CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, July 14, 2010

AUDIO BAYAN JEMAAH DUBAI DAN MINI JHOR KENINGAU

BAYAN DALAM BENTUK AMR. OLEH JEMAAH DARI ABU DHABI,DUBAI. MINI JHOR KENINGAU DIADAKAN DI MASJID AT-TAQWA KENINGAU, DAN BAYAN MASTURAT DIBUAT DI RUMAH SAYA SENDIRI. INSYALLAH, MUDAH-MUDAHAN PERKONGSIAN INI MEMBERI MENAFAAT.

1.BAYAN JEMAAH DUBAI, MUTRJM BAI ALI
http://www.4shared.com/file/b6MNQ0Kf/Bayan_Jemaah_Dubaimutarjim_Bai.html
2.BAYAN MINI JHOR KENINGAU, MTRJM AMIR MUHAMMAD
http://www.4shared.com/file/x7ejKonK/Mini_Jhor_KeningauMutarjim_Ami.html
3.BAYAN MASTURAT, MTRJM USTAZ HARRIS
http://www.4shared.com/file/x_l67z5z/Bayan_MasturatMutarjim_Ustaz_H.html



Friday, July 2, 2010

RENUNGAN BERSAMA...

Sewaktu di padang mahsyar ,Nabi saw dapat mengenal umatnya melalui anggota2 wudhu mereka yg bercahaya. Dengan riang gembira Nabi saw membawa air dari Telaga Kauthar dalam bekas diperbuat drpd emas untuk memberi umatnya minum air tersebut. Apabila org yg meminum air tersebut maka kedahagaannya akan hilang selamanya….namun ada golongan tertentu daripada umat Nabi yg dihalang oleh malaikat drpd diberikan air tersebut, Nabi yg mulia pun bertanya mengapa malaikat menghalang baginda drpd memberi umatnya minum air tersebut sedangkan mereka adalah umat baginda yg anggota sujud dan wudhu mereka bercahaya2..malaikat pun memberitahu bahawa memang benar mereka adalah umat Baginda, namun sewaktu agama semakin merosot, agama semakin mundur di Dunia dahulu, org berbuat maksiat, tidak ada sedikit kerut pun di dahi mereka menunjukkan mereka risau atau bimbang dengan keadaan tersebut. Maka dengan marahnya Nabi saw mengusir mereka,”jauh dariku..”sebanyak 3 kali. Sekali usir mereka akan dijauhkan dari Nabi 500 tahun jauhnya…

Hari ini, ada segelintir umat ini yg bukan sekadar tak pernah mengerutkan dahinya, atau fikir risau bimbang terhadap agama, malah ada segelintir yg menghalang org yg buat usaha agama…menghalang org yg ada fikir risau terhadap agama..menghalang org yg banyak mengerutkan dahinya kerana sedih dgn keadaan agama, sehingga org2 yg berusaha utk membantu meniggikan kalimah Allah terbantut usaha mereka….bayangkan apabila perkara ini diberitahu oleh baginda di Mahsyar kelak, sedangkan org yg tidak ada kerisauan di hatinya terhadap keadaan agama pun Nabi saw marah, inikan pula golongan2 yg menghalang orang yg ada kerisauan atas agama…

Apabila ada jemaah datang nak buat usaha supaya masjid/surau dapat dihidupkan dengan amalan, ada org datang solat berjemaah, bersihkan tahi cicak yg dah bertimbun atas lantai masjid/surau, ada pula yg MINTA SURAT, MINTA PERMIT, MINTA LESEN utk menjalankan kerja DAKWAH… astaghfirullah…Yelaaa, Kalau setakat nak minta kebenaran atau surat drpd pihak2 tertentu pun jemaah faham jugak, mungkin takut sebab JEMAAH NAK sebar ajaran sesat kot..Tapi kalau surat pun DAH dibagi, kertas ‘hitam-putih’ dah ada, tapi MASIH BANYAK SONGEH, itu dah ‘lain tune’ dah tuuu….

Hari ini kita marah sangat apabila ada orang lukis gambar/karikatur Nabi saw, sampai ada buat mogok, tunjuk perasaan dan boikot-memboikot. Namun, apabila ada golongan yg ingin menhidupkan sunah dan mengamalkan sunah, macam2 celaan yg diterima. Digelar ‘Tok Janggut’ atau ‘Kambing’ dek menyimpan janggut..seolah-olah menghina sunah dan menghina Nabi saw sedangkan kita mengaku sebagai umatnya dan setiap tahun sambut maulidur rasul ?..Kalau pakai Jubah dan serban digelar ‘Org Arab sesat’ atau ‘jubah utk pakaian org arab je’ atau wanita yg memakai purdah digelar ‘extreme’ dan ‘ajaran sesat’, ‘Arqam’ dan sebagainya.., na’udzubillah. Sedangkan Nabi dihantar utk umat seluruh alam sampai kiamat, namun ada juga kalangan org islam sendiri rasa tak senang hati bila ada org yg cuba meniru ‘dressing’ Nabi, para sahabat/sahabiah. Sedangkan org islam berpakaian Barat tak pula ‘complain’..? Cuba renung, waktu nabi diangkat menjadi rasul dahulu, org arab Quraisylah yg gelar Nabi sesat dan gila..Hari ni bila kita cuba hidupkan sunnah itulah juga yg kita akan dapat. Dan banyak lagi ketidakpuasan hati segelintir Umat Nabi SAW sendiri yg sakit hati apabila ada golongan cuba menghidupkan sunnah di zaman kita yg serba canggih dan moden ni la katakan…terutama sekali apabila kita bangkit buat USAHA DAKWAH..terlalu banyak ujian…

Walau apapun, itulah lumrah dalam dakwah memang ada yg menentang, ada yg tak suka….Nabi2 terdahulu pun buat dakwah dan dapat perkara yg sama, malah lebih teruk lagi…hatta Nabi saw sendiri lebih teruk dibuatnya, sampai berdarah satu badan semasa berdakwah di taif. Kita hari ni setakat kena marah, kena ejek atau maki hamun tu perkara biasa….tak kurang juga ada yg sampai kena pukul, diludah malah dibunuh sekalipun semata2 kerana agama…sudah menjadi Sunnahtullah dalam usaha agama…ingatlah kata2 Nabi saw kepada Abu Bakar r.a sewaktu berhijrah ke Madinah,” ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA DENGAN KITA”. Wallahu a’lam..

Monday, June 28, 2010

KATA ULAMA...

ULAMA bagitahu, Hari ini bila seseorang tinggalkan solat, kita anggap itu satu dosa..bila seseorang tinggalkan amalan2 agama yg lain, puasa,zakat, haji dan lain2 kita anggap itu satu dosa…tetapi apabila tinggalkan kerja dakwah kita tak anggap sebagai satu dosa. Sedangkan, apabila dakwah ditinggalkan, maka dosa2 yg lain akan timbul…org tinggalkan solat, tidak bayar zakat,tidak puasa, tidak pergi haji walaupun mampu, minum arak, membunuh, berzina dan sebagainya akan timbul apabila dakwah tidak dibuat…

Sebab itu ULAMA kata kita kena banyak2 istighfar dan minta ampun dengan Allah sebab dah TINGGALKAN atau ABAIKAN kerja yg mulia ini. Dan, kalaupun kita buat ‘dakwah’, kita buat bukan mengikut apa yg Nabi dan para sahabat buat. kita mahu cara yg baru mengikut peredaran zaman dan bersesuaian dengan zaman sekarang yg serba canggih dan moden. kita tak nak susah payah utk agama. tapi kalau utk dunia kita sanggup susah payah, sanggup berjauhan dengan anak isteri tercinta, semata-mata kerana habuan dunia. Natijahnya, kita semakin ‘cinta’ dengan dunia dan kehidupan ‘dunia’ yg sementara. sebaliknya apabila kita susah payah utk AGAMA, natijahnya, Allah akan tambahkan kecintaan kita pada AGAMA dan kehidupan AKHIRAT.

Tuesday, June 22, 2010

JOR KL,11-13 Jun 2010 dan JOR Qudama 13-14 Jun 2010 (http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com)

JOR KL,umum 11-13Jun 2010

LINK BAYAN TELAH DIBUANG ATS SEBAB TERTENTU. HARAP MAAF DAN HARAP MAKLUM. LINK BAYAN BOLEH MUAT TURUN DI : http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com

Da’wah adalah penyelesaian masalah infradi dan ijtimai. Allah SWT telah berfirman, “Siapa yang lebih baik perkataannya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal sholeh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya akan terwujud dengan menyatukan da’wah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan tetapi penjelasan dan penegasan bahawa da’wah itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang baik. - Maulana Muhammad Saad

Monday, June 21, 2010

JOR BORNEO PART 2 - SCENE

SCENE 1 - PENYEMBELIHAN KAMBING AKIKAH UTK JOR BORNEO







SCENE 2 - KHIDMAT TA'AM ELDERS DAN FOREIGN






SCENE 3 - MEDAN JOR





JOR BORNEO 30MEI-3JUN DAN BAYAN JEMAAH MASTURAT 10HARI

Jor Borneo 30 Mei - 3 Jun2010

Taqreer 30 Mei
http://www.4shared.com/file/iQLyyqtb/Targhib_30_mei_2010_0.html

Bayan Subuh 30 Mei
http://www.4shared.com/file/2l9TyFyX/Bayan_Subuh30_Mei_2010.html

Bayan Subuh 31 Mei
http://www.4shared.com/file/aG_qYlX3/Bayan_Subuh_31Mei2010.html

Bayan Subuh 1Jun
http://www.4shared.com/file/nPNztsdG/Bayan_Subuh1Jun.html

Bayan Maghrib 1Jun
http://www.4shared.com/file/SRPjJjpu/Bayan_Maghrib1Jun.html

Bayan Isya 1Jun
http://www.4shared.com/file/pHa9LcSK/Bayan_Isya1Jun.html

Bayan 31 Mei
http://www.4shared.com/file/_6Ojoi_-/Bayan_31Mei2010.html

Bayan 1Jun
http://www.4shared.com/file/XYq1yfAr/Bayan1Jun.html

Bayan Hidayat 2Jun Part 1
http://www.4shared.com/file/FJuw1vIy/byn_hdyt_2JUNpart1.html

Bayan Hidayat 2Jun dan Doa Part 2
http://www.4shared.com/file/M0eXVbjx/byn_hdyt_dan_doa_2JUNpart2.html

Bayan Subuh 3Jun
http://www.4shared.com/file/D5xt2GXi/Byn_subuh_3hb.html

Bayan Jemaah Masturat 10 hari

Bayan Isya Hj.Sulong 10Jun
http://www.4shared.com/file/ZkkAintn/Bayan_Isya_HJ_SULUNG10JUN.html

Bayan Isya Hj.Sulong 8Jun
http://www.4shared.com/file/ktHnXgGN/Bayan_IsyaJemMasturatHj_Sulung.html

Tuesday, May 25, 2010

BUATLAH DAKWAH......


Keningau digemparkan dengan kedatangan Ratu Gelek, Inul pada 30 hb Mei ni,SAMPAI DIBUAT bantahan supaya konsert tersebut CANCEL...alahai...tak berapa lama sebelum tu kena buat perarakan kereta berhias pulak, depan masjid!!! Sejak pukul 5petang dah ada org yg buat 'pengorbanan' menunggu perarakkan berlangsung..jalan ditutup oleh polis trafik, sehingga menyukarkan org yg nak solat kat masjid...macam takde tempat lain nak buat perarakan...dah tu pasang muzik dan lagu serta hon kereta pula kuat2 time org tengah solat...alahai.....sekarang pulak nak diadakan konsert Inul pulak....macam tak serik2 dengan tragedi Ribut Greg dahulu.....hmmmm...

Nak cakap apa pun tak guna...inilah natijahnya bila dakwah tak dibuat.....bila dakwah tak dibuat ijtimai', perkara batil dengan sendirinya akan datang, samada dalam bentuk konsert ataupun perarakan....bila dakwah dibuat perkara batil akan hancur....tapi tak ramai yg tahu..tak ramai yg tahu kemuliaanya sebagai UMAT AKHIR ZAMAN asbab perantaraan DAKWAH ni Allah muliakan dia sebagai umat Nabi SAW..dan tak ramai yg bersyukur Allah telah jadikan dia sebagai Umat Nabi SAW...

Daripada pergi konsert, jom kita pergi perhimpunan org islam (Jhor) seluruh Borneo 31hb Mei hingga 3Jun ni yg diadakan di Bingkul, Beauford...lagi besar menafaatnya....saudara2 kita dari beberapa buah negara datang seperti Indonesia,Fillipina, Brunei, Labuan, sarawak dan beberapa negara lain akan datang.. Ulama2 kita pun akan datang dari beberapa negara utk bagi nasihat dan penerangan tentang usaha agama (dakwah) dan kepentingan iman dan amal dalam kehidupan...Maksud sebenar jhor ni bukanlah setakat kumpul2, makan minum dan bersurai..tetapi bertujuan utk bentuk jemaah untuk dihantar ke seluruh alam buat dakwah....

DEMI ALLAH, HANYA DAKWAH SAHAJA AKAN DATANG NUSRAH DAN BANTUAN ALLAH PADA UMAT INI....BUKAN DENGAN KEKUATAN YG KITA ADA, EKONOMI YG KITA ADA, KEPANDAIAN MAHUPUN SENJATA YG CANGGIH...
BACALAH KISAH SAHABAT R.HUM...BACALAH KISAH SAHABAT R.HUM..

Monday, May 24, 2010

CINTA..


Apa itu cinta? Ada apa dgn cinta?...
Pabila ditanya pasti ada yg mengatakan, “cinta itu sukar nak diterangkan,cinta itu universal, tak kurang juga yg cakap cinta itu buta..”. Cinta itu sejenis perasaan terhadap seseorang,sesuatu sehingga gila bayang? Daripada cinta terbitnya rindu..rindu pada kekasih? Rindu pada harta? Rindu pada kedamaian? Mungkin….? kekadang cinta membuatkan org hilang kewarasan akal, hilang pertimbangan, hilang tumpuan dan hala-tuju...

Apa bukti cintamu?

Lautan api direnangi, gunung didaki, hutan dijelajahi? Tak kurang ‘kuserahkan segalanya padamu’..sampai tergadai maruah? Sanggup mati kerana cinta…sanggup bunuh diri kerana kekasih kahwin lain? kekadang, dengar lagu jiwang kat radio mengalir air mata...terkenangkan seseorang..menangis hiba dan meraung...sampai penuh baldi dgn air mata..

Subhanallah…hebatnya cinta….namun apalah gunanya cinta kalau tak berbalas…kadang2 syok sendiri sebab org yg digilai belum pasti punya perasaan yg sama. Perasan!! Sampai ‘frust’ menonggeng…alahai..

Alangkah hebatnya hanya cinta pada Allah….cinta yg hakiki…cinta yg PASTI berbalas…cinta hanya padaNya…Allah azza wajalla…pencipta kita..yg bagi kita rezeki hari2,walaupun kita langgar perintahNya…Dialah Allah yg mengasihi kita 70 kali berbanding seorang ibu mengasihi anaknya..

Cuba lihat cintanya sahabat pada Allah dan Rasul.. cinta yg terlalu tinggiiiiii….tak seperti cinta laila majnun..romeo dan Juliet…Uda dan Dara….BUKTINYA, sanggup korbankan harta,diri dan masa…hatta NYAWA utk Allah… Kita bagaimana?

Sebab tu dalam usaha atas agama ni, kita belajar utk mencintai Allah, yg selama ini cinta pada dunia dah lama bersarang dalam hati…. Buktinya? Belajar buat pengorbanan harta, diri, masa dan perasaan di jalan Allah.. tinggalkan sebentar HARTA yang dicintai, tinggalkan seketika ISTERI yang dicintai, tinggalkan sebentar ANAK yg dicintai, tinggalkan sebentar KEDUDUKAN DAN PANGKAT yg dicintai…keluar di jalan Allah USAHAKAN IMAN YAKIN….
Ulama Baru minta untuk kita KORBANKAN HARTA, DIRI, MASA UNTUK AGAMA ALLAH saja...belum sampai tahap korbankan Nyawa...kalau sedikit harta yg kita ada, masa yg kita ada dan diri kita sendiri pun belum mampu nak 'DIBERI/DIKORBANKAN' untuk agama, apatah lagi nak KORBANKAN NYAWA???...

KENANGAN SILAM...2

Mengimbas kisah lalu... http://ziarah76.blogspot.com

Selepas membaca posting terbaru Tn Haji Musa Kuala Kedah, teringat pula salah satu kisah zaman belajar dulu. Masa tu baru nak berjinak2 ke markaz, pertama kali dibawa ke markaz oleh sorang ahli keluarga sendiri, tapi lepas dah tau pergi sendiri la.

Kelakar, malu pun ada kalau teringat, saya pernah datang ke markaz bersama dua/tiga helai kertas yang dalamnya berisi soalan-soalan untuk bertanya mengenai kemusykilan berkaitan jemaah Tabligh. Sebenarnya, masa sekitar akhir semester di UIA masa tu, ada member (rapat jugak) yg tak berapa faham tapi berniat ikhlas dan murni meluahkan rasa tak berapa senang bila mengetahui saya sudah ke markaz tabligh. Saya memang respect member tu (sampai sekarang pun).

Masa tu, beliau memang calon ustaz sebagai pelajar lepasan sekolah agama yg seterusnya mengambil jurusan agama peringkat ijazah.Jadi dia memberi nasihat agar berhati-hati, jangan mudah terikut-ikut. Seorang lagi rakan yg tak kurang hebat ilmu agamanya (dia jadi rujukan saya bila blaja bahasa Arab) pula memberi satu surat yang mengandungi soalan-soalan kemusykilan tentang jemaah tabligh yg dikatakan tak berapa betul dan beberapa hal yg dipertikaikan.

Saya jenis tak reti menjawab, al maklumlah masih baru (lagipun memang tak reti pun, saya bukan jurusan agama), tapi saya katakan kpd mereka, mari lah ke Sri Petaling untuk bertanya ustaz-ustaz di sana. Tetapi member tu enggan (segan agaknya) sebaliknya mencadangkan agar saya saja yang bertanya kepada ustaz2 di Sri Petaling.

Disebabkan saya menganggap kemusyilan mereka ikhlas maka saya berasa mahu juga soalan-soalan mereka dijawab supaya hati berasa lapang, lalu pada suatu hari, kertas-kertas yg mengandungi soalan-soalan itu pun saya bawa ke markaz.Dipendekkan cerita, bila dengar bayan markaz... tiba-tiba beberapa point bayan seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri je, entah kenapa rasa tak keruan. Rasa lain macam dengar bayan, menusuk ke qalbu.

Bila habis dengar bayan markaz hari tu..... saya berasa soalan-soalan tu seolah-olah sudah terjawab. Pelik sungguh. Rasa 'macam' dah terjawab walaupun bukan lah bayan itu untuk menjawab kemusyilan senarai soalan-soalan tu.Jadi rasa malas pulak nak diajukan soalan-soalan tu kpd mana-mana ustaz di situ. Kalau diajukan tentu saya berasa malu saja.Sorang member di markaz kata, kalau nak tahu kena keluar lagi dan lagi. Saya sengih je, dlm hati makin bulat tekad nak belajar2 buat usaha agama ni kalau nak tahu lagi.

Bila keluar sikit-sikit jalan Allah, sedikit demi sedikit perkara yg dibangkitkan semakin jelas. Masa first time nak keluar 3 hari, dlm fikiran, "Tak kisah lah apa korang nak kata pasal Tabligh, yg penting kalau aku dapat jaga sembahyang macam diorang dapat buat, tu dah kira untung besar dah."

KENANGAN SILAM...1

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak citer tentang kisah2 rakan2 seusaha kita sejarah penglibatan mereka dalam usaha ni...sekadar nak kongsi pengalaman diorang dgn semua yg datang bertandang di blog ni...entri ni saya amik daripada blog rakan seusaha dlm laman web diorang. Insyallah sekadar perkongsian, bukannya nak cari untung atau dapat tender atau ada 'business'....

KESAH PERMULAAN BAGAIMANA AKU MULA DIBAWA DALAM USAHA AGAMA NABI SAW (caponenkolakedah.blogspot.com)

Bismillahirrohmanirrohim ,

Kesah ini bermula lewat tahun 70an ketika itu aku belajar di Sekolah Menengah Jitra di tingkatan enam rendah . Aku tinggal di rumah sewa bersama empat orang kawan, aku, Ku Abdul Halim, Harun dan Azizan. Rumah sewa kami ditepi sungai , Sungai Korok dalam Pekan Jitra, Jarak rumah kami dengan sekolah lebih kurang 500m dan dari masjid daerah jitra juga lebih kurang 500m, masjid ini sekarang tidak lagi menjadi masjid daerah kerana masjid daerah telah dibina baharu ditempat lain. Masjid ini pernah menjadi markas jemaah tabligh seketika dulu. Kami berempat setiap hari berjalan kaki berulang ke masjid setiap kali solat fardzu. Pada bulan puasa kami tutup dapor dan periuk sebab dimasjid tiap-tiap hari ada kenduri berbuka puasa, jadi makanan itu juga kami simpan guna untuk sahur.

Di Jitra waktu itu ada sebuah sekolah swasta di Lorong Alif, pengusahanya Cikgu Osman iaitu guru saya di SMJ. Disekolah itu ada seorang guru bernama Cikgu Anuar (sekarang kerja dgn TM), ia sudah keluar dakwah selama 4bulan di India, Pakistan dan Bangladesh kalau tak silap tahun 1978. Cikgu Anuar ini dia suka berbual dengan kami dan bercerita tentang usaha dakwah. Kami suka mendengar ceritanya kerana ada perkara baharu yang belum pernah kami dengar, terutama cerita tentang ulamak-ulamak yang membuat usaha agama saperti sahabat nabi saw. Cerita tentang pengalamannya di IPB dan banyak cerita-cerita sahabat yang diceritakan kepada kami. Akhir sekali beliau telah memberi kepada kami kitab “FADZILAT SALAT” kulit bewarna hijau. Inilah detik permulaan kami dalam penglibatan dalam usaha agama Allah swt.

Mula-mula kami disuruh membaca kitab ini satu atau dua hadis selepas solat asar setiap hari, jadi setiap hari kami akan bergilir-gilir membacanya setiap hari selepas asar di Masjid. Lepas itu dia memberi kelebihan kepada kami agar dapat dibaca dirumah sewa kami pula, jadi dengan kitab yang sama, kami bacalah kat rumah sewa selepas pulang dari masjid selepas solat isyak. Kitab ini kami simpan dirumah kami kerana ada suatu ketika kami simpan di masjid ia hilang diambil orang . Perbuatan kami berempat berulang alik ke masjid ini rupanya menjadi perhatian orang kampong disitu dan mereka amatlah suka kepada kami hingga ada satu keluarga tu anaknya dari tak pandai solat jadi pandai dan tidak tinggal solat dan setiap kali pulang kerumahnya mesti ia memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah.

Seterusnya apabila kami sudah istiqomah membaca hadis di masjid dan rumah, Cikgu Anuar mula mengajak kami ke Markas Tabligh yang terletak di Tanjung Pauh lebih kurang 4 Km dari Jitra. Masjidnya waktu itu kecil sahaja, sekarang dan jadi masjid baharu dan besar. Aku dan Ku Abd Halim menyahut ajakan terus pergi, sementara Azizan dan Harun mereka tidak bersedia untuk pergi ke markas (Sehingga sekarang pun bila aku bawa jemaah khususi untuk ajak mereka buat usaha agama masih juga tak bersedia ) . Cikgu Anuar datang mengambil kami dengan keretanya kemarkas.

Di markas aku melihat satu suasana yang mana orang yang datang kebanyakkanya sudah tua-tua, waktu itu yang aku ingat orang muda, aku, Ku halim dan Khalid yang masih bersekolah, hadir malam markas antara 20 hingga 30 orang. Selepas asar hari khamis di markas , seorang telah diberi tugas untuk memberi adab “Ghast”, dalam ceramahnya aku tak faham beberapa sebutan yang pertama kali aku dengar antaranya ialah “Gasht”, “Bayan”, “Mutakallim”. Amer sab”, “Rahbar” “Tashkil” “Iklan” “Takril””istiqbal”. Aku mendengar penjelasan yang diberi dengan sungguh-sungguh, apabila habis penerangan diberi dia terus bertanya siapa yang nak jadi mutakallim, kemudian rahbar lepas tu,takril dan lepas tu bayan, Tahukah anda setiap kali dia bertanya siapa sanggup nak jadi saperti diatas, akulah orang yang pertama mengangkat tangan menyahut panggilan untuk menjalankan tugas yang mana langsung aku tak faham apa-apa. Aku bersyukur kepada Allah kerana waktu tu Allah telah terima kesanggupan aku untuk menjalankan tugas yang aku tak faham tu sampailah sekarang, Alhamdulillah, sebagaimana ketika aku berusia 10 tahun jemaah tabligh India Maulana datang ke kampong aku di Kuala Kedah dalam tahun 1970, apabila diminta nama untuk keluar 4 bulan aku telah berdiri memberi nama aku, walaupun masih ku ingat waktu itu aku duduk dibelakang sekali dan tidak faham apa-apa , kemudian selepas 10 tahun aku member azam, dalam 1980 aku telah diberi Allah untuk keluar 4 bulan dijalan Allah swt.

Di markas setiap kali program yang dibuat aku kaji dan lihat bagaimana semua orang tak kira tua atau muda semuanya patuh pada satu arahan sahaja daripada satu orang yang dipanggil “amer”. Lepas magrib bayan diadakan, dan aku duduk dihadapan sekali mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan oleh penceramah, yang mana jalan ceritanya menarik, penyampaiaanya bersahaja penuh fikir dan menyentuh hati sanubariku, ceritanya hanya tentang perjuangan nabi dan sahabat-sahabatnya, tanpa ku sedari air mataku bercucuran dipipiku terus kedaguku dan menitis diribaku. (Janggut belum tumbuh lagi, masih muda). Penceramah langsung tidak menyentuh peribadi sesiapa dari kalangan manusia yang hidup atau sudah mati yang boleh menjatuhkan maruah mereka apatah lagi mencela mereka tidak sama sekali, ini amatlah membuat aku kagum, ceramah yang panjang dan tidak satu bentuk humor yang boleh diketawakan pun tidak ada, suasanya penuh kesyahduan. Sebelum inipun aku pernah mendengar ceramah tentang perjuangan nabi dan sahabat dari program lain samada politik atau lain-lain pergerakan, ceramahnya amatlah berlainan sekali tak payahlah aku sebut dimana perbezaannya.
Selepas selesai bayan dan orang memberi nama termasuk aku untuk keluar jalan Allah, solat Isyak , kemudian program tamat dengan bacaan kesah hidup para sahabat nabi saw. Sebelum itu diberi adab tidur cara nabi saw tidur, pertama kali aku dengar dan terus aku amalkan. Selesai semua program tibalah masa makan malam, kami berdua tidak membawa makanan , jadi merekalah telah ikrom kami makan malam, nama yang tidak boleh aku lupa dalam memberi makan ini ialah Allahyarham Bang li, Allahyarham Pak Yob, Allahyarham Hj.sirat Pak haji Awal (capati /roti waktu pagi), Selepas itu setiap minggu kami tidak pernah lepas peluang datang ke markas, samada mereka ambil atau berjalan kaki 4 Km ke markas setiap khamis petang lepas asar, orang yang biasa mengambil kami untuk ke markas ialah Cikgu Yaakob dan Tuan Hj Marwan ( Bendahari UiTM Shah Alam). Hj Marwan yang banyak menasihati kami tentang kepentingan menjaga pelajar dan belajar dengan rajin, beliau merupakan jemaah pelajar dari Malaysia yang pertama keluar 4 Bulan ke IPB bersama Tn Hj Salleh Mubin (T bg Haji), Hj.MOhd Amin (UTM Sekudai), Dr. Khaider (UPM-Fizik pensyarah aku) dan lain-lain aku dah tak ingat nama mereka).

Tahap ketiga adalah mereka mengajak kami keluar satu hari setengah nisab pelajar, Alhamdulillah kami berdua tidak lepas peluang untuk keluar, amer jemaah kami yang mula masa itu ialah Allahyarham Hj Ramli (Bang Li). Aku budak baru belajar pertama kali keluar tetapi aku mempunyai kesanggupan untuk membuat semua perkara yang ada didalam usaha tabligh masa itu, dari khidmat taam sampailah kebayan semuanya aku sanggup buat. Tapi apa yang diputuskan untuk aku buat ialah duduk dalam taklim 4 jam dan kena hafal hadis yang didengar dengan sempurna termasuk perawinya, malam sebelum tidor dalam program muhasabah amer mahu aku hafal 3 doa masnun amalan harian dan dibaca dihadapannya. Apa lagi aku buatlah apa yang disuruh dan Berjaya melakukannya, beginilah setiap kali keluar kena hafal doa kemudian adalah peningkatanya membuat khususi, mutakallim. Khidmat dan semuanya kecuali amer jemaah sahaja aku tak jadi. Banyak doa masnun yang aku amal sekarang pun merupakan dari hafalan tersebut. Sekarang hati dah benak nak menghafal cepat lupa, (Tanda dah tua).

Di sekolah, selepas kami sudah belajar keluar dakwah satu hari maka fikir aku dan Ku Abd Halim dah bertambah. Kami mula fikir bagaimana kawan –kawan sekelas dengan kami dapat mengambil usaha nabi saw, Kelas kami adalah kelas sains, jadi semuanya kaki ulat buku, termasuk Ku Abd Halim ini juga ulat buku, tapi aku separuh ulat buku sahaja, jadi aku tak lepas peluang, nampak sahaja member rehat aku cerita tentang usaha agama pada mereka setiap hari. Dugaan masa itu memanglah banyak , guru-guru pandang serong pada kami, mereka kata kami sesat ikut tabligh India, tapi aku buat bodoh aje, teruskan usaha dengan jostnya . Masa berlalu dengan cepat namun tiada seorang pun dari kawan sekelas yang mahu ikut kami untuk ke markas apatah lagi mahu keluar, tapi aku tetap sabar.

Masa untuk berpisah dah semakin hampir apabila peperiksaan STP bermula, masa inilah kerisauan aku semakin bertambah dan aku luahkan kerisauan ini pada sahabatku Ku abd Halim, kataku “Halim kita dah nak habis belajardah dan akan berpisah, kawan-kawan kita seorang pun tidak mahu keluar di jalan Allah nanti aku takut bila kita mati Allah akan soal kita atas perkara ini, mailah kita buat sesuatu macam mana nak bagi depa ikut usaha nabi saw” kawan aku ini dia slow and steady ,buat kerja dengan fikir.

Aku cadangkan padanya supaya dapat buat perhimpunan kecil di rumah sewa kami dengan melibatkan orang awam untuk memberi penerangan yang lebih baik, setelah bermesyuarat dengan orang markas maka mereka bersetuju untuk datang dan menyediakan sedikit makanan, masa itu peperiksaan STP baru bermula. Aku dan sahabat aku ini setiap kali apabila habis sahaja paper yang diambil kami akan duduk bersama kekawan yang sebuk tengah bincang soalan terus sahaja terangkan kepentingan usaha agama dan ajak mereka untuk hadiri perhimpunan di rumah kami. Beginilah keadaan kami sebuk dakwah ditengah peperiksaan STP yang sedang dijalankan sehinggalah di hari akhir peperiksaan. Hari akhir ini hari yang paling sebuk kerana untuk menuai hasil usaha yang dah setahun dijalankan, akhir sekali dengan kehendak Allah berhimpunlah juga lebih kurang sepuluh orang. Maka penerangan dibuat dan apabila taskil dibuat dua orang telah memberi nama untuk keluar tiga hari. Aku dan sahabatku dah siap untuk keluar 4B jalan kaki dalam negeri. Dua orang yang bersedia keluar 3 hari itu ialah Alaudin dan Ku Halim bin Ku Hamid namanya sama dengan sahabat aku bezanya sahabat aku Ku Abd Halim Ku Taha. Alaudin ini dia hanya keluar 3 hari lepas itu dah tak mahu keluar lagi, sekarang pun aku jumpa dengannya dan ajak keluar 3 hari lagi, dia tak bersedia untuk keluar, sekarang ia jadi guru. Sementara Ku halim Ku hamid ini dia merupakan kawan baik aku, kawan yang selalu buat bising dan merayau, dia telah keluar 3 hari dan apabila pulang dari 3 hari dia mempunyai semangat untuk meneruskan usaha agama, Alhamdulillah apabila dia menyambung pelajarannya di UKM dia menjadi fikirman disana dan orang yang korban, apabila tamat belajar keluar 4 bulan, sekarang menjadi Prof penuh di UiTM Shah Alam Frof Dr Ku halim Ku Hamid, mukanya selalu keluar kat kaca TV dalam program Inovasi.Sudah lama aku tak berjumpa dengannya, kami memanglah sahabat yang paling baik banyak kesah kami (Kalau hang baca tulisan ini hang ingatlah kat aku). Seorang lagi sahabat kami dia tidak datang dalam perhimpunan kerana nak balik Kuala Lumpur, dim Kuala Lumpur dia telah keluar 3 hari, katanya dia memang berminat untuk ikut dakwah apabila mendengan dari kami. Namanya Yusuf bin Said dari Limbang Sarawak, dia sambung pelajar kat UM dan pulang ke Limbang telah mulakan usaha disana, satu masa aku telah keluar 40 hari di Limbang banyak aku telah jumpa karkun hasil daripada usaha beliu, kini Yusuf ada kat Miri.

Tersebutlah kesah aku dan sahabatku Ku Abd Halim kami telah bersiap untuk keluar 4 bulan. Pada Nov 1980 bersama dengan kami lagi 2 orang pelajar namanya Haris dari Jitra dan seorang lagi Aris Awang dari Alor Setar tamat SPM. Kami berangkat ke Kuala Lumpur dan sampai kat Masjid India kami diputus untuk keluar dengan jemaah 4bulan jalan kaki dari Terangganu ke Penanti Puau Pinang. Amer jemaah kami ialah Hj Harun dari Tanah Merah Kelantan. Sebelum berangkat , dimasjid India, Hj Marwan memberitahu kami bahawa kami merupakan orang Kedah yang pertama keluar 4 bulan jalan kaki di Malaysia, masa itu Hj Marwan dah bekerja di ITM Shah Alam.

Alhamdulillah kami selesai keluar 4 bulan dan pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan usaha. Ku Abd Halim dia layak untuk masuk universiti tapi dia menolaknya dan menyambung pelajaran agamanya di Pondok Penanti sehingga tamat pengajian dan keluar IPB setahun ikut nisab ulamak, dan sekarang dia mengajar di Pondok Penanti dan menjadi ahli Syura Markas Penanti. Sementara Aris bin Awang apabila pulang ke Alor Setar sempat keluar 3 hari bersama aku kat Alor Setar sekali dan masuk belajar kat ITM Shah Alam (tidak Habis) pulang kampong aktif dalam PAS dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kedah. Haris pula balik kampong dan membuka perniagaan sendiri, sebuk dan terus tidak keluar-keluar sampai sekarang, lama dah tak jumpa. Sementara aku pula sambung belajar kat UPM menjadi guru, sudah ada tiga orang cucu, sekarang kesihatan pun semakin kurang dan selalu berulang masuk hospital (anugerah Allah swt) tapi Alhamdulillah aku syukur pada Allah walau apapun keadaan aku Allah tetap memberi kebaikan kepada aku dan keluarkan aku 3h dan 40 hari setiap tahun ikut nisab termasuk usaha masturat sampai sekarang dan aku berdoa semoga Allah kekalkan aku dan semua sahabat aku dan semua rakan usaha untuk tambahkan korban dan kekal dalam usaha agama Allah swt.

Jika diizinkan Allah aku akan menulis pengalaman keluar 4 bulan jalan kaki era permulaan jemaah jalan kaki bermula
1) Jemaah pertama dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
2) Jemaah kedua dari Pulau Pinang ke Terangganu
3) Ketiga dari Terangganu ke Penanti (jemaah akulah)

http://caponenkolakedah.blogspot.com/2010/05/mki-masihkah-kau-ingat.html


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails