" ALLAH AKAN BANTU UMAT ISLAM APABILA UMAT ISLAM BANTU 'AGAMA ISLAM'...SOLAT, PUASA, ZAKAT, HAJI, DAN SYARIAT-SYARIAT AGAMA YANG LAIN ADALAH AGAMA ISLAM...DAKWAH DIBUAT UTK TEGAKKAN SYARIAT ISLAM..UMAT ISLAM YANG TIDAK SOLAT DIJUMPAI SUPAYA MEREKA MENJAGA SOLAT, BEGITU JUGA YANG TIDAK PUASA, TIDAK ZAKAT DAN UMAT2 ISLAM YG LAIN YG MENINGGALKAN ATAU MERINGAN-RINGANKAN SYARIAT AGAMA YG LAIN...SUPAYA UMAT ISLAM MENJAGA AGAMA, SUPAYA UMAT ISLAM MENGHARGAI AGAMA...SUPAYA UMAT ISLAM MENTAATI PERINTAH DAN MENINGGALKAN LARANGAN ALLAH...
AZAB ATAU BENCANA DATANG APABILA UMAT ISLAM MENINGGALKAN ATAU MELANGGAR SYARIAT AGAMA..NATIJAHNYA BENCANA TURUN KE ATAS UMAT ISLAM KERANA AMAL-AMAL BURUK DARIPADA TANGAN-TANGAN MEREKA SENDIRI, SEHINGGA BENCANA / AZAB TURUN DI DARATAN DAN DI LAUTAN...
USAHA DIBUAT BUKAN HANYA UTK MEMBANTU MEREKA YANG TERKENA AZAB SEMATA-MATA , TETAPI USAHA KENA DIBUAT SUPAYA UMAT ISLAM BERHENTI DRPD MELANGGAR LARANGAN2 ALLAH DAN MENTAATI PERINTAH ALLAH...
MANGSA-MANGSA BENCANA DIBERI PAKAIAN, MAKANAN, UBAT-UBATAN, TETAPI AMAL-AMAL BURUK MEREKA TIDAK DIUBAH..ALLAH AKAN HANTAR BENCANA/AZAB LAGI KEPADA MEREKA, ASBAB AMAL-AMAL BURUK MEREKA...
" WAHAI MANUSIA, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN KEPADA KAMU, 'SURUHLAH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN LARANGLAH MEREKA DRPD KEMUNGKARAN SEBELUM DATANG SATU SUASANA KAMU BERDOA KEPADA-KU TETAPI AKU TIDAK AKAN MENERIMA DOA KAMU, KAMU MEMINTA KEPADA-KU, TETAPI AKU TIDAK AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU, KAMU MEMOHON BANTUAN DARIPADA-KU TETAPI AKU TIDAK AKAN MEMBANTU KAU.. " ( MAFHUM HADIS NABI S.A.W - IBNU MAJAH DAN IBNU HIBBAN )
wallahu a'lam...
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang taat membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ...ALLAH.
“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yang matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.
ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah untuk perkara itu saja, masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna.
Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada seseorang , sesuatu dari dunia yang ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dalam kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yang dinamakan Istidraj
(Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6) ayat 44.) (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)

















