"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Thursday, November 12, 2009
MUAT TURUN AUDIO 9 (NEW)
http://www.zshare.net/audio/68362487f8a47871/
MUAT TURUN AUDIO 8 (NEW)
http://www.zshare.net/audio/683581649b170158/
Bayan Jord Bisu Sri Petaling, Maulana Azhim
http://www.zshare.net/audio/68359602f13d6094/
DAKWAH DAN UJIAN (www.anaktokimam.blogspot.com)
DAKWAH DAN UJIAN ( الدعوة والِمحنة )
Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam? Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka yang menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ(8)الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌMaksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “. Surah al-Buruj : 8.
Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi apabila gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.
Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa panjang dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.
Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.
UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)
Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato, kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga mereka yang munafik,Firman Allah dalam surah al-‘Ankabut : 11 - 15.ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي في الله جعل فتنة الناس كعذاب الله …. وليعلمن الله الذين ءامنوا وليعلمن المنافقين Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.
FirmanNya lagi:ليميز الله الخبيث من الطيب Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “. - Surah al-Anfal : 37
UJIAN DALAM SEJARAH DAKWAH DAN KERASULAN
Telah menjadi sunatuLlah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatilan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya, menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحداMaksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”.dan firmanNya : يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir ”Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun , Haman ,Qarun, Musa Samiriy dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذىMaksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”dan sabdanya lagi, فى الدنيا ,,,,,,,, رواه الترمذى والحاكم والبيهقى إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة Maksudnya:Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”
Sebab itulah seluruh Nabi dan Rasul merempuh berbagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al - Quran, FirmanNya:أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .. البقرة 214 Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka - mereka yang sebelum kamu, ia ditimpa kesusahan,kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama - sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".
Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai - bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.
Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulamasebagai contoh :
• Said bin Jubair disembelih oleh Al - Hajaj bin Yusof Al Thaqafi
• Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa
• Imam Al Shafei di tangkap
• Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa
Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Imam Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh. Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.
Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.
Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu. Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu.
Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu. Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka. Firman Allah, يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون - الصف : 6 Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون - العنكبوت 2Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.
JENIS-JENIS UJIAN
Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan. Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis - jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.
1. Penyeksaan dan perkara - perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong - pendokong gerakan yang batil.
2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.
3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong - penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.
4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.
5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.
6. Ujian keatas nyawa.
7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan
8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.
9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malas bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah dan berjuang kerana Islam.
10. Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.
11. Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.
12. Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.
CARA MENGATASI UJIAN
Pendakwah - pendakwah apabila diduga dengan ujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara - cara berikut :
1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.
2. Membanyakkan membaca Al - Quran dan Doa kepada Allah.
3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.
4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.
5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.
6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar darinya.
7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.
8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.
9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.
10. Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.والله أعلم
Penyusun:Ustaz Mohd bin Daud Iraqi.
Wednesday, November 11, 2009
PERSIAPAN KELUAR DI JALAN ALLAH

Tak lama lagi cuti sekolah hujung tahun ni bakal tiba…dan nisab untuk ana dan karkun2 yg lain pun pastinya dah tiba, untuk khuruj di Jalan Allah selama 40hari/4Bulan. Tak sabar rasanya. Iman dah lemah dan masih banyak kelemahan dan kekurangan diri ini.
“Ya allah,Engkau pilihlah aku keluar. Yang keluarkan aku bukan cuti,bukan duit..semuanya dengan izin dan pilihanMu. Ramai lagi kat Keningau ni yang banyak kelapangan, banyak harta, Banyak Ilmu, lebih sihat dan jauh lebih alim daripadaku, namun Engkau pilihlah hambamu ini, luangkan masa untuk perbaiki iman, Amin”
Keinginan nak keluar kat Padang,Sumatera Barat sebab takaza mendesak di sana. Namun, Allah tak izin. Tahun lepas dah keluar kat Flores, terpaksa tunggu tahun depan kalau nak keluar Negara Jiran. Insyallah.
Tahun ni tak tau Allah hantar kat mana. Terima je la apa keputusan mesyuarat. Janji keluar!!!Apa nak jadi, jadilah…aku nak keluar.!Aku nak keluar, semata-mata cari redha Allah….tuan2 doakan ana, ingat nama ana AHMAD SYUKRI BIN ABDULLAH dalam doa tuan2..
Thursday, November 5, 2009
PERANAN MASJID
Orang alim bagitahu,Nabi saw bsersabda dgn para sahabat (lebih kurang) “akan datang satu zaman tidaklah tinggal islam sekadar nama, Al-Quran sekadar tulisan dan masjid2 tersergam indah tp sepi dr hidayah Allah”. Abu Bakar r.a bertanya,”Jika perkara itu berlaku,apa yg perlu dibuat oleh umat akhir zaman masa itu?” Nabi mengulang jawapannya sebanyak 3 kali,”hendaklah mereka keluar dari masjid dan mengajak orang ke masjid”.
Hari ini, kita lihat Masjid2 dibina indah, ber’air-cond’, berlantaikan permaidani tetapi sepi dari jemaah. Masjid dan surau kosong. Subhanallah….
Itulah yg berlaku apabila manusia menganggap masjid dan surau itu hanya milik mereka sahaja, bukan utk semua orang..Pelik juga yea..apabila ada jemaah nak iktikaf dan mengimarahkan masjid atau surau,tapi dihalaunya hanya kerana alasan nanti bil air dan api tak de siapa nak bayar..tapi bila jemaah sedia nak bayar..taknak pulak terima..akhirnya surau di kunci dan jemaah hanya boleh buat program di bahagian luar shj..dan paling sedih,tandas pun di kunci juga..bila ada jemaah dtg, masjid/surau tak beroperasi, imam tak datang..patutke tak yea?
Apabila masjid/surau dikunci, pengunjung lelaki dan perempuan terpaksa sembahyang di anjung/kaki lima masjid/surau yang terdedah,bagaimana aurat wanita nak terjaga..kenapa sampai begitu sekali mereka AJK masjid/surau ni buat pada jemaah yek..benci sangat dengan jemaah yg mahu menghidupkan suasana iman dan amal dalam surau tersebut..Ya Allah,mudah2an cahaya hidayah kau campakla pada mereka yg menentang jemaah ni..
Alhamdulillah, hari ni masjid2 dan surau dah ada beberapa program seperti tazkirah dan ceramah2 agama. Namun, ia hanya utk org2 yg memang ‘kaki masjid’,selalu ke masjid, bagaimana pula dengan org2 yg berada di luar? Perlu ada ‘orang utk mengajak mereka utk sama2 datang ke masjid sebab itu adalah HAK mereka utk diberi peringatan.
Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat JAIS..
"Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai PUSAT AKTIVITI DAKWAH dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.
Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:
"Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(At-Taubat ayat 18)
Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:
"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)
Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:
"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".
(Riwayat Al-Bahari)
Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.
Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.
"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".
(Riwayat Muslim)
Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.
Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.
Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:
1- Membina displin yang tinggi
Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan di mana setiap hari lima kali orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.
2- Membina semangat persaudaraan dan kerjasama
Solat berjemaah merupakan wadah perancangan aktiviti sosial,termasuk merancang program gotong-royong,menziarahi anggota jemaah yang sakit, meninggal dunia atau mengalami masalah,tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.Keadaan ini sudah pasti mendorong ke-arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih menepati.
"Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".
(An-Nur Ayat 36)
Wednesday, November 4, 2009
MUAT TURUN AUDIO 7 (NEW)
http://www.zshare.net/audio/679573287b5746de/
KARKUZARI PADANG : 3 HARI SEBELUM GEMPA

Semasa Mesyuarat Bulanan Malaysia (MBM) yg lepas, seorang ulama daripada Indonesia telah keluar di Malaysia untuk menghabiskan baki 15 harinya keluar di jalan allah untuk khuruj selama 4Bulan. Katanya, selepas gempa beliau telah pergi ke Padang untuk melihat2 keadaan di sana selepas tragedy gempa selama 20 hari. Beliau mengatakan lebih kurang ada 200 jemaah telah bergerak di sana dan telah dibina beberapa ‘Pos’ atau markas2 kecil untuk menerima dn menghntar jemaa2 yg tiba utk buat kerja2 dakwah. Setiba di sana kampong telah tiada dan 3bukit jg tiada,semuanya rata. Kampong tersebut sudah berada berkaki-kaki di bawah tapak kaki mereka…. Beliau membuat karkuzari ini sambil menitiskan air mata...
KARKUZARI BELIAU SEMASA MBM:
Katanya : Karkuzari ini bukanlah utk menceritakn kburukan tp spy kt dpt ambil fikir risau ttg keadaan ummat dan bt usaha agama sungguh2….
Tiga hari sebelum gempa ada rombongan jemaah (tabligh) datang ke kampong tersebut. Malangnya jemaah dihalau, dan bukan setakat dihalau malah diarak keliling kampong dengan menggunakan anjing2 peliharaan mereka sambil tertawa. Tiga hari selepas dihalau Allah turunkan gempa yg menenggelamkan penduduk kampong dan kampong mereka sekli….asbab gempa, 3 kampung terbabit tenggelam ke dasar dan 3 bukit yg mengelilingi kampung2 tersebut roboh dan menimpa serta menimbus kampung2 tersebut sekaligus…subhanallah…
Beliau mengatakan Allah tidak kejam…dahulu, sebelum Allah binasakan sesuatu tempat Allah akan hantar Rasul/Nabi untuk bagi peringatan. Hari ini Nabi sudah tiada, tetapi Allah telah hantar rombongan2 jemaah, pendakwah2, mubaligh2, karkun2,org2 dakwah untuk bagi peringatan. Dan jika setelah diberi peringatan mereka ingkar barulah Allah turunkan azab. Banyak kisah dalam quran kaum2 yg ingkar terhadap peringatan2 drpd utusan2 yg dihantar, semuanya dibinasakan. Tragedi yg menimpa Kaum Tsamud, Kaum Nabi Nuh, Kaum Aad patut dijadikan iktibar.
Ada lebih kurang 1000 masjid yg binasa. Anehnya, masjid yg tidak pernah terima jemaah,tiada azan dan solat berjemaah 5 waktu, menghalau jemaah semuanya roboh tetapi masjid yg pernah menerima jemaah tidak roboh Cuma mengalami sedikit keretakan sahaja sedangkan jarak antara masjid tidaklah jauh…Perihal yg sama dengan Karkuzari Jemaah Malaysia yg bergerak di Kashmir (cari dlm blog ni :Karkuzari Jemaah Di Kashmir)
Monday, November 2, 2009
TA'LIM MINGGUAN MASTURAT KENINGAU
Wednesday, October 28, 2009
PELIK...???
Tersenyum ana bila terkenang isi khutbah Ust Rosli Jumaat yg lepas2..difikirkan memang betul pun…sejadah solat kita rasa pelik,sedangkan orang yg ada akal, sempurna jasad tak solat tak pelik pula…kalau perempuan buka tudung tak pelik, tapi perempuan yg tak pernah bertudung tetiba pakai purdah kita anggap pelik pula macam seorang ‘artis’ yg Allah bagi hidayah utk pakai niqab/purdah di akhbar tempatan dan internet..satu Malaysia gempar … perempuan pakai baju mcm tak cukup kain tak pelik, pakai Hijab pelik pula….hmmmm…akhir zaman…akhir zaman…
Memang itulah kita UMAT AKHIR ZAMAN. Ulama bagitahu, sekiranya kita berada di zaman sahabat sekarang tentu kita akan katakan sahabat r.hum Gila.Kenapa? adakah org di zaman kita skrg ini memakai baju dr guni berbutang duri seperti Abu Bakar ra?, adakah seorang pemimpin zaman ini memakai baju dengan 13 tampalan seperti Umar ra? Adakah Peniaga yg korbankan 8 pintu kedainya untuk agama, korbankan kebunnya utk agama?Jawapanya TAKDA….dan sekiranya para sahabat berada di zaman kita sekarang, nescaya mereka akan katakan kita sebagai Munafik, kerana akhlak org Islam (termasuk ana la tu) tak baik. Tengok saja Muamalat,Muasyarat,Munakahat,Akhlak,Imaniat,Ibadiat org islam hari ni…
sebab tulah ana (dan sepatutnya kita semua) keluar di jalan Allah utk perbaiki diri ini yg lemah dan berusaha utk jadi baik…keluar lagi dan lagi, libatkan diri dlm suasana dakwah, suasana iman, suasana semua org belajar iman, suasana semua org nak cari iman, suasana semua org cakap agama, dengar agama utk bina iman yakin dalam hati…..latih cakap,dengar dan fikir tentang kehebatan Allah supaya Allah keluarkan kebesaran Makhluk dalam hati dan Allah campakkan Iman dalam hati sedikit demi sedikit…kalau dah tahu iman tak sempurna, kenapa tak buat usaha untuk memperbaiki iman? Sekurang-kurangnya ada juga jwapan kita di hadapan Allah kelak…
P/S: JUMAAT NI ANA NAK PERGI MESYUARAT BULANAN MALAYSIA (MBM) KAT SRI PETALING. JUMPA DI SAAANAAAAAAA….
Tuesday, October 27, 2009
LEMPARKAN TONGKATMU (maskuleen.blogspot.com)
Dengan tongkatnya itu, Musa as menangani dan mengatur haiwan ternaknya. Kerana itu, tongkat adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam mengurusi pekerjaannya. Dapatlah kita bayangkan betapa pentingnya erti tongkat tersebut buat Musa as. Bahkan, boleh dikatakan bahawa hampir tidak mungkin Musa as hidup tanpa tongkat tersebut.
Barangkali Allah SWT menghendaki kita faham bahawa tongkat Nabi Musa as adalah suatu simbol bagi suatu ikatan tugas yang selalu relevan dengan kekinian. Kerana itulah, ketika kita menyedari tugas kita yang tertentu, maka alat terpentingnya atau tugas itu sendiri adalah se-olah2 seperti tongkat di sisi Musa as.
Kita juga pasti sedar bahawa kita terikat dengan pekerjaan2 kita sedemikian rupa sehingga seakan2 hampir tidak mungkin bagi kita untuk keluar dari ikatan2 tersebut agar dapat masuk ke dalam segolongan umat yang dikehendaki Allah SWT. Mereka tinggalkan sementara pekerjaan2 dunia mereka lalu membentuk rombongan2 dakwah agar mereka dapat menunaikan kehendak Allah untuk menyeru manusia kepada apa saja yang disukaiNya.
Adalah Allah SWT berfirman, "Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (QS 3:104)
Sebenarnya hal itu mudah dan sederhana saja. Masalah yang timbul adalah kerana kita tidak tahu caranya. Dalam kaitannya dengan kesibukan kita hari ini, sudah barang tentu tongkat Musa as adalah satu pelajaran yang sangat2 berharga. Iktibar tersebut begitu sederhana, sehingga sudah selayaknya kita (para da'i) mahu memahami maksud yang dikandungnya agar kita dapat membentuk rombongan2 dakwah tersebut. Mari kita lihat bagaimana Allah SWT mengarahkan nabi Musa as dan kemudian terus mentarbiyahkannya.
Allah SWT berfirman, "Hai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, yang maha perkasa lagi maha bijaksana, dan lemparkanlah tongkatmu." Maka tatkala Musa melihat (tongkat yang dilemparkannya tersebut) bergerak-gerak seperti seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa, janganlah kamu takut. Sesungguhnya orang yang dijadikan rasul, tidak takut di hadapan-Ku." (QS 27:9-10)
Demikianlah Allah SWT memberi khabar kepada kita dengan kisah yang penuh hikmah didalamnya. DingatkanNya Musa as untuk tidak takut kepada selainNya hingga dia kembali memegang dan mengambil tongkatnya. Dan diingatkanNya pula kita dengan kisah ini agar kita tidak takut kehilangan alat2 bantu tugas kita. Sebenarnya Allah hendak menjelaskan bahawa Dia Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu.
Ketika Allah SWT menyuruh Musa as melemparkan tongkatnya, Allah SWT berkehendak agar Musa as memiliki keyakinan yang benar bahawa tongkat tersebut ada dalam genggaman Allah SWT. Tongkat (atau alat penting apapun bagi tugas kita) tidak pernah dapat memberikan manafaat sedikitpun tanpa seizin Allah. Bahkan, dengan melemparkan tongkat tersebut, kita akan dapat melihat mudharat yang mungkin terkandung di dalamnya.
Dan ketika kita sedar bahawa bahasa Allah SWT begitu indah dan agung, maka tongkat nabi Musa as itu adalah sebagai simbol agar kita (atau siapapun yang beriman kepada Allah) dapat memiliki yakin yang benar. “Dan lemparkanlah tongkatmu.” Ini memberi makna agar kita ‘melempar’ pekerjaan atau tugas kita dengan cara menjauhkan diri kita untuk sementara waktu agar Allah SWT sendiri dapat memperlihatkan kebesaran dan kekuasaanNya kepada kita.
Namun janganlah pula kita tersalah memahami hal ini, kerana se-kali2 Allah SWT tidak memerintahkan Musa as untuk membuang tongkatnya tetapi Allah SWT hanya memerintahkan agar Musa melempar tongkat tersebut agar dapat diperlihatkan kepadanya sebentuk mudharat (bukan manafaat) dari tongkat tersebut. Selepas itu Musa as telah dititahNya untuk mengambil kembali tongkatNya.
Sekali lagi, Allah SWT tidak memerintahkan Musa as membuang tongkatnya. Dengan cara yang sama, Allah SWT tidak menghendaki kita mencampakkan alat penting bagi tugasan kita ataupun berhenti dari pekerjaan atau perniagaan kita. Dengan kata lain, Allah SWT tidak menghendaki kita membuang perkerjaan kita pada saat perintah dakwah itu sampai kepada kita. Tetapi, Allah SWT menghendaki bagaimana perkerjaan kita tersebut dapat menjadi hujjah bagi dakwah yang hendak kita lakukan sebagaimana Musa as melakukannya di hadapan Fir'aun.
Dan Musa berkata: "Hai Firaun, sesungguhnya aku ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta alam, wajib atasku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah, kecuali yang haq. Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Israel (pergi) bersama aku." (QS 7:104-105)
Firaun menjawab: "Jika benar kamu membawa sesuatu bukti, maka datangkanlah bukti itu jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang benar". Maka Musa menjatuhkan tongkatnya, lalu seketika itu juga tongkat itu menjadi ular yang sebenarnya. (QS 7:106-107)
Dan ketika kita telah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi duta2Nya atas manusia seluruh alam, maka sudah selayaknya kita tahu bagaimana cara memposisikan tongkat tersebut. Dan ketika kita semakin sedar akan tugas kita sebagai da'i, maka sudah saatnya kita yakin hanya kepada Allah SWT dengan meninggalkan yakin kepada asbab2 kebendaan.
Jika kita bekerja atau berniaga, pun kita yakin bahawa pekerjaan atau perniagaan kita adalah sekadar asbab saja, yakni agar Allah SWT dapat menyampaikan sebahagian khasanahNya kepada kita. Padahal Allah SWT Maha Kuasa. Dia dapat menyampaikan apa saja kepada mahkluk2Nya dengan cara apa sekalipun.
Apabila kita cuti kerja tanpa gaji untuk maksud dakwah (ingat: bukan berhenti kerja), apakah sebulan, dua bulan, tiga bulan, empat bulan atau lebih, sementara Allah SWT sendiri telah menetapkan bahagian yang tertentu bagi kita dari pekerjaan kita, maka pasti dan pastilah Allah SWT akan mengumpulkannya, melipat gandakan nilainya dan kelak mengembalikannya kepada kita pada waktu yang telah ditentukanNya dan dengan cara yang dikehendakiNya.
Dan orang2 yang melapangkan masa untuk maksud dakwah adalah mereka yang sedia ditarbiyah oleh Allah SWT sebagaimana Nabi Musa telah bersedia ditarbiyah. Dan ketika mereka keluar di jalan Allah bagi usaha dakwah, seolah2 mereka adalah seperti Nabi Musa as yang sedang melempar tongkatnya. Dan bukti2 telah jelas di hadapan kita, bahawa siapa saja yang melapangkan masa untuk keperluan dakwah, kelak mereka akan berangsur2 menjadi yakin dengan keyakinan yang benar bahawa Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. Allah SWT berkuasa penuh bahkan atas atasan2 dan pekerjaan mereka dan apa saja yang mereka miliki.
Bila demikian, patutlah bila Allah SWT memuji mereka. "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (QS 3:110)
Wallahu a'lam..