CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, May 13, 2009

BENCANA ALAM DAN AMALAN MANUSIA




SEWAKTU isra’ dan mi’raj, Nabi Muhammad SAW terlihat 2 saluran cahaya,satu naik ke langit daripada bumi dan satu lagi turun dari langit ke bumi. Apabila cahaya yang putih naik ke langit, maka yang turun ke bumi juga putih. Manakala, apabila cahaya hitam yang naik,maka cahaya hitam juga yang turun. Nabi bertanyakan dengan Jibril AS berkenaan cahaya tersebut. Jibril mengatakan bahawa cahaya yang naik ke langit merupakan amalan manusia, dan cahaya yang turun merupakan keputusan daripada Allah. Jika amalan manusia baik,maka akan naik cahaya yang putih,dan keputusan daripada Allah juga baik.Keberkatan dan rahmat Allah akan turun ke bumi.
Sebaliknya,jika amalan manusia buruk,yang naik ke langkit adalah hitam,dan keputusan dari Allah juga akan turun ke bumi perkara yang tidak baik. Gempa bumi,tanah runtuh,banjir,kemarau, Tsunami, wabak penyakit ,murtad dan macam-macam perkara lagi. Apabila berlaku musibah, ketahuilah bahawa ia adalah hasil daripada amalan manusia yang buruk, bukan sekadar bencana alam atau ‘natural disaster’ semata-mata. Seperti mana yang berlaku pada kaum-kaum terdahulu patut dijadikan iktibar. Bagaimana Allah hantar hujan api pada kaum Madyan, Banjir pada kaum Nuh, Allah terbalikkan satu kampung, Angin Shor-shor dan banyak lagi peringatan daripada Allah bagi mereka yang ingkar perintah Allah.
Marilah kita muhasabah diri, dengan banyaknya musibah-musibah yang Allah hantar ke alam ini,menunjukkan begitu banyaknya amalan buruk umat ini yang naik ke langit dalam keadaan hitam legam, dan turun pula keputusan daripada Allah keputusan yang hitam legam juga. Amat menyedihkan lagi tidak ada langkah-langkah atau usaha yang diambil untuk mencegah kemungkaran yang rancak berlaku dewasa ini. Malah tindakan yang diambil pula adalah macam mana hendak mengelakkan banjir, mengelakkan Tsunami, mencari penawar bagi sesuatu wabak penyakit dan macam-macam lagi ikhtiar, sedangkan perkara pokok kepada musibah tersebut tidak difikir dan diusahakan,iaitu macam mana supaya umat ini dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi SAW, untuk menyukakan Allah dan dengan rahmatNya Allah turunkan keputusan yang baik daripada langit. Tidak lain dan tidak bukan adalah usaha mengajak manusia kepada ma’ruf dan melarang kepada mungkar,DAKWAH. Perkara yang sudah lama ditinggalkan,sudah lama dicuai-cuaikan,sudah lama dilupakan, sehingga umat hari ini merasa asing apabila ada satu jemaah dakwah,atau dikenali sebagai Tabligh, datang ke rumah-rumah,ke lorong-lorong,ke kampong-kampung dan bercerita tentang kehebatan Allah dirasakan sebagai satu perkara yang aneh atau baru,tidak kurang ada yang mengatakan ‘ajaran sesat’. Na’udzubillah…
Mendengar tentang kehebatan Allah dirasakan membosankan,tetapi mendengar cerita artis, cerita gossip, cerita rumahtangga orang tidak pula membosankan. Malah diheboh-hebohkan.
Apabila maksiat berlaku,dan orang sekeliling hanya melihat tanpa kerut di dahi dan tanpa ada orang yang mencegahnya ,Allah akan timpakan musibah/bencana pada keseluruhannya.Semua terkena tiada terkecuali. Seperti berlaku baru-baru,Tsunami,bukan sahaja tempat-tempat yang popular dengan maksiat, tetapi juga terkena di tempat-tempat lain yang di sana terdapat orang beriman,kafir,berdosa dan tidak berdosa,kanak-kanak dan dewasa,semuanya kena. Marilah semua kita kembali pada dakwah, kembali kepada maksud Allah hantar kita ke bumi bukan sekadar beribadat. Kita dicemburui oleh kaum-kaum terdahulu menerusi perantaraan dakwah! Kaum terdahulu cuma beribadat, dan dakwah hanya dijalankan oleh para Nabi yang diutus pada ketika itu. kini Nabi telah tiada, sahabat-sahabat telah tiada, tabiin-tabiin telah tiada, yang tinggal kita umat akhir zaman,kena sama-sama bertanggunggjawab buat kerja ini. Tiada Nabi lagi akan diutus, walau macam mana keadaan umat hari ini,langgar perintah Allah, maksiat berleluasa. Kitalah umat islam yang kena buat dakwah,ajak yang ma'ruf cegah yang mungkar.
Bila orang islam tinggalkan kerja dakwah, Allah akan cabut perasaan takut daripada orang-orang kafir,dan masukkan ketakutan terhadap mereka di hati-hati orang islam.Sehingga mereka boleh buat apa saja dengan orang islam tanpa ragu-ragu,tanpa belas kasihan. Sehingga hari ini, tiada bantuan Allah terhadap umat ini, kerana umat islam telah jauh daripada kerja ini. Memang benar kata Nabi SAW ( yang lebih kurang maksud ), bila umat ini tinggalkan amar ma'ruf nahi mungkar, sampai satu ketika kita berdoa Allah tidak dengar doa kita, kita minta bantuan, Allah tidak akan Bantu. Seperti yang berlaku kini,saudara-saudara seakidah kita di palestin,iraq,lubnan ditindas dan dibunuh, dicincang berpuluh-puluh tahun. Hanya dengan dakwah sahaja Allah akan ubah nasib orang islam. Siapa yang bantu agama Allah,Allah akan bantu dia,ALLAH BERSAMA-SAMA DENGANNYA...
Cuba kita lihat selepas kewafatan Nabi SAW, apa yang berlaku, Jemaah Usama Bin Zaid ditangguhkan dan natijahnya, timbul 4 perkara bila dakwah terhenti, 1. Muncul Nabi Palsu. 2. Muncul golongan Murtad. 3. Muncul golongan enggan bayar zakat. 4 Rom dan Parsi bersedia menyerang Madinah. Dalam seminggu sahaja 100ribu orang murtad. Orang yang paling faham kehendak Allah dan Rasul adalah Abu Bakar Siddiq R.A sehingga Abu Bakar tumbuk dada Umar kerana perselisihan pendapat. Pendapat Umar supaya Jemaah Usama tidak keluar dan mereka serta orang islam perlu menjaga keselamatan isteri-isteri Nabi dan orang islam di Madinah. Namun pendapat Abu Bakar pula berbeza sehingga Abu Bakar Menumbuk dada Umar dan berkata " Wahai Umar,dulu zaman jahiliah kau berani, sekarang zaman islam kau jadi pengecut??!!".Perintah pertama daripada Beliau adalah "Berangkatkan Jemaah Usama!!".Apabila Jemaah diberangkatkan dan dakwah dibuat, Barulah Allah bagi kemenangan pada orang islam.
Dan kini, akibat dakwah terhenti sekian lama, macam-macam keadaan telah berlaku pada umat islam.Murtad berleluasa, Orang kafir menyerang orang islam, bukan setakat enggan bayar zakat, enggan solat,enggan puasa, enggan pergi Haji bagi yang mampu dan bermacam-macam musibah dan bala telah menimpa. Bertambah buruk dan parah lagi bila orang islam menganggap dakwah ini bukan kerja dia. Dakwah hanya untuk ustaz, untuk ulama sahaja, untuk kiai sahaja,untuk JHAEINS sahaja, untuk MUIS sahaja,untuk JAKIM sahaja. Na'udzubillah......Ulama bagitau musibah / bencana yang paling besar daripada gempa bumi/Tsunami/Gunung Berapi adalah bila orang islam anggap DAKWAH bukan kerja mereka...
wallahu a'lam.

KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM TENTANG TABLIGH

S. Kumpulan NGO/Kelab/Persatuan?
J. TABLIGH bermaksud “menyampaikan”.Nabi bagitau “sampaikan daripadaku walau
satu ayat. Bukan kelab /NGO/Persatuan/badan-badan tertentu. Ia merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan semua umat islam.sebagai umat yang terbaik,kerana kita menyeru pada ma’ruf mencegah yang mungkar (seperti yg Allah bagitau dlm Quran).Usaha ini tidak ada sebarang nama,sebab ia bukan kelab/persatuan. Ulama bagitau KALAU ada nama nak diletakkan,nescaya akan diberi nama USAHA ATAS IMAN,bukan tabligh.

S. TABLIGH berkiblatkan INDIA,PAKISTAN,BANLADESH. Kenapa tak keluar MEKAH/MADINAH?
J. Usaha DAKWAH sedang bergiat maju di INDIA/PAKISTAN/BANGLADESH. Beratus-ratus jemaah dakwah dikeluarkan seluruh dunia setiap hari. Hantar orang/jemaah ke sana untuk belajar cara-cara dakwah di sana. Di mekah/Madinah sukar buat dakwah secara terbuka (masalah politik).Di sana,dakwah dibuat secara sembunyi-sembunyi. Sebagai contoh,kalau kita nak belajar buat kereta kita akan pergi ke Jepun/Jerman untuk belajar buat kereta,nak belajar buat kapal terbang pula pergi Amerika,Jadi kalau nak belajar buat DAKWAH kita kena pergi tempat-tempat yang dah maju dalam usaha DAKWAH seperti PAKISTAN/INDIA dan BANGLADESH. Solat Subuh sana sama dengan solat Jumaat!!Inilah hasil dakwah !!! Macam mana keadaan solat Subuh di tempat kita dewasa ini???

S. Orang TABLIGH tinggalkan anak isteri di rumah tanpa nafkah?KEJAM?
J. Sebelum seseorang nak keluar di jalan Allah,kena ditafakut(sesi soal-jawab) oleh Syura(org tanggungjawab) berkenaan dengan keperluannya(cukup atau tidak),pekerjaanya(ada pengganti atau tidak/ada cuti/adakah kerja terjejas kalau keluar lama),anak isterinya(cukup keperluan rumah).Semua aspek akan ditanya supaya menggelakkan FITNAH.Sewaktu keluar pun orang-orang yang tertentu seperti para isteri orang yang tidak dapat keluar di jalan Allah akan melawat/ziarah anak isteri orang yang sedang khuruj di jalan Allah.Tanya khabar mereka,keperluan mereka dan sebagainya. Jika semuanya OK barulah Syura akan bagi izin untuk keluar,jika tidak lulus tafakud drpd syura,orang tadi tidak akan dibenarkan untuk keluar. Bukan sewenang-wenangnya khuruj,kena ada tafakud dan mesyuarat. Lagipun Keluar Cuma sekejap,3hari, ada 40 hari ada 4 bulan. Berbanding kita pada hari ini,baru belajar buat pengorbanan sedikit harta,sedikit masa,sedikit diri dan perasaan untuk AGAMA belum memadai seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim AS.Tinggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil di padang pasir yang luas tanpa rumah,tanpa bekalan makanan yang cukup selama berbelas-belas tahun. Adakah kita nak kata Nabi Ibrahim Kejam???Abu Bakar tinggalkan keluarganya tanpa apa-apa keperluan semasa keluar di Jalan Allah,Adakah kita nak katakana Abu Bakar R.A Kejam? Ali tinggalkan Fatimah dan anaknya Hassan dan Hussien hampir kebulur dirumah sehingga Fatimah buka pintu dalam keadaan merangkak,adakah Ali kejam? Sedangkan kita keluar dengan kelengkapan rumah yang cukup, peti ais penuh makanan,ada TV dan ASTRO, anak isteri tinggal di rumah yang mewah ber’air-cond’ selama3hari/40hari/4bulan adakah dianggap kejam???

S. Itu Nabi/Itu Sahabat Nabi…Bukan kita…
J. Nabi dan sahabat adalah manusia..kita pun manusia…apa akan jadi jika Allah cipta Nabi di kalangan para MALAIKAT? Kita pun akan kata “ITU MALAIKAT,BUKAN MANUSIA..MEMANGLAH MALAIKAT TAKDA NAFSU”.Memang sikap manusia begitu,berdolak-dalih dan banyak alasan. Di pandan Mahsyar pun macam tu. Apabila disebut doasa-dosanya satu persatu pun tak mengaku,sehinggalah Allah baginya kitab amalannya yang 99helai itu, dan anggota badannya sebagai saksi, barulah mahu mengaku dosa-dosanya.

S. Kenapa tasykil tulis dan ambil nama ?
J. Sunnah Nabi. Apabila Nabi nak tasykil atau minta kesediaan para sahabat untuk buat
sesuatu, Nabi akan tasykil dan Ambil nama sahabat yang sedia. Hari ini pun semua perkara perlu tulis nama.Kalau ada nak main bola pun daftar dan TULIS nama,Nak jadi peserta AF pun daftar dan tulis nama.Nak Nikah pun daftar dan TULIS nama. Takkan nak keluar di jalan Allah tulis nama pun PELIK?


S. TABLIGH ajaran sesat?
J. Na’udzubillah…..orang yang terlibat dalam usaha ini, masih tetap mengaku Allah tuhan,Nabi Muhammad pesuruhNya, Solat 5 waktu,Puasa bulan Ramadhan,Haji bila berkemampuan,bayar zakat…masih beriman dengan rukun iman yang 6…Sebenarnya DAKWAH telah lama ditinggalkan, sehinggakan bila ada orang yang bangkit buat kerja ini ia akan dianggap BARU. Memang sunnah nabi-nabi bila buat dakwah memang ada orang / kaumnya yang tak suka. Biasalah, orang pakai serban dianggap BARU berbanding orang pakai TOPI ADIDAS, orang pakai JUBAH dianggap BARU berbanding orang pakai MINI SKIRT atau PAKAI BAJU TAK CUKUP KAIN.

S. Kenapa jumpa orang ISLAM, tak jumpa dan dakwah orang BUKAN ISLAM.
J. AKHLAK ORANG ISLAM yang tak baik/buruk menyebabkan orang bukan islam tak tertarik untuk masuk ISLAM. Pernah ada orang dakwah mereka, dan mereka jawab “ pergilah dakwah orang islam,orang islam lebih teruk dari kami.kami minum arak 1 botol,orang islam minum 3 botol.”. Dilihat lagi dengan masjid yang lenggang dan kosong dan masjid yang mirip seperti gereja ( penuh bila hari jumaat – seminggu sekali seperti gereja), menyebabkan mereka semakin Nampak keburukan orang islam. Ditambah lagi orang yang paling ramai masuk lokap,menagih dadah, rempit,bohsia,jenayah masuk pusat serenti adalah ORANG ISLAM.Tujuan kita jumpa orang islam dakwah mereka adalah untuk MEMPERBAIKI diri kita sendiri bukannya nak baiki orang lain. Kemudian kita ajak orang islam yang lain untuk sama-sama buat dakwah supaya Allah baiki diri kita dulu.Kita dakwah cakap KEHEBATAN dan KEBESARAN ALLAH, bagitau siapa Allah adalah untuk keluarkan kebesaran dan kecintaan pada makhluk/dunia yang sudah lama berakar-tunjang dalam hati kita. Bila orang islam buat dakwah Allah akan perbaiki iman dia, akhlak dia,muamalat dia, ibadiat dia,muasyarat dia sehingga menjadi orang islam yang baik. Bila semua orang islam baik akhlaknya, dengan sendirinya orang bukan islam akan tertarik dengan islam. Sebagai contoh di Sri Langka. Apabila semua orang terlibat dengan usaha dakwah, masjid penuh, solat subuh seperti solat Jumaat, orang bukan islam tertarik dengan islam. Malah, Sri Langka merupakan satlah satu Negara yang diberikan keizinan oleh Ulama-ulama kita untuk berdakwah dengan orang KAFIR di sana sebab mereka telah kembali pada kerja ini,dakwah illallah. Imam Ghazali bagitau, “ umat ini tidak dapat diperbaiki sepertimana umat terdahulu dibaiki”. Bila dakwah dibuat Allah akan buat keputusan untuk bagi hidayat kepada orang lain.


Ini sebahagian daripada soalan-soalan dan kekeliruan tentang TABLIGH,dan ada banyak lagi soalan-soalan yang sukar nak dijelaskan melalui tulisan/rencana yang ringkas ini.. Sebenarnya untuk faham perkara ni kita kena keluar sendiri untuk mengetahuinya. Bila kita keluar buat pengorbanan harta diri masa untuk agama Allah, Allah pasti akan bagi kefahaman sejauh mana tahap pengorbanan kita. Seperti mana sahabat-sahabat diberi kefahaman oleh Allah tentang agama ini kerana mereka buat pengorbanan yang sangat tinggi untuk agama.

Tuesday, May 12, 2009

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Dakwah Kristian

Dakwah Kristian

Untuk panduan bila berdakwah atau berdialog kepada orang Kristian, telah murtad atau ingin masuk Kristian, Berdakwahlah dengan bijaksana, berdiplomasi dan jangan ada sebarang paksaan. Tanya mereka dan gunakan hujah dari bible (injil) untuk meyakinkan mereka bahawa bible itu sebenarnya bukan kitab suci tapi tulisan manusia dan banyak percanggahan.

Tanya mereka Jesus itu tuhan atau anak tuhan?
Kalau Jesus itu Tuhan,:-

1. Kalau Jesus dianggap Tuhan kerana boleh menghidupkan orang mati , Elisa (Ilyas) juga boleh menghidupkan orang mati [Raja-Raja 2 13:21] Pada suatu kali orang sedang menguburkan mayat. Ketika mereka melihat gerombolan datang, dicampakkan merekalah mayat itu ke dalam kubur Elisa, lalu pergi. Dan demi mayat itu kena kepada tulang-tulang Elisa, maka hiduplah ia kembali dan bangun berdiri. Malah Elisa lebih hebat kerana tulang beliau boleh menghidupkan orang mati .

2. Kalau Jesus dianggap Tuhan kerana boleh menyembuhkan orang buta, Elisa (Ilyas) juga boleh menyembuhkan orang buta [Raja-Raja 2 6:17] Lalu berdoalah Elisa: “Ya TUHAN: Bukalah kiranya matanya, supaya ia melihat.” Maka TUHAN membuka mata bujang itu, sehingga ia melihat. Tampaklah gunung itu penuh dengan kuda dan kereta berapi sekeliling Elisa. [Raja-Raja 2 6:20] Segera sesudah mereka sampai ke Samaria berkatalah Elisa: “Ya TUHAN, bukalah mata orang-orang ini, supaya mereka melihat.” Lalu TUHAN membuka mata mereka, sehingga mereka melihat, dan heran, mereka ada di tengah-tengah Samaria.

Kenapa Jesus (Tuhan) dibawa Iblis?

1. [Lukas 4:5] Lalu Iblis membawa Yesus ke tempat yang tinggi, dan dalam sekejap mata Iblis menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan di dunia.
2. [Matius 4:5] Kemudian daripada itu Iblis itu pun membawa Yesus ke negeri suci, lalu ditaruhnya Dia di atas bubungan Bait Allah,

3. Kalau Jesus Tuhan, sepatutnya dia tidak berdosa, mengapa dia mintak ampun?[Matius 6:12] Dan ampunilah kiranya kepada kami segala kesalahan kami, seperti kami ini sudah mengampuni orang yang berkesalahan kepada kami.
4. Kalau Jesus tuhan kerana dia lahir tanpa bapa, bukan Jesus sahaja lahir tanpa bapa. (Malkisedik juga, malah tidak bersalasilah lagi)
5. [Ibrani 7:1] Adapun Malkisedik itu, yaitu raja di Salem dan imam Allah taala, yang sudah berjumpa dengan Ibrahim tatkala Ibrahim kembali daripada menewaskan raja-raja, lalu diberkatinya Ibrahim,
6. [Ibrani 7:2] kepadanyalah juga Ibrahim sudah memberi bahagian sepuluh esa. Makna Malkisedik itu jikalau diterjemahkan, pertama-tama artinya raja keadilan, kemudian pula raja di Salem, yaitu raja damai:
7. [Ibrani 7:3] Yang tiada berbapa, dan tiada beribu, dan tiada bersilsilah, dan tiada berawal atau berkesudahan hidupnya, melainkan ia diserupakan dengan Anak Allah, maka kekallah ia Imam selama-lamanya.

Patutkah Manusia merancang membunuh Tuhan? (Jesus) [Matius 27:1] Setelah hari siang, maka segala kepala imam dan orang tua-tua kaum pun berundinglah atas hal Yesus, supaya dibunuhkan Dia.

Patutkan Tuhan (Jesus) berdukacita? [Matius 26:38] Kemudian kata Yesus kepada mereka itu, “Hati-Ku amat sangat berdukacita, hampir mati rasa-Ku; tinggallah kamu di sini dan berjagalah serta-Ku.”

Wajarkah Tuhan dilahirkan oleh manusia? [Lukas 2:11] Hari ini di kota Daud telah lahir Raja Penyelamatmu yaitu Kristus, Tuhan.

Wajarkah Tuhan tidak berkuasa?[Yahya (Yohanes) 5:30] Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri;
Mustahil Tuhan menjadi utusan Tuhan[Yahya (Yohanes) 5:30] Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.

Mustahil Tuhan (Jesus) mengutuk makhluk (pohon) yang diciptakannya sendiri

[Matius 21:18] Pada pagi-pagi harinya, apabila Ia kembali ke negeri itu, Ia berasa lapar.

[Matius 21:19] Serta dipandang-Nya sepohon ara di sisi jalan, pergilah Ia ke situ, dan didapati-Nya satu apa pun tiada di pohon itu, melainkan daun sahaja. Lalu berkatalah Ia kepadanya,

“Janganlah jadi buah daripadamu lagi selama-lamanya.” Maka dengan seketika itu juga layulah pohon ara itu.

Wajarkah Tuhan digoda iblis , merasa lapar?

[Lukas 4:1 Yesus] dikuasai oleh Roh Allah pada waktu Ia meninggalkan Sungai Yordan. Roh Allah memimpin Dia ke padang gurun.

[Lukas 4:2] Di situ Ia dicobai oleh Iblis empat puluh hari lamanya. Sepanjang waktu itu, Ia tidak makan apa-apa. Jadi pada akhirnya Ia merasa lapar.

Wajarkah Tuhan diikat oleh manusia?

[Matius 27:1] Setelah hari siang, maka segala kepala imam dan orang tua-tua kaum pun berundinglah atas hal Yesus, supaya dibunuhkan Dia.

[Matius 27:2] Maka diikatnya Dia serta dibawa pergi, lalu diserahkannya kepada Pilatus, yaitu wakil pemerintah.

Wajarkah Tuhan disunat? [Lukas 2:21] Sesudah berumur delapan hari, anak itu disunat. Dan mereka menamakannya Yesus, nama yang diberikan malaikat kepada-Nya sebelum Ia dikandung ibu-Nya.

Kalau Jesus itu anak Tuhan…

Hujah Kristian mengatakan Jesus anak tuhan [Matius 3:17] Maka suatu suara dari langit mengatakan, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nya pun Aku berkenan.” [Lukas 4:41] Roh-roh jahat pun keluar dari banyak orang, sambil berteriak-teriak, “Engkaulah Anak Allah!” Tetapi Yesus membentak mereka dan tidak mengizinkan mereka berbicara, sebab mereka tahu bahwa Dialah Raja Penyelamat.

TETAPI, kalau Jesus itu anak Tuhan, kenapa Jesus tidak tahu bila qiamat walaupun dia anak tuhan?

[Markus 13:31] Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.
[Markus 13:32] Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja.”

Kalau Jesus itu anak Tuhan, ramai lagi anak Tuhan yang lain

[Matius 5:9] Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah.

[Matius 5:45] supaya kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di surga; karena Ia menerbitkan matahari-Nya bagi orang yang jahat dan yang baik, dan Ia menurunkan hujan ke atas orang yang benar dan yang tiada benar.

[Matius 7:21] Bukannya tiap-tiap orang yang menyeru Aku, Tuhan, Tuhan, akan masuk ke dalam kerajaan surga; hanyalah orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di surga.
[Keluaran 4:22] Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung;

Betulkah Jesus itu anak tuhan?
Hujah Jesus Anak manusia (bukan anak tuhan)

[Matius 1:16] dan Yakub memperanakkan Yusuf, yaitu suami Maryam; ialah yang melahirkan Yesus, yang disebut Kristus.

[Matius 1:21] Maka ia akan beranakkan seorang anak laki-laki, dan hendaklah engkau menamakan Dia Yesus, karena Ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.”

[Matius 16:27] Karena Anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapa-Nya beserta dengan segala malaekat-Nya; pada masa itu Ia akan membalas kepada tiap-tiap orang menurut perbuatannya.

[Matius 26:2] “Kamu memang mengetahui bahwa dua hari lagi akan ada hari raya Pasah, dan Anak manusia akan diserahkan, supaya Ia disalibkan.”

[Yohanes (Yahya) 3:13] Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.

Makna sebenar ANAK TUHAN. SUPAYA LEBIH JELAS, MAKNA ANAK ALLAH DALAM BAHASA IBRANI IALAH KEKASIH ALLAH ATAU MEREKA YANG TAATKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI PARA NABI DAN RASUL. BAPA ITU DIPAKAI BUAT TUHAN. Sebagai contoh:-

Daud Anak Allah yang sulung [Mazmur 89:27] Iapun akan memanggil akan Daku: Engkau juga Bapaku! Allahku dan gunung batu selamatku!

Yakub Anak Allah yang sulung. [Keluaran 4:23] Maka firman-Ku kepadamu: Biarkanlah anak-Ku itu pergi, supaya ia berbuat ibadat kepada-Ku; jikalau engganlah engkau memberi akan dia pergi, bahwa sesungguhnya Aku akan membunuh anakmu laki-laki yang sulung. [Keluaran 4:24] Kalakian, maka pada tengah jalan, dalam rumah wakaf, datanglah Tuhan atas Musa, hendak membunuh dia.

Erayim Anak Allah yang sulung [Yeremia 31:9] Maka mereka itu datang sambil menangis, dan Aku menghantar akan mereka itu sambil membujuk-bujuk; bahwa Allahku memimpin mereka itu menyusur sungai-sungai yang berair pada jalan yang rata, padanya tiada terantuk kakinya, karena Akulah bagi Israel akan bapa, dan Efrayim itulah anak-Ku yang sulung.

[Matius 5:9] Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah.

Jesus mengakui ALLAH itu tuhan yang esa, dia hanya utusan , anak manusia
Jesus mengakui Allah Tuhan yang Esa, Jesus pesuruh Allah
Perjanjian Lama (Old Testament)
Yahya(Yohanes) 17:3 Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka itu mengenal Engkau, Allah yang Esa dan benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu
[Ulangan 4:35] Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang esa tiadalah yang lain lagi.
[Markus 12:29] Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
[Ulangan 4:39] Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahwa Tuhanlah Allah yang di langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain.
[Ulangan 6:4] Dengarlah olehmu, hai Israel! sesungguhnya Hua, Allah kita, Hua itu esa adanya
[Ulangan 6:14] Janganlah kamu mengikuti allah lain, dari antara allah bangsa-bangsa sekelilingmu

Perjanjian Baru (New Testament)
Jesus hanya utusan

[Yahya (Yohanes) 17:21] supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.
[Yahya (Yohanes) 17:23] Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahwa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahwa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku.
[Yahya (Yohanes)12:45] dan barangsiapa melihat Aku, ia melihat Dia, yang telah mengutus Aku.

Jesus menerima firman dari ALLAH, jadi Jesus bukan Tuhan, cuma utusan [Yahya (Yohanes) 17:8] Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.
Jesus bukan tuhan kerana dia mengatakan “Bapa lebih besar dari pada Aku” [Yahya (Yohanes) 14:28] Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku
Jesus mengakui dia tidak sama dengan Tuhan [Samuel ke 2 7:22] Sebab itu Engkau besar, ya Tuhan ALLAH, sebab tidak ada yang sama seperti Engkau dan tidak ada Allah selain Engkau menurut segala yang kami tangkap dengan telinga kami.

Jesus penembus (pengampun) dosa, disalib untuk menebus dosa warisan?
Hujah Jesus penembus (pengampun) dosa

[Kisah Para Rasul 5:31] ialah yang telah ditinggikan oleh Allah sendiri dengan tangan kanan-Nya menjadi Pemimpin dan Juruselamat, supaya Israel dapat bertobat dan menerima pengampunan dosa.

[Lukas 2:8] Pada malam itu ada gembala-gembala yang sedang menjaga domba-dombanya di padang rumput di daerah itu.[Lukas 2:9] Tiba-tiba malaikat Tuhan menampakkan diri kepada mereka, dan cahaya terang dari Tuhan bersinar menerangi mereka, dan mereka sangat ketakutan.[Lukas 2:10] Tetapi malaikat itu berkata, “Jangan takut! Sebab saya datang membawa kabar baik untuk kalian–kabar yang sangat menggembirakan semua orang.

Lukas 2:11 Hari ini di kota Daud telah lahir Raja Penyelamatmu yaitu Kristus, Tuhan.
Namun Jesus hanya melepaskan dosa kaumnya sahaja

[Matius 1:21] Maka ia akan beranakkan seorang anak laki-laki, dan hendaklah engkau menamakan Dia Yesus, karena Ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.”
[Matius 15:24] Maka jawab Yesus, kata-Nya, “Tiadalah Aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat dari antara bani Israel

Mengapa Jesus mintak tolong sedangkan dia tahu dia akan disalib?

[Matius 26:1] Setelah Yesus menyudahkan segala ucapan itu, maka bertuturlah pula Ia kepada murid-murid-Nya,

[Matius 26:2] “Kamu memang mengetahui bahwa dua hari lagi akan ada hari raya Pasah, dan Anak manusia akan diserahkan, supaya Ia disalibkan.”

[Matius 27:46] Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, kata-Nya, “Eli, Eli, lama sabakhtani!” Artinya, “Ya Tuhan-Ku, ya Tuhan-Ku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku?”

Wajarkah orang yang disalib (yang terkutuk) menjadi pengampun dosa? [Galatia 3:13] Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!”

Menurut Kristian, setiap manusia memikul dosa sejak dilahirkan.Tetapi bible/injil menjelaskan sebaliknya: -

Dosa ditanggung sendiri
[Yehezkiel 18:20] Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.
[Roma 2 2:5] Tetapi oleh kekerasan hatimu yang tidak mau bertobat, engkau menimbun murka atas dirimu sendiri pada hari waktu mana murka dan hukuman Allah yang adil akan dinyatakan.
[Roma 2 2:6] Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya,
[Matius 16:27] Sebab Anak Manusia akan datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi malaikat-malaikat-Nya; pada waktu itu Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya.
[Korintus 5:10] Sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Kristus, supaya setiap orang memperoleh apa yang patut diterimanya, sesuai dengan yang dilakukannya dalam hidupnya ini, baik ataupun jahat.
Bayi pun masuk syurga, tiada dosa warisan [Matius 19:14] Tetapi kata Yesus, “Biarkanlah kanak-kanak itu, jangan dilarangkan mereka itu datang kepada-Ku, karena orang yang sama seperti inilah yang empunya kerajaan surga.”
9. Kalau 3 dalam 1(Trinity) – Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohhulkudus.
Hujah kristian Jesus bersatu dengan tuhan [Yahya(Yohanes) 10:30] Aku dan Bapa itu Satu adanya.”
Kalau bersatu kenapa tuhan tinggalkannya:- [Matius 27:46] Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, kata-Nya, “Eli, Eli, lama sabakhtani!” Artinya, “Ya Tuhan-Ku, ya Tuhan-Ku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku?”
Bukan setakat “3 dalam 1” tapi “12 dalam 1”“Mereka” (Sahabat Jesus yang 12) juga menjadi satu dengan tuhan. [Yahya (Yohanes) 17:23] Aku di dalam mereka itu, dan Engkau di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna di dalam satu persekutuan; supaya isi dunia ini mengetahui bahwa Engkau yang menyuruh Aku serta mengasihi mereka itu sama seperti Engkau mengasihi Aku.
10. Jikalau bible/injil itu kitab yang suci, mengapa terdapat percanggahan yang ketara, contohnya:-
Kesaksian, benar atau tidak?
[Yohanes (Yahya) 8:14] Jawab Yesus kepada mereka, kata-Nya: “Biarpun Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, namun kesaksian-Ku itu benar, sebab Aku tahu, dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. Tetapi kamu tidak tahu, dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi.
[Yohanes (Yahya) 5:31] Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar;
John 8:14Though I bear record of myself, [yet] my record is true:
John 5:31If I bear witness of myself, my witness is not true
Tuhan dilihat – 1.Hanya Jesus, 2. Ibrahim juga
[Yohanes (Yahya) 1:18] Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.
[Kejadian 18:1] Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik.
Yoram vs Hadoram
[Samuel 2 8:9] Ketika didengar Tou, raja Hamat, bahwa Daud telah memukul kalah seluruh tentara Hadadezer,[8:10] maka Tou mengutus Yoram, anaknya, kepada raja Daud untuk menyampaikan salam dan mengucapkan selamat kepadanya, karena ia telah berperang melawan Hadadezer dan memukul dia kalah, sebab Hadadezer sering memerangi Tou. Dan Yoram membawa barang-barang perak, emas dan tembaga.
[Tawarikh 1 18:9] Ketika didengar Tou, raja Hamat, bahwa Daud telah memukul kalah seluruh tentara Hadadezer, raja Zoba,[18:10] maka ia mengutus Hadoram, anaknya, kepada raja Daud untuk menyampaikan salam dan mengucapkan selamat kepadanya, karena ia telah berperang melawan Hadadezer dan memukul dia kalah, sebab Hadadezer sering memerangi Tou. Dan Hadoram membawa pelbagai barang-barang emas, perak dan tembaga.
Betah & Berotai vs Tibhat dan Kun
[Samuel 8:8] Dan dari Betah dan dari Berotai, yaitu kota-kotanya Hadadezer, raja Daud mengangkut amat banyak tembaga.
[Tawarikh 118:8] Dan dari Tibhat dan dari Kun, yaitu kota-kotanya Hadadezer, Daud mengangkut amat banyak tembaga; dari padanya Salomo membuat “laut” tembaga, tiang-tiang dan perlengkapan tembaga.
Umur Ahazia – 22 tahun vs 42 tahun
[Raja-Raja 2 8:26] Ia berumur dua puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri raja Israel.
[Tarawikh 2 22:2] Ahazia berumur empat puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri.
Tuhan atau iblis yang mengajak Daud?
[Samuel 2 24:1] Bangkitlah pula murka TUHAN terhadap orang Israel; Ia menghasut Daud melawan mereka, firman-Nya: “Pergilah, hitunglah orang Israel dan orang Yehuda.”
[Tawarikh 1 21:1] Iblis bangkit melawan orang Israel dan ia membujuk Daud untuk menghitung orang Israel.

8 PERKARA ....

Katalah (wahai Muhammad):”jika bapa-bapa kamu,dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu,dan isteri-isteri(atau suami-suami)kamu,dan kaum keluarga kamu,dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya ini)menjadi perkara-perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada)berjihad untuk agamanya,MAKA TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) - aT-tAUBAH 24

KEPENTINGAN TA'LIM

KEPENTINGAN TA’LIM :

- MENDENGAR HADIS-HADIS NABI DAN FIRMAN-FIRMAN ALLAH SUPAYA HATI
MENJADI TERANG DENGAN NUR HADIS DAN NUR FIRMAN ALLAH ( QURAN ).
- MEMBANDINGKAN ILMU KITA YANG SEDIKIT DENGAN ILMU ALLAH YANG
MAHA LUAS.
- MEWUJUDKAN SUASANA RUMAH SEPERTI SUASANA RUMAH PARA SAHABAT

DAN SAHABIAH.

FADHILAT / KELEBIHAN TA’LIM :

1.ALLAH MULIAKAN PESERTA MAJLIS DI HADAPAN PARA MALAIKAT.
2.PARA MALAIKAT MENYEBUT NAMA-NAMA PESERTA MAJLIS DAN NAMA-NAMA KEDUA IBU BAPA MEREKA DI HADAPAN ALLAH.
3.PARA MALAIKAT MENCARI MAJLIS SEPERTI INI DAN SENTIASA BEREBUT DAN SALING TINDIH-MENINDIH SAYAP MASING-MASING SEHINGGA KE ARASY ALLAH.
4.MAJLIS INI ADALAH SUNNAH NABI,MENJADI SATU TERTIB SERTA CARA RASULULLAH SAW MENGAJAR PARA SAHABAT.
5.ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG YANG DUDUK DALAM MAJLIS DAN KEDUA ORANG TUA MEREKA.

ADAB DAN TERTIB :

ADAB ZAHIR :

1.BERWUDHUK DAN LAKSANAKAN SOLAT SUNAT 2 RAKAAT.
2.TUTUP AURAT DAN TANGGALKAN BARANG-BARANG KEMAS.
3.DUDUK SEPERTI TAHIYAT AWAL ATAU AKHIR DALAM SOLAT,ATAU DUDUK DENGAN LUTUT BERADU SUPAYA SYAITAN TIDAK DUDUK BERSAMA KITA.
4.LIHAT WAJAH ORANG YANG MEMBACA TALIM.
5.MENGUCAPKAN “AZZA WA JALLA “ ATAU “ SUBHANALLAH “ BILA NAMA ALLAH DISEBUT, MENGUCAP SELAWAT APABILA NAMA NABI DISEBUT KERANA MALAIKAT AKAN MELAKNAT ORANG TIDAK BERSELAWAT APABILA NAMA NABI DISEBUT. 6.MENGUCAPKAN “ RADHIYALLAHU ANHU/ANHA APABILA NAMA SAHABAT/SAHABIAH DISEBUT.
7.JANGAN KETAWA BILA ORANG BUAT KESALAHAN.
8.MEMAKAI WANGI-WANGIAN.

ADAB BATIN :

1. TAWAJUH ( TUMPUKAN PERHATIAN )
2. LAPANGKAN FIKIRAN.
3. HADIRKAN SIFAT MALAIKAT IAITU ( KAMI MENDENGAR DAN KAMI MENTAATI )
4. JANGAN LIHAT SIAPA YANG MEMBACA TAPI DENGAR APA YANG DIBACA/DISAMPAIKAN.
5. TUNAIKAN HAK MENDENGAR , ALLAH AKAN BAGI 3 KEUNTUNGAN :
1. ALLAH PERMUDAHKAN ILMU MASUK DALAM HATI.
2. ALLAH PERMUDAHKAN KITA UNTUK MEMAHAMI APA YANG DIDENGAR.
3. ALLAH PERMUDAHKAN KITA UNTUK MEMUZAKARAHKAN ILMU TADI APABILA DIPERLUKAN.
6. MERASA GEMBIRA APABILA DICERITAKAN TENTANG SYURGA DAN MERASA TAKUT APABILA MENDENGAR AZAB NERAKA.
7. MENGANGGAP BAHAWA ITU ADALAH PERTAMA KALI KITA MENDENGAR HADIS NABI WALAUPUN SUDAH BERKALI-KALI MEMBACA/MENDENGARNYA.
8. BERNIAT SUPAYA ILMU YANG KITA PEROLEHI DAPAT DIAMALKAN DAN KITA SAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN AGAR KITA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DARI MAJLIS INI.

FIKIR IMAN DAN AMAL

Allah SWT adalah Robb kita,Dia yang Maha Pencipta,yang mengatur alam ini,yang menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.Dia yang menerbitkan matahari dari timur dan meneggelamkannya pula di sebelah barat. Allah lah raja kepada segala raja,pemerintah kepada segala pemerintah. Allah berkuasa mutlak ke atas segala sesuatu. Segala perkara dalam pengetahuanNya.Dia mencipta dari sebesar-besar makhluk kepada sekecil-kecil makhluk.Yang boleh dilihat dengan mata kasar dan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar,semuanya adalah dengan kudrat Allah SWT. Dia tidak perlu pada makhluk untuk mentadbir alam ini,sedangkan makhluk sangat berharap dengan Allah. Dia tidak berhajat dengan ciptaan-ciptaanNya, sedangkan ciptaan-ciptaanNya sangat berharap padaNya. Allah cipta Malaikat dan Allah tidak berhajat pada malaikat,Allah cipta Manusia dan Allah tidak memerlukan manusia. Sekali pun seluruh makhluk, segala ciptaan Allah ingkar pada Allah,sedikit pun kerajaan Allah tidak akan berkurang. Jika seluruh makhluk taat pada Allah sedikit pun tidak bertambah kerajaan Allah. Allah Maha Besar,Allah Maha Hebat,Allah Maha Kuasa, Ar-Rahman,Ar-Rahim,Al-Jabbar,Al-Mutakkabir.Allah yang Maha Hidup dan tak akan mati,yang Awal dan danAkhir. Tiada sesuatu pun yang serupa atau sama dengan Allah SWT.
Keyakinan ini yang perlu ada dalam hati setiap manusia. Kehebatan kebesaran Allah perlu lagi dan lagi diperkatakan tanpa rasa jemu,tanpa rasa bosan,berkali-kali, sehingga keyakinan pada kehebatan, kekuasaan, ketinggian Allah akan masuk dalam hati setiap manusia. Percakapan iman sebegini sudah lama ditinggalkan dalam kehidupan kita. Jika kehebatan Allah tidak diperkatakan maka kehebatan selain daripada Allah akan sibuk diperkatakan sehingga berakar umbi dalam hati anak Adam kehebatan,kebesaran MAKHLUK ciptaan Allah akan bertakhta dalam hati manusia. Harta,pangkat,wang ringgit,isteri,anak,artis,bom,senjata,nuclear dan macam-macam lagi perkara-perkara dunia akan masuk ke dalam hati-hati manusia.Natijahnya,kehebatan dan kekuasaan Allah sudah tidak ada ruang dalam hati manusia. Sehingga yakin kepada asbab-asbab,yakin kepada senjata,yakin kepada harta,pangkat akan merosakkan akidah seseorang manusia. Seperti mana yakinnya Qarun dengan Harta boleh menyelamatkan dia,akhirnya Allah tenggelamkan Qarun bersama-sama Hartanya.Sepertimana Namrud dan Firaun yakin dengan kerajaan dan kekuasaannya,akhirnya Namrud dibinasakan oleh Allah.
Kita pun kenal siapa Qarun,Namrud dan Firaun,kita pun tahu alngkah bodohnya dan celakanya mereka, namun dewasa ini, keyakinan-keyakinan Qarun,Namrud dan Firaun sudah berakar-tunjang dalam hati-hati manusia. Walaupun kita hari ini tidak terang-terangan menyembah berhala/patung, namun “ berhala-berhala “sepertiHARTA,WANGRINGGIT,PANGKAT,KEKUASAAN sudah bertakhta dalam hati manusia sehingga ada manusia yang bertuhankan Harta,Pangkat dan Kekuasaan/Pemerintahan. Bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah sekiranya mati dengan membawa keyakinan-keyakinan sebegini? Oleh itu,perlu ada usaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan semula keyakinan yang Shohih dan betul pada Allah semata-mata. Usaha yang berterusan supaya keyakinan pada makhluk dikikis sekidit demi sedikit,dan keyakinan pada Allah bertambah sedikit-demi sedikit. InsyaAllah.

Thursday, May 7, 2009

PERBUALAN NABI DENGAN IBLIS

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya. 15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :- 1. Hakim yang tidak adil. 2. Orang kaya yang sombong. 3. Pedagang yang khianat. 4. Orang pemabuk/peminum arak. 5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 6. Pemilik harta riba'. 7. Pemakan harta anak yatim. 8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

KISAH BURUNG HUD

'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya. Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s. Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t. telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu. Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

UNTA MENJADI HAKIM

UNTA MENJADI HAKIM
Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali." Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails