Assalamualaikum..Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya.
Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia
bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika
itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku
yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz
terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah
dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila
buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan
soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar,
Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat
namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu
kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf
Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu
memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak
menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah
di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang
selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk
beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah
Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan
pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan
sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah
Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk
saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada
syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini
kepada orang lain..
APA YANG KITA TAHU, AMAL DAN SAMPAIKAN
( Dipetik
daripada FB abie saibah )
PEMBETULAN : NO5 :BAYAN IJTIMA TONGI 2012 A , NO.6 BAYAN IJTIMA TONGI 2012 B, NO. 7 BAYAN IJTIMA TONGI 2012 C, NO.8 BAYAN KIYAI KHUZAIRON TEMBORO
LINK BAYAN
POLAN 1 : Assalamualaikum...wah..dari mana
ni..siap bersamping lagi...macam nak pegi
kenduri kahwin...
POLAN 2 : Walaikum salam... oh..tak lah baru habis
dari perarakan Maulidu rasul kat padang
tadi...pherrrgghhh....ramai
orang..happening betul...kau tak ikut
berarak sama ke? tak nampak pun?
POLAN 1 : Oooo...aku ada kerja sikit la...
POLAN 2 : Apala kau ni...kalau ye pun luangkanlah
masa...inilah tandanya SAYANG
NABI...buat pengorbanan berarak
panas2...ingatkan perjuangan nabi dan
susah payah nabi...kita tak mampu nak
angkat senjata macam kat Palestin
sana..sekurangnya...inilah yang mampu
kita buat..
POLAN 1 : ....(DIAM)......
POLAN 2 : kita kan orang islam...kenalah tunjukkan
kecintaan kita ....tanda menghargai
pengorbanan nabi pada kita
umatnya....setiap tahun kita
sambut...setiap tahun kita meraikan
kelahiran nabi junjungan kita.... eh...kau
pula nak pegi mana ni?
POLAN 1 : Aku nak pegi masjid, solat
Zohor..jom..marilah pegi sekali..
POLAN 2 : AKU NAK TUKAR BAJU dulu...berpeluh
ni..berarak tadi...SOLAT kat rumah je la...
POLAN 1 : Ehhh...? Tadi kata SAYANG
NABI....ingat pengorbanan nabi...??
POLAN 2 tersengih....
Lepas tangguh nisab 40hari keluar kat Singapore...ikram bawa keluarga pegi cuti-cuti Malaysia kat Ranau-Kundasang...daripada cuaca 'panas kesuam-suaman' (hehehe) kepada cuaca yang sejuk ...dari dataran rendah Keningau ke tanah tinggi kaki Gunung Kinabalu...Masya-Allah...hebatnya Allah...sepatutnya semakin tinggi semakin panas la sebab semakin dekat dengan matahari kan...tapi tak pula,tanda Allah nak tunjuk kehebatan-Nya bagi mereka yang mahu berfikir..
Kami pun nak tengok Gunung Kinabalu la 'kunun' ...tapi hampeh...sebab kabus tebal...selama 2 hari kat sana tak nampak2 'batang hidung' Gunung tu...Subhanallah...gunung yang begitu besar pun DEPAN MATA TAK NAMPAK...
cuba FIKIR sejenak...kalau hati yang dah 'berkabus tebal' akibat banyak dosa dan maksiat...KEBESARAN ALLAH pun tak nampak...bila tak nampak, maka semakin jaaauuuuuuhhhhh dengan Allah...wallahu alam...