CARI DALAM BLOG INI

Thursday, June 18, 2009

MARKAZ DUNIA ( NIZAMUDIN DAN RAIWIND )

Markaz Nizamudin, India

Pekarangan Luar Markaz Raiwind, Pakistan

Markaz Raiwind ( scene 1 )

Markaz Raiwind ( scene 2 )

INSYALLAH...KELUAR BELAJAR USAHA AGAMA ( DAKWAH ) DI SANA. BELAJAR DENGAN ORANG DI SITU BAGAIMANA MEREKA BUAT DAKWAH SEPERTI MANA NABI DAN SAHABAT DAHULU. DI SANA SUASANA AGAMA WUJUD 24 JAM DI MASJID-MASJID. HIDUP AMALAN DAKWAH, TA'LIM WA TA'LUM, ZIKIR IBADAT DAN KHIDMAT..SEPERTIMANA AMALAN DALAM MASJID NABI SAW. APABILA KEMBALI KE TANAH AIR, NIAT UNTUK AMALKAN DAN AJAK ORANG DAN SEDIAKAN ORANG LAIN UNTUK JADI DAIE' DAN IMARAHKAN MASJID DENGAN AMALAN....INSYALLAH..

Wednesday, June 17, 2009

MUHASABAH DIRI

GERUN RASANYA...

Bila difikir dan direnungkan segala yang berlaku di dunia hari ini,merupakan tanda-tanda usia dunia yang semakin tenat. Nabi SAW sendiri telah memberitahu kita 1430 tahun dahulu tentang keadaan umat akhir zaman dan petanda-petanda kiamat berlaku. semuanya dah jelas, seperti yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW. wujudnya bangunan pencakar langit, wanita lebih ramai dari lelaki, bencana alam berleluasa, peperangan, artis disanjung,minum arak perkara biasa dan banyak lagi petanda-petanda kiamat kecil dapat dilihat....

GERUN RASANYA....

Jika hari ini Dajjal keluar dan matahari timbul di barat adakah sudah cukup bekalan dan persediaan iman di dalam hati? Bila Dajjal memperlihatkan 'mukjizatnya', adakah iman semantap itu menanggungnya?...

GERUN RASANYA....

Bila mendengar perkhabaran alam kubur. Di semua arah debu dan tanah. Tiada lagi suami atau isteri tercinta menemani.Tiada lagi kedengaran gelak tawa anak-anak.Tiada lagi saudara mara dan teman yang dapat berkongsi suka dan duka. Hanya cacing dan ulat menjadi teman.Memamah setiap isi daging yang tinggal. Harta pun dibahagikan oleh waris. Suami yang ditinggalkan akan bernikah yang baru. Isteri yang janda akan bertemu jodoh yang lain. Satu sen pun daripada harta dunia tidak dibawa ke alam kubur. Untuk apa wang ringgit di dalam kubur ketika itu? bukannya boleh digunakan untuk 'sogok' malaikat Mungkar dan Nakir. Bolehkah dijawab soalan-soalan yang dah bocor dahulu? siapa Tuhan kamu?Siapa Nabi kamu?Apa agama kamu?Apa kiblat kamu?Apa kitab kamu?Dan kini hanya iman dan amal menjadi teman..

GERUN RASANYA....

Bila tiba hari penghisaban. Seluruh manusia dikumpulkan dari Nabi Adam sehingga bayi yang terakhir dihantar ke dunia dahulu. Adakah dibangkitkan dengan para anbia,para shuhada, para sahabat...atau...adakah dibangkitkan dengan Firaun, Hamman, Qarun atau Ubai Bin Khalaf???Adakah buku amalan daripada tangan kanan atau kiri sebagai penentu kejayaan atau penderitaan yang hakiki?

GERUN RASANYA...

Adakah dapat bertemu Nabi SAW di Mahsyar yang dahsyat? Adakah nabi nak mengaku diri ini sebagai Umatnya? Adakah Nabi memelukku dan memberikan bekas berisi air daripada Telaga Kauthar? Atau tidak memandang diri ini dan dihalau sejauh-jauhnya?

GERUN RASANYA....

Bila melihat titian sirat dihadapan untuk dilalui. Setipis rambut dibelah tujuh dan setajam mata pedang. kiri dan kanan duri yang mengait. di bawah pula Jahannam yang berkobar-kobar menggila menanti jasad yang jatuh ke dalamnya...adakah diri ini dapat meniti sepantas kilat, atau sekadar angin bertiup,atau sekadar kuda berlari, atau berjalan, atau merangkak, atau mengensot...atau jatuh ke Jahannam? Ya Allah..selamatkan..selamatkan...selamatkan...

GERUN RASANYA...GERUN RASANYA...GERUN RASANYA...

PENYAKIT BAHAYA

Hari ini umat dalam bahaya dengan satu jenis penyakit yang merbahaya. Penyakit yang lebih bahaya daripada N1H1, lebih bahaya daripada AIDS,Lebih bahaya daripada Kanser,malah lebih bahaya daripada segala penyakit yang terdapat di dunia. Nama penyakit tersebut adalah penyakit Iman.

Jika penyakit2 yang dinyatakan di atas dihidapi oleh seseorang, penghujung pada kesakitan akibat penyakit yang dihidapi adalah maut. Dan apabila nyawa terpisah daripada badan maka hilanglah kesakitan dan segala penderitaan drpd penyakit tersebut. Tetapi Penyakit Iman yang membawa ‘virus’ syirik walaupun sebesar zarah, maka penderitaannya berkekalan dan berterusan walaupun berada di alam kubur. Penderitaan yang tanpa berpenghujung. Kesakitan yang berterusan untuk berjuta-juta tahun, malah tanpa penghujung, selama-lamanya.

Setiap penyakit ada gejala-gejala atau simtom-simtomnya. Simtom-simtom atau gejala yang kerap berlaku adalah cinta pada dunia. Leka dengan keindahan dunia mengakibatkan seseorang lupa pada segala perintah dan larangan Allah.

Simtom seterusnya adalah yakin dengan kehebatan dunia. Yakin dengan senjata,yakin dengan harta, yakin dengan pangkat, yakin selain daripada Allah. Yakin sebegini menggelapkan hati dan mulai merasa curiga dengan hari akhirat,alam selepas mati dan ragu dengan kehebatan dan kebesaran Allah.

Hari ini,gejala-gejala tersebut sudah berakar tunjang dalam hati-hati manusia. Sehingga yakin dengan kebendaan daripada yakin dengan kudrat Allah yang Maha Kuasa.

“ kalau tidak ada senjata macam mana kita nak menang?”
“kalau tiada bom atom macam mana kita nak kalahkan musuh?”..

sehingga yakin-yakin sebegini telah menyamai yakin yang ada pada orang kafir. Orang kafir yakin dengan senjata dan bom atom, umat islam turut mempunyai yakin yang sama. Sedangkan senjata tidak boleh bagi mudarat, tidak boleh bagi menafaat, tanpa izin Allah. Allah boleh ubah mudarat jadi menafaat dan ubah menafaat menjadi mudarat. Adakah kita lupa kisah-kisah anbia dalam Al-Quran? Api jadi sejuk sejahtera ke atas Ibrahim a.s? Laut terbelah 12 lorong? Unta hamil keluar dari batu? Pisau yang tajam tidak dapat melukakan Ismail a.s ?..adakah ini sekadar cerita donggeng seperti cerita sang kancil dan buaya atau cerita Cinderella? Sebenarnya bukan hati kita tidak mempercayainya, tetapi hati kita masih belum yakin.

Sebab itulah iman kena diusahakan. Iman kena dimantapkan. Iman kena disuburkan.Di mana? Bukan di padang bola atau stadium atau pasar-pasar, tetapi di rumah Allah,iaitu masjid. Kena llibatkan diri dengan amalan-amalan dalam masjid seperti mana amalan yang wujud di zaman Nabi SAW. Libatkan diri dengan amalan DAKWAH, TA’LIM WAT TA’LUM, ZIKIR IBADAT dan KHIDMAT. Bila hati sudah terpaut pada masjid dan amalan-amalan dalam masjid barulah sesuai dengan firman Allah “ mereka yang memakmurkan masjid-masjid yang beriman pada Allah dan rasulnya dan hari akhirat”.


Bila hati terpaut pada masjid, diri akan dilingkungi dengan suasana malaikat dan mudah terkesan ke arah melakukan amal kebaikan. Masjid adalah tempat yang paling disukai Allah daripada segala tempat di atas permukaan alam ini dan pasar adalah tempat yang dibenciNya. Alangkah bertuahnya kita apabila Allah memberikan taufik hidayah kepada kita untuk dapat datang ke masjid. Kita kena sedar bahawa kita dapat dating ke masjid bukanlah kerana rumah yang dekat dengan masjid, bukanlah ada kenderaan baru dapat ke masjid, atau kesihatan badan membolehkan kita dapat datang ke rumah Allah. Semuanya taufik dan kasih sayang Allah. Berapa ramai orang di luar sana yang ada kenderaan yang banyak, kesihatan yang baik, rumah sebumbung dengan masjid namun tidak dapat datang ke masjid untuk bersolat dan sebagainya.

wallahu a'lam

Tuesday, June 16, 2009

KENAPA AKU DIUJI ( SUMBER : karkunahmithali.blogspot.com )

Kenapa aku diuji?

~Apakah manusia itu mengira bhw mereka dibiarkan shj mengatakan "kami beriman,sedang mereka blm diuji?dan sesungguhnya kami tlh menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org yg dusta (Al-ankabut:2-3)

Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?

~Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-baqarah:286

Kenapa aku rasa tertekan?

~Janganlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yg beriman (Al-imran:139)

Kenapa aku masih tidak dpt apa yg ku impikan?

~Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bgmu,Allah mengetahui sdg kamu tdk mengetahui (Al-baqarah:216)

Bagaimana harus aku menghadapinya?

~Wahai org2 beriman,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dan mengerjakan perkara kebajikan) dan kuatkanlah (kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perang) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan (Al-imran:200)

~Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solah,sesungguhnya solah itu amatlah berat kecuali kepda org2 yg khusyuk (Al-baqarah:45)

Apakah ganjaran yg aku dapat daripada ini?

~Sesungguhnya Allah Taala telah membeli daripada org mukmin diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka (At-taubah:111)Kepada siapa mesti aku harapkan?~Cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selainNya,hanya kepadanyalah aku bertawakal (At-taubah:129)

ABAH KELUAR DI JALAN ALLAH

Abah keluar jalan Allah!
(sumber drpd Ummu-fatimah.blogspot.com)

Petang tadi terdengar jiran sebelah tanya pada anakku;


"Lama tak nampak abah. Abah x ada ya?"
"Aah. Abah tak ada..."
"Abah pergi mana?"
"Abah keluar jalan Allah!"
"oooo..berapa lama?"
"4 bulan" jawab anakku tersenyum-senyum.
"4 bulan? Lamanya...." jawab jiranku pula.

Dari sebalik tabir tingkap, aku melihat mereka dr jauh tetapi aku tak dengar sehingga habis perbualan mereka lalu terus berlalu ke dapur. Aku cuma terfikir apakah jawapan yg terbaik untuk dijawab jika mereka bertanya kenapa keluar lama2 sampai 4 bulan? Soalan ini begitu sinonim sekali bagi orang2 tabligh macam kami. Kami tak pernah minta dipanggil tabligh tapi orang yang menggelarkan kami ini orang tabligh. Sedangkan tabligh itu salah satu sifat Rasulullah iaitu menyampaikan.

KENAPA KELUAR JALAN ALLAH?
Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah
Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya.

Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.

Sahabat keluar 5 tahun

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )

Sahabat keluar 6 bulan

Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan datang kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)

Keluar 4 bulan

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."

Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu." Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

Keluar 3 hari

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

Source : http://azharjaafar313.blogspot.com

Ada pun bagi mereka yang faham akan usaha dakwah ini menginginkan ganjaran yang bukan sedikit sebagaimana janji Allah swt. Antara kelebihan-kelebihan keluar di jalan Allah akan bersambung di next entry. Wassalam..

Ummu-fatimah.blogspot.com

JOR, Menggatal Kota Kinabalu




(ATAS Kiri dan kanan : Pekarangan masjid)



TENGAH kiri : suasana dalam dapur khidmat Elders
TENGAH kanan :
Khidmat cuci pinggan mangkuk




BAWAH kiri : Jemaah Foreign pakistan dan Sri Langka

BAWAH Kanan : Khidmat Eleders potong-memotong





Kali ini JOR sabah bagi kawasan pantai barat diadakan di Kota Kinabalu. Beberapa tahun yang lepas dan sebelumnya diadakan di Markas Beaufort. JOR kali ini juga diadakan di tempat-tempat lain seperti pantai timur Tawau dan Sandakan. Elders-elders daripada Nizamudin, Raiwind, Kakril datang untuk bagi fikir dan nasihat-nasihat tentang usaha ini dan cara tertib perlaksanaan kerja dakwah. Kedatangan adalah diluar jangkaan, dianggarkan kehadiran JOR hampir 2 ribu orang.

Halqa Keningau diberi tanggungjawab dan kepercayaan sekali lagi untuk khidmat Elders dan Jemaah Foreign. Sudah 7 tahun berturut-turut Halqa Keningau diberikan tugas untuk Khidmat elders dan Foreign. Jumlah petugas khidmat daripada Keningau adalah 60 lebih orang termasuk pelatih daripada Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) dan orang awam, termasuk saya sendiri.

Antara ulama yang dating adalah Maulana Shawkat dari Nizamudin. Maulana Mustakim diberitakan berada di Tawau untuk menghadiri JOR di sana. Banyak pesanan dan nasihat-nasihat daripada ulama-ulama kita tentang kerja ini. Terutamanya tentang 5 amal jemaah masjid. Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai Fikir Harian/Mesyuarat Harian Mahala. Ulama bagitau dalam fikir harian semua karkun tempatan kena duduk dalam fikir harian untuk wujudkan fikir risau dan merancang kerja. Seseorang yang duduk dalam fakir harian, Allah akan mudahkan dia untuk buat 4 amal yang lain ( 2 ½ jam, 2 ghast, talim dan khuruj 3 hari ). Kalau tidak, 5 amal akan ditinggalkan perlahan-lahan. Dalam fikir harian, agenda yang dibawa adalah 1. macam mana 100 % orang islam yang akil baligh dapat solat berjemaah di masjid, 2. macam mana setiap orang yang datang ke masjid jadi daie’ / pembantu agama Allah, 3. macam mana ahli masjid boleh keluar di jalan Allah.

Selepas JOR, terdapat 4 jemaah yang dapat dikeluarkan dengan izin Allah. 1 jemaah 4 bulan dalam negeri dan selebihnya jemaah 40 hari. Selepas Bayan Hidayat dan Doa, semua ahli jemaah bersalaman (musafahah) dengan ulama dan diikuti oleh orang awam. Sungguh mengharukan semasa doa sebagai penutup JOR, suasana gemuruh dengan tangisan oleh orang yang hadir bergema di tapak JOR…..

Monday, June 15, 2009

KELUAR MASTURAT

Alhamdulillah… Allah pilih saya dan ahlia untuk keluar masturat 10 hari pada 1 – 10 Jun yang lepas sempena cuti sekolah. Ini kali pertama keluar masturat selama 10 hari. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan, kerana dapat keluar di jalan Allah bersama-sama dengan isteri. Walaupun ahlia mengandung 7 bulan, namun semangatnya sangat mengharukan saya. Dengan badan yang sakit kerana menanggung beban kandungan dan 2 orang anak ditinggalkan seketika bersama dengan kakaknya di rumah, satu perkara yang boleh dibanggakan. Satu mujahadah bagi seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Namun, demi kepentingan agama, segala perasaan itu terpaksa dijauhkan seketika. Memang satu pengorbanan yang sangat besar, dan pengorbanan yang tidak sia-sia bila semuanya untuk mencari redha Allah.

Dulu, ketika suami keluar di jalan Allah, banyak cemuhan dari masyarakat setempat bahawa mereka mendakwa ‘orang tabligh’ tidak sayangkan anak isteri, tidak diberikan nafkah, tinggalkan isteri sorang-sorang di rumah, dan bermacam-macam lagi cemuhan dan tomahan dilemparkan. Dan bila kita bawa pula isteri keluar bersama (jemaah masturat), timbul pula cemuhan ‘orang tabligh’ tak sayang anak, tinggalkan anak dan bermacam-macam lagi. Memang lumrah dalam dakwah, ujian akan datang seperti air mengalir. Sesiapa yang bersabar dalam ujian, Allah akan tingkatkan iman dan darjatnya.

Berbanding dengan pengorbanan sahabat, bagai langit dengan bumi pengorbanan yang kita buat untuk agama hari ini. Keluar di jalan Allah 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, berbanding sahabat keluar bertahun-tahun, ada sahabat keluar di jalan Allah selama 27 tahun, dan apabila kembali ke rumah anak telah besar dan ayah pun tak kenal. Hari ini, kalau kita keluar buat usaha agama selama 27 tahun macam mana pula agaknya ‘mereka-mereka’ akan kata? Nabi Ibrahim a.s sendiri tinggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih merah di tengah padang pasir yang tandus. Tiada sebarang asbab untuk hidup melainkan asbab untuk kematian. Ditinggalkan pula selama berbelas-belas tahun. Adakah hari ini kita hendak mengatakan bahawa Nabi Ibrahim zalim kerana tinggalkan anak isteri di padang pasir yang mengerikan? Asbab pengorbanan seorang ayah, ibu dan anak, segala rukun dalam Haji adalah diambil daripada pengorbanan mereka. Sedangkan hari ini, kita keluar di jalan Allah selama 3hari/40 hari/4 bulan dan tinggalkan isteri di rumah dengan rumah yang cantik, ber’air-cond’, makanan dalam peti ais penuh, pun masih ada saudar-saudara kita yang memberikan pelbagai cemuhan dan tuduhan-tuduhan yang meluru terhadap orang yang buat usaha agama.

Sangat menghairankan, bila kita tinggalkan anak isteri selama 3 tahun ke luar Negara untuk berkursus atau bekerja untuk mencari nafkah di luar Negara selama berbulan-bulan lamanya, tidak ada kedengaran suara-suara yang mengeluh…namun,bila keluar untuk usahakan iman,usahakan atas akhirat, usahakan redha Allah, usahakan atas agama Allah hanya 3hari sahaja, bermacam-macam tuduhan dan cemuhan diberikan. PELIK BIN AJAIB…

Wednesday, May 27, 2009

BAYAN MASTURAT 2

Kita tidak tahu bagaimana kesudahan iman kita. Setiap org seharusnya takut, bimbang dan harap pada Allah Ta’ala akan keadaan imannya.
_____________
Bismillah.


Kalaulah satu org yg bukan beriman dilahirkan dlm keadaan kekufuran, hidup dlm kekufuran, hidup dlm suasana tanpa agama tanpa iman, mati tanpa iman adalah perkara biasa. dan Allah Maha bermurah hati, Allah matikan sesetengah org yg hidupnya dlm kekufuran tetapi mati dgn beriman. Tetapi org yg dilahirkan dgn iman, yg hidup dgn iman, yg dipanggil sbg org islam, yg dipanggil sbg org yg beriman spt kita ni semua, kita seharusnya takut, kerana dikalangan org yg hidupnya beriman pun ada yg mati tanpa iman. Satu org yg mati dgn iman Allah janjikan syurga yg luasnya 10x ganda dunia. Utk itulah usaha atas iman sngt penting. Untuk org yg sudah ada iman kita kena buat usaha atas iman, dakwah atas iman.

Ada 2 jenis dakwah; dakwah islam dan dakwah iman. Dakwah iman adalah keperluan utk setiap org yg beriman, Hukumnya fardhu ain. Sesetengah org beranggapan apabila jemaah menziarahi mereka berckp tentang iman, mendakwahkan iman, mereka akan berkata,
‘Kenapa dakwah kami, kami sudah islam, pergilah kpd org2 bukan islam’.
Saudara yg mulia, sebenarnya perintah dakwah iman ini adalah utk setiap org yg sudah beriman. Allah beritahu dlm quran,
‘Wahai org2 yg beriman, beriman lah kamu sebagaimana org2 yg telah beriman’.


Bagaimana org yg telah beriman iaitu para sahabat radhiallahu taala anhum telah beriman kpd Allah Taala, mereka telah usaha atas iman mereka sehingga drp asalnya sesetengah sahabat ada yg menyembah berhala, namun mereka telah beriman dan usaha atas iman sehingga mereka dipanggil org yg beriman. Pada mulanya Allah seru mereka dgn panggilan ‘Ya Ayyuhan Naas’ tetapi setelah mereka usaha atas iman mereka, setelah mereka beriman Allah seru mereka dgn panggilan ‘Ya Ayyuhallazina Amanu’. Allah telah sebut org2 yg beriman ‘mu’minin, mu’minat’ – lelaki2 yg telah beriman, wanita2 yg telah beriman. Beriman dgn apa? beriman dgn perkara yg ghaib, dgn syurga dan neraka, dgn pahala dan dosa, malaikat, semua janji2 Allah iaitu semua perkara2 yg tidak nampak. Sehinggakan para sahabat dan sahabiyah telah capai keimanan, seolah2 bagaimana kita nampak dunia dgn mata kasar kita, mereka nampak akhirat dgn mata hati mereka.

Suatu hari seorang sahabat ditanya oleh Rasulullah saw,
‘Wahai sahabatku, bagaimana keadaan kamu pagi ini?’
Jawab sahabat,
‘Wahai tuanku, saya pagi2 ini dalam keadaan iman yg sempurna.’
Kata Baginda saw,
‘Setiap pengakuan haruslah ada buktinya, apakah bukti kamu?’
Maka sahabat bagitau,
‘Seolah2 saya dgr goresan2 pena malaikat menulis dalam buku amalan saya, bila kebaikan dibuat ditulis dalam buku amalan sebelah kanan, bila dosa dibuat dicatit dalam buku amalan sebelah kiri saya,’
Bagaimana Sahabat boleh mendengar sebegitu rupa? Kerana telinga yg sudah dimasuki iman, mata yg sudah dimasuki iman. Seorang sahabat juga memberitahu,
‘Seolah2 saya dapat melihat pandangan syurga, penghuni2 syurga sedang berada dlm keadaan bahagia dalam nikmat Allah ta’ala, bersalam salaman dan menziarahi dlm nikmat Allah Taala. dan mata ini seolah2 melihat penghuni2 neraka yg sedang bergaduh antara satu sama lain, mereka berada dalam tempat yg sempit dalam keadaan azab neraka yg sangat pedih.’


Saudara yg telah dimuliakan oleh Allah swt, utk usaha atas iman inilah baginda saw dan para sahabat mereka telah bersusah payah, bersungguh2 utk menanggung kesusahan demi agama Allah swt. Agama telah dtg dlm kehidupan mereka. di Mekah mereka telah menanggung kesusahan, seorang sahabiyah, Zinnirah (ra) telah kehilangan pandangan matanya, dia telah buta setelah disiksa oleh kaum mushrikin, kemudian dia telah berdoa pada Allah dan telah dakwah pada kaum mushrikin bahawa:

‘Allah yg sama dahulu telah beri penglihatan pada mata saya, sebenarnya Allah yang sama telah ambil penglihatan saya dan Allah yang sama jua lah yang akan kembalikan penglihatan mata saya.’

Dan dia beritahu pd Abu Jahal,
‘Bukan engkau, engkau pun tidak mampu buat apa2.’
Dan setelah Abu Jahal penat memukulnya, Allah swt telah kasihan pada Zinnirah (ra) maka Allah telah kembalikan penglihatanya dan penglihatannya lebih terang drpd sebelumnya.


Saudara yg telah dimuliakan oleh Allah swt, para sahabat dan sahabiyah telah berkorban dan berkorban utk agama Allah swt, sehingga ada yg disiksa, dicemeti, dipukul, ditombak, ditarik badannya sehingga terbelah dua oleh kuda yg berlari dlm arah yg bertentangan. Sahabiyah2 ada yg kebuluran, sehingga anak2 mereka mati dlm pangkuan mereka, tetapi mereka terus buat usaha atas agama, usaha atas iman. kerana mereka telah faham dgn iman yg betul yang sahih pada Allah, barulah Allah Taala akan beri kejayaan. Kejayaan yg sebenar adalah bila iman yang sahih berada dlm lubuk hati kita. Satu org yg mati dgn iman yg sahih barulah diterima oleh Allah Taala. Jika iman rosak, dan ditolak oleh Allah, maka bau haruman syurga pun diharamkan. Jadi para sahabat dan sahabiyah (ra) telah berusaha dan usaha utk agama sehingga dtg pula perintah utk berhijrah. Kalau di Mekah mereka terpaksa menanggung kesusahan, sekarang mereka pula kena tinggalkan kampung halaman, itupun mereka harungi, mereka tempuh juga dan berhijrah ke Madinah demi agama. Di Madinah mereka terpaksa pula berperang saudara. Ahli keluarga mereka yg belum beriman memerangi mereka, dari Mekah org mushrikin bentuk angkatan tentera sebanyak 1000 org dlm peristiwa badar, dan para sahabat hanya seramai 313 orang. Mereka harungi juga kepayahan dlm peperangan utk agama Allah swt.

Dalam peristiwa Uhud pula mereka telah berperang sehingga org spt hadhrat Hamzah (ra) bapa saudara baginda saw telah disyahidkan. Hamzah (ra) adalah org yg sangat hampir dgn baginda saw, baginda saw sangat menyayanginya. Tetapi utk agama Allah swt ini, dadanya telah terbelah, jantungnya telah dikeluarkan dan cuba dimakan oleh seorang wanita mushrik, namun tidak berjaya. Dapat kita bayangkan bagaimana sedih baginda saw. Baginda saw yg begitu hebat orangnya begitu cekal melihat pakciknya yg begitu disayanginya hari ini telah terkorban terbujur dihadapan matanya. Begitu juga 70org sahabat yg lain, sepupu baginda saw Abdullah bin Jahsh (ra) juga turut terkorban dan ramai sahabat2 yang besar yg lain. Baginda saw beritahu,

‘Kalaulah sebelum ini satu nyawa dibalas dgn satu nyawa, hari ini utk org spt Hamzah (ra), 70 nyawa akan dibalas,’

Maka Allah turunkan wahyu,

‘Wahai nabiku, sesungguhnya satu nyawa ini hanya layak dibalas dgn satu nyawa, tetapi sekiranya kamu inginkan kebaikan dari Tuhan kamu maka memaafkan adalah lebih baik,’
Subhanallah. Inilah pengorbanan perasaan nabi saw dan para sahabat (ra) yang ditanggung demi perintah Rabb mereka. Dan begitu juga ramai wanita2 telah kehilangan suami2 mereka, namun itupun mudah utk mereka, demi agama Allah swt.


Saudara yg dimuliakan oleh Allah swt, apabila Khaleed bin Waleed (ra) hendak dtg ke Madinah utk memeluk agama Islam, dia telah beritahu, ‘Bila Allah hendak bukak hati aku utk dtg pada cahaya petunjuk ini, maka hati ini telah berbelah bagi, ragu2. kerana aku, telah ramai org2 terbunuh, wanita2 kehilangan suami mereka, anak2 kehilangan kasih saying drpd bapa mereka.’

Bagaimanapun dia telah cekalkan hati nya, pergi depan kaabah dan jemput ramai org2 quraisy yg ternama. Mereka apabila dgr jemputan dr Khaleed bin Waleed, perwira mereka yg handal memerangi org Islam, mereka pun dtg dan bertanya apakah hajat hendak mengumpulkan kami semua. Maka dia dgn berani nya memberitahu,
‘Sekarang tiba masanya utk kita beriman dgn agama yg dibawa oleh Muhammad’.
Begitu berani nya Khaleed (ra) dan kemudiannya dia telah menuju ke Madinah, namun dalam hatinya masih berat memikirkan yang dia telah mengorbankan ramai org islam.


Pada masa yg sama org2 di madinah telah dibentuk oleh Baginda saw dgn perasaan korban utk agama Allah swt, bukan sahaja mereka telah beriman, suatu masa dahulu mereka telah menanggung kesusahan, penderitaan di Mekah utk iman, maka hari ini mereka telah dapat kemanisan iman, mereka telah dipanggil org yg beriman, wanita2 yg beriman, mereka telah faham apa nikmat iman nilai iman ini, maka keinginan mereka adalah utk semua org datang pada iman. Jadi apabila berita Khaleed dtg ke madinah tersebar, Baginda saw beritahu,
‘Hari ini Mekah akan mengutuskan permatanya,’
Maka org2 madinah menunggu kedatangannya berebut2 utk menjemputnya berjumpa Baginda saw. Bukan itu sahaja, apabila org2 madinah telah mendengar Khaleed bin Waleed hendak memeluk Islam, kanak2 dan wanita telah keluar dr rumah mereka, melihat kedatangan Khaleed bin Waleed. Maka seolah2 anak2 ini beritahu,
‘Wahai Khaleed, kerana kamu kami telah kehilangan kasih sayang bapa kami tetapi demi iman utk kamu supaya kamu selamat drpd neraka Allah, itu kami gembira,’
Seolah2 wanita2 ini memberitahu padanya,
‘Wahai Khaleed, kerana kamulah rumahtangga kami telah musnah, kami telah dipisahkan drpd kasih sayang suami kami tetapi demi iman utk kamu supaya kamu selamat drpd neraka Allah, maka itu kami terima. kami redha dgn Allah swt.’
Jadi saudara yg dimuliakan oleh Allah swt, sahabat2 mereka telah korban mereka telah faham, Allah telah masukkan kemanisan iman dlm hati2 mereka, Allah telah bina keyakinan yg sejati dlm diri mereka, sehingga mereka inginkan mahukan agama ini pada seluruh manusia. Keinginan dan kefahaman mereka sama spt keinginan dan kefahaman Baginda saw, baik lelaki mahupun wanita.


Suatu ketika telah dibentuk suatu jemaah yg terdiri di antaranya Hisham bin Al Asr (ra) bersama saudaranya hadhrat Amr bin Al Asr (ra) dan hadhrat Amr telah dijadikan amir (ketua) utk jemaah tersebut. Mereka telah pergi ke suatu tempat dan di sana musuh telah bunuh saudara dia Hisham (ra) dan mereka telah letakkan jasad tubuh saudaranya ini di tengah2 jalan di genting di antara dua gunung yang dikiri kanannya hanya gaung. Dan semua sahabat2 kena melintasi jalan ini utk menyempurnakan takaza mereka. dan didepan nya adalah amir saab, ketua rombongan para sahabat dan bila amir lihat didepan jalannya terbujur seorang sahabat, saudara lelakinya sendiri, tetapi di depan sana adalah takaza agama, jemaah kena dihantar ke sana, baginda saw telah utus mereka utk sesuatu maksud utk bawa agama ke sana. dan musuh2 ini telah buat perangkap utk mereka. Namun tidak ada sesuatupun yg dpt menghalang mereka, mereka telah jelas akan maksud mereka dihantar oleh nabi saw, maka diberitahu kpd para sahbat kita teruskan perjalanan kita. dan semua unta dan kuda sahabat jalan terus pijak jasad saudara lelakinya. Jadi saudara yg dimuliakan oleh Allah swt, kita boleh bayangkan kaki2 kuda telah pijak jasad tubuh sahabat yg mulia yg telah syahid ini sehingga semua badannya hancur. Namun terus mereka pergi sempurnakan tugas2 mereka dan kemudian kembali. Kemudian hadhrat Amr bin al Asr (ra) telah turun dari kudanya dan pergi pada tempat dimana mayat saudaranya terbaring tadi, dia ambil satu karung beg dia telah kumpulkan bekas2 jasad abangnya tadi, daging dan tulang2 yg telah hancur telah dikumpulkan dgn berlinangan air mata sehinggakan sahabat yg menemaninya boleh melihat dia menangis. Dikatakan angin batu pasir telah menjadi saksi bagaimana sahabat telah menanggung perasaan sebegitu rupa utk usaha agama. Maka sehingga hari ini agama telah tersebar kita semua telah dpt iman dlm kehidupan kita atas asbab pengorbanan dan usaha mereka.

Jadi saudara yg dimuliakan dan dikasihi oleh Allah swt, inilah usaha agama yg sebenar. Kerana pengorbanan para sahabat, kerana pengorbanan isteri2 mereka, pengorbanan anak2 mereka hari ini kita di Malaysia, di asia tenggara dan seluruh dunia agama telah sampai kepada kita. Kerana Allah telah suka, Allah telah gembira dgn pengorbanan mereka. Jadi agama ini sebenarnya adalah melalui pengorbanan. Untuk dapatkan iman utk hasilkan iman dlm diri kita, kita kena menanggung pengorbanan. Untuk dptkan iman utk manusia sejagat pengorbanan kena dibuat. Sebab itulah jemaah2 kena dibentuk kena hantar dan utuskan suami2 dan anak2 kita di jalan Allah swt. supaya Allah akan lihat usaha pengorbanan ini dan Allah akan terima dan sebarkan hidayat ke seluruh alam. Allah akan datangkan manusia kpd agama dari seluruh pelusuk alam. Bila wanita2 telah faham akan keinginan baginda saw, maka mereka telah jadikan keinginan mereka spt keinginan Baginda saw.

sumber http://ahliahnizam.blogspot.com/

BAYAN MASTURAT 1

Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah. Selepas itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.

Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri kerana ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mereka akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.

Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjdi seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja ke kanan iaitu ke arah kaabah.Sepanyol dulunya adalah negara Islam tetapi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan sebagainya.

Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat perubahan.Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan berjaya.

Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta'lim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada anak2. Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi dan sahabat yang galakkan suami dan anak2 mereka.Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40
hari IPB.Tashkil.

sumber dipetik drpd http://ahliahnizam.blogspot.com/

Tuesday, May 26, 2009

IJTIMA DUNIA

IJTIMA RAIWIND PAKISTAN IJTIMA NIZAMUDIN INDIA

PERHIMPUNAN ORANG ISLAM SELURUH DUNIA. BERJUTA-JUTA ORANG DATANG, DAN MERUPAKAN PERHIMPUNAN TERBESAR SELEPAS HAJI. SELEPAS IJTIMA, BERATUS DAN BERIBU JEMAAH DAKWAH DIBENTUK UNTUK DIHANTAR SELURUH DUNIA...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails