CARI DALAM BLOG INI

Thursday, September 27, 2012

FIKIR SEJENAK

Ilyas sedang menyiapkan kerja di mejanya, apabila Amin datang dengan muka masam dan dahi yang berkerut duduk di sebelahnya...
"Kenapa ni?" Sapa Ilyas lembut. "Marah nampak?"
Amin menghembus nafas agak kuat,"maunya tak marah?!" 
"Apa hal?"
"Takkan kau tak tengok kat youtube, heboh pasal filem pendek hina Nabi...ni aku PANAS ni!"
"ooo..pasal tu..."
"Nasib baiklah 'orang' bikin filem tu kat sana, kalau sini..sudah aku tenyeh-tenyeh muka dia..."
"sabar la..."Ilyas menepuk bahunya perlahan.
"Nak sabar apa pulak? Orang Hina Nabi, takkan kau tak angin satu badan orang hina Nabi kita?"
"Memang la aku pun marah juga...tapi jangan laa sampai bertindak melulu..."
"Macam kau sokong 'diorang' je...?"
"Bukan macam tu....aku tak hairan kalau org yang bukan Islam buat macam tu, sebab memang dari dulu mereka dah buat macam2 kat Nabi dan mereka pun tak faham tentang Islam...bukan setakat hina nabi je, malah lebih teruk dari tu....cuma yang aku heran...Orang Islam sendiri yang mengaku Nabi tu Nabi dia, Islam tu agama dia....orang ni pulak yang lebih dulu hina Nabi?"
"Aikkk..macam mana pulak?!" Amin mengerutkan dahi...
"Yelah...cuba tengok...apabila ada orang Islam yang nak hidupkan Sunnah Nabi, mereka ditertawakan...simpan janggut org cakap 'macam kambing'...buat DAKWAH kena maki, kena hina, diketawakan...orang cakap macam2..tiada tauliah laa..mengajar itik berenang laa...sedangkan tanpa disedari mereka telah mempersendakan SUNNAH Nabi..bukankah memperlekehkan atau menghina SUNNAH Nabi SEOLAH-OLAH menghina Nabi?."Terang Ilyas panjang lebar...Amin masih mengerutkan dahinya...
Belum habis mereka berbual..kedengaran suara azan berkumandang...

ALLAHU AKBAR...ALLAHUAKBAR...

"Eh..dah Azan tu...Marilah Jom ke Masjid..." Ilyas bingkas bangun sambil mencapai Kopiah di atas mejanya.
"Errrr....kau pegi dulu la...aku...ada keja lagi nak buat...nanti aku ikut...."

ILYAS MENGGELENGKAN KEPALANYA.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails