CARI DALAM BLOG INI

Monday, August 26, 2013

DAKWAH...DAN...DOA...

" ALLAH AKAN BANTU UMAT ISLAM APABILA UMAT ISLAM BANTU 'AGAMA ISLAM'...SOLAT, PUASA, ZAKAT, HAJI, DAN SYARIAT-SYARIAT AGAMA YANG LAIN ADALAH AGAMA ISLAM...DAKWAH DIBUAT UTK TEGAKKAN SYARIAT ISLAM..UMAT ISLAM YANG TIDAK SOLAT DIJUMPAI SUPAYA MEREKA MENJAGA SOLAT, BEGITU JUGA YANG TIDAK PUASA, TIDAK ZAKAT DAN UMAT2 ISLAM YG LAIN YG MENINGGALKAN ATAU MERINGAN-RINGANKAN SYARIAT AGAMA YG LAIN...SUPAYA UMAT ISLAM MENJAGA AGAMA, SUPAYA UMAT ISLAM MENGHARGAI AGAMA...SUPAYA UMAT ISLAM MENTAATI PERINTAH DAN MENINGGALKAN LARANGAN ALLAH...

AZAB ATAU BENCANA DATANG APABILA UMAT ISLAM MENINGGALKAN ATAU MELANGGAR SYARIAT AGAMA..NATIJAHNYA BENCANA TURUN KE ATAS UMAT ISLAM KERANA AMAL-AMAL BURUK DARIPADA TANGAN-TANGAN MEREKA SENDIRI, SEHINGGA BENCANA / AZAB  TURUN DI DARATAN DAN DI LAUTAN...

USAHA DIBUAT BUKAN HANYA UTK MEMBANTU MEREKA YANG TERKENA AZAB SEMATA-MATA , TETAPI USAHA KENA DIBUAT SUPAYA UMAT ISLAM BERHENTI DRPD MELANGGAR LARANGAN2 ALLAH DAN MENTAATI PERINTAH ALLAH...

MANGSA-MANGSA BENCANA DIBERI PAKAIAN, MAKANAN, UBAT-UBATAN, TETAPI AMAL-AMAL BURUK MEREKA TIDAK DIUBAH..ALLAH AKAN HANTAR BENCANA/AZAB LAGI KEPADA MEREKA, ASBAB AMAL-AMAL BURUK MEREKA...

" WAHAI MANUSIA, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN KEPADA KAMU, 'SURUHLAH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN LARANGLAH MEREKA DRPD KEMUNGKARAN SEBELUM DATANG SATU SUASANA KAMU BERDOA KEPADA-KU TETAPI AKU TIDAK AKAN MENERIMA DOA KAMU, KAMU MEMINTA KEPADA-KU, TETAPI AKU TIDAK AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU, KAMU MEMOHON BANTUAN DARIPADA-KU TETAPI AKU TIDAK AKAN MEMBANTU KAU.. " ( MAFHUM HADIS NABI S.A.W - IBNU MAJAH DAN IBNU HIBBAN )

wallahu a'lam...

Friday, August 23, 2013

ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK...

JUMAAT yang lepas isi khutbah Jumaat sentuh pasal Penderitaan Umat-umat Islam di Mesir,Palestin,Myanmar,Thailand,Syria...Khatib dengan suara sebak menyebabkan hati sayu mendengarnya...dalam keadaan yang sayu begitu sepatutnya sebagai umat Islam kita wajar bersedih, dan mengikut kemampuan masing-masing paling kurang pun kita angkat tangan doa supaya Allah bantu...

Agak memeranjatkan juga apabila khatib memberitahu, dalam keadaan tersebut pun masih ada pihak2 tertentu yang mengadakan konsert Mega..Konsert daripada Kumpulan Metallica...inna lillah...bila search kat internet..tu diaaa....puluhan ribu yang dating...and of course..orang Islam la ramai....dan kompom para remaja yang ramai datang...org2 tua dengan kopiah dah tentu pegi Masjid..
terkilan juga bila dengar....memang betul kata Khatib...harga tiket daripada  RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195 !!!! itu pun mampu beli...yang septutnya dimasukkan dalam tabung-tabung kebajikan GAZA ke, SYRIA ke....huhuhuhu....umat..umat..umat...
selepas solat Jumaat, terus buat Solat Hajat....

P/S : JANGAN LAH KONSERT TU SAMPAI KAT

SABAH...CUKUPLAH DENGAN 'RIBUT GRAIG' YG

ALLAH HANTAR 1996 DULU....

Saturday, August 17, 2013

APA YANG KITA INGINKAN?

APA YANG KITA INGINKN DALAM KEHIDUPAN INI?

1. HARTA YANG BANYAK?


2. ISTERI YANG CANTIK / SUAMI YANG HENSEM?


3. RUMAH YANG BESAR?

 
4. DUIT YANG BANYAK?


5. KEKUASAAN/PANGKAT/DARJAT?

 
SEKIRANYA ITU YANG DIINGINKAN, SEBENARNYA KITA SUDAH KERUGIAN YG AMAT BESAR......

KERANA, APABILA KITA MATI..SEMUANYA AKAN DITINGGALKAN..

Sunday, August 4, 2013

APA YANG BOLEH DIBELI DENGAN DUIT...?


DUIT HANYA BOLEH BELI UBAT-UBATAN...


TETAPI KESIHATAN TAK MAMPU DIBELI...


DUIT HANYA BOLEH BELI RUMAH YANG MEWAH...


TETAPI KETENANGAN TAK MAMPU DIBELI..


DUIT HANYA BOLEH KATIL YANG EMPUK..


TETAPI TIDUR YANG NYENYAK TAK MAMPU DIBELI...


DUIT HANYA BOLEH BELI MAKANAN YANG ENAK...


TETAPI ENAKNYA MAKAN TAK MAMPU DIBELI....

DUIT BOLEH BELI INSURANS...

TAPI NYAWA TAK MAMPU DIBELI..

Monday, July 29, 2013

BAYAN MARKAZ TEMBORO Sumber (http://infoobayan.blogspot.com)


LINK BAYAN

MUAT TURUN  :
1. Bayan Jord JATIM
2. Bayan KH Uzairon 18JAN2012
3. Bayan 21FEB2013
4. Bayan Maghrib KH Uzairon 23MEI2013
5. Bayan Markas 6/6/2013
6. Bayan Markas 16/5/2013
7. Bayan Markas 30/5/2013
8. Bayan Markas 2/5/2013
9. Bayan Markas Temboro 14/6/2013
10. Bayan Markaz 1/3/2013
11. Bayan Markaz 8/3/2013
12. Bayan Markaz 21/6/2013
13. Bayan Markaz 5/4/2013

ISTIDRAJ


  1. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang taat membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ...ALLAH.
    “Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

    ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

    Nah, jangan kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yang matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

    ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

    “Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

    Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah untuk perkara itu saja, masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna.

    Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada seseorang , sesuatu dari dunia yang ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dalam kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yang dinamakan Istidraj

    (Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6) ayat 44.) (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails