALBANIA DAN PERANCIS

Ana dpt karkuzari ni drpd salah seorang ahli jemaah tersebut sekadar utk dikongsi bersama, insyallah…

Salah seorang drpd ahli jemaah tersebut, Ustaz Abdullah, membuat karkuzari/laporan semasa keluar di Albania dan Perancis. Beliau mengatakan dahulu, Albania 93% pendudknya beragama Islam. Malah Albania suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat ilmu dan ulama2 dan tokoh2 ilmuan agama telah lahir dari bumi Albania. Malangnya, asbab dakwah tidak dibuat, kerana para ilmuan sibuk dengan ilmu dan menulis kitab2 mereka, akhirnya fahaman Komunis telah menular masuk ke dalam Negara tersebut.


Orang yg membawa fahaman2 Komunis tersebut bukannya orang lain, tetapi merupakan anak-anak kepada ulama2 disana. Mereka menghantar anak2 mereka ke Russia untuk belajar ilmu tentang kedoktoran dan sebagainya selama beberapa tahun, akhirnya terdedah dengan fahaman komunisme yg tidak percaya kewujudan Tuhan. Akhirnya, hari pertama mereka tiba di Albania, beribu-ribu org ulama dan tokoh2 agama telah dipancung dan beribu masjid telah dimusnahkan. Hingga tinggal 2 Masjid yg masih wujud kesan2 kebakaran, dan sebahagian bangunan ada yg runtuh. Pada masa itu, sesiapa yang cakap agama, baca Al-Quran dan hal2 yg berkaitan dengan agama, keluarga mereka akan dibunuh dan rumah mereka akan dirobohkan; Apa lagi hendak mendirikan Solat….

Akhirnya, wujud generasi yg tidak kenal APA ITU ISLAM….mereka tak sedar pun yg mereka beragama ISLAM..sehingga Jemaah pertama yg sampai di sana menyebabkan org2 Albania merasa pelik dengan Pakaian Jubah, Serban, dan merasa pelik apabila Jemaah mula menunaikan Solat. “ Macam kami pernah Nampak nenek moyang kami berpakaian seperti kamu dan “Menari” ( Solat ) seperti kamu..” Kata mereka kehairanan…Masyallah…Org Solat pun diorang cakap ‘menari’….

Semasa di Perancis, usaha di sana sangat maju dari Negara kita… Allahu Akbar..lebih2 lagi Usaha Jemaah Masturat…tahun 2008 sahaja, asbab usaha masturat yg begitu maju, 200 ribu wanita2 perancis masuk Islam..!!! Bukan setakat masuk Islam je, bukan setakat pakai tudung…terus ‘one-set’ dengan purdah/niqab dan hijab sekali…Kesannya sehingga Presiden Perancis mengatakan “ MEMAKAI HIJAB BUKANLAH BUDAYA NEGARA KITA (PERANCIS)”….

Penterjemah pihak Jemaah Malaysia adalah dari org Perancis yg baru 2 tahun masuk Islam..beliau bukan terjemah Bahasa Perancis ke Bahasa Inggeris, tapi terjemah Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris..Di Perancis Bahasa yg biasa digunapakai adalah Bahasa Arab dan Bahasa Perancis…


selepas bayan dan tasykil, beliau berbual dengan ahli jemaah (ustaz Abdullah),katanya “ TUAN BARU BERAPA LAMA MASUK ISLAM??? “ aduh…walaupun ana tiada kat situ, namun bila ustaz Abdullah bagitahu pertanyaan Sahabat yg baru 2 tahun masuk islam tu, panas juga telinga, bukan marah, MALU…” Dari lahir lagi Islam…”jawab Ustaz Abdullah ringkas menahan malu katanya…Sahabat tadi terkejut sebab dari kecil islam tp tak tau Bahasa Arab..” TUAN TAK NAK TAHU KE APA YANG ALLAH NAK SAMPAIKAN PADA KITA DALAM AL-QURAN?” Aduih….menusuk kata-katanya…

Ustaz Abdullah bagitahu, di Perancis ada Mahalah (Masjid) yang diberi tanggungjawab ke atas Negara Albania dan Macedonia..!! Mahala tanggungjawab atas Negara tuan-tuan..bukan tanggungjawab atas Masjid lain, daerah atau Kampung…hmmm...begitulah sedikit-sebanyak karkuzarinya….


Inilah natijahnya apabila dakwah dan amar ma’ruf nahi mungkar tidak lagi dianggap penting dan sekadar tugas ulama/ustaz dan Jabatan2 Agama sahaja. Tidak mustahil apa yg berlaku dengan Albania akan berlaku dengan Negara kita…

Sebab itu dakwah penting dan usaha untuk mantapkan iman,kekalkan iman dan bina iman melalui dakwah adalah fardhu ‘ain untuk umat Islam ulama bagitahu. Allah boleh pilih siapa saja untuk buat dakwah, dan kalau kita tak buat dakwah pun, kehebatan Allah takkan menurun walau seinci, Kalau kita Bantu agama Allah pun, kehebatan Allah takkan menurun…sebab Allah Maha Tinggi dan Maha Hebat…wallahu a’lam

Ramalan Gempa Indonesia Dalam Al-Quran

PERKARA NI ANA DAPAT DRPD SMS RAKAN2, DI MANA 'WAKTU/MASA' KEJADIAN GEMPA BUMI YG BERLAKU DI INDONESIA BERTEPATAN DENGAN AYAT2 DALAM SURAH2 TERTENTU DALAM AL-QURAN YG MENCERITAKAN ALLAH MENGAZAB SESEBUAH KAUM...ANA DENGAN 'CURIOUS'NYA PUN MELAYARI INTERNET UTK MENYELIDIKI TERLEBIH DAHULU. AKHIRNYA DAH JUMPA ARTIKEL TU, KITA TENGOKLAH SAMA-SAMA, INSYALLAH...



GERAKAN MENCARI DAN MENYELAMAT...

Jakarta (SuaraMedia News) - Menyeruakannya khabar bahwa peristiwa gempa bumi di Padang dan Jambi beberapa waktu lalu tertera dalam kitab suci Alquran diyakini sejumlah masyarakat, tak terkecuali dari kalangan ulama.Ulama sekaligus Pengasuh Pondok Pesantren Asshiddiqiyah Jakarta, KH Noer Muhammad Iskandar SQ berpendapat, peristiwa gempa tersebut memang sudah tercantum di dalam Alquran. "Bahkan semua peristiwa pun memang sudah tercantum di dalam Alquran," ujar Noer Muhammad saat dikonfirmasi, Senin (5/10/2009).

Menurutnya, jika berusaha dikaitkan antara waktu kejadian gempa dengan ayat suci Alquran memang terdapat kesamaan. Bahkan, lanjut dia, Alquran sudah mencantumkan segala peristiwa besar secara detil."Masyarakat harus meyakini kebesaran Alquran. Peristiwa gempa di Padang dan Jambi harus dijadikan introspeksi bagi pemimpin dan rakyatnya," tukas alumnus Perguruan Tinggi Ilmu Alquran (PTIQ) tersebut.

Sebagaimana diberitakan sebelumnya, beredar kabar melalui pesan singkat dan pesan elektronik lainnya yang menyatakan bahwa peristiwa gempa bumi di Padang dan Jambi, sudah tertera di dalam kitab suci Alquran Surat Al Israa' dan Al Anfaal."Di dalam Alquran juga dijelaskan jika kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan keberkahan di darat dan di laut. Karena itu, mari kita bersama-sama evaluasi diri," pungkasnya.Sementara itu, Serangkaian tragedi gempa bumi terjadi di Indonesia. Berita ini kerap menjadi buah bibir terlebih setelah beredar kabar bahwa peristiwa gempa bumi di Tanah Air tertera di dalam kitab suci Alquran.Sebagaimana diketahui sebelumnya, sejumlah pihak mengaitkan waktu terjadinya gempa bumi dengan ayat suci Alquran. Pendapat tersebut pun beredar di dalam pesan singkat ataupun pesan elektronik lainnya. Misalnya saja gempa di Padang, di mana gempa terjadi pada pukul 17.16 WIB.

Jika membuka Surat 17 (Al Israa') ayat 16, disitu bertuliskan,

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".

Selain itu, gempa susulan di Padang juga terjadi pada pukul 17.58 WIB. Jika dikaitkan dengan kitab suci Alquran, dalam surat 17 (Al Israa') ayat 58 pun dituliskan,

"Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)".

Selain gempa bumi di Padang, peristiwa serupa di Jambi beberapa waktu lalu pun berusaha dikaitkan oleh sejumlah pihak dengan ayat di dalam Alquran.

Saat gempa bumi yang terjadi di Jambi pada 1 Oktober lalu, peristiwanya terjadi sekira pukul 08.52 WIB. Sedangkan di dalam Surat 8 (Al Anfaal) ayat 52 bertuliskan

"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya".

Menyikapi hal ini, banyak kalangan yang percaya namun ada pula pihak yang enggan terlalu cepat menyimpulkan. Percaya atau tidak, semua kembali kepada diri masing-masing.(okz) www.suaramedia.com<

Layari :
http://suaramedia.com/berita-nasional/11221-ramalan-gempa-indonesia-dalam-al-quran.html

Thursday, October 8, 2009

SATU UMMAT

SATU UMMAT

“wahai semut-semut, masuklah kamu ke dalam lubang, supaya kamu terselamat drpd dipijak tentera Nabi Sulaiman as..”



Semut pun ada fikir agama, apa lagi kita manusia...


MASYALLAH… asbab fikir 1 ekor semut untuk menyelamatkan kaumnya sahaja pun Allah begitu suka sekali sehingga percakapan semut tadi diabadikan dalam Kitab Suci Al-Quranul Karim… Begitu juga dengan fikir satu ekor burung, burung Hud, supaya Ratu Balqis tinggalkan menyembah Matahari dan menyembah kepada Yang Menciptakan Matahari pun dirakan dalam Al-Quran Yang Mulia…

Dalam Usaha ini, kita bukannya fikir terhadap satu-satu kaum, tetapi kita fikirkan seluruh ummat boleh selamat daripada azab Allah, sehingga bayi yg terakhir dapat ucap laaillaha illallah seperti mana fikir risau Nabi SAW ke atas ummat ini.

Al-Quran adalah kitab yg terakhir diturunkan dan ‘validate’ hingga Hari Kiamat, namun Ulama bagitahu SEKIRANYA ada lagi Kitab yg diturunkan selepas Al-Quran ( jangan salah tafsir, saya Ulang SEKIRANYA…), pasti apa yg kita buat/usahakan ( jumpa manusia cerita kebesaran Allah,door-to-door, ghast, khususi, 2 ½ jam ke arah 8 jam, usaha hidupkan masjid 24 jam, ajak-mengajak buat baik dan usahakan iman dan amal sunnah, cegah kemungkaran, fikir agama hari2, dan seterusnya..), semuanya akan dirakam dalam Kitab tadi. Kerana kita bukannya nak menyelamatkan satu-satu kaum atau fikir risau bimbang terhadap satu-satu kaum, tetapi fikir atas ummat ini bagaimana boleh selamat dari azab Allah kelak, kerana kita semua adalah umat Nabi SAW…

SATU UMMAT..
SATU FIKIR….
SATU KERJA…

TARIKAT..


Apakah Tarikat yang sebenar?
( sumber : mutakallim-ummat.blogspot.com )


Salam Sejahtera keatas kalian..

Apakah itu "Tarikat"?


Selalu kita dengar istilah tu dalam kehidupan kita.
Malahan aku juga selalu dengar dalam perbualan harian, terutama bila aku terlibat dengan Usaha Nabi s.a.w ini mengenai jalan tarikat ini.
Ada yang menceritakan bahawa dengan tarikat seseorang akan sampai kepada mertabat2 tertentu. Ada juga yang khasyaf (di angkat hijab dengan alam ghaib) melalui jalan tarikat ini.
Juga aku sering mendengar perkaitan tarikat dengan kesesatan. Di negara kita ini juga mempunyai beberapa kumpulan tarikat yang telah difatwakan sebagai sesat. Sehingga ramai orang menyangka bahawa semua tarikat itu sesat dan turut melarang orang daripada menyertai mana-mana kumpulan tarikat.

Ok.. Apakah itu Tarikat?

Melalui Ustaz ku yang Mukhlis, seeorang alim yang boleh aku katakan besar kat Malaysia ni, juga seorang pengajar hadith di sebuah madrasah di sekitar Kuala Lumpur ni berkata:

"Maksud kita melalui jalan tarikat ini adalah untuk ikut sunnah Rasulullah s.a.w dan sunnah Rasulullah adalah syariat yang sempurna. Kalau dah amalan dalam tarikat tu pelik, maka itu bukan jalan yang benar".

Maksudnya macam ni, asas utama kita melalui jalan tarikat ini adalah untuk tahu dan amal keseluruhan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebab itu lah khalifah (syeikh) tarikat ini mesti bersanad terus kepada Rasulullah. Tarikat ini bukan hanya berzikir seperti yang kita sedia maklum. Tarikat itu adalah seluruh kehidupan Rasulullah s.a.w. Syariat yang sempurna juga akan didapati di dalam melalui jalan tarikat.

Aku mengenali seorang hamba Allah. Aku juga pernah khuruj bersamanya dan aku lihat dia seorang yang amat tawajuh dalam amalan. Solat berjemaah tidak pernah tinggal. Amalan masjid juga dia libatkan diri secara aktif (masa tu kat masjid aku hanya hidup 2 amalan, kerana hanya bermula dengan aku dan hamba Allah ni). Hingga satu masa aku lihat dia semakin jauh dengan usaha. Solat jemaah mula berselang seli. Amalan masjid juga dia tinggalkan. Aku juga perhatikan dalam amalannya juga yang aku tengok agak pelik (tak perlu aku bagitahu kat sini apa amalannya).

Setelah diselidiki baru aku tahu yang dia telah ikut satu kumpulan tarikat (nama tarikat tu juga aku tak sebutkan disini). Semakin hari dia semakin jauh dengan usaha. Bila jumpa aku dia tasykil aku untuk ikut dia dan belajar sifat 20, wajib katanya.

Sebenarnya aku juga ikut tarikat (bukan untuk riak atau menunjuk. hanya untuk membuat contoh. Senang amik contoh diri sindiri dari ambil orang lain sebagai contoh). Bukan satu tarikat, tapi empat tarikat aku ikut. Keempat2 tarikat ini bersanad terus kepada Rasulullah s.a.w dan khalifah (syeikh) tarikat ini adalah Maulana Zakaria dan juga Mufti Rasyid Ahmad Ganggohi. Takde pulak aku tengok tarikat ni lakukan amalan yang pelik2.

Takde zikir goyang-goyang. Takde pun sampai menari dan ada gendang2 mase zikir. Takde pun niat nak khasyaf atau jadi wali. Tak pernah sekali pun aku dengar semua tu dari Ustaz ku.Apa yang pasti, aku sentiasa diingatkan supaya memberati sunnah Rasulullah s.a.w. mana-mana sunnah yang mampu dilakukan, maka amalkan. Aku juga dinasihatkan jangan terlampau 'extreme' dengan sunnah sehingga timbul fitnah (aku kan pelajar universiti. Korang faham-faham je la macam mane) Maulana Zakaria juga kita sedia maklum bahawa cintanya kepada Rasulullah amat dalam dan sukar untuk diceritakan, setiap daripada sunnah Baginda beliau amalkan.

Ustaz ku juga berkata bila ada hubungan bai'ah ni jangan pula kita sangka bahawa kita ada jaminan kat akhirat macam sesetengan ahli tarikat. kononnya sheikhnya akan bantu kat akhirat sampai lupa untuk beramal. Ada juga yang tinggalkan semua amalan agama hanya kerana dah ada hubungan bai'ah dengan sheikh. Ini satu salah faham dan kesalahan dalam memilih jalan. Jalan tarikat sebenar adalah dalam sunnah Rasulullah s.a.w. Dan sunnah yang paling utama adalah sunnha DAKWAH.

Maulana Yusuf Rah. berkata bahawa, ibu kepada syariat adalah bersolah dengan takbiratul 'ula, ibu kepada hakikat adalah tahajud pada waktu malam, ibu kepada tarikat adalah gash (dakwah) dan ibu kepada hakikat adalah jaga pandangan daripada segala perkara yang haram. Jadi dakwah merupakan ibu kepada dakwah kerana amalan pertama selepas kenabian Baginda s.a.w adalah memulakan usaha untuk jumpa manusia dan dakwahkan kepada Allah. Sebelum tu tiada apa2 amalan pun yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Untuk maksud tarikat yang besar inilah Maulana Ilyas telah bercerita mengenai dirinya kepada seorang ahli politik sesama menziarahi beliau. Beliau berkata:

"Silaturrahim diantara Muslim adalah untuk sebarkan agama Islam. Jika bukan tujuan itu, apa bezanya pertemuan ini dengan pertemuan yang bukan Muslim? tinggalah di sini beberapa hari dan lihatlah kerja agama di sini.Tanpa demikian sangatlah sukar memahami cakap saya dan tujuan kami ini. Maksud kerja ini ialah menghidupkan kembali perhubungan ummat Baginda yang telah mati dan berjuang menghidupkan usaha tersebut.

Pada mulanya saya mengajar di madrasah. Ramai pelajar-pelajar telah datang. Di antara mereka ramai yang cerdik. Saya berfikir, apakah hasil lain dari usaha saya ini. Mereka datang untuk menjadi seorang alim. Tamat sahaja belajar maka mereka menjadi alaim dan sibuk seperti orang lain pada zaman ini. Sebahagian mereka akan belajar tibb, lalu menjadi matib (tabib). Yang lain akan ikut ujian universiti lalu menjadi pegawai dan sebahagian lain akan mengajar di madrasah. Tidak ada lebih daripada itu. Setelah memikirkan hal ini, semangat saya untuk mengajar di madrasah luntur.

kemudian pada suatu masa, sya diizinkan oleh guru tasauf mamberi zikir dan 'talkin' kePada mereka yang berkenaan. maka saya lebih tertumpu untuk memberi kaifiat dalam wirid. Kemajuan rohani murid saya dalam bidang ini begitu cepat sehingga saya sendiri merasa hairan. Saya berfikir lagi, apa yang akan dicapai seterusnya? Apakah hasilnya? Yang paling tinggi adalah membentuk manusia yang sentiasa sibuk dengan zikir dan akwalm kemudian ia akan menjadi terkenal. ramai orang akan datang meminta ta'wiz, untuk dapat anak atau untuk majukan perniagaan mereka. Labih baik sedikit, ia akan mempunyai murid-murid yang menyambung salasilahnya.

Akhirnya saya meninggalkan usaha tersebut dan mengambil keputusan bahawa segala tenaga zahir dan batin yang Allah kurniakan, akan saya gunakan sebagaimana Rasulullah s.a.w telah gunakan membawa hamba-hamba Allah, khususnya mereka yang lalai dan jauh dari agama, kepada Allah dan menghidupkan semangat cinta agama melebihi cinta terhadap nyawa sendiri.

Inilah usaha kami dan perkara inilah yang kami menyeru kepada semua manusia. Sekiranya kerja dini dihidupkan maka beribu-ribu bilangan madrasah dan khanqah (tempat berzikir) akan hidup. Malah setiap muslim akan menjadi madrasah dan khanqah yang bergerak dan nikmat-nikmat yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w akan tersebar secara umumi sesuai dengan kedudukan dan darjat Baginda s.a.w...."

*Petikan kata-kata Hadrat Maulana Ilyas rah. di dalam kitab Malfuzat siri alif

Akhir sekali, aku nak nasihatkan pada sape2 yang berkenaan (yang tak berkenaan tolong jangan perasan). Dulu korang jadi baik sebab korang lakukan usaha dakwah ni. Last2 sekali korang tertipu kerana anggap satu perkara kecil sebagai maksud. Zikir dalam tarikat ini hanyalah sebagai satu perantaraan untuk sampai kepada maksud. Dan maksud uatama adalah untuk hampir kepada Allah dan mendapat cinta Allah. korang anggap dengan berzikir banyak2, bersuluk dalam hutan ke, gua ke sebagai satu maksud. Itu yang korang salah faham.

Kalau korang nak dapatkan cinta Allah, Wallahi, Tallahi, Billahi, ikutlah usaha dakwah Baginda s.a.w ini. Pasti kerana ini adalah maksud ummat ini diutuskan..

Wallahu'alam...

Wednesday, October 7, 2009

AL-FATIHAH

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan bila ajal sudah tiba tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat..tanggal 9 syawal yg lepas dilalui dengan suasana yg berbeza. Saat dimana org lain bergembira di bulan syawal, kami merayakan syawal dalam keadaan berduka. Anak buah sebelah keluarga ahlia (istri) , Hafizah Bte Kuin, telah kembali ke rahmatullah setelah menderitai penyakit Leukimia selama setahun lebih.



Gambar Hiasan : Solat Jenazah

Arwah yg baru berumur 17 tahun belum sempat menduduki SPM tahun ini telah meninggalkan alam yg fana ini pada 9 Syawal 1430H, lebih kurang pada pukul 5 petang. Saya dan ahlia tidak sempat menghadiri upacara pengbumian jenazah kerana jarak yg begitu jauh. Jarak antra Keningau dan Kota Belud bukanlah jarak yg dekat, mengambil masa 2-3 jam utk tiba.

Apabila tiba sahaja di rumah, jenazah telah pun selamat dikebumikan. Ketibaan kami disambut dengan muka yg muram dengan mata dan pipi yg baru sahaja dibanjiri air mata. Walaupun suasana suram, hati kami berbunga apabila kami diberitahu bahawa sebelum arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir, arwah sempat mengucap kalimah syahadah. Alhamdullilah…nabi bagitahu (lebih kurang maksud) “ seseorang yg mengucap laaillaha illallah di akhir kalam, syurga adalah wajib ke atasnya”…insyallah..



Gambar Hiasan : Jenazah diusung ke perkuburan

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. dan kita, sudah pastinya masih berada dalam barisan dan menunggu giliran untuk dipanggil oleh Yang Maha Berkuasa di alam ini…sudah cukupkah bekalan yang saya dan tuan2 bawa untuk berangkat ke negeri akhirat??? AJAL tidak kenal tua atau muda, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, Ijazah bertimbun dalam almari atau tidak, ustaz ataupun AJK masjid…bila “expired date” dah tiba, pasti roh berpisah dengan jasad dan menuju pula ke alam selanjutnya..Wallahu a’lam.

AL-FATIHAH…..

GEMPA BUMI DI KOTA PADANG, IKTIBAR UTK SEMUA

Satu ketika, Allah memerintahkan Jibril as untuk menurunkan azab dengan menerbalikkan satu kampong. Setelah diselidiki, dalam kampong itu ada seorang yang alim dan soleh yg tidak pernah ingkar pada Allah. Jibril pun ‘karkuzari’ (membuat laporan), tentang lelaki soleh tersebut. Allah pun memerintahkan Jibril untuk memulakan azab tersebut daripada lelaki soleh tersebut. Jibril pun hairan, dan setelah itu Allah memberitahunya bahawa memang benar dia tidak pernah ingkar pada Allah, namun apabila orang di sekelilingnya membuat maksiat, sedikit pun tidak ada kerutan di dahinya menunjukkan dia tidak ambil kisah tentang maksiat di sekelilingnya.

Setelah dilihat daripada Kisah yg diceritakan sendiri oleh Nabi saw kepada para sahabat di atas, dapatlah diketahui betapa pentingnya dakwah atau amar ma’ruf dan nahi anil mungkar. Alasan bahawa ‘saya bukan ustaz’ tidak boleh diguna pakai di Mahkamah Allah nanti. Bila maksiat berleluasa, natijahnya akan kena pada kita semua. Apabila satu tempat berlakunya maksiat maka apabila azab turun bukan pelaku maksiat sahaja yang kena, kanak2, tua, muda, AJK masjid, Ustaz, ‘kaki masjid’ semua kena sekaligus. Sepertimana yang berlaku semasa tragedy Tsunami dan baru2 ini Gempa Bumi di Kota Padang, Sumatra Barat Indonesia baru2 ini.

Segala musibah yg berlaku ada hikmahnya dan perlu diambil iktibar dan pengajaran. Bukan setakat menggangap ini semua sekadar ‘bencana alam’ semata-mata. Begitu banyak kisah2 dalam quran kaum2 yg allah swt hapuskan sudah cukup menyedarkan kita tentang perlunya amar ma’ruf nahi mungkar dibuat. Ketahuilah, azab Allah bukan setakat Tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi, malah ulama bagitahu azab yg paling Besar dan Bahaya adalah apabila kita lupa maksud Allah swt hantar kita ke alam ini. ‘saya seorang petani, peladang, pekebun, dan sebagainya’ sehingga melupakan dakwah adalah satu azab yg sangat besar. Apabila dakwah terhenti, maka ramai orang akan jauh dari agama dan menuju kehancuran.

Jika gempa meletus, orang islam yg mati ,insyallah, dalam keadaan beriman walaupun sebesar zarah. Namun, jika dakwah ditinggalkan dan org menjadi murtad dan mati dalam keadaan itu, maka azab yg pedih dan kekal utknya d akhirat, di samping lahirnya generasi yg tidak taat pada Allah. Dan jika org kafir yg mati sedangkan kita belum sempat jumpa mereka dan perkenalkan islam, macam mana keadaan mereka? Apakah azab yg lebih bahaya daripada ini…?




Sebab itu, dalam usaha dakwah dan tabligh ini kita belajar2 risau pd umat, belajar2 kerutkan dahi melihat keadaan umat..dan oleh kerana itu kita jumpa manusia lorong ke lorong, kampong ke kampong, daerah ke daerah, negeri ke negeri dan Negara ke Negara dengan harta, diri dan masa sendiri demi meninggikan kalimah Allah dan ajak mengajak untuk usahakan iman dalam diri masing2…

“ siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. (al-fussilat : 33 )

wallahu a’lam.

USAHA ATAS MASTURAT/WANITA


Sewaktu kewafatan Nabi saw, apabila usaha dakwah terhenti selama seminggu, kerana org islam pd masa itu sibuk untuk mencari pengganti nabi saw sebagai khalifah, akhirnya 100 ribu org telah murtad. Dalam 100 ribu org tersebut tidak ada seorang pun wanita. Ini pentingnya, wanita turut serta dlm dakwah. Pd masa tu walaupun usaha dakwah di luar terhenti, namun usaha dakwah ‘dalam’ rumah masih berjalan.

Golongan wanita adalah golongan paling ramai berbanding lelaki seluruh dunia, dan golongan kanak2 pula mengatasi bilangan wanita (golongan wanita/ibu). Ini bermakna, wanita berperanan penting dalam mendidik kanak2 untuk melahirkan generasi yg bertakwa pada masa akan datang.

Ini menunjukkan betapa Pentingnya usaha dakwah di kalangan masturat/wanita dilakukan hari ini di rumah2 dalam mendidik dan melahirkan generasi yang beriman dan taat kpd Allah dan rasul. Wanita yang ada fikir agama akan mendidik anak2 untuk takut kepada Allah dan anak2 ditarbiah untuk mengamalkan Sunnah2 Nabi saw dan kehidupan seharian di rumah dilalui mengikut apa yang diajar oleh Nabi saw.Tanpa dakwah dibuat dlm rumah,anak2 akan ditarbiah untuk lebih mengenal makhluk drpd mengenal Allah. Mereka akan dtarbiah utk lebih mengenal artis drpd mengenal para anbia,para sahabat,nabi saw, mahupun mengenal Allah. Sebab itu, Tidak hairan dewasa ini wujud masalah social daripada golongan remaja.


Tanpa fikir agama, fikir2 yang selain daripada agama akan masuk ke dalam rumah; fikir tentang 'rumah tangga' orang, fikir beras tidak cukup di dapur, fikir langsir dan sofa semakin lusuh, fikir jari belum cukup berat dengan cincin dan bermacam-macam fikir dunia akan dibawa dalam rumah. Tidak akan wujud fikir terhadap kehidupan selepas mati, Mahsyar, Mizan, Titian Sirat; tidak wujud fikir tentang keadaman iman yg masih belum cukup; tidak wujud fikir tentang iman yg semakin lusuh; tidak wujud risau tentang amal yg belum berat utk ditimbang di Mizan...

Apabila wanita dilibatkan dgn dakwah mereka akan dpt mengetahui sdkt sebanyak tentang kpentingan solat, kptgn amal dan ajar anak cara sunnah, kptgn ta’lim ta’lum, kptgn baca quran dan zikir, dan kptgn galak mahram kluar jalan allah(buat dakwah). Spt zaman sahabat, hadis2 yg didengar dr nabi dsampaikan oleh sahabat2 kpd anak isteri di rumah. Natijahnya kluar hafiz/hafizah,alim/alimah dan daie2 dr rumah2 shbt.

Berbeza hari ini, yg kluar dr rumah org islam artis2, dan lebih teruk lagi anak2 yg derhaka pada ibubapa dan allah. tanda kt sayangkan anak istri bukanlah sebanyak mana harta, wang ringgit yg kt taburkan pd mreka, tetapi sebanyak mana ‘deen’ (agama) yg telah kita beri dan sampaikan pd mereka. Bukan setakat ungkapan “kunantimu di pintu syurga” atau “sehidup semati”, tetapi masuk syurga bersama2 selamanya,insyAllah…wallahu a’lam

Tuesday, September 29, 2009

KENANGAN IJTIMA' 2009 PART 2

IJTIMA TELAH BERLALU DAN BANYAK PENGALAMAN YG DIALAMI..BANYAK YG PERLU DIMUHASABAHKAN, LEBIH-LEBIH LAGI YG EMPUNYA DIRI INI. SELEPAS INI, ENTAH BILA LAGI IJTIMA AKAN DIBUAT DI MALAYSIA. KALI PERTAMA PADA TAHUN 1982, DAN SETELAH 27 TAHUN BERLALU BARULAH TELAH DIBERIKAN KEBENARAN OLEH PARA MASYAIKH KITA UNTUK MENGADAKAN IJTIMA' PADA JULAI YG LEPAS...
APA-APA PUN, BUKAN BERMAKSUD SELEPAS IJTIMA' KITA LEPAS TANGAN DAN USAHA DAKWAH TERHENTI SETAKAT SITU SAJA, SEBENARNYA USAHA AGAMA PERLU DIBUAT BERTERUSAN, SAMPAI BILA? SAMPAI KITA TIADA LAGI....TUAN-TUAN DOAKAN ANA SUPAYA ALLAH KEKAL DAN ISTIQAMAHKAN DALAM USAHA NABI SAW DAN ALLAH KEMBALIKAN UMAT ISLAM DALAM USAHA INI DAN ALLAH TERIMA JEMAAH2 YG BERGERAK SERATA ALAM DAN AMKAN HIDAYAT SERATA ALAM...AMIN...

VIDEO DI'UPLOAD' DARIPADA : http://www.gotabligh.com/

Monday, September 28, 2009

ANTARA GURU DAN DAI’E (sumber : asqalani.blogspot.com)

Sudah masuk minggu ketiga saya berstatus seorang guru. Walaupun didalam standardnya, saya di title'kan sebagai guru 'tidak terlatih', namun ianya benar-benar mencabar bagi seorang anak muda yang masih manis darahnya.


Teringat dialog sewaktu di kafeteria.

"Wahh...bersemangat ustaz Asyraf... ( kata cikgu S )

"Biasalah...nak mendidik anak bangsa"...( jawabku seakan-akan orang politik )

"heheh...kami pun dulu macam ustaz jugak...bukan main bersemangat kononnya nak mendidik anak bangsa, nak merubah minda anak murid la....tapi bila dah bertahun jadi cikgu, semangat awal tuh ntah kemana..." ( Jawab cikgu S secara sindiran )

Baru sahaja nak ambil semangat, dah mula luntur. Mungkin jangka masa selama 2 minggu belum cukup memberi kesan dalam menghakis semangat yang membara ini. Apalah sangat 2 minggu berbanding cikgu-cikgu yang dah bertahun-tahun berhadapan dengan karenah para pelajar yang aneka ragam warna dan resepinya.

Apapun saya mengakui, guru-guru yang ada sekarang bukanlah mencairkan hati mereka hanya semata-mata mencari masuknya habuan kedalam perut. Kalaulah diberikan gaji yang sebanyak manapun, jika tidak dibandingkan dengan kepenatan guru-guru mengajar amat tidak berbaloi. Namun isi dalam durian siapa tahu enaknya. Biarlah para guru yang meletakkan niat mereka sendiri.

Sebenarnya tugas guru adalah sebaik-baik daie yang ada dimuka bumi. Bayangkan, dalam berebut-rebut para pencari mad'u merebut membanyakkan ahli, tetapi sang guru hanya menunggu para mad'unya. Jelas kemudahan yang ada pada guru untuk menyampaikan dakwah mereka kepada anak murid. Sebenarnya ini bukanlah suatu kebetulan. Tapi ianya adalah anugerah dan pilihan Allah kepada guru-guru. Ditegaskan sekali lagi...guru adalah pilihan Allah SWt...taburlah benih diatas tanah-tanah yang telah dihadiahkan Allah SWT.
Walaupun ada sebahagian guru yang merintih mengatakan "Anak murid nih dah tak boleh dididik lagi. Semuanya degil degil"...


Rintihan ini adalah sebahagian rintihan dari seorang yang berputus asa. Imam Ibn Hajar al-Asqalani sendiri mengambil pengajaran dari pengamatannya terhadap setitis air yang mampu melekukkan batu yang keras sekiranya ianya dilakukan secara istiqamah berkali-kali.

Ya...memang ada bukti menunjukkan bahawa ada segelintir manusia yang sampai bila pun tidak akan menerima sebarang perubahan kepada kebaikan. Ini berdasarkan dalil dari Surah Yaasin ayat ke 10 : "Wasawa un 'alaihim a anzartahum amlam tunzirhum la yukminun". maksudnya :
"Sama sahaja bagi mereka, samada engkau memberi peringatan kepada mereka atau engkau tidak memberi peringatan, nescaya mereka tetap juga tidak beriman".


Dalil diatas menceritakan bahawa memang terdapat diantara segelintir pelajar yang memang tidak boleh diubah walau sebanyak manapun teguran yang diberikan. Tapi, dalam ayat yang sama ianya menceritakan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sedari.

berkata Maulana Saad. Amir sab jemaah Tabligh sedunia di dalam program Ijtimak di Nilai baur-baru ini. Katanya :

Allah menggunakan perkataan 'Alaihim' ( bagi mereka ) dan bukannya menggunakan perkataan 'Alaika' ( bagi kamu ). Ini bermaksud. Ayat ini hanya memberi tahu berkenaan orang yang didakwah atau dipanggil madú. Allah tidak menggunakan kalimah 'alaika' kerana para dai'e yang berdakwah tidak sama sekali sama tarafnya jika ia memberi peringatan atau tidak beri peringatan. Sekiranya para daie memberi peringatan, maka Allah akan membalas usahanya dengan berlipat kali ganda ganjran walaupun orang yang didakwahnya tidak berubah walaupun selangkah. Ini menunjukkan kerja para dai'e bukanlah mewajibkan datangnya hasil...

Ingat!!....bukanlah syarat atau maksud dalam berdakwah itu adalah "penerimaan". Berdakwahlah walaupun tidak diterima. Kerana itulah jalan-jalan yang telah ditempuh oleh sekelian para Rasul dan sahabat-sahabat Nabi SAW.

Semoga guru-guru muslim dimuka bumi ini dapat mengimbangi antara gaji dan usaha sebagai dai'e. WAllahua'lam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails