CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, July 1, 2009

PETA MEDAN IJTIMA

PETA SATELIT TAPAK MEDAN IJTIMA MALAYSIA. KARKUZARI LANJUT LAYARI : http://boneka hati.blogspot.com

IJTIMA MALAYSIA 2009 (UPDATED)

IJTIMA UMAT ISLAM SE MALAYSIA (rahba81.blogspot.com)

TEMPAT : Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.

TARIKH : 9-12 hb Julai 2009

PETA LOKASI

ATURCARA ;

Asar, Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9-07-2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak

10-07-2009 – JUMAAT

- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
- 1. Ceramah Umum
- 2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum

11-07-2009 – SABTU

- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- 10.00 pg – 12.30 tgh
- 1. Program Untuk Ulama
- 2. Program untuk Khawas
- 3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Pendek

12–07-2009 - AHAD
- 9.30 pg –Sebelum Zuhur1.

Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah2.
Doa Penutup Ijtimak
- Selepas Asar Nasihat2 untuk jemaah yg berkhidmat semasa ijtimak.
Semoga ijtimak ini byk jemaah dapat di hantar ke seluruh alam agar hidayat terus tersebar..Maka gembira la kekasih Allah Muhammad s.a.w. dan berbangga la baginda bahawa umatnya yg ramai dpt memasuki syurga Allah s.w.t
Ameeeeennn..


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI IJTIMA ; http://bonekahati.blogspot.com

KARKUZARI HALQA KENINGAU

KARKUZARI KEADAAN HALQA KENINGAU

HALQA KENINGAU : KENINGAU/NABAWAN/SOOK/TAMBUNAN
MASJID DAN SURAU : 73 ( YANG BERDAFTAR SETAKAT NI, BELUM CAMPUR TAMBUNAN )
MASJID YANG HIDUP 5 AMAL : 4 MASJID
MASJID DAN SURAU BEBERAPA AMAL : 16 BUAH
MASJID HIDUP 24 JAM ( SEMINGGU SEKALI ) : 4 BUAH
MASJID DAN SURAU TIADA 5 AMAL : 53 BUAH

Sebenarnya banyak lagi masjid dan surau yg belum dikenal pasti. Ditambah lagi apabila Syura telah serahkan Halqa Tambunan (dahulu di bawah Markas KK), di Bawah Halqa Keningau, bertambah banyak lagi masjid dan surau yang masih dalam pemerhatian. Jemaah-jemaah pun kurang dihantar ke sana.

Baru-baru ni jemaah solid 40hari keningau dihantar ke daerah Tambunan, sebagai susulan daripada jemaah-jemaah yang bergerak sebelumnya. Karkuzari disana sangat menyedihkan. Ada kampong yang penduduknya 90% dah murtad, Surau nak dijadikan Gereja dan macam-macam lagi. Atas kerisauan ini, jemaah-jemaah 3 hari sedang dirancang supaya kerap ke sana. Jemaah-jemaah luar dialu-alukan untuk datang dan bergerak di sana. Ini baru sebahagian, banyak lagi kes-kes yang sama berlaku. Di Keningau sendiri, ada kampong yg dah murtad keseluruhannya, kecuali Pengerusi Masjid dan ahli keluarganya. Ada kampong di mana masjid/suraunya ‘berpenghuni’ seminggu sekali (solat Jumaat), setahun sekali (solat terawih), setahun 2 kali (solat hari raya) dan macam2 lagi. Belum cerita kes murtad… dulu masa buat 2 ½ jam, jumpa dengan orang yg dah Murtad yg asalnya memang berketurunan islam. Dah puas dipujuk untuk kembali pada islam namun sia-sia. Kesian…Katanya “agama Kristian lah agama yg benar..”Na’udzubillah…kalau Allah dah tarik hidayat takde siapa yg boleh bagi hidayat balik.

Beginilah yang berlaku kalau kita bangga dengan keadaan kita yg kaki masjid tanpa memikirkan keadaan saudara2 kita di luar sana yang mungkin ‘lupa’ jalan ke masjid. Beginilah yg berlaku kalau kita meletakkan dakwah hanya untuk ustaz/ulama/org alim/jabatan2 agama, namun kita sendiri duduk berdiam diri. “ lantak kamulah nak solat ker tak,yg penting saya solat,kalau kamu tak solat bukan saya rugi..” inilah kadang-kadang yg sering dilontarkan oleh segelintir orang2 islam…tanpa ada fikir risau dan usaha untuk memujuk mereka dengan hikmah supaya mereka2 yg ‘pantang’ atau ‘sensitif’ ke masjid boleh dpt datang ke masjid utk solat dan sebagainya. Dewasa ini, kita buat usaha untuk besarkan masjid, mencantikkan masjid, sedangkan masjid hanya penuh waktu solat jumaat, terawih dan hari raya. Bagaimana dengan solat subuh,zohor,asar,maghrib dan isya? Sebaiknya usaha untuk mengimarahkan masjid dengan amalan perlu dimantapkan, barulah org ramai akan datang kepada masjid. Amalan apa? Amalan seperti masjid Nabi SAW, ada amalan dakwah (ajak mengajak),ta’lim wa ta’lum( ajar dan mengajar ),zikir ibadat dan khidmat.

Tak cukup sekadar ceramah/tazkirah agama di masjid..perlu juga ada usaha berjumpa dengan mereka lorong ke lorong,rumah ke rumah, kedai ke kedai, hati ke hati pujuk rayu mereka ke masjid…ceramah/tazkirah bukannya tak baik,baik, tapi selalunya org yg dengar ceramah/tazkirah adalah org yg biasa dengan masjid, selalu ke masjid,’kaki masjid’..bagaimana dengan org2 yg tak berapa biasa dengan masjid? Mereka2 yg bukan kaki masjid, tapi kaki botol,kaki disko, kaki nombor, kaki pukul…Kita sendiri yg kena jumpa mereka……

Penerimaan penduduk Keningau..? Macam biasalah..ada yang suka dan tak kurang pula ada yang tak suka dengan orang yang buat usaha. Memang Sunnatullah begitu. Nabi-nabi yang buat dakwah dulu pun ditentang, Nabi SAW sendiri pun menerima ujian yg dahsyat2, ujian kita hari ni pun takla sebegitu teruk. Paling teruk pun pengalaman semasa keluar 3 hari dulu di satu kawasan pedalaman, kena kejar parang sampai surau,kereta pecah cermin lampu dan kereta kemek. Kalau kes kena marah, maki-hamun, dihalau tu perkara biasa. Namun, kebanyakkanya alhamdulillah. Jemaah semenanjung yg keluar sini pun kata orang Keningau hatinya lembut. Bila diajak ke Masjid rata-ratanya ‘cash’. Dulu pernah jemaah datang,’time’ random tu dan masa buat ghast, rata-ratanya remaja yg datang,siap bawa skateboard lagi masuk masjid…..Nabi dibaling batu masa di Taif, kita hari ni, ‘dibaling’ dengan kuih-muih,air kopi dan Nasi Beriani..hehehe…


Walau apapun, nak tau lebih lanjut lagi, tuan-tuan keluarlah 40 hari / 4 bulan Di Keningau, ramai umat menderita di sini…insyallah…

IJTIMA SOUTH AFRICA (SAMBUNGAN)

PART 4 OF 9

Tuesday, June 30, 2009

BAYAN IJTIMA SOUTH AFRICA (AUDIO)

PART 1 OF 9

PART 2 OF 9

PART 3 OF 9

'PART' SETERUSNYA AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN.....

SAHABIAH DALAM MEDAN JIHAD

Sahabiyah dalam Medan Jihad

Thabarani memberitakan dari Ummu Sulaim ra. dia berkata: Pernah Rasulullah SAW keluar berjihad dan ikut bersamanya sebilangan kaum wanita dari kaum Anshar, maka merekalah yang memberikan minum kepada orang-orang yang sakit, memberi obat kepada orang-orang yang luka-luka. (Majmauz-Zawa'id 5:324)

Muslim dan Termidzi telah memberitakan dari Anas ra. dia berkata: Pernah Rasulullah SAW keluar berjihad dengan membawa Ummu Sulaim ra. dan beberapa orang wanita dari kaum Anshar yang ditugaskan untuk menyediakan air minum dan menguruskan orang-orang yang luka-luka dalam peperangan.

Bukhari telah mengeluarkan berita dari Ar-Rabik binti Mu'awwidz ra. dia berkata: Kami pernah ikut Nabi SAW keluar berjihad, lalu kamilah yang menguruskan luka-luka para pejuang, dan mengangkat orang-orang yang gugur syahid ke kemah kami. Suatu berita lain darinya juga, katanya: Kami pernah keluar dengan Nabi SAW ke medan perang, dan kamilah yang memberikan minum kepada para pejuang, menguruskan semua keperluan mereka, dan mengangkat mereka yang mati terbunuh atau yang luka kembali ke Madinah.

Imam Ahmad, Muslim, dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ummu Athiyah Al-Anshariyah ra. dia berkata: Aku pernah keluar belihad bersama-sama Rasulullah SAW sebanyak tujuh peperangan, aku menjaga kemah-kemah mereka, memasak makanan buat mereka, mengobati orang-orang yang luka, dan membantu orang- orang tua yang sudah tidak terdaya lagi.
(Al-Muntaqa)

Thabarani meriwayatkan dari Laila Al-Ghifariyah ra. dia berkata: Aku pernah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dan aku mengobati orang-orang yang luka. (Maima'uz-Zawa'id 5:32,4)

Bukhari telah memberitakan dari Anas ra. dia berkata: Pada hari peperangan Uhud ramai orang Islam yang terkocar-kacir dan terpisah dari Nabi SAW Dan aku lihat Aisyah binti Abu Bakar rha dan Ummu Sulaim rha. tergesa-gesa membawa kantung Qirbah (terbuat dari kulit kambing) yang berisi air, memberi minum orang-orang yang dahaga dalam pertempuran itu. Sesudah habis mereka pergi lagi mengisi air dan memberi minum kepada tentara Islam yang berperang itu. (Baihaqi 9:30)

Bukhari telah memberitakan dari Tsaklabah bin Abu Malik ra. bahwa Umar bin Al-Khatthab ra. telah membagi-bagikan kain antara kaum wanita, dan ada sisa sepotong kain yang agak baik sedikit, maka berkata orang-orang yang di sisi Khalifah Umar ra.: Wahai Amirul Mukminin! Kain potong yang lebih ini berikanlah kepada cucunda Rasulullah SAW yang menjadi isterimu - maksudnya Ummu Kultsum binti Ali ra. Tetapi mereka dijawab oleh Khalifah Umar ra.: Ummu Sulaith lebih berhak darinya (Ummu Kultsum), dan Ummu Sulaim seorang wanita Anshar, di antara yang membaiat Rasulullah SAW. Tambah Umar ra. lagi: Karena dia pernah memberi kita minum pada hari peperangan Uhud. (Kanzul Ummal 7:97)

Abu Daud memberitakan dari Hasyraj bin Ziyad dari neneknya ra. bahwa mereka pernah keluar berjihad bersama-sama Nabi SAW di medan Hunain, dan mereka mengatakan: Kami mendendangkan syair-syair yang memberi semangat kepada para pejuang membantu keperluan mereka, mengobati para pejuang yang luka, memberi mereka panah dan menyediakan bubur sawiq, dari Abdul Razzak dari Az-Zuhri, dia berkata pula, bahwa kaum wanita ada yang menyaksikan pertempuran di medan perang, memberi minum para pejuang, mengobati mereka yang luka. (Fathul Bari 6:51)

Monday, June 29, 2009

KEPENTINGAN DAKWAH



Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar. (Surat At-Taubah: ayat 20-22).
Firman Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).

Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah, maka Allah pasti akan mengharamkan ke atasnya api neraka. (riwayat Ahmad, Tabrani).

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Dari Abu Hirairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik daripada beribadat pada lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (riwayat Ibnu Hibban).

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu diminta untuk keluar di jalan Allah maka keluarlah. (riwayat Ibnu Majah).Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana (mengembara, merantau, bermusafir, melancong). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kelana umatku adalah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).

Jika seorang isteri redha suaminya keluar di jalan Allah, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperolehi suami, tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami. Walaupun isteri hanya berada di rumah tetapi pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat menyamai pahala suami yang sedang berada di jalan Allah. Bahkan si isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding suami.1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari akhirat.

Berikut adalah kisah pertanyaan Asma' r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik dari kitab kisah para sahabat:
Hazrat Asma binti Yazid r.ha seorang wanita Ansar. Beliau datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanmita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan.

Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itu lah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah.

Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat solah berjemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah.

Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?

"Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda: Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?

Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.

"Selepas itu Rasulullah s.a.w berpaling kepada Hazrat Asma r.ha dan bersabda: "dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaan(keredhaan) itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka (kaum lelaki),"

Maka kembalikan Hazrat Asma r.ha dengan penuh kegembiraan setelah mendengar jawapan tersebut.

Sumber : ziarah76.blogspot.com

DAKWAH

KENAPA KENA DAKWAH?

Firman Allah SWT,bermaksud ;
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaktian dan menyuruh mereka berbuat kebaikan, dan melarang mereka dari kemungkaran, dan mereka itu ialah orang-orang yang mendapat kejayaan.”
(ali-imran : 104)

SAYA PUN BELUM BAIK,PERANGAI BURUK, KENAPA NAK KENA DAKWAH ?

Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW bersabda :
“Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

SIAPA YANG KENA BUAT DAKWAH ? SAYA BUKAN ORANG ALIM/USTAZ ?

“ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah.”
( ali-imran : 110 )

“ siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. (al-fussilat : 33 )

TAK NAKLAH…SAYA TIADA MASA SIBUK DENGAN PEKERJAAN DAN SEBAGAINYA…. I BUSY LAAA…DARIPADA DAKWAH BAIK SAYA KERJA CARI DUIT BANYAK-BANYAK, JABATAN AGAMA DAN USTAZ-USTAZ KAN ADA,BIARLAH DIORANG BUAT DAKWAH...

Katalah (wahai Muhammad):”jika bapa-bapa kamu,dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu,dan isteri-isteri(atau suami-suami)kamu,dan kaum keluarga kamu,dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya ini)menjadi perkara-perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada)berjihad untuk agamanya,MAKA TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) ( aT-tAUBAH : 24 ).


Cuba tuan-tuan tanya orang2 alim/ustaz2, kenapa Allah SWT turunkan Surah At-Taubah tanpa BISMILLAH? Malah kalau dibaca BISMILLAH juga sampai jadi MAKRUH hukumnya (kata ustaz apabila ditanya)....


APAKAH LAGI ALASAN ANDA….?

Sunday, June 28, 2009

RENUNGAN

MAUT….

Adalah perkara yang pasti dan pasti akan berlaku dan setiap yang bernyawa pasti akan mati…semua orang tidak dapat lari daripadanya…sejak 50 ribu tahun sebelum Allah cipta alam ini, ketetapan ajal maut setiap yang bernyawa telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa, Pemilik Tunggal alam maya ini….

Apa yang penting, sudah cukupkah persiapan saya dan anda semua ? bekalan dan segala kelengkapan untuk bertemu dengan Allah untuk ditanya dan dihisab di Yaumul Mahsyar kelak? Takpun, adakah sudah mampu menjawab soalan ‘cepu emas’ mungkar dan nakir dalam kubur?

Sesungguhnya apa yang dibawa adalah Iman dan Amal. Yang ditanya oleh mungkar dan nakir pun Iman dan Amal, Yang ditanya di Yaumul Mahsyar pun Iman dan Amal…kehidupan ini terlalu singkat..60-70 tahun..jarang kita dengar yang mencapai 80 atau 100 tahun..namun purata umat akhir zaman 60-70 tahun sahaja.

Sewaktu zaman Nabi Musa a.s, Baginda terlihat seorang wanita menangis. Apabila ditanya,wanita itu menyatakan bahawa anaknya mati terlalu muda. “ berapa umurnya?” Tanya Nabi Musa a.s. Dengan sedih wanita itu berkata “ 350 tahun..”. Nabi Musa a.s berkata,” akan datang suatu zaman di mana umur mereka pendek-pendek, 60-70 tahun sahaja.” Setelah mendengar kata-kata Nabi Musa a.s,wanita tadi terus berhenti menangis dan berkata,”Wahai Nabi Allah, sekiranya saya hidup pada zaman itu, nescaya akan kuhabiskan umurku untuk beribadah.”

Sekarang berapa sudah umur kita masing-masing..tuan-tuan kiralah sendiri…sejauh mana kita habiskan masa kita untuk taat pada segala perintahNya?.dalam umur yang masih berbaki ini, adakah sudah bertimbun amalan yang akan dibawa kelak? sedangkan kita habiskan masa tidur sahaja; jika dikira kita tidur selama 8 jam sehari,dalam 360 hari selama 70 tahun(purata umur akhir zaman); kita telah habiskan selama 20 tahun untuk tidur sahaja!!! Bayangkan jika kita tidur tidak ikut SUNNAH NABI, main tutup mata jer, sia-sia tidur kita selama 20 tahun..sama je macam kucing tidur, ayam tidur, kelawar tidur, orang kafir tidur…TAKDE PAHALA…sedangkan tidur ikut SUNNAH NABI,dengan wudhunya, doanya, zikirnya, sepanjang malam masa tidur tu pahala mengalir…kalau tak sempat pun cukupla sekadar “BISMIKALLAHUMMA AMUTU, WA AHYA”…

Malaikat Izrael ( Malaikat Maut ) datang ziarah kita 70 kali setiap hari…dia tengok samada, ada ke atau tak rezeki kita lagi, kalau tak Nyawa kita akan dicabut dengan izin Allah dan segala-galanya sudah terlambat waktu itu…..

Pokok pangkalnya… KITA SEMUA TIDAK DAPAT MENGUBAHNYA…AJAL MAUT PASTI DATANG…ENTAH TAHUN DEPAN, BULAN DEPAN, MINGGU DEPAN, HARI NI, ATAUPUN MUNGKIN SELEPAS MEMBACA BLOG NI….

WALLAHU A’LAM BISSAWAB

HIDAYAH DI MPKS

HIDAYAH DI MPKS

Tergerak hati ini untuk mencoret kisah kehidupanku sejak di zaman Jahiliyahku sehingga bertemu sinar hidayah di MPKS….

Sebenarnya dah lama keinginan untuk aku mengenali islam..namun, takde peluang..takde pun orang Islam di luar sana yang nak ajak ker, atau bagitau tentang agama yang Hak ini. Nasib baik ajal belum sampai…kalau tak, entahlah..

Dulu, Mak aku kira extreme juga tentang agama kami masa tu Kristian, fahaman Roman Catolic (RC). Kalau kedapatan ‘ponteng’ sembahyang hari Minggu tu, rotan panjang menanti di rumah..habis dibelasahnya…dulu aku pernah belajar tentang Bible..adalah tau sikit-sikit…tapi yang pelik, lain yang kami belajar ,lain pula hakikat sebenarnya.. yelah dalam 10 perintah Tuhan yang kami belajar semasa Kelas Penguatan (pemantapan akidah kristian),kami diajar pertama sekali Tuhan itu Esa, tapi hairan pula kenapa pula ada Tuhan Bapa,Tuhan anak dan Roh Kudus, sedangkan Esa tu kan Satu kalau ikut Kamus Dewan…?Lepas tu, kami diajar juga jangan Menyembah Berhala, tapi waktu sembahyang di gereja dulu, terlekat patung Besar dekat Salib besar pula,diorang cakap sempena mengenang jasa pengorbanan Jesus ( Isa a.s) ke atas umat…itu yang aku confuse tu…banyak gambar lagi keliling dalam gereja. Namun, aku diamkan saja…pernah juga aku Tanya dulu,”kenapa orang Kristian makan babi, dalam Bible tak suruh pun?”Mak jawab ringkas jer,” dulu tak boleh, sekarang boleh la.”Aku ‘ya-ya’ je, tak berani Tanya lebih-lebih.

Sehinggalah ke sekolah menengah, minat terhadap islam semakin menebal. Pernah aku Tanya rakan-rakan,”macam mana nak tulis dan eja nama aku dalam tulisan Jawi”..masihku ingat, masa tu bulan ramadhan ada rancangan Belajar Bahasa Arab di TV. Aku pun tumpang tengok,layan habis rancangan tu..dah tu masuk azan pula berkumandang di TV. Aku tak tukar siaran, aku pun tengok jer …khusyu’..tanpa disedari mak lalu depan aku terus dia sound “ Apa kau tengok ni…nanti masuk Islam kau!!!” Aku panic terus tukar siaran,tengok kartun…hmmmm tau takut…


Selayaknya hidayah di tanganNya, Allah nak berikan hidayah dengan caraNya sendiri… aku dan rakan-rakanku yang terumbang-ambing tanpa pekerjaan tetap, telah datang peluang untuk mengisi borang ke Maktab Perguruan. Mulanya tak terfikir nak jadi guru, isi borang maktab jauh sekali.Nak jadi Tukang Kebun sekolah pun lagilah….Inikan pula nak jadi warga pendidik. Selepas STPM, adalah kerja sambilan sebagai pekerja di Stesen Minyak tapi tak lama. Aku pun sambunglah
Kerja lama aku, “Tanam anggur” (menggangur).

Setahun selepas itu, Allah buka jalan. Rupanya mak aku dah boking awal2 borang Maktab..Allah dah bagi dia ilham utk beli borang tu, “ isi ni.” Katanya ringkas. Aku pun dengan selamba ambil borang tu dan mula membelek-belek borang. Tak berapa lama dari tu baru aku dapat tahu rakan-rakanku yg lain pun dah ada borang yg sama. Kami pun pakat-pakat isi borang sama-sama..yelah, nak dapat maktab yang sama dan kelas yang samala tu…jadi kami pun isi borang sama-sama..member dari Sekolah lagi…memang kamcing la…jadi kami pun isi borang kat Kedai Billiard…hehehe…

Tup-tup…ANDA LULUS…pendekkan cerita, kami sama-sama masuk Maktab yang sama..dah tu kelas yang sama lagi..hehehe…”kita dah kena sumpahan cikgu kita ni dulu”..aku tersenyum..teringat kata-kata guru BM kami dulu, akibat kenakalan kami yang melampaui batas, kami disumpah jadi guru supaya kami rasa macam mana jadi guru…sekarang SUMPAHAN menjadi..! Itulah mitos yang kami guna pakai masa tu…walau apapun semuanya dari Allah..memang itu percaturan Allah.syukur alhamdulillah..

Di Maktab inilah segalanya mula berubah..di sini aku terdedah dengan suasana agama. Sekelilingku rakan-rakan beragama Islam. Seronok aku tengok diorang ulang-alik ke Masjid tuk solat berjemaah..lebih2 lagi time solat Jumaat…apatah lagi time bulan Ramadhan..jauh di sudut hati terdetik; “alangkah bagusnya kalau aku dapat bersama-sama diorang kat Masjid..”, dulu pernah aku tegur rakanku yang Muslim kerana dia solat di biliknya,”kenapa kamu tak solat di Masjid?” Dia dengan selamba menjawab “kau mana tau apa-apa…” aku pun diam jer la….yang ajaibnya, boleh pula aku ambil buku Yassin atas mejanya dan baca buku Yassin tu sampai habis…”kau mana boleh baca tu..”tegur rakanku terpinga..aku buat don’t know jer…tuk pengetahuan korang aku baca yang ada tulisan rumi jer..tulisan arab belum tau lagi la.

Begitulah yang berlaku sehingga sampai satu masa yang Allah tetapkan, pada 18 Feb 2003 semasa aku dalam Semester 3, rakanku masuk ke bilikku dan terus tasykil “ mari kita masuk Islam..” aku apa lagi tanpa berfikir panjang terus cash setuju. Kami pun jumpala rakan-rakan dalam Opsyen Agama dan tanya mereka prosedur nak Masuk Islam.Setelah buat temu janji apa semua, kami pun diminta oleh Ustaz dari Jabatan Agama di Maktab untuk datang selepas Zohor di Masjid. Semasa melangkah kaki ke masjid itulah syaitan mula datang,”kau ni serius ker nak masuk islam?” pertanyaan tu mula keluar dari mulutku. Berat langkah kaki berjalan..mungkin berdozen-dozen dah syaitan bertenggek di kaki. “entahlah,aku pun tak tau”kata rakanku pula..sebelum tu bukan main confident lagi, sekarang lain pula jadinya. Namun,dalam keadaan sebegitu pun dapat juga kami tiba dan melangkah masuk ke masjid dan Mengucap dua kalimah syahadah..alhamdulillah…..selepas mengucap terasa ringan badan semasa berjalan..macam terapung-apung…

Selepas itu, ujian mula datang…kami seperti dipulaukan oleh rakan-rakan yang bukan islam. Selama seminggu kami sembunyikan keislaman kami,akhirnya dapat juga dihidu oleh rakan-rakan dan keluarga. Namun semuanya Cuma sementara. Selepas itu semuanya dah kembali seperti biasa. Memang Allah nak uji kami…sabarlah…

Beberapa minggu bergelar muslim, rakan seniorku yang selalu berdamping dengan kami. Tak tau pula kami dia tu karkun…yelah,mana tau apa2 lagi..fatihah pun tunggang langgang….solat pun main tengok rakan sebelah masa solat…hehehe….senior kamilah yang ajak kami buat ghast door to door di maktab dulu…dia yang suruh aku baca ta’lim..jadi rahabah…masa jadi rahabah tulah perkara yg menguji keimanan..dah yg aku jumpa tu adalah rakan se’batch’ aku dr opsyen Agama pula tu. Dengan dioranglah aku belajar ilmu Masail, pastu dengan diorang la juga aku jumpa time ghast..tebal muka rasanya macam kulit Nangka dek menahan rasa malu..yelah, baru masuk islam dah nak memandai-mandai buat dakwah. Itulah yg bermain dlm kepalaku, memang syaitan punya angkara.Selepas bayan aku ditasykil keluar 3 hari. “ 3 hari ???” pulak dah, bingung dibuatnya..tapi aku pun angkat tangan bagi nama jer lepas tengok kiri kanan….ikut-ikut…

Alhamdulillah…dalam tahun yang sama 5 orang dah kembali pada Islam. Akhir tahun perempuan, Junior kami sebelum kami Konvo. Memang itu semua ketentuan daripada Allah. Kini, aku dah brumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata. Yang ketiga bakal lahir Ogos ni. Ahlia (orang rumah) aku pun Mualaf juga. Tapi dia Form 2 lagi dah awal masuk Islam.

Terlalu banyak pengalaman dan ranjau-ranjau dilalui. Dan bila teringatkan keadaan umat sekarang, sungguh menyedihkan. Geram pun ada. Ada pula yang sanggup murtad dan tinggalkan Islam, sedangkan kami bersungguh-sungguh hendak mengenali Islam, malah ada yang bersusah-payah untuk dapatkan Agama ini. Inilah masalah Iman umat dewasa ini. Sebab itu, perlunya ada usaha untuk memantapkan iman. Kalau tak, akidah dapat dibeli dengan wang ringgit. Na’udzubillah…

Alhamdulillah, hari ini Allah pilih aku dan keluarga untuk buat Usaha Atas Iman. Semoga Allah kekalkan dan istiqamahkan kita semua dalam Usaha ini. Dalam usaha ini sahaja kita akan ada kerisauan atas umat,belajar-belajar kerisauan nabi dan wujud usaha untuk menyelamatkan umat supaya setiap umat dapat ucap Kalimah syahadah dan selamat dari azab Allah SWT. Sememangnya Hidayah itu tersangat Mahal……

Wallahu a’lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails