CARI DALAM BLOG INI

Monday, June 29, 2009

KEPENTINGAN DAKWAH



Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar. (Surat At-Taubah: ayat 20-22).
Firman Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).

Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah, maka Allah pasti akan mengharamkan ke atasnya api neraka. (riwayat Ahmad, Tabrani).

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Dari Abu Hirairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik daripada beribadat pada lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (riwayat Ibnu Hibban).

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu diminta untuk keluar di jalan Allah maka keluarlah. (riwayat Ibnu Majah).Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana (mengembara, merantau, bermusafir, melancong). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kelana umatku adalah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).

Jika seorang isteri redha suaminya keluar di jalan Allah, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperolehi suami, tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami. Walaupun isteri hanya berada di rumah tetapi pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat menyamai pahala suami yang sedang berada di jalan Allah. Bahkan si isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding suami.1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari akhirat.

Berikut adalah kisah pertanyaan Asma' r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik dari kitab kisah para sahabat:
Hazrat Asma binti Yazid r.ha seorang wanita Ansar. Beliau datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanmita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan.

Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itu lah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah.

Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat solah berjemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah.

Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?

"Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda: Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?

Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.

"Selepas itu Rasulullah s.a.w berpaling kepada Hazrat Asma r.ha dan bersabda: "dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaan(keredhaan) itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka (kaum lelaki),"

Maka kembalikan Hazrat Asma r.ha dengan penuh kegembiraan setelah mendengar jawapan tersebut.

Sumber : ziarah76.blogspot.com

DAKWAH

KENAPA KENA DAKWAH?

Firman Allah SWT,bermaksud ;
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaktian dan menyuruh mereka berbuat kebaikan, dan melarang mereka dari kemungkaran, dan mereka itu ialah orang-orang yang mendapat kejayaan.”
(ali-imran : 104)

SAYA PUN BELUM BAIK,PERANGAI BURUK, KENAPA NAK KENA DAKWAH ?

Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW bersabda :
“Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

SIAPA YANG KENA BUAT DAKWAH ? SAYA BUKAN ORANG ALIM/USTAZ ?

“ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah.”
( ali-imran : 110 )

“ siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. (al-fussilat : 33 )

TAK NAKLAH…SAYA TIADA MASA SIBUK DENGAN PEKERJAAN DAN SEBAGAINYA…. I BUSY LAAA…DARIPADA DAKWAH BAIK SAYA KERJA CARI DUIT BANYAK-BANYAK, JABATAN AGAMA DAN USTAZ-USTAZ KAN ADA,BIARLAH DIORANG BUAT DAKWAH...

Katalah (wahai Muhammad):”jika bapa-bapa kamu,dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu,dan isteri-isteri(atau suami-suami)kamu,dan kaum keluarga kamu,dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya ini)menjadi perkara-perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada)berjihad untuk agamanya,MAKA TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) ( aT-tAUBAH : 24 ).


Cuba tuan-tuan tanya orang2 alim/ustaz2, kenapa Allah SWT turunkan Surah At-Taubah tanpa BISMILLAH? Malah kalau dibaca BISMILLAH juga sampai jadi MAKRUH hukumnya (kata ustaz apabila ditanya)....


APAKAH LAGI ALASAN ANDA….?

Sunday, June 28, 2009

RENUNGAN

MAUT….

Adalah perkara yang pasti dan pasti akan berlaku dan setiap yang bernyawa pasti akan mati…semua orang tidak dapat lari daripadanya…sejak 50 ribu tahun sebelum Allah cipta alam ini, ketetapan ajal maut setiap yang bernyawa telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa, Pemilik Tunggal alam maya ini….

Apa yang penting, sudah cukupkah persiapan saya dan anda semua ? bekalan dan segala kelengkapan untuk bertemu dengan Allah untuk ditanya dan dihisab di Yaumul Mahsyar kelak? Takpun, adakah sudah mampu menjawab soalan ‘cepu emas’ mungkar dan nakir dalam kubur?

Sesungguhnya apa yang dibawa adalah Iman dan Amal. Yang ditanya oleh mungkar dan nakir pun Iman dan Amal, Yang ditanya di Yaumul Mahsyar pun Iman dan Amal…kehidupan ini terlalu singkat..60-70 tahun..jarang kita dengar yang mencapai 80 atau 100 tahun..namun purata umat akhir zaman 60-70 tahun sahaja.

Sewaktu zaman Nabi Musa a.s, Baginda terlihat seorang wanita menangis. Apabila ditanya,wanita itu menyatakan bahawa anaknya mati terlalu muda. “ berapa umurnya?” Tanya Nabi Musa a.s. Dengan sedih wanita itu berkata “ 350 tahun..”. Nabi Musa a.s berkata,” akan datang suatu zaman di mana umur mereka pendek-pendek, 60-70 tahun sahaja.” Setelah mendengar kata-kata Nabi Musa a.s,wanita tadi terus berhenti menangis dan berkata,”Wahai Nabi Allah, sekiranya saya hidup pada zaman itu, nescaya akan kuhabiskan umurku untuk beribadah.”

Sekarang berapa sudah umur kita masing-masing..tuan-tuan kiralah sendiri…sejauh mana kita habiskan masa kita untuk taat pada segala perintahNya?.dalam umur yang masih berbaki ini, adakah sudah bertimbun amalan yang akan dibawa kelak? sedangkan kita habiskan masa tidur sahaja; jika dikira kita tidur selama 8 jam sehari,dalam 360 hari selama 70 tahun(purata umur akhir zaman); kita telah habiskan selama 20 tahun untuk tidur sahaja!!! Bayangkan jika kita tidur tidak ikut SUNNAH NABI, main tutup mata jer, sia-sia tidur kita selama 20 tahun..sama je macam kucing tidur, ayam tidur, kelawar tidur, orang kafir tidur…TAKDE PAHALA…sedangkan tidur ikut SUNNAH NABI,dengan wudhunya, doanya, zikirnya, sepanjang malam masa tidur tu pahala mengalir…kalau tak sempat pun cukupla sekadar “BISMIKALLAHUMMA AMUTU, WA AHYA”…

Malaikat Izrael ( Malaikat Maut ) datang ziarah kita 70 kali setiap hari…dia tengok samada, ada ke atau tak rezeki kita lagi, kalau tak Nyawa kita akan dicabut dengan izin Allah dan segala-galanya sudah terlambat waktu itu…..

Pokok pangkalnya… KITA SEMUA TIDAK DAPAT MENGUBAHNYA…AJAL MAUT PASTI DATANG…ENTAH TAHUN DEPAN, BULAN DEPAN, MINGGU DEPAN, HARI NI, ATAUPUN MUNGKIN SELEPAS MEMBACA BLOG NI….

WALLAHU A’LAM BISSAWAB

HIDAYAH DI MPKS

HIDAYAH DI MPKS

Tergerak hati ini untuk mencoret kisah kehidupanku sejak di zaman Jahiliyahku sehingga bertemu sinar hidayah di MPKS….

Sebenarnya dah lama keinginan untuk aku mengenali islam..namun, takde peluang..takde pun orang Islam di luar sana yang nak ajak ker, atau bagitau tentang agama yang Hak ini. Nasib baik ajal belum sampai…kalau tak, entahlah..

Dulu, Mak aku kira extreme juga tentang agama kami masa tu Kristian, fahaman Roman Catolic (RC). Kalau kedapatan ‘ponteng’ sembahyang hari Minggu tu, rotan panjang menanti di rumah..habis dibelasahnya…dulu aku pernah belajar tentang Bible..adalah tau sikit-sikit…tapi yang pelik, lain yang kami belajar ,lain pula hakikat sebenarnya.. yelah dalam 10 perintah Tuhan yang kami belajar semasa Kelas Penguatan (pemantapan akidah kristian),kami diajar pertama sekali Tuhan itu Esa, tapi hairan pula kenapa pula ada Tuhan Bapa,Tuhan anak dan Roh Kudus, sedangkan Esa tu kan Satu kalau ikut Kamus Dewan…?Lepas tu, kami diajar juga jangan Menyembah Berhala, tapi waktu sembahyang di gereja dulu, terlekat patung Besar dekat Salib besar pula,diorang cakap sempena mengenang jasa pengorbanan Jesus ( Isa a.s) ke atas umat…itu yang aku confuse tu…banyak gambar lagi keliling dalam gereja. Namun, aku diamkan saja…pernah juga aku Tanya dulu,”kenapa orang Kristian makan babi, dalam Bible tak suruh pun?”Mak jawab ringkas jer,” dulu tak boleh, sekarang boleh la.”Aku ‘ya-ya’ je, tak berani Tanya lebih-lebih.

Sehinggalah ke sekolah menengah, minat terhadap islam semakin menebal. Pernah aku Tanya rakan-rakan,”macam mana nak tulis dan eja nama aku dalam tulisan Jawi”..masihku ingat, masa tu bulan ramadhan ada rancangan Belajar Bahasa Arab di TV. Aku pun tumpang tengok,layan habis rancangan tu..dah tu masuk azan pula berkumandang di TV. Aku tak tukar siaran, aku pun tengok jer …khusyu’..tanpa disedari mak lalu depan aku terus dia sound “ Apa kau tengok ni…nanti masuk Islam kau!!!” Aku panic terus tukar siaran,tengok kartun…hmmmm tau takut…


Selayaknya hidayah di tanganNya, Allah nak berikan hidayah dengan caraNya sendiri… aku dan rakan-rakanku yang terumbang-ambing tanpa pekerjaan tetap, telah datang peluang untuk mengisi borang ke Maktab Perguruan. Mulanya tak terfikir nak jadi guru, isi borang maktab jauh sekali.Nak jadi Tukang Kebun sekolah pun lagilah….Inikan pula nak jadi warga pendidik. Selepas STPM, adalah kerja sambilan sebagai pekerja di Stesen Minyak tapi tak lama. Aku pun sambunglah
Kerja lama aku, “Tanam anggur” (menggangur).

Setahun selepas itu, Allah buka jalan. Rupanya mak aku dah boking awal2 borang Maktab..Allah dah bagi dia ilham utk beli borang tu, “ isi ni.” Katanya ringkas. Aku pun dengan selamba ambil borang tu dan mula membelek-belek borang. Tak berapa lama dari tu baru aku dapat tahu rakan-rakanku yg lain pun dah ada borang yg sama. Kami pun pakat-pakat isi borang sama-sama..yelah, nak dapat maktab yang sama dan kelas yang samala tu…jadi kami pun isi borang sama-sama..member dari Sekolah lagi…memang kamcing la…jadi kami pun isi borang kat Kedai Billiard…hehehe…

Tup-tup…ANDA LULUS…pendekkan cerita, kami sama-sama masuk Maktab yang sama..dah tu kelas yang sama lagi..hehehe…”kita dah kena sumpahan cikgu kita ni dulu”..aku tersenyum..teringat kata-kata guru BM kami dulu, akibat kenakalan kami yang melampaui batas, kami disumpah jadi guru supaya kami rasa macam mana jadi guru…sekarang SUMPAHAN menjadi..! Itulah mitos yang kami guna pakai masa tu…walau apapun semuanya dari Allah..memang itu percaturan Allah.syukur alhamdulillah..

Di Maktab inilah segalanya mula berubah..di sini aku terdedah dengan suasana agama. Sekelilingku rakan-rakan beragama Islam. Seronok aku tengok diorang ulang-alik ke Masjid tuk solat berjemaah..lebih2 lagi time solat Jumaat…apatah lagi time bulan Ramadhan..jauh di sudut hati terdetik; “alangkah bagusnya kalau aku dapat bersama-sama diorang kat Masjid..”, dulu pernah aku tegur rakanku yang Muslim kerana dia solat di biliknya,”kenapa kamu tak solat di Masjid?” Dia dengan selamba menjawab “kau mana tau apa-apa…” aku pun diam jer la….yang ajaibnya, boleh pula aku ambil buku Yassin atas mejanya dan baca buku Yassin tu sampai habis…”kau mana boleh baca tu..”tegur rakanku terpinga..aku buat don’t know jer…tuk pengetahuan korang aku baca yang ada tulisan rumi jer..tulisan arab belum tau lagi la.

Begitulah yang berlaku sehingga sampai satu masa yang Allah tetapkan, pada 18 Feb 2003 semasa aku dalam Semester 3, rakanku masuk ke bilikku dan terus tasykil “ mari kita masuk Islam..” aku apa lagi tanpa berfikir panjang terus cash setuju. Kami pun jumpala rakan-rakan dalam Opsyen Agama dan tanya mereka prosedur nak Masuk Islam.Setelah buat temu janji apa semua, kami pun diminta oleh Ustaz dari Jabatan Agama di Maktab untuk datang selepas Zohor di Masjid. Semasa melangkah kaki ke masjid itulah syaitan mula datang,”kau ni serius ker nak masuk islam?” pertanyaan tu mula keluar dari mulutku. Berat langkah kaki berjalan..mungkin berdozen-dozen dah syaitan bertenggek di kaki. “entahlah,aku pun tak tau”kata rakanku pula..sebelum tu bukan main confident lagi, sekarang lain pula jadinya. Namun,dalam keadaan sebegitu pun dapat juga kami tiba dan melangkah masuk ke masjid dan Mengucap dua kalimah syahadah..alhamdulillah…..selepas mengucap terasa ringan badan semasa berjalan..macam terapung-apung…

Selepas itu, ujian mula datang…kami seperti dipulaukan oleh rakan-rakan yang bukan islam. Selama seminggu kami sembunyikan keislaman kami,akhirnya dapat juga dihidu oleh rakan-rakan dan keluarga. Namun semuanya Cuma sementara. Selepas itu semuanya dah kembali seperti biasa. Memang Allah nak uji kami…sabarlah…

Beberapa minggu bergelar muslim, rakan seniorku yang selalu berdamping dengan kami. Tak tau pula kami dia tu karkun…yelah,mana tau apa2 lagi..fatihah pun tunggang langgang….solat pun main tengok rakan sebelah masa solat…hehehe….senior kamilah yang ajak kami buat ghast door to door di maktab dulu…dia yang suruh aku baca ta’lim..jadi rahabah…masa jadi rahabah tulah perkara yg menguji keimanan..dah yg aku jumpa tu adalah rakan se’batch’ aku dr opsyen Agama pula tu. Dengan dioranglah aku belajar ilmu Masail, pastu dengan diorang la juga aku jumpa time ghast..tebal muka rasanya macam kulit Nangka dek menahan rasa malu..yelah, baru masuk islam dah nak memandai-mandai buat dakwah. Itulah yg bermain dlm kepalaku, memang syaitan punya angkara.Selepas bayan aku ditasykil keluar 3 hari. “ 3 hari ???” pulak dah, bingung dibuatnya..tapi aku pun angkat tangan bagi nama jer lepas tengok kiri kanan….ikut-ikut…

Alhamdulillah…dalam tahun yang sama 5 orang dah kembali pada Islam. Akhir tahun perempuan, Junior kami sebelum kami Konvo. Memang itu semua ketentuan daripada Allah. Kini, aku dah brumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata. Yang ketiga bakal lahir Ogos ni. Ahlia (orang rumah) aku pun Mualaf juga. Tapi dia Form 2 lagi dah awal masuk Islam.

Terlalu banyak pengalaman dan ranjau-ranjau dilalui. Dan bila teringatkan keadaan umat sekarang, sungguh menyedihkan. Geram pun ada. Ada pula yang sanggup murtad dan tinggalkan Islam, sedangkan kami bersungguh-sungguh hendak mengenali Islam, malah ada yang bersusah-payah untuk dapatkan Agama ini. Inilah masalah Iman umat dewasa ini. Sebab itu, perlunya ada usaha untuk memantapkan iman. Kalau tak, akidah dapat dibeli dengan wang ringgit. Na’udzubillah…

Alhamdulillah, hari ini Allah pilih aku dan keluarga untuk buat Usaha Atas Iman. Semoga Allah kekalkan dan istiqamahkan kita semua dalam Usaha ini. Dalam usaha ini sahaja kita akan ada kerisauan atas umat,belajar-belajar kerisauan nabi dan wujud usaha untuk menyelamatkan umat supaya setiap umat dapat ucap Kalimah syahadah dan selamat dari azab Allah SWT. Sememangnya Hidayah itu tersangat Mahal……

Wallahu a’lam.

Thursday, June 25, 2009

KEPENTINGAN AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Pentingnya Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar (azharjaafar.blogspot.com)

Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Abdullah bin Humaid, Abu Daud, At-Tirmidzy, An-Nasa'y, Ibnu Majah, Ad-Daruquthny, Al-Baihaqy, dan Abu Ya'la mentakhrijkan dari Qais bin Abu Hazim, dia berkata, "Setelah Abu Bakar menjadi khalifah, dia naik ke atas mimbar, lalu menyampaikan pidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah, dia berkata,
"Wahai semua manusia , tentunya kalian juga membaca ayat ini, 'Hai orang orang yang beriman, jagalah diri kalian. Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepada kalian apabila kalian telah mendapat petunjuk, (QS Al-Maidah : 105), namun kalian meletakkan ayat ini bukan pada tempatnya. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mau merubahnya, maka Allah akan menyegerakan siksa yang menyelingkupi mereka semua'." (Al-Kanzu, 2/138)


Ath-Thabrany mentakhrijkan dari Thariq bin Syihab, dia berkata, "Itris bin Urqub Asy-Syaibany menemui Abdullah ra . seraya berkata, "binasalah orang yang tidak menyuruh kepada yang ma'ruf dan tidak mencegah dari yang mungkar." Abdullah ra. meralat ucapannya dengan, "Bahkan binasalah orang yang tidak memperlihatkan yang makruf dan tidak mengingkari yang mungkar".

(Al-Haitsamy, 7/275, rijalnya shahih)

MEREKA BERJALAN KAKI DI ATAS PERMUKAAN BUMI

Mereka itu Berjalan Kaki di Atas Permukaan Bumi (azharjaafar.blogspot.com)

Al-Baihaqiyy dan An-Naqoosy telah mentakhrijkan di dalam mu'jamnya dan Ibn An-Najjaar daripada Waaqid bin Salaamah daripada Yaziid Ar-Riqoosyiyy dari Anas ra. Bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam telah bersabda (mafhuumnya) :

Sudikah aku kabarkan kepada kalian akan qaum-qaum yang mana mereka itu adalah bukan para anbiyaa` dan buka pula para syuhadaa`, (walhal) pada hari qiyaamat (nanti) para anbiyaa` dan para syuhadaa` merasa ghibtoh (iri hati) terhadap mereka itu lantaran manaazil (status- status) mereka (begitu dekat) dengan Allah, di atas minbar-minbar daripada nuur mereka dikenali.

Lalu mereka (para Sahabat r.ahum) Bertanya : siapakah mereka itu wahai Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam? Baginda menjawab (mafhuumnya) : al-ladziina yuhabbibuuna `ibaadaloohi ilAllahi, wa yuhabbibuunAllaha ilaa `ibaadihi, wa yamsyuuna `alal-ardhi nushan; artinya: (yaitu) orang-orang yang menjadikan para hamba Allah dicintai oleh Allah SWT , dan menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, dan mereka itu berjalan kaki di atas (permukaan) bumi dalam hal keadaan memberikan nasihat.

Maka aku berkata : ini menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, maka bagaimanakah mereka menjadikan para hamba Allah SWT dicintai oleh Allah SWT ? Jawab baginda Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam (mafhuumnya) : mereka itu menyuruh para hamba Allah dengan apa yang Allah SWT suka dan mereka itu mencegah para hamba Allah SWT daripada apa yang Allah SWT benci, maka apabila para hamba Allah SWT itu mentho'ati mereka lalu Allah `azza wa jalla menyintai mereka itu (yakni para hamba Allah itu).
Hayaatush-Shohaabah, juzu` 3, halaman 288 dan 289.Risalah Fikir (229)


Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata, Nabi saw. bersabda, Tidak beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) hingga Aku lebih dicintainya daripada keluarga, hartanya, dan semua orang.Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 62Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, Tanda kemunafikan adalah membenci sahabat Ansar dan tanda keimanan adalah mencintai sahabat Ansar.
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 108

Hadis riwayat Al Barra' ra. ia berkata, Nabi saw. bersabda tentang kaum Anshar, Yang mencintai mereka hanyalah orang yang beriman dan yang membenci mereka hanyalah orang munafik. Siapa yang mencintai mereka, maka Allah mencintainya, siap yang membenci mereka, maka Allah membencinya.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 110

Hadis riwayat Abu Said Al Khudhri ra., Dari Tarek bin Syihab ra. ia berkata, Orang yang pertama berkhotbah pada hari raya sebelum salat Id, adalah Marwan. Ketika itu ada seorang berdiri mengatakan, salat Id itu sebelum khotbah! Marwan menjawab, telah ditinggalkan apa yang ada di sana. Abu Said berkata, Orang ini benar-benar telah melaksanakan kewajibannya, aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lisannya, kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, itu adalah selemah-lemah iman.

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 70

PENTINGNYA SUNNAH

Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW (azharjaafar.blogspot.com)
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

http://azharjaafar.blogspot.com

SETIMPAL PAHALA JIHAD

Setimpal Pahala Berjihad (azharjaafar.blogspot.com)

Thabarani telah memberitakan dari Ummi Kabsyah ra. yaitu seorang wanita dari suku kaum Adzirah, yakni Adzirah Bani Qudha'ah, bahwa dia telah berkata: "Wahai Rasulullah! Bolehkah tidak aku keluar berjihad dengan tentera ini dan itu?" tanya Ummi Kabsyah. "Tidak boleh!" jawab Beliau pendek saja. "Aku bukan hendak berperang, tetapi aku dapat menolong mengobati orang yang luka, yang sakit, atau barangkali dapat memberi minum orang yang sakit dan mengurusnya!", pinta Ummi Kabsyah lagi. "Kalaulah tidak nanti orang ramai heboh mengatakan si fulanah itu keluar berperang, niscaya aku akan mengizinkanmu", jawab Nabi SAW. "Tetapi sebaiknya, engkau tinggal di rumah saja!" pesan Nabi SAW lagi. (Majma'uz-Zawa'id 5:323)

Bazzar telah memberitakan dari Abdullah bin Abbas ra. dia berkata: Dalam suatu peristiwa telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW sebagai wakil dari kaum wanita lain, lalu berbicara kepada Beliau, katanya: "Wahai Rasulullah! Aku ini sebagai utusan dari kaum wanita untuk bertanya tentang jihad. Dia telah diwajibkan ke atas kaum lelaki saja, jika mereka mendapat kemenangan akan diberikan pahala yang besar, dan jika mereka terbunuh dianggap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan berbagai-bagai rezeki dan kurnia. Kami kaum wanita yang bersusah payah mengurus segala keperluan mereka apa yang kami dapat?!"Jawab Nabi SAW: "Sampaikanlah berita ini kepada siapa saja yang engkau temui dari kaum wanita, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak suami itu adalah setimpal dengan pahala jihad, malangnya sangat sedikit di antara kamu yang dapat melaksanakannya". (Riwayat Bazzar)

Manakala Thabarani meriwayatkan cerita yang sama, tetapi sedikit panjang dari yang di atas tadi, katanya: Kemudian telah datang kepada Nabi SAW seorang wanita, lalu berkata: "Aku ini adalah utusan kaum wanita yang diutus kepadamu, dan siapa saja di antara mereka, yang tahu ataupun yang tidak tahu, semua mereka inginkan aku datang kepadamu dan berbicara denganmu. Bukankah Allah itu Tuhan kaum lelaki dan kaum wanita, dan engkau pula adalah Utusan Allah kepada kaum lelaki dan kaum wanita?! Allah telah mewajibkan jibad ke atas kaum lelaki, maka jika mereka menang mereka diberikan pahala yang besar, dan jika mereka mati syahid mereka akan tinggal di sisi Tuhan, mereka menikmati rezeki dan kurnia-Nya. Apa yang dapat menyamai pahala amalan mereka itu dari ketaaatan kami kepada mereka?"

Jawab Nabi SAW: "Bila kaum wanita itu mentaati suami mereka, dan mengenal hak-haknya. Tetapi malangnya, sangat sedikit sekali mereka yang dapat berbuat seperti itu".
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:336)

RASULULLAH SAW DAN PENCURI

Rasulullah SAW dan Yahudi Pencuri (azharjaafar.blogspot.com)

Seorang Yahudi mencuri di pasar, semua berusaha mengejar pencuri itu. Rasulullah SAW baru saja datang ke pasar, Beliau SAW melihat seorang Yahudi dikejar oleh banyak orang. Rasulullah SAW ikut mengejar Yahudi itu. Rasulullah berfikir apabila Yahudi ini tidak memiliki kalimah Laailaahaillallaah maka ia akan celaka dan sengsara selama-lamanya. Si Yahudi pencuri itu berlari sangat cepat semua orang tidak ada yang sanggup mengejarnya kecuali Rasulullah SAW. Pencuri itu terus lari dan Rasulullah SAW terus mengejarnya. Akhirnya pencuri itu kelelahan ia berhenti berlari. Rasulullah SAW pun mendapatkannya. Pencuri itu dengan tersengal-sengal bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah engkau?". Aku Rasulullah (SAW), engkau ucapkanlah Laailaahaillallaah pasti engkau akan mendapat kejayaan, jawab Rasulullah SAW. Pencuri itu berkata lagi, kalau engkau bukan seorang Nabi pasti engkau tidak akan dapat mengejarku, maka aku bersaksi di hadapanmu tiada tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan-Nya.

PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Pahala Sebanyak Bintang di Langit (azharjaafar.blogspot.com)

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan istrinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada istrinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah istriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails