"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Wednesday, October 14, 2009
MUAT TURUN AUDIO 3 (NEW)
http://www.zshare.net/audio/66960071725a6da3/
Jem masturat Sragen,Ust Andrian
http://www.zshare.net/audio/66961003f885ddd5/
MUAT TURUN AUDIO (NEW)
http://www.zshare.net/audio/669367663fd0f153/
Jem Jeddah dan mekah,ust harun
http://www.zshare.net/audio/66936834f6f546d5/
Jem Bangladesh,tarjim Ust Harun
http://www.zshare.net/audio/66936265f7903db7/
Tuesday, October 13, 2009
6 PESANAN WANITA
2. Istiqomah taklem taklum
3. Istiqomah Quran dan zikir
4. Didik anak cara dan amal sunnah
5. Hidup sederhana
6. Keluar ke jalan Allah
1. Sembahyang di awal waktu
Sembahyang merupakan perintah Allah yg pertama diwahyukan Allah kepada Nabi saw. Kenapa kita kena menjaga sembahyang di awal waktu terutama kaum wanita..?. dikatakan wanita ini mempunyai 3 perkara yang mana jika ia melengah2kan sembahyang menyebabkannya mendapat dosa :

1) haid/nifas
2) kedatangan tetamu
3) mati
Justeru kaum wanita perlulah peka pada keadaan ini..
Apa maksud sembahyang?
Maksud sembahyang ialah untuk kita membawa sifat2 di dalam sembahyang ke dalam kehidupan seharian kita spt menutup aurat,menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran,berzikir dan berdoa. Apabila di dalam sembahyang kita mensucikan diri dengan berwudhuk,fikiran kita hanya tertuju pada Allah swt,lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar sembahyang pun kita harus melakukan perbuatan seperti itu.
Kita juga perlu meyakini bahawa dengan sembahyang Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat2 dahulu mereka begitu yakin dengan sembahyang sehingga anak yang mati boleh hidup kembali,pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dll. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan sembahyang dapat menyelesaikan masalah mereka.
Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah,sehingga apa sahaja yg mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah swt. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda" Barangsiapa yang menjaga solahnya,maka ia akan mendapat lima keuntungan,
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.
Untuk mendapat hakikat sembahyang ini maka kita kenalah jaga sembahyang kita di awal waktu dan galakkan suami dan mahram kita yg lelaki untuk bersembahyang di masjid...setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah mengikut waktu sembahyang,bukan waktu sembahyang itu mengikut pekerjaan kita maksudnya 5 ke 10 minit sebelum waktu sembahyang kita dah prepare wudhuk dan sudah berada di tikar sembahyang..biarlah kita menjadi manusia yang sentiasa tertunggu2 waktu utk mengabdikan diri pada Allah swt. Hendaklah kita bawa lima sifat dalam sembahyang kita iaitu:
1) Keyakinan yang sempurna terhadap janji2 Allah.
2) Sembahyang seperti yang dicontahkan oleh Rasulullah saw.
3) Tahu hukum sembahyang,sembahyang tawajjuh,x lalai dan sebagainya.
4) Bawa sifat ehsan,di mana kita meyakini bahawa Allah senantisa melihat kita,walaupun kita tidak dapat melihat Allah.
5) Ikhlas yakni niat sembahyang semata2 kerana Allah.
Selain itu juga kita perbanyakkanla sembahyang2 sunat yang lain seperti tahajjud,dhuha dll agar sembahyang tersebut dapat menampung kekurangan sembahyang fardhu kita..mohonlah pada Allah semoga Allah masukkan dalam diri kita sembahyang yang khusyuk..
2. Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)
Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka rasulullah saw,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.
Tujuan Majlis ini diadakan ialah:
1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya
2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.
4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.
5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.
6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.
7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”
Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga.
Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya RAsulullah saw bersabda,
“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membawa kitab Allah,saling mengajarkan sesama mereka,melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)
P/S:
Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah,ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.
3. Istiqomah Al-Quran dan Zikir

Al-Quran:
Nabi Muhammad saw telah bersabda:”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”. Al-quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-quran setiap hari sebab al-quran akan menuntut haknya di akhirat kelak,hak al-quran hendaklah kita khatam membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,satu ain atau setengah ain.
1- surah yasin-seperti kita khatam al-quran sepuluh kali.
2- Surah waqiah-menjauhkan daripada kepapaan.
3- Surah as-sajadah dan al-mulk-menjauhkan dari seksa kubur.
4- Surah al-kahfi pada hari Jumaat-nur akan bersama kita sehingga Jumaat akan datang.
Berzikir iaitu mengingati Allah swt dalam setiap keadaan dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah dihubungkan dengan Allah awt. Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa yang Allah swt melihat kita senantiasa.
Banyak kelebihan zikir antaranya:
1- Zikir melembutkan hati
2- Memberi cahaya pada wajah
3- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya,
4- Melahirkan cinta kepada Allah dan cinta merupakan roh Islam,sumber agama ,kebahagiaan dan kejayaan.
5- Menyebabkan keredhaan Allah swt.
Tanda cinta pada Allah zikirlah subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu wallahu Akbar 100 kali pagi petang, tanda cintakan nabi kita hendaklah selawat ke atasnya juga 100 kali pagi petang di mana satu selawat Allah akan ampunkan 10 dosa, diangkat 10 darjat dan diberi 10 kebaikan. Manakala tanda cinta pada diri kita hendaklah kita memohon keampunan dengan beristighfar 100 kali pagi dan petang yang mana dengan istighfar InsyaAllah dosa2 kita akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.Amalkan juga doa-doa harian dan tasbih Fátimah sebelum tidur mudah-mudahan amalan yang kita lakukan ini mendapat redha Ilahi.
4. Mendidik anak cara Sunnah
Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah.
~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.
~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.
~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.
~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.
~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.
~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.
~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap
`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.
~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..
5. Hidup sederhana
Pesanan yang ke lima untuk para wanita amalkan dalam kehidupan harian dan rumahtangga adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan kita walaupun kita mampu bukan mengikut kemampuan kita dan hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk akan harta yang kita miliki.Ada 5 perkara yang perlu disederhanakan dalam kehidupan kita iaitu:
11. Rumah.
Kita lihat rumah orang islam hari ini sudah jauh dari ciri-ciri rumah sahabat dan sahabiyah. Rumah kita sudah seperti rumah orang yahudi dan nasrani kerana dalamnya punya tv, perhiasan, perabot, meja makan dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah milik kehidupan orang yang kafir. Jadi rumah orang islam perlu menghindarkan perhiasan yang boleh menyebabkan pembaziran dalam rumah tersebut. Tidak guna rumah besar dan indah andaikata penghuni di dalamnya hidup jauh dari ketaatan kepada Allah dan rasulnya.
22. Pakaian.
Pakaian juga perlu sederhana seperti yang digariskan oleh islam. Bukan pakaian moden yang jauh dari ciri-ciri pakaian orang islam. Apatah lagi dengan suasana menyambut hari raya, sudah pasti pakaian baru menjadi pilihan kita. Tak cukup sepasang sebaliknya 2-3 pasang. Tidak salah tetapi biarla berpada2 kerana pakaian yang tidak kita pakai itu akan di hisab di hari akhirat kelak.
33. Makanan.
Di bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ni, sudah tentu makanan yang berlebihan pasti berlaku apatah lagi dengan sifat teruja dan nafsu kita melihat makanan di bazaar ramadhan. Belanja berlebihan sehingga membazir. Maka kita kena muhasabah makanan yang kita mahu makan, kalau biasa kita makan 3-4 jenis makanan, cubalah kita kurangkan kepada 2 jenis sahaja. Mudah2an dengan cara itu mengingatkan kita kepada insan yang tidak berkemampuan dan kita dapat belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala.
44. Kenderaan.
Ramai orang yang punya impian untuk memiliki kereta besar dan mewah. Maka mereka yang mahu mencontohi kehidupan sahabat sahabiyah perlula bersederhana dalam kenderaan. Cukuplah kenderaan itu digunakan kerana keperluan bukan kerana menunjukkan kemewahan kita. Dan tidak perlulah kita menghiasi kenderaan itu pada perkara yang tidak perlu.
55. Kenduri.
Sederhana dalam kenduri terutama kenduri perkahwinan. Ambil yang perlu sahaja, tidak perlu bersanding untuk menunjuk2, makan beradab atau berhias pelamin dan bersolek. Dikatakan permulaan keberkatan hidup suami isteri adala pada akad nikahnya,jikalau dalam hari perkahwinan sudah ada unsur kemaksiatan,sudah tentu tiada keberkatannya,maka tidak mustahil seandainya rumah tangga mereka itu penuh masalah dengan ranjau duri kerana diawalnya sudah tidak mengikut syariat islam.
Jadi kita perlula memikirkan kehidupan kita agar wujud kesederhanaan dalam setiap tindak tanduk kita supaya tidak bertentangan dengan ajaran islam. Dikatakan sederhana itu terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Melalui jalan taqwa-iaitu jalan yang ditunjukkan oleh rasul saw dan para sahabat.
2. Melalui jalan fatwa- iaitu jalan yang dibolehkan oleh ulama.
Rasulullah saw bersabda, ‘Sungguh beruntung orang yang memeluk islam, diberi rezeki yang cukup, dan dibuat merasa qanaah (cukup/ puas) oleh Allah dengan apa yang diberikan-Nya.’ [HR. Muslim 1054]
5. Keluar Jalan Allah, dan Galak Mahram Keluar Jalan Allah
Jika makanan kurang sempurna risikonya anak akan cacat begitu juga jika amalan si ibu kurang sempurna maka pembentukan rohaninya akan cacat. Madarasah yg pertama anak-anak adalah diatas riba para ibunya.
Dikatakan seorang wanita yg solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Tetapi seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dr 100 lelaki yg jahat.
Seperti usaha nabI Nuh a.s mengambil masa yg panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita. Tetapi nabi saw dimana isteri2 berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yg singkat ke seluruh alam.
Yg penting bg kita kaum wanita ialah istiqamah takleem di rumah. Hidupkan takleem bukannya dgn taat perintah suami tetapi lakukanlah takleem harian di rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan , barulah nusrah Allah turun dan dgn itu tersebarlah hidayah. Selain itu hidupkan 6 pesanan, banyakkan istighfar & doa serta menangis.
Program di rumah:
1. Masyuarat harian - hal & takazar agama, hal ehwal rumah
2. Takleem kitabi
3. Tilawah al-Quran
4. Muzakarah agama - 6 sifat, 6 pesanan, masail
5. Adab-adab sunah & usul
Dalam keadaan rumahtangga begini maka akan wujud fikir yg sama antara suami & isteri dan ahli rumah maka nusrah Allah akan turun dan akhirnya hidayat akan tersebar. Apabila ada fikir maka iman akan meningkat. Bila iman meningkat maka timbullah pengorbanan dan atas sebab pengorbanan tadi nusrah dan hidayat akan datang.
5 sifat para wanita supaya dapat di amalkan dalam rumah tangga mereka iaitu ;
1-menjadi daeiyah~pendakwah
2- menjadi alimah ~berpengetahuan dalam agama
3- menjadi abidah~ kuat beribadah
4- menjadi murobbiyah~ orang yang mendekatkan diri pada Allah
5- menjadi khadimah~orang yang suka berkhidmat terutama untuk agama Allah
Doa kamu tidak dikabulkan Allah kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara;
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui bahawa kamu cinta pada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut al-Quran.
4. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya. 8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
10. Kamu mengebumikan mayat2 saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka.
Dari maulana Yusof RAH;
'Taklim adalah satu amalan yg penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab2, peraturan2, ketinggian & kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat,janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli2 majlis akn mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yg mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah swt'.
DALIL 6 SIFAT SAHABAT
SEMUA SAHABAT MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT YG BERBEZA, NAMUN ULAMA MERUMUSKAN DALAM DIRI SAHABAT ADA 6 SIFAT YG UTAMA, IAITU :
1. KALIMAH LAA ILLAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH,
2. SOLAT KHUSYU DAN KHUDU,
3. ILMU DAN ZIKIR,
4. IKRAM MUSLIMIN,
5. IKHLAS NIAT, DAN
6. DAKWAH DAN TABLIGH.
6 SIFAT SAHABAT BUKANLAH KESEMPURNAAN AGAMA, NAMUN BILA KITA DAPAT BELAJAR DAN AMALKAN SIFAT2 YG ADA DALAM DIRI SAHABAT INI, MAKA KITA AKAN DAPAT MENGAMALKAN KESELURUHAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN KITA, INSYA-ALLAH
Dalil dalam Nash Al-Qur’an mengenai Iman :
(Al-Qur’an Surah: Al-Anbiya: 25)
(Al-Qur’an Surah: Al-Anfal: 2)
(Al-Qur’an Surah: Al-Ghofir 40: 51)
(Al-Qur’an Surah: Al- An-am 82)
(Al-Qur’an Surah: Al-An’am 162)
(Al-Qur’an Surah: Al-Anfal:1-4)
(Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 59)
(Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 65)
(Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 115-116)
(Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 150-152)
Kalimah LAA ILAHA ILLALLAHAH/ Keutamaan Iman
Hadis hadis Nabawi :
Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda: “Iman itu mempunyai 66 atau 77 cabang, yang terafdal ialah kalimah lailahaillallah dan yang terendah adalah membuang duri (sesuatu yang mengangu) dari jalan, malu adalah cabang dari iman
(HR Muslim hal 47 dan Bukhari hal 6)
Ubadah bin Tsamit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: “barang siapa yang bersaksi bahwa sesunguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah utusan Allah maka diharamkan baginya api neraka.[ب]”
(HR Muslim Hal 43, Tirmidzi Jilid 2 hal 88 dan menurutnya ini adalah hadis hasan sahih gharib)
Abu hurairah ra meriwayatkan, rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Perbaharuilah iman kamu? Sahabat bertanya : “bagaimana kami memperbaharui iman kami. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab: Perbayakkanlah mengucapkan kalimah Lailahaillallah.
(HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Targhib)[ج]
Kalimah MUHAMMADUR RASULULLAH/ Keutamaan mengamal Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wassalam
Hadis hadis Nabawi :
Abu Hurairah ra dari rasulullah sallallahu alaihi wasallam sesunguhnya beliau bersabda: demi Dzat yang Muhammad sallallahu alaihi wasallam berada di TanganNya tiada seorangpun dikalangan umat ini baik Yahudi dan Nasrani yang telah mengenal ku (Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam) kemudian mati dengan tidak beriman dengan risalah aku bawa melainkan ia berada dikalangan ahli neraka.” (HR Muslim jilid 1 hal 86)
Abu hurauirah r.a sesunguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:”setiap ummatku akan masuk syurga kecuali orang yang engan,” sahabat bertanya “ya rasulullah sallallahu alaihi wasallam siapakah orang yang engan itu? Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda: barang siapa taat kepada ku ia akan masuk syurga dan barangsiapa yang ingkar kepada ku sesunguhnya ia enggan (masuk syurga) (HR Bukhari jilid 2 hal 108)
Abu hurairah r.a meriwayatkan Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda; barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnahku semasa kerusakan umatku baginya pahala satu mati syahid (Hr Tabrani)
Dalil dalam Nash Al-Qur’an mengenai Solat :
(Al-Qur’an Surah: Al-Ankabut: 45)
(Al-Qur’an Surah: Ar-Rum : 31)
(Al-Qur’an Surah: Al-Mu’minun: 1-2)
(Al-Qur’an Surah: Al-Ma’arij: 34-36)
(Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 103)
(Al-Qur’an Surah: Hud: 144)
(Al-Qur’an Surah: Al-mudatsir: 38-48)
(Al-Qur’an Surah: Al-Muzammil: 1-4)
(Al-Qur’an Surah: Al-furqan: 63-64)
(Al-Qur’an Surah: Az-Zumar: 9)
Keutamaan/Fadhilat Solat
Hadis hadis Nabawi:
Abu Hurairah ra dari rasulullah sallallahu alaihi wasallam sesunguhnya beliau bersabda: Salat fardhu lima waktu, solat jumat ke jumat berikutnya ramadhan ke ramadhan berikutnya adalah penebus dosa diantara keduanya jika terhindar dari dosa-dosa besar.”
(HR Muslim. Hal 122, juga Ahmad dan Tirmidzi)
Abi Amir As-Syaibani dari Abdulah Ibn Mas’ud ia berkata “Aku telah bertanya kepada rasulullah sallallahu alaihi wasallam: “Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT? Jawab rasulullah sallallahu alaihi wasallam;”Shalat tepat pada waktunya (ila akhiri hadis tawil Pen)
(HR Al-Bukhari hal 76 Tirmizi hal 30)
Ibnu Umar r.a. sesunguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Shalat dengan berjamaah lebih utama 27 derjad daripada shalat sendirian (HR Al-Bukharai hal 89 Muslim jilid 1 hal 231)
Dalil dalam Nash Al-Qur’an mengenai Ilmu
(Al-Qur’an Surah: Al-Mujadalah : 11)
(Al-Qur’an Surah: Thoha: 114)
(Al-Qur’an Surah: Al- fatir: 28)
(Al-Qur’an Surah: Az-zumar: 9)
(Al-Qur’an Surah: Al-Ankabut:43)
(Al-Qur’an Surah: Al-baqarah 151)
(Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 113)
(Al-Qur’an Surah: An-Naml: 15)
(Al-Qur’an Surah: Al-Baqarah: 44)
(Al-Qur’an Surah: Huud: 88)
Keutamaan/Fadhilat Ilmu
Hadis hadis Nabawi:
Abu Hurairah ra dari rasulullah sallallahu alaihi wasallam sesunguhnya beliau bersabda: Tidaklah seseorang lelaki itu menempuh jalan untuk mencari ilmu agama melainkan Allah SWT memudahkan untuknya jalan ke surga” (HR Muslim, Jilid 2 hal 345, Tirmidzi, Al-Bukhari dan Abu dawud hal 512)
Dari Hamid bin Abdur Rahman katanya: Aku mendengar Muawiyah r.a berkhutbah, ia berkata aku telah mendengar Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:” Barang siapa dikehendaki Allah kebaikan keatas dirinya maka Allah memberikan kepadanya kepahaman dalam Agama
(HR Muslim dan Al-Bukhari hal 16)
Abu hurairah r.a berkata nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:”Apabila meninggal seorang manusia maka terputuslah semua amalnya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendo’akan orang tuanya (HR muslim dalam Wasiat-wasiat jilid 2 hal 41)
Dalil dalam Nash Al-Qur’an mengenai Zikir
1. (Al-Qur’an Surah: Al-Ahzab: 40-44)
2. (Al-Qur’an Surah: Al-Ahzab: 35)
3. (Al-Qur’an Surah: Ar-Rad :28)
4. (Al-Qur’an Surah: An-Ankabut 45)
5. (Al-Qur’an Surah: Al-Muzamil 8)
6. (Al-Qur’an Surah: Al-A’raf: 205)
7. (Al-Qur’an Surah: Az zukruf 43: 36)
8. (Al-Qur’an Surah: Asshafat: 143-144)
9. (Al-Qur’an Surah: Al-Ahzab: 41-42)
10. (Al-Qur’an Surah: Al-Ahzab: 56)
Keutamaan/Fadhilat Zikir
Hadis hadis Nabawi:
Abu Hurairah ra dari rasulullah sallallahu alaihi wasallam sesunguhnya beliau bersabda:Tujuh golongan yang akan dianui oleh Allah dibawah naunganNya pada hari dimana tidak ada naugan kecuali Allah, yaitu:
1. Imam (Pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang tumbuh dengan beribadat kepada Allah SWT.
3. Lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan mesjid
4. Dua orang lelaki yang berkasih sayang karena Allah, mereka bertemu dan berpisah karena Allah.
5. Lelaki yang digoda oleh wanita jelita dan bangsawan dia berkata: Aku takut Allah.
6. Lelaki yang bersedekah dengan tangan kanan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan
7. Lelaki(wanita) yang menginati Allah bersendirian, sehingga berlinangan air matanya.
Abu hurairah r.a dan Abu said Al-Khudri ra. Sesunguhnya mereka menyaksikan Nabi sallallahu alaihi wasallam telah bersabda: tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk mengingat Allah , melainkan para malaikat dating mengerumuni mereka, rahmat meliputi mereka sakinah (ketenagan) turun dalam hati mereka Alla menyebut nama-nama mereka dihadapan para malaikat yang berada disisiNya
(HR Muslim Jilid 2 hal 345 Tirmidhy jilid 2 hal 173)
Abu musa r.a nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Perumpamaan orang mengigati Allah dengan orang yang tidak mengingatiNya seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati
(HR Al-Bukhari hal 948, Muslim hal 265)
Keutamaan/Fadhilat ikramul muslimin
Hadis hadis Nabawi :
1. Abu Hurairah ra dari rasulullah sallallahu alaihi wasallam sesunguhnya beliau bersabda: barangsiapa menzhalimi saudaranya, maka hendaklah dia minta dihalalkan (kerelaan darinya), karena bukanny banyaknya dinar dan dirham yang akan diambil untuk diberikan kepada saudaranya (sebagai penebus kedhaliman yang pernah dilakukannya), tetapi akan diambil darinya kebaikan-kebaikannya. Apabila kebaikannya sudah habis maka akan diambil dosa-dosa saudaranya yang dizhalimi dan akan dibebankan kepadanya.”
(HR. Al-Bukhari dalam bab “Qisas [ada hari Qiamat, hal 967)
2. dari Abdullah ibn Amr r.a: sesunguhnyan seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah sallallahu alaihi wasallam: siapakah yang lebih baik keislamannya? Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: kamu memberi makan dan mengucapkan slam kepada setiap orang (islam) yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal (HR.Muslim hal: 48 Al-bukhari hal 6)
3. dari Abdulah bin Umar r.a; sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada rasulullah sallallahu alaihi wasallam: “ muslimin yang mana yang terbaik? Bersabda rsulullah sallallahu alaihi wasallam:” sesiapa saja yang dapat menyelamatkan muslimin (orang islam lainnya) dengan tangan nya dan ucapannya. (HR. Muslim)
Dalil dalam Nash Al-Qur’an mengenai Ikhlas Niat
1. (Al-Qur’an Surah: Al-bayyinah: 5)
2. (Al-Qur’an Surah: Hud: 15-16)
Keutamaan/Fadhilat iklas Niat
Hadis hadis Nabawi :
1. Alqamah bin Waqqas Al-laitsi berkata aku mendengar Amirul Mukminin Umar Ib Khattab r.a berkata berkata diatas mimbar :” saya telah mendengar rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: sesunguhnya amal perbuatan itu (tergantung) kepada niatnya. Dan sesunguhnya bagi setiap orang itu sebagaimana yang diniatkan.
(HR Bukhari hal 2)
2. dari Anas bin Malik r.a dari rasulullah sallallahu alaihi wasallam; beliau bersabda: “ barang siapa yang meninggal dunia ini ikhlas karena mendambakan wajah Allah (berjumpa dengan dengn rindu & cinta kepada Allah) dan tidak menyekutukan Nya. Dan mendirikan solat dan membayar zakat dan meningal dunianya Allah redha keatas nya.
(H.R ibnu majah dan Hakim)
3. Dari Abu hurairah r.a berkata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: bersabda: Allah SWT berfirman: Akulah yang Maha Kaya diantara sekutu-sekutu. Barangsiapa mengerjakan sesuatu amalan sedangkan ia menyekutukan Aku dengan yang lain dengn amalannya. Maka Aku akan biarkannya (untuk meminta pahala) kepada sekutunya itu.”
(HR. Muslim bab “Zuhud hal 411)
Dalil dalam Nash Al-Qur’an mengenai Berjuang dijalan Allah
1. (Al-Qur’an Surah: An-Nisa: 66-68)
2. (Al-Qur’an Surah: Al-Hujurat: 15)
3. (Al-Qur’an Surah: At-Taubah: 199-122)
Keutamaan/Fadhilat Berjuang dijalan Allah
Hadis hadis Nabawi :
1. Dari Fudhalah bin Ubaid r.a berkata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: bersabda: Setiap mayat akan ditutup dengan amalnya, kecuali orang yang mati ketika ribath 9berjuang) dijalan Allah. Karena sesunguhnya amalnya akan bertambah hingga hari kiamat dan ia akan selamat dari Azab kubur.” Dan aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda Mujahid juaga ialah orang yang bias memerangi nafsunya” (HR tirmizi, Jilid 2 hal 195) (hadis hasan sahih)
DOWNLOAD/DENGAR BAYAN (NEW)
http://www.zshare.net/audio/668981810d4c113d/
Bayan Syura Thailand
http://www.zshare.net/audio/6689766422c4a56c/
Bayan Jord Jawa Barat,Ustaz Lufti
http://www.zshare.net/audio/66897491497391d2/
CARI BAYAN DALAM HTTP://WWW.ESNIPS.COM
Monday, October 12, 2009
PURDAH LAGI...

PENGHARAMAN PURDAH/NIQAB OLEH PELAJAR DAN GURU AL-AZHAR???
Tantawi haramkan purdah KAHERAH 9 Okt. 

Qardowi turut terkejut dengan kenyataan Imam Besar Mesir tersebut ( Komen Qardawi layari : http://www.islamonline.net/ )
Tantawi yang juga merupakan ketua al-Azhar mengumumkan perkara itu, beberapa hari selepas beliau membuat kenyataan: purdah atau niqab 'tiada kena mengena dengan Islam'.Tindakan beliau itu telah mencetuskan bantahan kuat daripada golongan yang menganggapnya sebagai satu serangan terhadap Islam serta beberapa pertubuhan hak asasi yang menganggap pengharaman niqab mencabuli kebebasan berperlembagaan.

Isu sebanyak mana tubuh wanita Islam perlu ditutup telah menjadi isu yang kerap dipertikai antara tokoh Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm
Akhir Zaman.............
Tantawi digesa letak jawatan, KAHERAH 8 Okt.
– Seorang anggota Parlimen pembangkang mendesak ketua sebuah institusi pengajian agama terkenal dalam dunia Islam, Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi supaya meletak jawatan selepas beliau mengarahkan seorang pelajar membuka purdah yang dipakainya.Desakan tersebut dibuat ketika puluhan pelajar yang memakai purdah atau niqab, mengadakan demonstrasi di hadapan Universiti Kaherah, yang mengharamkan purdah di kawasan kampusnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1009&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm&arc=hive
P/S :
Blaja kat US pun boleh pakai purdah, kat Azhar pulak yg ban purdah. Dunia dah terbalik. Anyway, buat semata-mata kerana Allah, semoga Allah terima niat dan amalan kita sentiasa...
Kita buat amalan mengikut apa yg Allah lebih suka kita buat, misalnya Solat memakai T-Shirt dan seluar jeans dengan Solat memakai Jubah dan Serban, walaupun solat dengan T-Shirt dan Jeans Sah Solat, tapi Allah lebih suka Solat yg ditunaikan dgn Jubah dan serban (sunnah), mengapa kita tak buat perkara yg menyukakan Allah, begitu juga dengan Niqab, KALAUPUN DIORANG CAKAP tak wajib, tapi bukankah itu LEBIH MENYUKAKAN ALLAH.
Artikel penuh dalam : http://ziarah76.blogspot.com/
KARKUZARI JEMAAH KELUAR 4 BULAN NEGARA JAUH, ALBANIA DAN PERANCIS

Ana dpt karkuzari ni drpd salah seorang ahli jemaah tersebut sekadar utk dikongsi bersama, insyallah…
Salah seorang drpd ahli jemaah tersebut, Ustaz Abdullah, membuat karkuzari/laporan semasa keluar di Albania dan Perancis. Beliau mengatakan dahulu, Albania 93% pendudknya beragama Islam. Malah Albania suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat ilmu dan ulama2 dan tokoh2 ilmuan agama telah lahir dari bumi Albania. Malangnya, asbab dakwah tidak dibuat, kerana para ilmuan sibuk dengan ilmu dan menulis kitab2 mereka, akhirnya fahaman Komunis telah menular masuk ke dalam Negara tersebut.
Orang yg membawa fahaman2 Komunis tersebut bukannya orang lain, tetapi merupakan anak-anak kepada ulama2 disana. Mereka menghantar anak2 mereka ke Russia untuk belajar ilmu tentang kedoktoran dan sebagainya selama beberapa tahun, akhirnya terdedah dengan fahaman komunisme yg tidak percaya kewujudan Tuhan. Akhirnya, hari pertama mereka tiba di Albania, beribu-ribu org ulama dan tokoh2 agama telah dipancung dan beribu masjid telah dimusnahkan. Hingga tinggal 2 Masjid yg masih wujud kesan2 kebakaran, dan sebahagian bangunan ada yg runtuh. Pada masa itu, sesiapa yang cakap agama, baca Al-Quran dan hal2 yg berkaitan dengan agama, keluarga mereka akan dibunuh dan rumah mereka akan dirobohkan; Apa lagi hendak mendirikan Solat….
Akhirnya, wujud generasi yg tidak kenal APA ITU ISLAM….mereka tak sedar pun yg mereka beragama ISLAM..sehingga Jemaah pertama yg sampai di sana menyebabkan org2 Albania merasa pelik dengan Pakaian Jubah, Serban, dan merasa pelik apabila Jemaah mula menunaikan Solat. “ Macam kami pernah Nampak nenek moyang kami berpakaian seperti kamu dan “Menari” ( Solat ) seperti kamu..” Kata mereka kehairanan…Masyallah…Org Solat pun diorang cakap ‘menari’….
Semasa di Perancis, usaha di sana sangat maju dari Negara kita… Allahu Akbar..lebih2 lagi Usaha Jemaah Masturat…tahun 2008 sahaja, asbab usaha masturat yg begitu maju, 200 ribu wanita2 perancis masuk Islam..!!! Bukan setakat masuk Islam je, bukan setakat pakai tudung…terus ‘one-set’ dengan purdah/niqab dan hijab sekali…Kesannya sehingga Presiden Perancis mengatakan “ MEMAKAI HIJAB BUKANLAH BUDAYA NEGARA KITA (PERANCIS)”….
Penterjemah pihak Jemaah Malaysia adalah dari org Perancis yg baru 2 tahun masuk Islam..beliau bukan terjemah Bahasa Perancis ke Bahasa Inggeris, tapi terjemah Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris..Di Perancis Bahasa yg biasa digunapakai adalah Bahasa Arab dan Bahasa Perancis…
selepas bayan dan tasykil, beliau berbual dengan ahli jemaah (ustaz Abdullah),katanya “ TUAN BARU BERAPA LAMA MASUK ISLAM??? “ aduh…walaupun ana tiada kat situ, namun bila ustaz Abdullah bagitahu pertanyaan Sahabat yg baru 2 tahun masuk islam tu, panas juga telinga, bukan marah, MALU…” Dari lahir lagi Islam…”jawab Ustaz Abdullah ringkas menahan malu katanya…Sahabat tadi terkejut sebab dari kecil islam tp tak tau Bahasa Arab..” TUAN TAK NAK TAHU KE APA YANG ALLAH NAK SAMPAIKAN PADA KITA DALAM AL-QURAN?” Aduih….menusuk kata-katanya…
Ustaz Abdullah bagitahu, di Perancis ada Mahalah (Masjid) yang diberi tanggungjawab ke atas Negara Albania dan Macedonia..!! Mahala tanggungjawab atas Negara tuan-tuan..bukan tanggungjawab atas Masjid lain, daerah atau Kampung…hmmm...begitulah sedikit-sebanyak karkuzarinya….
Inilah natijahnya apabila dakwah dan amar ma’ruf nahi mungkar tidak lagi dianggap penting dan sekadar tugas ulama/ustaz dan Jabatan2 Agama sahaja. Tidak mustahil apa yg berlaku dengan Albania akan berlaku dengan Negara kita…
Sebab itu dakwah penting dan usaha untuk mantapkan iman,kekalkan iman dan bina iman melalui dakwah adalah fardhu ‘ain untuk umat Islam ulama bagitahu. Allah boleh pilih siapa saja untuk buat dakwah, dan kalau kita tak buat dakwah pun, kehebatan Allah takkan menurun walau seinci, Kalau kita Bantu agama Allah pun, kehebatan Allah takkan menurun…sebab Allah Maha Tinggi dan Maha Hebat…wallahu a’lam
Ramalan Gempa Indonesia Dalam Al-Quran
GERAKAN MENCARI DAN MENYELAMAT...Jakarta (SuaraMedia News) - Menyeruakannya khabar bahwa peristiwa gempa bumi di Padang dan Jambi beberapa waktu lalu tertera dalam kitab suci Alquran diyakini sejumlah masyarakat, tak terkecuali dari kalangan ulama.Ulama sekaligus Pengasuh Pondok Pesantren Asshiddiqiyah Jakarta, KH Noer Muhammad Iskandar SQ berpendapat, peristiwa gempa tersebut memang sudah tercantum di dalam Alquran. "Bahkan semua peristiwa pun memang sudah tercantum di dalam Alquran," ujar Noer Muhammad saat dikonfirmasi, Senin (5/10/2009).
Sebagaimana diberitakan sebelumnya, beredar kabar melalui pesan singkat dan pesan elektronik lainnya yang menyatakan bahwa peristiwa gempa bumi di Padang dan Jambi, sudah tertera di dalam kitab suci Alquran Surat Al Israa' dan Al Anfaal."Di dalam Alquran juga dijelaskan jika kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan keberkahan di darat dan di laut. Karena itu, mari kita bersama-sama evaluasi diri," pungkasnya.Sementara itu, Serangkaian tragedi gempa bumi terjadi di Indonesia. Berita ini kerap menjadi buah bibir terlebih setelah beredar kabar bahwa peristiwa gempa bumi di Tanah Air tertera di dalam kitab suci Alquran.Sebagaimana diketahui sebelumnya, sejumlah pihak mengaitkan waktu terjadinya gempa bumi dengan ayat suci Alquran. Pendapat tersebut pun beredar di dalam pesan singkat ataupun pesan elektronik lainnya. Misalnya saja gempa di Padang, di mana gempa terjadi pada pukul 17.16 WIB.
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".
"Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)".
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya".
Layari : http://suaramedia.com/berita-nasional/11221-ramalan-gempa-indonesia-dalam-al-quran.html
Thursday, October 8, 2009
SATU UMMAT
“wahai semut-semut, masuklah kamu ke dalam lubang, supaya kamu terselamat drpd dipijak tentera Nabi Sulaiman as..”
Semut pun ada fikir agama, apa lagi kita manusia...
MASYALLAH… asbab fikir 1 ekor semut untuk menyelamatkan kaumnya sahaja pun Allah begitu suka sekali sehingga percakapan semut tadi diabadikan dalam Kitab Suci Al-Quranul Karim… Begitu juga dengan fikir satu ekor burung, burung Hud, supaya Ratu Balqis tinggalkan menyembah Matahari dan menyembah kepada Yang Menciptakan Matahari pun dirakan dalam Al-Quran Yang Mulia…
Dalam Usaha ini, kita bukannya fikir terhadap satu-satu kaum, tetapi kita fikirkan seluruh ummat boleh selamat daripada azab Allah, sehingga bayi yg terakhir dapat ucap laaillaha illallah seperti mana fikir risau Nabi SAW ke atas ummat ini.
Al-Quran adalah kitab yg terakhir diturunkan dan ‘validate’ hingga Hari Kiamat, namun Ulama bagitahu SEKIRANYA ada lagi Kitab yg diturunkan selepas Al-Quran ( jangan salah tafsir, saya Ulang SEKIRANYA…), pasti apa yg kita buat/usahakan ( jumpa manusia cerita kebesaran Allah,door-to-door, ghast, khususi, 2 ½ jam ke arah 8 jam, usaha hidupkan masjid 24 jam, ajak-mengajak buat baik dan usahakan iman dan amal sunnah, cegah kemungkaran, fikir agama hari2, dan seterusnya..), semuanya akan dirakam dalam Kitab tadi. Kerana kita bukannya nak menyelamatkan satu-satu kaum atau fikir risau bimbang terhadap satu-satu kaum, tetapi fikir atas ummat ini bagaimana boleh selamat dari azab Allah kelak, kerana kita semua adalah umat Nabi SAW…
SATU UMMAT..
SATU FIKIR….
SATU KERJA…