CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, October 9, 2013

KARKUZARI JEMAAH KE YANGON(BURMA/MYANMAR)1964

Semalam selepas ambil ahlia nusrah jemaah di rumah Doktor Aripudin, sempat nusrah jemaah masturat 10hari dari Sri Petaling di Masjid At-Taqwa,Keningau..jemaah syura Malaysia Hj. Abdullah Chong dan Syeikh Mohammad bersama orang-orang lama dalam Usaha Agama....sempat duduk dalam 'takreel' (qolamul-julus) sewaktu jemaah yg lain buat ghast/ziarah...

Jemaah mereka pernah keluar di Yangon, Burma(sekarang Myanmar) beberapa tahun lepas ( tak ingat tahun bila dorang pegi, lambat sampai )...sampai di sana,dah masuk waktu Asar, semua org berkumpul di masjid sampai penuh kat luar-luar dan tangga2 sekali penuh..Jemaah Malaysia hairan, apa majlis yg sedang berlangsung sampai PENUH masjid? Jemaah tanya dengan org sebelah, dan org tu bagitahu mereka sedang bersiap utk solat Asar berjemaah...SUBHANALLAH...solat Asar macam solat Jumaat!!! Bukan waktu asar je, 5 waktu solat berjemaah macam solat Jumaat, termasuk solat subuh...sedangkan Negara bukan Islam...jemaah bagirahu lagi, walaupun penduduk Islam masa tu cuma 20% je, tetapi Ekonomi semua org Islam pegang (berbeza tempat kita..huhuhu)...pindah masjid lain pun macam tuuu juga!!! 5 waktu Solat  sebijik macam solat Jumaat...Allahu Akbar...

Salah seorang Jemaah tanya dengan satu org tua di situ dalam umur 70-80an,"apa usaha yg dibuat sehingga wujud suasana yang macam ni?"...Org tua tu pun mula la flash-back...katanya," kami AMBIL pengajaran pada apa yg berlaku dengan kami tahun 1964 yg lepas....BEGINILAH KISAHNYA...

Ada Jemaah Dakwah (Ulama) dari India datang ke tempat kami...masa tu takda org yg datang Solat 5 waktu berjemaah..kalau ada pun sedikit sangat datang...Jemaah tu pun buat ziarah/khususi dengan org2 islam keliling masjid masa tu..mereka selalu kata,"TUAN-TUAN...HIDUPKAN LAH MASJID TUAN-TUAN...AJAKLAH ORG DATANG UTK IMARAHKAN MASJID..."kami pun cakap,"INSYA-ALLAH...."mulut kata Insya-Allah, hati Allah je tahu, kata Org Tua tadi...hari berikutnya pun mereka merayu lagi,"TUAN-TUAN,HIDUPKANLAH MASJID TUAN-TUAN....,"sekali lagi kami jawab,"INSYA-ALLAH...". Kemudian apabila jemaah hendak berangkat pergi, salah seorang Jemaah berkata kepada kami, "Hidupkanlah Masjid Tuan-tuan...sebab saya rasa kalau "HUJAN NAK TURUN, SAYA DAH BOLEH RASA GERIMIS MULAI TURUN"..kami pun tak paham apa maksud kata2 jemaah tu...

Tak Lama SEBULAN selepas tu, ASKAR2 dah tunggu dengan senapang di depan pintu rumah kami, dan semua HARTA2 kami menjadi milik KERAJAAN ...undang2 MASA tu HARTA RAKYAT adalah HARTA KERAJAAN...semua harta2 kami dirampas..kecuali ada rantai dan gelang emas isteri2 kami yg selamat dan itulah yg kami gunakan utk beli makanan utk dimakan oleh keluarga...SEJAK hari tu kami mulai faham apa maksud Jemaah "KALAU HUJAN NAK TURUN, SAYA DAH BOLEH RASA GERIMIS MULAI TURUN"..Seorang alim dalam kalangan telah kumpul semua orang dan bagitahu,mulai hari ini kita JANGAN sibukkan diri kita dengan usaha DUNIA kita dulu...kita sibukkn USAHA AGAMA kita dulu...mulai hari tu, kami bentuk jemaah dakwah keluar...buat ziarah, ajak org datang masjid...sehingga setelah 10 tahun kemudian Allah telah datang kan sedikit demi sedikit apa yg telah dirampas drpd kami dahulu...sehingga masjid hidup dengan amalan,solat berjemaah penuh seperti solat Jumaat, dan EKONOMI ORANG ISLAM yg pegang....SUBHANALLAH...

PENGAJARAN UTK KITA SEMUA
BIASANYA, kalau sesuatu benda tu HILANG DARIPADA kita barulah kita akan menghargai..TUAN2,nikmat KEAMANAN DAN KESELAMATAN YG kita kecapi ni daripada ALLAH...KALAU KITA SYUKUR ALLAH AKAN TAMBAHKAN NIKMAT, KALAU TAK AZAB ALLAH AMAT PEDIH..JADI UTK SYUKUR MARILAH SAMA2 BUAT USAHA UTK KEMBALIKAN ORG PADA MASJID DAN AMAL2 MASJID..BANTU AGAMA ALLAH...

Friday, October 4, 2013

Tajdid Dalam Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh (Di Malaysia)


         Habib Ali Zaenal Abidin bersama dengan Maulana Johari Jerantut

Ada orang berkata :

“….Yang lebih menyedihkan, ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah, tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini….

JAWAPAN KAMI :

Pada pandangan kami,Jemaah Tabligh (kami lebih menfokusan situasinya di Malaysia) sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah Tabligh ialah para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah Tabligh.

Dalam kerangka kerja dakwah,aktivis Jemaah Tabligh dilatih untuk berkata-kata dalam perkara-perkara asas terutamanya tentang 6 Prinsip para sahabat r.hum ajmain yang begitu mahsyur dalam kalangan Jemaah Tabligh.

Sebagai pegangan untuk memudahkan para aktivisnya menuturkan sesuatu yang bersandarkan nas dan dalil,mereka (para aktivis )Jemaah Tabligh di galakan membaca dua karya sejarah/sirah kehidupan para sahabat r.hum ajmain iaitu Hikayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi dan Hayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.

Sesuai dengan tujuannya untuk membentuk akhlak atau sifat-sifat mulia,kitab-kitab ini tidak memaparkan sejarah para sahabat secara kronologis,sebaliknya membahagikan bab-bab berdasarkan sifat-sifat tertentu serta contoh kehidupan para sahabat.Kitab Hikayatush Sahabah dibahagikan kepada bab-bab seperti :ketabahan,ketakwaan,kesederhanaan,wara‟ dan keperwiraan,semangat mencari ilmu,menyenangkan perasaan Rasulullah Saw, serta bab-bab khusus perihal mengenai kehidupan para wanita dan anak-anak di dalam generasi itu.Sedangkan di dalam kitab Hayatush Sahabah terdiri atas pasal-pasal tentang dakwah,baiat,kesabaran,hijrah,jihad,dan sebagainya.

Jemaah Tabligh juga menekan aspek wirid dan zikir,seperti yang disebutkan sebelumnya, bahawa Maulana Muhammad Ilyas adalah pengikut tariqat Chistiyyah yang bersikap terbuka terhadap berbagai tariqat lain.Dalam tariqat apa pun,aspek ini merupakan tiang utama.
Di dalam Jemaah Tabligh sendiri amalan tariqatnya tidak banyak dicampuri ajaran syeikh atau guru-guru tariqat yang menjadi sumber kasyaf sebagai puncak rujukannya.Barangkali hal ini disebabkan kerana Jamaah Tabligh banyak berpegang pada sumber hadis dan mencontohi kehidupan para sahabat r.hum ajmain sebagai ikutan mereka.

Kesimpulannya,menghukumi secara literal/zahir bahawa Jemaah Tabligh adalah sesat dan mendengar ucapan-ucapan mereka akan menjadi sesat adalah merupakan satu tohmahan yang berat kerana kedangkalan penuduh dalam memahami waqi dan maqasid jemaah ini.Kami mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah Tabligh ada kala mengandungi kesilapan fakta,hujjah dan sebagainya.Namun tindakan penuduh membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah Tabligh adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Kami sudah menerangkan bahawa di dalam Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.
Maulana Amir Bin Hamzah,Pengajar kitab Jami' Tirmizi di Madrasah Miftahul  Ulum,Sri Petaling.Berjaya memperolehi "Mumtaz" semasa belajar di Madrasah Arabia,Raiwind,Lahore,Pakistan.

Mutakhir ini,penyertaan daripada golongan “Warisatul Anbiya” ini di dalam Jemaah Tabligh amatlah menggalakan,agamawan daripada pelbagai institusi pondok,madrasah,Universiti Islam dari dalam dan luar negara dan sebagainya membuktikan bahawa Jemaah Tabligh kini kian mendapat perhatian daripada golongan “Warisatul Anbiya”.Merekalah yang akan berada di barisan hadapan dan akan mempertahankan dan memperkukuhkan perjuangan Jemaah Tabligh di lapangan dakwah ini.

SUMBER:

FIKIR IMAN AMAL

"ASBAB fikir manusia yang sungguh2 tentang DUNIA ini, akhirnya dunia ni serba MAJU...dari segi TEKNOLOGINYA, I.T nya, BANGUNANNYA, KERETANYA...tengok saja hari ini, dulu SAMSUNG GALAXY, sekarang GALAXY S, pastu SII, pastu SIII,...dulu NOTE 1, PASTU NOTE 2,3,4...DULU PROTON SAGA,pastu PROTON WIRA,ISWARA..DULU WINDOWS 98,2000,pastu XP,WINDOWS7,MACINTOSH,SEKARANG windows8 PULAK DAN ntah apa2ntah lagi perkara yg org panggil ARUS KEMAJUAN DAN KEMODENAN....DUNIA kita semakin maju semakin moden..sebab manusia FIKIR sungguh2 tentang dunia...usaha habis-habisan tentang DUNIA..akhirnya ..DUNIA maju...TETAPI, sayang...fikir yang sebegini..usaha yang sebegini tidak ada dalam MEMAJUKAN AGAMA...MEMIKIRKAN AGAMA...apa lagi kalau NAK sebarkan atau tinggikan AGAMA ALLAH....JAUUUHHHH SEKALI...orang ramai fikir usaha utk sebar agama..tinggikan agama adalah tanggungjawab USTAZ, ULAMA ATAU YG BERADA di JABATAN2 AGAMA JE...org awam tak ambil kisah turun bangunnya agama...,"SAYA DAH ISLAM,SAYA DAH SOLAT,SAYA DAH PUASA,SAYA DAH ZAKAT,SAYA DAH HAJI...APA LAGI?? BIARLAH USTAZ2 ATAU ULAMA JE YG SEBARKAN AGAMA...AKU...TAK PAYAH..."
Natijah pemikiran myg macam ni akhirnya kita lihat AGAMA semakin mundur...AMALAN AGAMA SEMAKIN tertinggal....ORANG tinggalkan SOLAT,TAK PUASA,TAK HAJI KALAU PUN MAMPU, TAK BACA QURAN, MALAH MURTAD TINGGALKAN AGAMA...KITA MASIH DOK RILEK2..." ( PETIKAN BAYAN WAKTU GHAST KEDUA, USTAZ FIRDAUS )

Tuesday, October 1, 2013

DAKWAH DAN POLITIK ???

Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik?

Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata merekaSistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam.

Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

PerbezaanAntara Syura danDemokrasi Kepartian

Sebahagian orang menganggap bahawa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Nota Tambahan:

Dari Aisyah rha berkata "Ketika kedatangan Rasulullah saw ke Madinah, orang perempuan dan anak-anak mendendangkan : Telah terbit bulan purnama (Rasulullah saw)ke atas kami dari thaniah al-wada'.dan wajiblah ke atas kami bersyukur (kepada Allah di atas kedatangan Nabi saw) selagi masih ada seruan dari da'i yang menyeru kepada Allah." (Imam Baihaqi : Dalail al Nubuwwah : 2/206,507)

Bila dilihat pada hadith di atas maka jelas bahawa kedatangan Nabi saw ke Madinah bukan maksud untuk bina negara tetapi adalah bermaksud untuk meneruskan usaha hidayat kepada manusia iaitu kerja dakwah ilalAllah. Kefahaman, fikrah dan hidayat adalah pemberian Allah swt.

Hari ini ada ustaz yang lepasan Al-Azhar pun boleh ikut ajaran sesat Ayah Pin.Di Indonesia lepasan pondok pesentren pun boleh ikut Kristian dan jadi pendeta lagi. Selama ada langit dan bumi selama itulah kefahaman / fikrah akan berbeza-beza.

Sunnah yang berupa "Surah" keterampilan dan sunnah yang berupa "Serah" gaya hidup, ramai yang boleh ikut malah pengikut ajaran sesat Qadiyani pun berjubah dan berserban besar. Tetapi sunnah "Sareerah" fikir dan kerisauan Nabi saw ini tak ramai yang boleh menyamai Nabi saw.

Allah swt tidak akan memberi pertolongan pada manusia yang meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya siapa yang dilantik tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Pencipta.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya“. (Riwayat Bukhari Muslim)

Mana mungkin sistem politik negara ini berada di landasan yang benar sekiranya mereka meminta-minta dipilih menjadi pemimpin? Sangat bertentangan dengan sistem syura, yang telah digariskan oleh Allah swt.

Perbezaan Skop dan Peringkat Keluasan Politik Nubuwah 

Politik yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dan sahabat mencakupi keluasan seluruh dunia dan tidak terbatas kepada dalam negara shaja. Bahkan ianya menumpukan perhatian ke setiap umat manusia di seluruh dunia.

Usaha Dakwah dan Tabligh berusaha untuk mirip kepada sistem ini melalui beberapa usaha di bahagian pentadbiran atau sub pngkhususan:

Markaz Dunia (Terdiri daripada Syura-syura dunia)
Markaz Negara(Terdiri  daripada syura-syura Negara)
Markaz Subghuzari (Terdiri daripda syura-syura negeri)
Markaz Halqah (Terdiri daripada amir rakan seusaha kawasan / gabungan masjid dan surau)
Markaz Mohalla (Terdiri daripda amir rakan seusaha masjid/ gabungan rumah-rumah)
Markaz Rumah (Terdiri daripda orang Islam di setiap rumah /kekeluargaan Islam)

Setiap rumah perlu ada mesyuarat dan usaha agama didalamnya. Usaha ugama bermula dengan taklim rumah dan perbincangan untuk setiap lelaki bergilir-gilir bagi masa untuk agama. Takaza mohalla akan dibentangkan disini.


Tanggunjawab usaha ugama di setiap rumah dan pengeluaran jemaah orang Islam dilakukan melalui usaha di peringkat mohalla tempatan iaitu sama ada di masjid atau surau. Maka wujudlah usaha tempatan 5 amal masjid iaitu Mesyuarat harian, taklim harian, 2 jam setengah, 2 ghasyt dan 3 hari setiap bulan. Takaza halqoh akan dibentangkan disini. Setiap hari perlu diusahakan.

Laporan usaha di setiap mohalla akan diserahkan kepada bahagian halqoh iaitu satu peringkat yang terdiri daripada gabungan beberapa mohalla. Takaza subguzari markaz dan mohalla dibentang disini. Bahagian perlu hidup sekali setiap minggu.

Subghuzari markaz adalah gabungan beberapa halqoh dan peringkat ini membincangkan laporan dan takaza yang datang dari halqoh dan juga dari markaz negara. Perlu hidup sekali setiap minggu.


Markaz negara adalah gabungan dari markaz-markaz subghuzari yang menguruskan hal-hal yang lebih besar dan penting seperti takaza-takaza subghuzari markaz, pengeluaran jemaah 40hari dan lebih, penerimaan dan penghantaran jemaah luar negara dan sebagainya. Takaza-takaza dari Markaz Nizamuddin juga dibentngkan. Mesyuarat peringkat negara diadalan setiap 3 bulan sekali.

Markaz Nizamuddin adalah peringkat dunia/global dan kesemua urusan setiap markaz-markaz negara yang ada di seluruh dunia akan dibincangkan disini. Takaza-takaza penghantaran jemaah dan penerimaan jemaah yang bergerak seluruh dunia dimesyuaratkan disini. Laporan setiap aktiviti rumah-rumah orang Islam, Masjid-masjid dan surau, markaz-markaz yang ada di seluruh dunia, perlantikan syura-syura akan dibentangkan dan hasilnya beberapa keputusan dan takaza-takaza baru akan diputuskan.


Inilah yang membezakan Politik Nubuwwah dan Politik Demokrasi Kepartian. Sekiranya hendak dikatakan Jemaah Tabligh tidak berpolitik sepenuhnya, maka itu tidaklah benar sama sekali.

Wallahu’alam

Di'copy' and 'paste' dari : http://umieymuslimah92.blogspot.com/2011/08/tabligh-tak-bpolitik.html


Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.



Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

Thursday, September 26, 2013

BERITA BAIK!!!!!!!!!BERITA BAIK!!!!!!!!!!!

"SEMUA YANG HIDUP AKAN MERASAI KEMATIAN....YANG BERHARTA AKAN TINGGALKAN HARTA..YANG BERSUAMI/BERISTERI AKAN TINGGALKAN SUAMI/ISTERINYA...YANG ADA RUMAH BANGLO 8 TINGKAT AKAN TINGGALKAN RUMAHNYA...YANG ADA ANAK, AKAN TINGGALKAN ANAKNYA...YANG ADA PROJEK, AKAN TINGGALKAN PROJEKNYA...APABILA DATANGNYA KEMATIAN..."

"SETELAH MELIHAT KEADAAN AKHIRAT,MAKA MEREKA MENGATAKAN, WAHAI TUHAN KAMI, KAMI DAH NAMPAK,KAMI DAH DENGAR,MAKA KEMBALIKAN KAMI KE DUNIA UTK BUAT AMAL SOLEH...."
ISH..ISH...UIIINAA...'JOSS'..'TINGGI...'BUKAN BERITA BAIK TU??? MANA 'BERITA BAIKNYA'???

BERITA BAIKNYA IALAH...KITA MASIH LAGI HIDUP SAMPAI SAAT NI...JADI, SAYA NASIHATKAN DIRI SENDIRI UTK USAHA ATAS IMAN AMAL 'SAYA'...KORANG PULA??? LU FIKIR LA SENDIRI........

BAYAN 26OGOS2013


MUAT TURUN :
1.BAYAN HIDAYAH JORD JATIM
2. MAULANA HAZIM
3. BAYAN MAGHRIB IJTIMA MALAYSIA2009

HAKIKAT.....

LUMRAH SEMUA ORG AKAN BERSEDIH JIKA KEHILANGAN ORG YG DISAYANG...APABILA ISTERI KEHILANGAN SUAMI YG DICINTAI DIA AKAN MENANGIS...ANAK KEHILANGAN BAPA DIA AKAN MENANGIS...HAKIKATNYA, SI ISTERI DAN SI ANAK BUKANNYA MENANGIS 'UNTUK' SUAMI/BAPA MEREKA YG TELAH PERGI..TETAPI MEREKA MENANGIS UNTUK 'DIRI' MEREKA MASING-MASING...

ISTERI MENANGIS KETIKA SUAMINYA PERGI, KERANA SELEPAS INI TIADA LAGI ORG TEMPAT BERKASIH-SAYANG...TIADA LAGI ORG UNTUK BERGANTUNG HIDUP...TIADA SUDAH ORG MENCARI REZEKI UTK MEREKA...

ANAK PULA MENANGIS KERANA TIADA LAGI YG AKAN MENANGGUNG PEMBIAYAAN PERSEKOLAHANNYA..TIADA SUDAH TEMPAT SI ANAK TADI BERMAIN BERSAMA....HAKIKAT SEBENARNYA, BUKAN MENANGIS UTK 'JENAZAH' TADI TETAPI MENANGISI 'DIRI' SENDIRI...

DAN ORANG YG DATANG MASING2 MENGUCAPKAN TAKZIAH..DI NASIHATKN UTK BERSABAR TERHADAP MUSIBAH...TETAPI...SIAPA YANG AKAN MENYURUH BERSABAR TERHADAP KEADAAN DI ALAM BARZAKH KEPADA 'JENAZAH' TADI????

SEBULAN...SETAHUN....ORG MUNGKIN AKAN BERSEDIH...TETAPI LAMA-KELAMAAN ORG AKAN MULA LUPA KEPADA SI JENAZAH TADI...ISTERI SUDAH LUPA DAN SUDAH BERKAHWIN LAIN...ANAK AKAN LUPA DAN SUDAH BERUMAH TANGGA..SEMUANYA HANYA TINGGAL KENANGAN....

TINGGAL LAH JENAZAH TADI...BERHADAPAN DENGAN 'HAKIKAT KEHIDUPAN' YG SEBENARNYA......DAN BAKAL-BAKAL 'JENAZAH' ITU ADALAH SAYA,TUAN-TUAN DAN SELURUH MAKHLUK DI SELURUH ALAM....

Tuesday, September 24, 2013

STRATEGI SYIAH DI MALAYSIA (ust zahazan mohamed)

Antara target Syiah dalam masa 20 tahun di Malaysia.

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti PAS, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti PAS, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan Syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bayt, menyamar atas nama keluarga Rasulullah S.A.W sebelah Sayyidina Ali untuk rekrut Syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas, Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik, rapatkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Menteri -menteri, YB, bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back-up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk Syiah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air, makanan dan lain untuk dana dan kewangan Syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di Malaysia, dan sekarang mereka cuba kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam Malaysia, mereka sebarkan melalui pembelajaran dan perkahwinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut Syiah.

10. Mereka akan merapati Mahasiswa / Mahasiswi Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam.

Ustaz Zahazan Mohamed

LUMRAH 2....

POLAN 1 : Assalamualaikum, lama tak jumpa?
POLAN 2 : out-station
POLAN 1 : Di mana? kerja apa?
POLAN 2 : Gali minyak, kat Iraq...
POLAN 1 : wah...jauh tu..berapa lama?
POLAN 2 : 8 bulan kat laut, carigali...
POLAN 1 : ishh...lama tu..anak isteri  
          macamana?
POLAN 2 : Dorang ok je...duduk dgn mak dan 
         abah di rumah...mak abah pun ok 
         je...syukurlah keluarga faham...
POLAN 1 : wah....ada tak org kampung ke, ustaz 
          ke, jabatan agama ke yg 'komplen'," 
          ADA ORG YG TAK TUNAIKAN HAK ANAK 
          BINI, TINGGALKAN KELUARGA 8 BULAN DI 
          LAUT DAN DUDUK RUMAH 2 BULAN 
          JE...TAK TUNAIKAN NAFKAH??
POLAN 2 : EHH...TAKDELAH...DORANG SEMUA 
       FAHAM..

Masya-Allah...cuba taskil kluar 3hari je....teruss kena 'tibai' dari semua arah..."KAMU KEJAM..TINGGALKAN ANAK ISTERI...TAK GUNA PUNYA LAKI...TAK BERTANGGUNGJAWAB PUNYA BAPA..." DAN MACAM2 LAGI TOMAHAN....ye la...orang tak paham, dan tak suka..macam mana nak explain, melainkan kalau Dia sendiri keluar sama dan tengok sendiri TERTIB dan USUL dalam DAKWAH...

CUBA FIKIR BA.... NABI IBRAHIM TINGGALKAN HAJAR A.S DAN ISMAIL A.S DI TENGAH PADANG PASIR YG TIADA ASBAB UTK HIDUP!!...ADA KE MUFTI ATAU ULAMA YG BAGI FATWA IBRAHIM A.S KEJAM???TINGGALKAN ANAK ISTERI TANPA MAKANAN??

ABU BAKAR R.A KORBANKAN SELURUH HARTA DI RUMAH BAWA KELUAR JALAN ALLAH DLM PERANG TABUK...TAK TINGGALKAN APA-APA PUN KAT RUMAH...ADA KE MUFTI ATAU ULAMA YG BAGI FATWA ABU BAKAR R.A KEJAM???TINGGALKAN KELUARGA TANPA KEPERLUAN??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails