CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, May 26, 2009

IJTIMA DUNIA

IJTIMA RAIWIND PAKISTAN IJTIMA NIZAMUDIN INDIA

PERHIMPUNAN ORANG ISLAM SELURUH DUNIA. BERJUTA-JUTA ORANG DATANG, DAN MERUPAKAN PERHIMPUNAN TERBESAR SELEPAS HAJI. SELEPAS IJTIMA, BERATUS DAN BERIBU JEMAAH DAKWAH DIBENTUK UNTUK DIHANTAR SELURUH DUNIA...!

3 SIFAT UNGGUL BABI (dipetik drpd memet-desire.blogspot.com)

Seorang yang suka melihat kebaikan, dia akan mendapati kebaikan pada setiap sesuatu. sebaliknya orang yang suka melihat keburukan, dia akan mendapati keburukan pada setiap sesuatu.. orang yang melihat kebaikan pada diri orang lain maka kebaikan akan datang pada dirinya.. respect pada orang akan lahir, tidak memandang rendah, kasih juga akan wujud di sanubari.. walaupun,.... 'orang itu adalah sampah dalam masyarakat'.

Namun orang yg sentiasa melihat keburukan diri orang lain, maka keburukanlah yg akan datang pada dirinya sendiri.. akan wujud rasa hina pada orang lain, benci, hilang rasa hormat, dan memandang rendah pada orang.. walaupun,... 'Orang itu adalah seorang Ulama' warisatul ambiya'. Bila sudah nampak keburukan, walaupun hanya satu keburukan pada dirinya, maka terhapuslah 99 kebaikan yang ada pada dirinya.. tidak lagi dipandang.. mata tidak lagi memandang pada sifat baiknya.

Oleh itu, saya menyeru pada diri saya dan seluruh umat, "Carilah kebaikan, carilah kebaikan, carilah kebaikan, jangan pandang keburukan dan sebarkanlah kebaikan, jangan sebar keburukan"..lihat pada seekor khinzir, apa yang ada pada dirinya???? ramai orang menghinanya, ramai orang memandangnya jijik, semua sepakat wajahnya hodoh dan juga kotor??? walhal sebenarnya, di sisi Allah swt, ada manusia yang lebih hina daripada seekor khinzir... asbab tidak ada taat dan takwa pada Allah swt.. Manusia menghina khinzir? sedangkan Khinzir adalah makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berzikir pada Allah.. Kita sebagai manusia, berapa banyak kita mengingati Allah??. Bila kita melihat pada kebaikan, maka kita juga akan mendapati kebaikan pada seekor khinzir..

ADA 3 SIFAT UNGGUL KHINZIR @ BABI:
1. BANGUN AWAL - Sebelum subuh dah bangun.
2. RENDAH PANDANGAN - bila berjalan, tunduk kepalanya.
3. SENTIASA BERKHIDMAT - Benda-benda kotor semua dia sedut.

Jadi, fikir-fikirkanlah, ukur-ukurlah dan banding-bandingkanlah. dimana diri kita.. Adakah diri kita lebih mulia daripada malaikat? atau lebih rendah dan lebih hina daripada seekor Khinzir... renung-renungkanlah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails