CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, June 30, 2009

BAYAN IJTIMA SOUTH AFRICA (AUDIO)

PART 1 OF 9

PART 2 OF 9

PART 3 OF 9

'PART' SETERUSNYA AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN.....

SAHABIAH DALAM MEDAN JIHAD

Sahabiyah dalam Medan Jihad

Thabarani memberitakan dari Ummu Sulaim ra. dia berkata: Pernah Rasulullah SAW keluar berjihad dan ikut bersamanya sebilangan kaum wanita dari kaum Anshar, maka merekalah yang memberikan minum kepada orang-orang yang sakit, memberi obat kepada orang-orang yang luka-luka. (Majmauz-Zawa'id 5:324)

Muslim dan Termidzi telah memberitakan dari Anas ra. dia berkata: Pernah Rasulullah SAW keluar berjihad dengan membawa Ummu Sulaim ra. dan beberapa orang wanita dari kaum Anshar yang ditugaskan untuk menyediakan air minum dan menguruskan orang-orang yang luka-luka dalam peperangan.

Bukhari telah mengeluarkan berita dari Ar-Rabik binti Mu'awwidz ra. dia berkata: Kami pernah ikut Nabi SAW keluar berjihad, lalu kamilah yang menguruskan luka-luka para pejuang, dan mengangkat orang-orang yang gugur syahid ke kemah kami. Suatu berita lain darinya juga, katanya: Kami pernah keluar dengan Nabi SAW ke medan perang, dan kamilah yang memberikan minum kepada para pejuang, menguruskan semua keperluan mereka, dan mengangkat mereka yang mati terbunuh atau yang luka kembali ke Madinah.

Imam Ahmad, Muslim, dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ummu Athiyah Al-Anshariyah ra. dia berkata: Aku pernah keluar belihad bersama-sama Rasulullah SAW sebanyak tujuh peperangan, aku menjaga kemah-kemah mereka, memasak makanan buat mereka, mengobati orang-orang yang luka, dan membantu orang- orang tua yang sudah tidak terdaya lagi.
(Al-Muntaqa)

Thabarani meriwayatkan dari Laila Al-Ghifariyah ra. dia berkata: Aku pernah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dan aku mengobati orang-orang yang luka. (Maima'uz-Zawa'id 5:32,4)

Bukhari telah memberitakan dari Anas ra. dia berkata: Pada hari peperangan Uhud ramai orang Islam yang terkocar-kacir dan terpisah dari Nabi SAW Dan aku lihat Aisyah binti Abu Bakar rha dan Ummu Sulaim rha. tergesa-gesa membawa kantung Qirbah (terbuat dari kulit kambing) yang berisi air, memberi minum orang-orang yang dahaga dalam pertempuran itu. Sesudah habis mereka pergi lagi mengisi air dan memberi minum kepada tentara Islam yang berperang itu. (Baihaqi 9:30)

Bukhari telah memberitakan dari Tsaklabah bin Abu Malik ra. bahwa Umar bin Al-Khatthab ra. telah membagi-bagikan kain antara kaum wanita, dan ada sisa sepotong kain yang agak baik sedikit, maka berkata orang-orang yang di sisi Khalifah Umar ra.: Wahai Amirul Mukminin! Kain potong yang lebih ini berikanlah kepada cucunda Rasulullah SAW yang menjadi isterimu - maksudnya Ummu Kultsum binti Ali ra. Tetapi mereka dijawab oleh Khalifah Umar ra.: Ummu Sulaith lebih berhak darinya (Ummu Kultsum), dan Ummu Sulaim seorang wanita Anshar, di antara yang membaiat Rasulullah SAW. Tambah Umar ra. lagi: Karena dia pernah memberi kita minum pada hari peperangan Uhud. (Kanzul Ummal 7:97)

Abu Daud memberitakan dari Hasyraj bin Ziyad dari neneknya ra. bahwa mereka pernah keluar berjihad bersama-sama Nabi SAW di medan Hunain, dan mereka mengatakan: Kami mendendangkan syair-syair yang memberi semangat kepada para pejuang membantu keperluan mereka, mengobati para pejuang yang luka, memberi mereka panah dan menyediakan bubur sawiq, dari Abdul Razzak dari Az-Zuhri, dia berkata pula, bahwa kaum wanita ada yang menyaksikan pertempuran di medan perang, memberi minum para pejuang, mengobati mereka yang luka. (Fathul Bari 6:51)

Monday, June 29, 2009

KEPENTINGAN DAKWAH



Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar. (Surat At-Taubah: ayat 20-22).
Firman Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).

Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah, maka Allah pasti akan mengharamkan ke atasnya api neraka. (riwayat Ahmad, Tabrani).

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Dari Abu Hirairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik daripada beribadat pada lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (riwayat Ibnu Hibban).

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu diminta untuk keluar di jalan Allah maka keluarlah. (riwayat Ibnu Majah).Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana (mengembara, merantau, bermusafir, melancong). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kelana umatku adalah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).

Jika seorang isteri redha suaminya keluar di jalan Allah, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperolehi suami, tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami. Walaupun isteri hanya berada di rumah tetapi pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat menyamai pahala suami yang sedang berada di jalan Allah. Bahkan si isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding suami.1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari akhirat.

Berikut adalah kisah pertanyaan Asma' r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik dari kitab kisah para sahabat:
Hazrat Asma binti Yazid r.ha seorang wanita Ansar. Beliau datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanmita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan.

Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itu lah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah.

Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat solah berjemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah.

Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?

"Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda: Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?

Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.

"Selepas itu Rasulullah s.a.w berpaling kepada Hazrat Asma r.ha dan bersabda: "dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaan(keredhaan) itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka (kaum lelaki),"

Maka kembalikan Hazrat Asma r.ha dengan penuh kegembiraan setelah mendengar jawapan tersebut.

Sumber : ziarah76.blogspot.com

DAKWAH

KENAPA KENA DAKWAH?

Firman Allah SWT,bermaksud ;
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaktian dan menyuruh mereka berbuat kebaikan, dan melarang mereka dari kemungkaran, dan mereka itu ialah orang-orang yang mendapat kejayaan.”
(ali-imran : 104)

SAYA PUN BELUM BAIK,PERANGAI BURUK, KENAPA NAK KENA DAKWAH ?

Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW bersabda :
“Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

SIAPA YANG KENA BUAT DAKWAH ? SAYA BUKAN ORANG ALIM/USTAZ ?

“ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah.”
( ali-imran : 110 )

“ siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. (al-fussilat : 33 )

TAK NAKLAH…SAYA TIADA MASA SIBUK DENGAN PEKERJAAN DAN SEBAGAINYA…. I BUSY LAAA…DARIPADA DAKWAH BAIK SAYA KERJA CARI DUIT BANYAK-BANYAK, JABATAN AGAMA DAN USTAZ-USTAZ KAN ADA,BIARLAH DIORANG BUAT DAKWAH...

Katalah (wahai Muhammad):”jika bapa-bapa kamu,dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu,dan isteri-isteri(atau suami-suami)kamu,dan kaum keluarga kamu,dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya ini)menjadi perkara-perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada)berjihad untuk agamanya,MAKA TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) ( aT-tAUBAH : 24 ).


Cuba tuan-tuan tanya orang2 alim/ustaz2, kenapa Allah SWT turunkan Surah At-Taubah tanpa BISMILLAH? Malah kalau dibaca BISMILLAH juga sampai jadi MAKRUH hukumnya (kata ustaz apabila ditanya)....


APAKAH LAGI ALASAN ANDA….?

Sunday, June 28, 2009

RENUNGAN

MAUT….

Adalah perkara yang pasti dan pasti akan berlaku dan setiap yang bernyawa pasti akan mati…semua orang tidak dapat lari daripadanya…sejak 50 ribu tahun sebelum Allah cipta alam ini, ketetapan ajal maut setiap yang bernyawa telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa, Pemilik Tunggal alam maya ini….

Apa yang penting, sudah cukupkah persiapan saya dan anda semua ? bekalan dan segala kelengkapan untuk bertemu dengan Allah untuk ditanya dan dihisab di Yaumul Mahsyar kelak? Takpun, adakah sudah mampu menjawab soalan ‘cepu emas’ mungkar dan nakir dalam kubur?

Sesungguhnya apa yang dibawa adalah Iman dan Amal. Yang ditanya oleh mungkar dan nakir pun Iman dan Amal, Yang ditanya di Yaumul Mahsyar pun Iman dan Amal…kehidupan ini terlalu singkat..60-70 tahun..jarang kita dengar yang mencapai 80 atau 100 tahun..namun purata umat akhir zaman 60-70 tahun sahaja.

Sewaktu zaman Nabi Musa a.s, Baginda terlihat seorang wanita menangis. Apabila ditanya,wanita itu menyatakan bahawa anaknya mati terlalu muda. “ berapa umurnya?” Tanya Nabi Musa a.s. Dengan sedih wanita itu berkata “ 350 tahun..”. Nabi Musa a.s berkata,” akan datang suatu zaman di mana umur mereka pendek-pendek, 60-70 tahun sahaja.” Setelah mendengar kata-kata Nabi Musa a.s,wanita tadi terus berhenti menangis dan berkata,”Wahai Nabi Allah, sekiranya saya hidup pada zaman itu, nescaya akan kuhabiskan umurku untuk beribadah.”

Sekarang berapa sudah umur kita masing-masing..tuan-tuan kiralah sendiri…sejauh mana kita habiskan masa kita untuk taat pada segala perintahNya?.dalam umur yang masih berbaki ini, adakah sudah bertimbun amalan yang akan dibawa kelak? sedangkan kita habiskan masa tidur sahaja; jika dikira kita tidur selama 8 jam sehari,dalam 360 hari selama 70 tahun(purata umur akhir zaman); kita telah habiskan selama 20 tahun untuk tidur sahaja!!! Bayangkan jika kita tidur tidak ikut SUNNAH NABI, main tutup mata jer, sia-sia tidur kita selama 20 tahun..sama je macam kucing tidur, ayam tidur, kelawar tidur, orang kafir tidur…TAKDE PAHALA…sedangkan tidur ikut SUNNAH NABI,dengan wudhunya, doanya, zikirnya, sepanjang malam masa tidur tu pahala mengalir…kalau tak sempat pun cukupla sekadar “BISMIKALLAHUMMA AMUTU, WA AHYA”…

Malaikat Izrael ( Malaikat Maut ) datang ziarah kita 70 kali setiap hari…dia tengok samada, ada ke atau tak rezeki kita lagi, kalau tak Nyawa kita akan dicabut dengan izin Allah dan segala-galanya sudah terlambat waktu itu…..

Pokok pangkalnya… KITA SEMUA TIDAK DAPAT MENGUBAHNYA…AJAL MAUT PASTI DATANG…ENTAH TAHUN DEPAN, BULAN DEPAN, MINGGU DEPAN, HARI NI, ATAUPUN MUNGKIN SELEPAS MEMBACA BLOG NI….

WALLAHU A’LAM BISSAWAB

HIDAYAH DI MPKS

HIDAYAH DI MPKS

Tergerak hati ini untuk mencoret kisah kehidupanku sejak di zaman Jahiliyahku sehingga bertemu sinar hidayah di MPKS….

Sebenarnya dah lama keinginan untuk aku mengenali islam..namun, takde peluang..takde pun orang Islam di luar sana yang nak ajak ker, atau bagitau tentang agama yang Hak ini. Nasib baik ajal belum sampai…kalau tak, entahlah..

Dulu, Mak aku kira extreme juga tentang agama kami masa tu Kristian, fahaman Roman Catolic (RC). Kalau kedapatan ‘ponteng’ sembahyang hari Minggu tu, rotan panjang menanti di rumah..habis dibelasahnya…dulu aku pernah belajar tentang Bible..adalah tau sikit-sikit…tapi yang pelik, lain yang kami belajar ,lain pula hakikat sebenarnya.. yelah dalam 10 perintah Tuhan yang kami belajar semasa Kelas Penguatan (pemantapan akidah kristian),kami diajar pertama sekali Tuhan itu Esa, tapi hairan pula kenapa pula ada Tuhan Bapa,Tuhan anak dan Roh Kudus, sedangkan Esa tu kan Satu kalau ikut Kamus Dewan…?Lepas tu, kami diajar juga jangan Menyembah Berhala, tapi waktu sembahyang di gereja dulu, terlekat patung Besar dekat Salib besar pula,diorang cakap sempena mengenang jasa pengorbanan Jesus ( Isa a.s) ke atas umat…itu yang aku confuse tu…banyak gambar lagi keliling dalam gereja. Namun, aku diamkan saja…pernah juga aku Tanya dulu,”kenapa orang Kristian makan babi, dalam Bible tak suruh pun?”Mak jawab ringkas jer,” dulu tak boleh, sekarang boleh la.”Aku ‘ya-ya’ je, tak berani Tanya lebih-lebih.

Sehinggalah ke sekolah menengah, minat terhadap islam semakin menebal. Pernah aku Tanya rakan-rakan,”macam mana nak tulis dan eja nama aku dalam tulisan Jawi”..masihku ingat, masa tu bulan ramadhan ada rancangan Belajar Bahasa Arab di TV. Aku pun tumpang tengok,layan habis rancangan tu..dah tu masuk azan pula berkumandang di TV. Aku tak tukar siaran, aku pun tengok jer …khusyu’..tanpa disedari mak lalu depan aku terus dia sound “ Apa kau tengok ni…nanti masuk Islam kau!!!” Aku panic terus tukar siaran,tengok kartun…hmmmm tau takut…


Selayaknya hidayah di tanganNya, Allah nak berikan hidayah dengan caraNya sendiri… aku dan rakan-rakanku yang terumbang-ambing tanpa pekerjaan tetap, telah datang peluang untuk mengisi borang ke Maktab Perguruan. Mulanya tak terfikir nak jadi guru, isi borang maktab jauh sekali.Nak jadi Tukang Kebun sekolah pun lagilah….Inikan pula nak jadi warga pendidik. Selepas STPM, adalah kerja sambilan sebagai pekerja di Stesen Minyak tapi tak lama. Aku pun sambunglah
Kerja lama aku, “Tanam anggur” (menggangur).

Setahun selepas itu, Allah buka jalan. Rupanya mak aku dah boking awal2 borang Maktab..Allah dah bagi dia ilham utk beli borang tu, “ isi ni.” Katanya ringkas. Aku pun dengan selamba ambil borang tu dan mula membelek-belek borang. Tak berapa lama dari tu baru aku dapat tahu rakan-rakanku yg lain pun dah ada borang yg sama. Kami pun pakat-pakat isi borang sama-sama..yelah, nak dapat maktab yang sama dan kelas yang samala tu…jadi kami pun isi borang sama-sama..member dari Sekolah lagi…memang kamcing la…jadi kami pun isi borang kat Kedai Billiard…hehehe…

Tup-tup…ANDA LULUS…pendekkan cerita, kami sama-sama masuk Maktab yang sama..dah tu kelas yang sama lagi..hehehe…”kita dah kena sumpahan cikgu kita ni dulu”..aku tersenyum..teringat kata-kata guru BM kami dulu, akibat kenakalan kami yang melampaui batas, kami disumpah jadi guru supaya kami rasa macam mana jadi guru…sekarang SUMPAHAN menjadi..! Itulah mitos yang kami guna pakai masa tu…walau apapun semuanya dari Allah..memang itu percaturan Allah.syukur alhamdulillah..

Di Maktab inilah segalanya mula berubah..di sini aku terdedah dengan suasana agama. Sekelilingku rakan-rakan beragama Islam. Seronok aku tengok diorang ulang-alik ke Masjid tuk solat berjemaah..lebih2 lagi time solat Jumaat…apatah lagi time bulan Ramadhan..jauh di sudut hati terdetik; “alangkah bagusnya kalau aku dapat bersama-sama diorang kat Masjid..”, dulu pernah aku tegur rakanku yang Muslim kerana dia solat di biliknya,”kenapa kamu tak solat di Masjid?” Dia dengan selamba menjawab “kau mana tau apa-apa…” aku pun diam jer la….yang ajaibnya, boleh pula aku ambil buku Yassin atas mejanya dan baca buku Yassin tu sampai habis…”kau mana boleh baca tu..”tegur rakanku terpinga..aku buat don’t know jer…tuk pengetahuan korang aku baca yang ada tulisan rumi jer..tulisan arab belum tau lagi la.

Begitulah yang berlaku sehingga sampai satu masa yang Allah tetapkan, pada 18 Feb 2003 semasa aku dalam Semester 3, rakanku masuk ke bilikku dan terus tasykil “ mari kita masuk Islam..” aku apa lagi tanpa berfikir panjang terus cash setuju. Kami pun jumpala rakan-rakan dalam Opsyen Agama dan tanya mereka prosedur nak Masuk Islam.Setelah buat temu janji apa semua, kami pun diminta oleh Ustaz dari Jabatan Agama di Maktab untuk datang selepas Zohor di Masjid. Semasa melangkah kaki ke masjid itulah syaitan mula datang,”kau ni serius ker nak masuk islam?” pertanyaan tu mula keluar dari mulutku. Berat langkah kaki berjalan..mungkin berdozen-dozen dah syaitan bertenggek di kaki. “entahlah,aku pun tak tau”kata rakanku pula..sebelum tu bukan main confident lagi, sekarang lain pula jadinya. Namun,dalam keadaan sebegitu pun dapat juga kami tiba dan melangkah masuk ke masjid dan Mengucap dua kalimah syahadah..alhamdulillah…..selepas mengucap terasa ringan badan semasa berjalan..macam terapung-apung…

Selepas itu, ujian mula datang…kami seperti dipulaukan oleh rakan-rakan yang bukan islam. Selama seminggu kami sembunyikan keislaman kami,akhirnya dapat juga dihidu oleh rakan-rakan dan keluarga. Namun semuanya Cuma sementara. Selepas itu semuanya dah kembali seperti biasa. Memang Allah nak uji kami…sabarlah…

Beberapa minggu bergelar muslim, rakan seniorku yang selalu berdamping dengan kami. Tak tau pula kami dia tu karkun…yelah,mana tau apa2 lagi..fatihah pun tunggang langgang….solat pun main tengok rakan sebelah masa solat…hehehe….senior kamilah yang ajak kami buat ghast door to door di maktab dulu…dia yang suruh aku baca ta’lim..jadi rahabah…masa jadi rahabah tulah perkara yg menguji keimanan..dah yg aku jumpa tu adalah rakan se’batch’ aku dr opsyen Agama pula tu. Dengan dioranglah aku belajar ilmu Masail, pastu dengan diorang la juga aku jumpa time ghast..tebal muka rasanya macam kulit Nangka dek menahan rasa malu..yelah, baru masuk islam dah nak memandai-mandai buat dakwah. Itulah yg bermain dlm kepalaku, memang syaitan punya angkara.Selepas bayan aku ditasykil keluar 3 hari. “ 3 hari ???” pulak dah, bingung dibuatnya..tapi aku pun angkat tangan bagi nama jer lepas tengok kiri kanan….ikut-ikut…

Alhamdulillah…dalam tahun yang sama 5 orang dah kembali pada Islam. Akhir tahun perempuan, Junior kami sebelum kami Konvo. Memang itu semua ketentuan daripada Allah. Kini, aku dah brumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata. Yang ketiga bakal lahir Ogos ni. Ahlia (orang rumah) aku pun Mualaf juga. Tapi dia Form 2 lagi dah awal masuk Islam.

Terlalu banyak pengalaman dan ranjau-ranjau dilalui. Dan bila teringatkan keadaan umat sekarang, sungguh menyedihkan. Geram pun ada. Ada pula yang sanggup murtad dan tinggalkan Islam, sedangkan kami bersungguh-sungguh hendak mengenali Islam, malah ada yang bersusah-payah untuk dapatkan Agama ini. Inilah masalah Iman umat dewasa ini. Sebab itu, perlunya ada usaha untuk memantapkan iman. Kalau tak, akidah dapat dibeli dengan wang ringgit. Na’udzubillah…

Alhamdulillah, hari ini Allah pilih aku dan keluarga untuk buat Usaha Atas Iman. Semoga Allah kekalkan dan istiqamahkan kita semua dalam Usaha ini. Dalam usaha ini sahaja kita akan ada kerisauan atas umat,belajar-belajar kerisauan nabi dan wujud usaha untuk menyelamatkan umat supaya setiap umat dapat ucap Kalimah syahadah dan selamat dari azab Allah SWT. Sememangnya Hidayah itu tersangat Mahal……

Wallahu a’lam.

Thursday, June 25, 2009

KEPENTINGAN AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Pentingnya Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar (azharjaafar.blogspot.com)

Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Abdullah bin Humaid, Abu Daud, At-Tirmidzy, An-Nasa'y, Ibnu Majah, Ad-Daruquthny, Al-Baihaqy, dan Abu Ya'la mentakhrijkan dari Qais bin Abu Hazim, dia berkata, "Setelah Abu Bakar menjadi khalifah, dia naik ke atas mimbar, lalu menyampaikan pidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah, dia berkata,
"Wahai semua manusia , tentunya kalian juga membaca ayat ini, 'Hai orang orang yang beriman, jagalah diri kalian. Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepada kalian apabila kalian telah mendapat petunjuk, (QS Al-Maidah : 105), namun kalian meletakkan ayat ini bukan pada tempatnya. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mau merubahnya, maka Allah akan menyegerakan siksa yang menyelingkupi mereka semua'." (Al-Kanzu, 2/138)


Ath-Thabrany mentakhrijkan dari Thariq bin Syihab, dia berkata, "Itris bin Urqub Asy-Syaibany menemui Abdullah ra . seraya berkata, "binasalah orang yang tidak menyuruh kepada yang ma'ruf dan tidak mencegah dari yang mungkar." Abdullah ra. meralat ucapannya dengan, "Bahkan binasalah orang yang tidak memperlihatkan yang makruf dan tidak mengingkari yang mungkar".

(Al-Haitsamy, 7/275, rijalnya shahih)

MEREKA BERJALAN KAKI DI ATAS PERMUKAAN BUMI

Mereka itu Berjalan Kaki di Atas Permukaan Bumi (azharjaafar.blogspot.com)

Al-Baihaqiyy dan An-Naqoosy telah mentakhrijkan di dalam mu'jamnya dan Ibn An-Najjaar daripada Waaqid bin Salaamah daripada Yaziid Ar-Riqoosyiyy dari Anas ra. Bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam telah bersabda (mafhuumnya) :

Sudikah aku kabarkan kepada kalian akan qaum-qaum yang mana mereka itu adalah bukan para anbiyaa` dan buka pula para syuhadaa`, (walhal) pada hari qiyaamat (nanti) para anbiyaa` dan para syuhadaa` merasa ghibtoh (iri hati) terhadap mereka itu lantaran manaazil (status- status) mereka (begitu dekat) dengan Allah, di atas minbar-minbar daripada nuur mereka dikenali.

Lalu mereka (para Sahabat r.ahum) Bertanya : siapakah mereka itu wahai Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam? Baginda menjawab (mafhuumnya) : al-ladziina yuhabbibuuna `ibaadaloohi ilAllahi, wa yuhabbibuunAllaha ilaa `ibaadihi, wa yamsyuuna `alal-ardhi nushan; artinya: (yaitu) orang-orang yang menjadikan para hamba Allah dicintai oleh Allah SWT , dan menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, dan mereka itu berjalan kaki di atas (permukaan) bumi dalam hal keadaan memberikan nasihat.

Maka aku berkata : ini menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, maka bagaimanakah mereka menjadikan para hamba Allah SWT dicintai oleh Allah SWT ? Jawab baginda Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam (mafhuumnya) : mereka itu menyuruh para hamba Allah dengan apa yang Allah SWT suka dan mereka itu mencegah para hamba Allah SWT daripada apa yang Allah SWT benci, maka apabila para hamba Allah SWT itu mentho'ati mereka lalu Allah `azza wa jalla menyintai mereka itu (yakni para hamba Allah itu).
Hayaatush-Shohaabah, juzu` 3, halaman 288 dan 289.Risalah Fikir (229)


Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata, Nabi saw. bersabda, Tidak beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) hingga Aku lebih dicintainya daripada keluarga, hartanya, dan semua orang.Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 62Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, Tanda kemunafikan adalah membenci sahabat Ansar dan tanda keimanan adalah mencintai sahabat Ansar.
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 108

Hadis riwayat Al Barra' ra. ia berkata, Nabi saw. bersabda tentang kaum Anshar, Yang mencintai mereka hanyalah orang yang beriman dan yang membenci mereka hanyalah orang munafik. Siapa yang mencintai mereka, maka Allah mencintainya, siap yang membenci mereka, maka Allah membencinya.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 110

Hadis riwayat Abu Said Al Khudhri ra., Dari Tarek bin Syihab ra. ia berkata, Orang yang pertama berkhotbah pada hari raya sebelum salat Id, adalah Marwan. Ketika itu ada seorang berdiri mengatakan, salat Id itu sebelum khotbah! Marwan menjawab, telah ditinggalkan apa yang ada di sana. Abu Said berkata, Orang ini benar-benar telah melaksanakan kewajibannya, aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lisannya, kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, itu adalah selemah-lemah iman.

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 70

PENTINGNYA SUNNAH

Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW (azharjaafar.blogspot.com)
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

http://azharjaafar.blogspot.com

SETIMPAL PAHALA JIHAD

Setimpal Pahala Berjihad (azharjaafar.blogspot.com)

Thabarani telah memberitakan dari Ummi Kabsyah ra. yaitu seorang wanita dari suku kaum Adzirah, yakni Adzirah Bani Qudha'ah, bahwa dia telah berkata: "Wahai Rasulullah! Bolehkah tidak aku keluar berjihad dengan tentera ini dan itu?" tanya Ummi Kabsyah. "Tidak boleh!" jawab Beliau pendek saja. "Aku bukan hendak berperang, tetapi aku dapat menolong mengobati orang yang luka, yang sakit, atau barangkali dapat memberi minum orang yang sakit dan mengurusnya!", pinta Ummi Kabsyah lagi. "Kalaulah tidak nanti orang ramai heboh mengatakan si fulanah itu keluar berperang, niscaya aku akan mengizinkanmu", jawab Nabi SAW. "Tetapi sebaiknya, engkau tinggal di rumah saja!" pesan Nabi SAW lagi. (Majma'uz-Zawa'id 5:323)

Bazzar telah memberitakan dari Abdullah bin Abbas ra. dia berkata: Dalam suatu peristiwa telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW sebagai wakil dari kaum wanita lain, lalu berbicara kepada Beliau, katanya: "Wahai Rasulullah! Aku ini sebagai utusan dari kaum wanita untuk bertanya tentang jihad. Dia telah diwajibkan ke atas kaum lelaki saja, jika mereka mendapat kemenangan akan diberikan pahala yang besar, dan jika mereka terbunuh dianggap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan berbagai-bagai rezeki dan kurnia. Kami kaum wanita yang bersusah payah mengurus segala keperluan mereka apa yang kami dapat?!"Jawab Nabi SAW: "Sampaikanlah berita ini kepada siapa saja yang engkau temui dari kaum wanita, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak suami itu adalah setimpal dengan pahala jihad, malangnya sangat sedikit di antara kamu yang dapat melaksanakannya". (Riwayat Bazzar)

Manakala Thabarani meriwayatkan cerita yang sama, tetapi sedikit panjang dari yang di atas tadi, katanya: Kemudian telah datang kepada Nabi SAW seorang wanita, lalu berkata: "Aku ini adalah utusan kaum wanita yang diutus kepadamu, dan siapa saja di antara mereka, yang tahu ataupun yang tidak tahu, semua mereka inginkan aku datang kepadamu dan berbicara denganmu. Bukankah Allah itu Tuhan kaum lelaki dan kaum wanita, dan engkau pula adalah Utusan Allah kepada kaum lelaki dan kaum wanita?! Allah telah mewajibkan jibad ke atas kaum lelaki, maka jika mereka menang mereka diberikan pahala yang besar, dan jika mereka mati syahid mereka akan tinggal di sisi Tuhan, mereka menikmati rezeki dan kurnia-Nya. Apa yang dapat menyamai pahala amalan mereka itu dari ketaaatan kami kepada mereka?"

Jawab Nabi SAW: "Bila kaum wanita itu mentaati suami mereka, dan mengenal hak-haknya. Tetapi malangnya, sangat sedikit sekali mereka yang dapat berbuat seperti itu".
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:336)

RASULULLAH SAW DAN PENCURI

Rasulullah SAW dan Yahudi Pencuri (azharjaafar.blogspot.com)

Seorang Yahudi mencuri di pasar, semua berusaha mengejar pencuri itu. Rasulullah SAW baru saja datang ke pasar, Beliau SAW melihat seorang Yahudi dikejar oleh banyak orang. Rasulullah SAW ikut mengejar Yahudi itu. Rasulullah berfikir apabila Yahudi ini tidak memiliki kalimah Laailaahaillallaah maka ia akan celaka dan sengsara selama-lamanya. Si Yahudi pencuri itu berlari sangat cepat semua orang tidak ada yang sanggup mengejarnya kecuali Rasulullah SAW. Pencuri itu terus lari dan Rasulullah SAW terus mengejarnya. Akhirnya pencuri itu kelelahan ia berhenti berlari. Rasulullah SAW pun mendapatkannya. Pencuri itu dengan tersengal-sengal bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah engkau?". Aku Rasulullah (SAW), engkau ucapkanlah Laailaahaillallaah pasti engkau akan mendapat kejayaan, jawab Rasulullah SAW. Pencuri itu berkata lagi, kalau engkau bukan seorang Nabi pasti engkau tidak akan dapat mengejarku, maka aku bersaksi di hadapanmu tiada tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan-Nya.

PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Pahala Sebanyak Bintang di Langit (azharjaafar.blogspot.com)

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan istrinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada istrinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah istriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.

SURAT BALASAN HERAKLIUS


Surat Balasan Heraklius ( azharjaafar.blogspot.com )

Di dalam versi yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad dan Abu Ya'la dari Said bin Abu Rasyid, katanya: Aku pernah menemui orang Tanukhi (dari negeri Tanukh) yang menjadi utusan Heraklius kepada Rasulullah SAW di Himsh (Syam), dan ketika itu dia seorang yang sudah sangat tua, dan dia tetanggaku maka aku berkata kepadanya:
"Bolehkah engkau ceritakan kepadaku tentang surat kiriman Heraklius kepada Nabi SAW dan surat Beliau yang dikirimkan kepada Heraklius", aku membujuknya. "Boleh", jawabnya singkat.

Orang tua itu lalu bercerita, katanya:
Bila Rasulullah SAW tiba di Tabuk, Beliau mengutus Dihyah Al-Kalbi ra. kepada Heraklius, pembesar Romawi. Apabila surat Rasulullah SAW itu sampai ke tangan Heraklius, dipanggilnya semua rahib-rahib gereja dan pendetanya. Bila semua mereka telah hadir ditutupnya semua pintu-pintu, dan tinggallah kami bersama dengannya.
Heraklius berkata: "Utusan ini datang kepada kita, sebagaimana kamu sekalian melihatnya, dan dia menyeruku untuk memilih salah satu dari tiga perkara berikut: Dia menyeruku untuk mengikuti agamanya, ataupun membayar upeti Jizyah dari hasil negeri kita, sedang negeri ini tetap di bawah kekuasaan kita, ataupun kita menemui mereka di medan perang! Demi Allah, kamu semua telah mengetahui dari apa yang kamu baca di dalam kitab-kitab kamu, bahwa kamu akan dikalahkannya. Maka lebih baiklah, kita mengikut agamanya, ataupun kita berikan saja upeti dari hasil harta kita"!

Semua yang berkumpul di situ tidak senang dengan kata-kata Heraklius itu, muka mereka merah padam kerana marah.Mereka berkata: "Apakah engkau mengajak kita untuk meninggalkan agama Kristen, supaya kita menjadi hamba kepada si orang badui yang datang dari negeri Hijaz itu?" Heraklius terkejut mendengar tentangan keras dari ahli-ahli agama itu. Dia kini yakin, bila mereka keluar dari pertemuan itu, tentu mereka akan sebarkan berita itu di luar kepada penguasa-penguasa negara, dan tentulah dia akan diturunkan dari kerajaannya.

Maka segeralah dia berkelit: "Eh, nanti dulu! Jangan terburu nafsu!" kata Heraklius mempertahankan dirinya. "Sebenarnya aku katakan begitu hanya untuk menguji pendirian kamu, apakah kamu tetap teguh atas agama kamu itu?!" sambungnya lagi.Kemudian Heraklius memanggil seorang Arab berbangsa Tujib yang memang menganut agama Nasrani dari kaum Arab Kristen, lalu dia memerintahkan: "Tolong carikan bagiku", kata Heraklius, "seorang yang pandai berbicara bahasa Arab, yang lidahnya lidah orang Arab.

Bawa dia ke mari untuk membawa surat jawabanku kepada si orang badui itu".Berkata orang tua dari Tanukhi itu memberitakan peristiwa lama yang dialaminya, katanya: "Aku pun dibawa kepada Heraklius lalu dia menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ditulis di atas tulang, lalu dia berkata pula: "Bawalah suratku ini kepada orang yang mengaku Nabi itu", kata Heraklius. "Tetapi dengar baik-baik apa yang dikatakannya, dan ingat tiga hal berikut ini, jika dia sebutkan.

Perhatikan jika dia menyebut sesuatu tentang surat yang dikirimkan kepadaku, dengar apa komentarnya? Perhatikan bila dibacakan suratku kepadanya, apakah dia akan menyebut perkataan malam! atau tidak? Dan yang terakhir, coba berusaha sampai engkau dapat melihat di belakang tubuhnya, adakah suatu tanda yang menarik perhatianmu?! Ingat baik-baik tiga perkara ini, dan beritahu apa yang engkau lihat kepadaku!" pesan Heraklius dengan hati-hati.Aku pun berangkat pergi membawa surat Heraklius itu, hingga aku tiba di Tabuk.

Di situ aku bertanya kepada para sahabatnya: "Di mana ketua kamu, yang dikatakan Nabi?" tanyaku. "Di sana itu! Yang sedang duduk dikelilingi orang", jawab mereka. Aku lihat Nabi SAW itu sedang duduk di tepi takungan Air, di mana dia telah dikelilingi oleh para sahabatnya. Aku pun maju ke depan, lalu mereka memberikanku tempat di depannya, bila diketahuinya aku datang sebagai utusan dari Heraklius. Aku pun menyerahkan surat itu kepadanya, dan diletakkan surat itu di atas pangkuannya.

Kemudian dia berkata kepadaku: "Dari mana engkau?" "Aku orang Tanukh!" jawabku. "Maukah engkau kembali kepada agama yang suci dari kepercayaan nenek moyang kamu Ibrahim (AS)?" tanya Nabi SAW kepadaku. "Aku ini utusan sebuah negara dan menganut agama negara itu, tidaklah wajar aku mengubah agamaku ini sehinggalah aku kembali kepada mereka dulu!" jawabku dengan jujur. "Memang benar Tuhan telah mengatakan: Sesungguhnya engkau, hai Muhammad, tidak mampu memberikan petunjuk kepada siapa yang engkau suka, akan tetapi Allah-lah yang akan memberikan petunjuk itu kepada siapa yang disukai-Nya, dan Dia adalah lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk itu!" Nabi SAW terlihat kesal sekali, apabila orang menolak untuk menerima Islam.

Aku berdiam diri saja, tidak tahu apa yang mesti aku katakan lagi."Hai saudara dari Tanukh!" tiba-tiba Nabi SAW menyeruku. "Aku telah menulis surat kepada Kisra (Pembesar Parsi), lalu suratku dikoyak-koyakkannya, kelak Allah akan mengoyak-ngoyakkannya dan kerajaannya", Nabi SAW berdiam sebentar. Kemudian menyambung lagi: "Dan aku menulis surat kepada Pembesarmu, maka dia masih ragu-ragu lagi, dan orang ramai masih boleh membuat alasan (tidak tahu) selama kehidupan mereka aman tenteram".

Nabi SAW berhenti sebentar.Mendengar ucapan Beliau tadi aku berkata kepada diriku: Nah, salah satu dari tiga yang dipesan oleh Heraklius supaya aku ingat baik-baik. Aku pun keluarkan sarung isi panahku, lalu aku catat pada kulitnya. Kemudian Beliau menyerahkan surat Heraklius itu kepada seorang yang duduk di kirinya untuk dibacakannya. Aku lalu membisik orang yang di sebelahku bertanya: "Siapa dia orang yang akan membaca surat Heraklius itu?" "Mu'awiyah!" jawab mereka.Tiba-tiba dalam surat pembesarku Heraklius ada sebutan mengajak ke syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa". Kemudian ada bertanya: "Di mana letaknya neraka? Bila mendengar saja bunyi pertanyaan itu, Nabi SAW pun menjawab: "Subhanallah!, ajaib sekali pertanyaan ini?!" ujar Nabi SAW "Jadi di manakah malam bila datang siang?!" tanya Beliau. Aku berkata pada diriku: Ini satu lagi dari ucapan Beliau yang mesti aku catat. Beliau telah menyebut malam, yang mesti aku sampaikan kepada Heraklius nanti.

Sesudah selesai dibacakan kepada Beliau surat yang aku bawa itu, Beliau lalu berkata kepadaku: "Engkau patut diberi hadiah kerana engkau utusan kepada kami", ujar Beliau. "Kalau kami ada hadiah, tentu kami akan berikan kepadamu. Akan tetapi kami sekalian adalah orang-orang musafir yang memyimpan bekal yang terbatas", jelas Beliau.Tiba-tiba terdengar suatu suara dari hadapan Beliau, suara salah seorang sahabatnya: "Aku yang akan memberikannya hadiah, jika engkau benarkan, ya Rasulullah!" Orang itu lalu mengeluarkan dari bungkusannya sepasang pakaian kuning dan diletakkannya di pangkuannya.

Lalu aku bertanya ingin tahu: "Siapa yang menghadiahkanku pakaian ini?" "Usman!" jawab mereka. Kemudian Rasulullah SAW berkata pula: "Siapa suka menerima orang ini sebagai tamunya?" "Saya!" kata seorang pemuda dari kaum Anshar. Orang Anshar itu pun bangun mengajak aku pergi.Apabila aku hampir meninggalkan majlis Nabi SAW itu, Beliau memanggilku pula seraya berkata: "Hai saudara dari Tanukh!", kata Nabi SAW.

Aku pun segera mendekatinya sehingga aku berdiri di sisinya. Beliau lalu menarik pakaiannya sehingga terbuka bagian belakangnya, sambil berkata kepadaku: "Mari ke sini, tunaikanlah tugasmu, sebagaimana yang disuruh oleh tuanmu!" kata Beliau. Maka terlihatlah padaku apa yang bertanda di belakang badannya itu, yaitu semacam cap (khatamun-nubuwah) di bagian atas bahunya seperti tanda bulat.

(Al-Haitsami: Ma'ma'uz-Zawa'id 8:235-236; Al-Bidayah Wan-Nihayah 5:15)

CERPEN : SUAMIKU ORANG TABLIGH

Cerpen: Suamiku orang Tabligh...
dipetik drpd :karkunahmithali.blogspot.com
Cerpen ni di tujukan pada mereka yang masih tidak memahami usaha dakwah dan tabligh ni..:)
*********************************
Eja merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung..baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Tika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yg sedang khuruj ke jalan Allah selama 3 hari.

***********************************

“Eja,mak ada berita nak sampaikan kat Eja ni..” beritahu mak suatu hari di waktu kami sedang bersarapan.
“Apa dia mak,lain macam jer bunyinya..”Eja memandang wajah ibunya. Sejak ayahnya meninggal,ibunyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan bergantung harap. Sayangnya dia pada ibunya tidak bertepi. Dia sanggup bersusah payah demi melihat ibunya gembira.
“Semalam,masa kamu pergi tadika,ada Badrul dan ibubapanya datang jumpa mak. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima,3 bulan lagi majlis perkahwinan dan nikah akan dijalankan”beritahu mak lagi.
“Hah!..Badrul anak pak Hashim tu ke mak. Yang keje kat kilang hujung kampung kita tuh?”Eja agak terkejut bercampur teruja.
“Ha’ah..dialah.sapa lagi..”


Hati Eja berbunga. Dia sebenarnya memang menaruh hati pada Badrul. Badrul,seorang pemuda lulusan kejuruteraan dari UTM. Bekerja sebagai jurutera di kilang kampung ini,berwatakan sederhana,berkopiah sentiasa di kepala dengan janggut yang sejemput, berpakaian kurta dan berseluar slack, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Eja gadis kampung lulusan STPM,dan bekerja sebagai guru tadika berdekatan rumahnya. Apapun dia seorang yang memelihara diri dan maruah. Menutup aurat yang sempurna seperti mana yang disyariatkan Allah. Sudah tentu dengan niali-nilai Islam yang diterapkan ibu padanya menyebabkan hidupnya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik.

“Arghh..alangkah gembiranya seandainya aku dapat memiliki Si Badrul.”bisik hati kecil Eja.
“Heh Eja,dengar tak apa mak cakap ni!.”sergah mak selepas melihat aku mengelamun seketika.
“Aah..aa..dengar mak. Ala mak ni,ikut makla. Kalau mak tarima,Ejapun terima juga. Mana yang baik bagi mak,baikla juga bagi Eja.”Eja tersenyum penuh makna memandang wajah ibunya.

****************************

“Eja sayang. Eja gembira tak kita dah jadi suami isteri.” soal Badrul sebaik mereka sah menjadi suami isteri.
“Mestilah gembira. Lelaki idaman yang Eja impikan menjadi kenyataan.”jawab Eja tersipu malu.
“Sebenarnya Eja pun wanita pujaan abang. Bila pertama kali jumpa Eja,hati abang berdegup kencang. Apatah lagi bila lihat Eja pergi tadika perpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati melihatnya.”bagitahu Badrul berterus terang pada isterinya.
“Yeker..tima kasih bang. Eja harap abang sudi bimbing diri Eja ni jadi isteri dan wanita solehah” jawab Eja.
“InsyaAllah sayang. Bukanke dalam al-Quran ada kata wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”
Eja tersenyum memandang wajah suaminya..hatinya kini sudah dimiliki oleh insan yang didambakan selama ini.

*********************
Pulang dari kerja,Eja menyambut Badrul dengan bersalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.
“Banyak kerja ke bang,letih jer nampaknya..”tanya Eja pada suaminya.
“A’ah sayang. Keje kat kilang tu melambak-lambak. Lagi pula,kilang abang bulan depan kena shutdown.lagila sibuk”jelas Badrul semula.
“Oh..gituker..”Eja tersenyum memandang suaminya.
Setelah menukar pakaian, mereka berdua menikmati minuman petang. Erm,air kopi habbatussauda’ dengan kuih karipap.
“Sedap kuih ni,pandai Eja buat yek. Kalau makan sedap-sedap camni..gemukla abang”
“Ala abang ni..biasa je kuih tu..pandai-pandai je abang ni” Eja mencubit lengan suaminye kerana usikan itu.
“ Ni abang nak bagitahu ni,esok abang nak kuar 3 hari tau.”
“Esok ke bang?.kalu tak kuar tak bleh ke..sunyilah Eja abang takde 3 hari ni” Saja Eja bertanya begitu. Dia memang tahu,sejak berkahwin dengan Badrul,setiap bulan memang wajib suaminya keluar dakwah selama 3 hari.
“Yelah sayang..dah lupaker?”
“Ermm..ingatlaa..saja jer tanya,”


Sebenarnya Eja berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia perkahwinan mereka baru 4 bln. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui Badrul terlibat dlm usaha ini..Apatah lagi rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.

Memang dia akui Badrul seorang suami yang taat pada perintahNya. Solah lima waktu berjemaah di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solah di rumah. Amalan tahajjud,tilawah al-quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Eja seharusnya bersyukur dengan Allah atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perluke buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni. Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, tv ke, Internet ke, macam ustaz atau penceramah agama buat sekarang ni. Arghh..Eja terkeliru..bingung..sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur galur perjuangan dakwah tabligh ni.

********************************
Suatu malam Eja dan Badrul berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

“Sayang,apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?” tanya Badrul pada isteri tercinta sambil membelai ubun-ubun isterinya.
“Entahla bang. Yang Eja tahu,orang kata tabligh ni suka tinggal anak bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga.” Jawab Eja jujur.
Badrul tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.
“Eja sayang,cuba Eja fikir,orang tabligh je ker yang tinggal anak bini. Habis tu,orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak,sebulan di laut sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, cam tu tak pe pulak, takde pun orang nak pertikaikan. Cuba Eja renung firman dalam al-quran yang mafhumNya:


"Katakanlah: jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya, dan jihad di jalan Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya,.." (At-taubah:24)

"Erm,betul juga kata abang.entahlah, Eja pun tak tahula bang. Eja sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tablligh ni.”

“Sebenarnya uasaha dakwah ni kerja nabi, Ejakan tahu macammana nabi, baginda adalah kekasih Allah. Sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni,kena ejek, kena baling batu sampai berdarah,kena lempar dengan najis,jumpa orang rumah ke rumah,lorong ke lorong,semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah,supaya dapat hakikat Lailahaillallah, tidak menyembah makhluk tapi menyembah Allah yang Esa. Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat,kan dalam al-quran ada kata:

“Kamu sebaik2 umat, yang telah dilahirkan bagi faedah manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah” (Ali-imran:110)…”

Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya 10% sahaja berbanding usaha sahabat sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak bini, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah taala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga utk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Eja ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang di tinggalkan Ibrahim. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sekarang asbab untuk mereka hidup,takde rumah,makanan dan tempat tinggal,tiada jiran-jiran,tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya. Eja ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa,cukup peralatan rumahnya,keperluan dah abang sediakan…takkan camtu pun tak sanggup lagi. Habis..Eja nak abang berkepit duduk bawah ketiak Eja 24 jam. Camtuh?”Badrul sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.

“Bukanla sampai macamtu bang. Cuma Eja cemburu, orang lain, bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam,pastu bleh main ngan anak-anaknya,sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Aada masa bermesra ngan keluarga. Tapi abang,balik kerja rehat sebentar,pastu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastla,mesyuaratla,malam markazla..kalu hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam.”Eja menerangkan situasi yang sedang dilalui ini.

“Itulah namanya lima amal masjid. Yang kita kena keluar 3hari,40hari,4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja nabi,untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah,dan bila balik,Medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan lima amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, pastu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah,pastu buat taklem di rumah dan masjid,kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. Lima amal masjid ni merupakan amalan masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni,kita nak belajar bagi masa untuk agama,dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat..cuba kita tengok jambatan.mana ada orang bina rumah ke,istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” Terang Badrul panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.

“ Takpelah bang. Eja cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Eja akan berusaha untuk mengatasinya”
“Camtulah isteri abang yang cantik jelita ni. Nanti abang bawa Eja jumpa ahlia karkun kat kampung ni. Hah,ahlia cikgu Abas tu,dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Blehla Eja belajar daripada ahlianya.dan lagi Eja bleh berkenalan dengan ahlia karkun bila pergi taklem mingguan masturat nanti. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari,yerk!” Eja tersenyum memandang suaminya.
“InsyaAllah bang” jawab Eja.

*************************************

Eja tersedar dari lamunannya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi mehnah ini,mungkin dia terlalu berharap Badrul menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa,bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman Allah:


“ Sesungguhnya Allah telah membeli pada orang mukmin itu dirinya dan hartanya dengan memberikan syurga untuk mereka” (At-Taubah:111)

Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat,harta,darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan,sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.

“Yeah,aku harus kuat,kuat untuk memperoleh keredhaan Allah. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa berdoa semoga Allah istiqomah dan kekalkan aku,suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga Allah bagi kefahaman pada mereka yang memandang serong,membenci atau menghina kerja ini. Ameen” bisik hati Eja.

TAMAT

IJTIMA MALAYSIA 2009 (rahba81.blogspot.com)

Ijtimak Malaysia 2009 (Karkuzari)

Assalamualaikum..
Laporan terkini Ijtimak 2009.
Bertarikh 30/05/09 dan 31/05/09 telah berlangsung satu Jhor kecil yg di hadiri lebih kurang 3500 orang khusus untuk memberi taklimat kepada semua jemaah yg terlibat untuk khidmat pd hari Ijtimak 2009 nanti..Jemaah yg hadir dari seluruh Malaysia ini termasuk warga Indon,Myanmar,Pakistan,Bangladesh,India dll yg menetap di Malaysia ini telah di berikan kerja khidmat masing2..

Beberapa jemaah telah di bentuk antaranya Jemaah Estekbal,Qitar Wali Jamaat,Ta'am,Security,Parking,Tandas,Iklan,Maintainance Elec,Journawala,Hidangan dan byk lg jemaah kecil bagi melancarkan perjalanan Ijtimak 2009 yg hanya berlangsung sejak 28 tahun yg lalu(masa tu aku ingat umur aku baru setahun kot)..Lps ni belum tentu aku hidup untuk berjumpa Ijtimak yg akan dtg..

Tashkil :
Untuk pengetahuan tuan2 medan Ijtimak sgt2 memerlukan org khidmat tak kira samada tuan pernah keluar khuruj bersama jemaah dakwah/tabligh atau tidak..Tuan2 yg mulia niat dan berazam la untuk jd asbab agar org lain dpt keluar di jln Allah..Antaranya melalui kerja khidmat ini..Seluruh pahala org keluar jln Allah juga org khidmat akan peroleh..Melalui amalan khidmat ini la buku amalan catatan kita akan terus terbuka hingga ke hari Qiamat..Itu baru khidmat..Belum door to door lagi..Ameenn Insyallah..

Karkuzari Jemaah Khidmat Taam/Tashkil :
Untuk pengetahuan tuan2 Khidmat Taam Umum memerlukan manpower seramai 1500 org untuk menjayakan Ijtimak ini..Buat masa ini ketika Jhor pada 30/05/09 dan 31/05/09 jumlah org khidmat taam umum cuma ada sekitar 130 org sahaja..tuan2 yg sedia untuk khidmat taam boleh la terus dtg ke khemah khidmat taam dan beri nama kpd org tanggungjwb di pintu masuk utama khemah khidmat taam..

Tuan2 yg mulia berikut pecahan kerja dlm khidmat taam ini nanti :

Tugas masak nasi perlu kpd 360 org tukang masak
Tugas masak lauk perlu kpd 300 0rg tukang masak
Tugas parut kelapa perlu kpd 120 orang
Tugas penghidang makanan 120 orang
Tugas penyediaan minuman 160 orang

Seandainya tuan2 mampu membawa lebih ramai org maka boleh di gunakan untuk tujuan standby atau kerja boleh di laksanakan dlm sistem syif..

Peringatan!!! : Tuan2 yg sudah sedia ataupun baru bg azam utk tugas khidmat taam (nasi,lauk,air dll mengenai makanan) adalah di nasihat kan pergi kemana mana hospital kerajaan atau klinik swasta dan dptkan suntikan utk pengendalian makanan iaitu TY2 Injection .Kos suntikan hospital/klinik kerajaan adalah sekitar RM 20.Kos bg klinik swasta sekitar RM 35 ke RM 100 shj.Sila simpan resit suntikan tersebut dan apabila di minta oleh Amir Khidmat Taam Ijtimak maka boleh la serah resit tersebut..Suntikan tersebut akan kekal selama tiga tahun..

Medan Ijtimak juga memerlukan lebih ramai org khidmat tuan2 yg mulia..Untuk sesiapa yg sedia boleh terus ke Medan Ijtimak untuk kerja2 naik khemah,khidmat tandas dan byk lagi kerja2 yg perlu di siapkan sehingga hari Ijtimak tuan2 yg mulia..

Sekali lagi di peringatkan Objektif Ijtimak diadakan adalah bukan untuk suka2 berkumpul akan tetapi usaha dan fikir di buat agar banyak lagi jemaah 4 bulan/40 hari dapat di keluarkan di jln Allah sebelum sebaik-baiknya atau selepas Ijtimak utk di hantar ke hujung2 dunia agar maksud agama ini tercapai..Ini lah sebahagian usaha untuk menyukakan Allah dan Rasul dan menarik rahmat Allah..

Galeri Ijtimak 2009..

Suasana Medan Ijtimak 2009 beberapa hari sebelum Jhor yg diadakan untuk orang khidmat..













WUDHU 1 ( LOCAL )








TAPAK TANDAS



TAPAK KHITTA FOREIGN 1





Maka kerja2 penyediaan memasak nasi pun bermula.Ni time beras baru naik dan perlu di kacau utk mengelakkan kerak.1 periuk ni boleh di muatkan 25 kg beras,1 kg utk 10 org,25 kg cukup utk 250 org.Time ni lebih kurang 14 periuk sekali jln utk hidangan 3500 orang!



KHIDMAT TAAM SEDANG BERTUNGKUS-LUMUS MEMASAK...













































SUASANA MALAM DI KHITTA 3 KHUSUS UTK KWS KUALA LUMPUR





JEMAAH BARU SAMPAI BEREHAT















JEMAAH MULA MEMENUHI KHEMAH PENGHIDANG MAKANAN




















Sebelum subuh lg persiapan utk sarapan telah bermula.Ni time nak tunggu nasi kering.Ni tgh masak nasi lemak la ni.Sebahagian jemaah sedang solat Subuh dan sebahagian lg sedang menjaga masakan.


























Ni suasana Sabtu mlm 30/05/09 selepas bayan maghrib..Time ni lebih kurang 3000 org dah mula membanjiri khitta.

















KOLAM TAKUNGAN AIR UNTUK WUDHU











MEDAN IJTIMA 1














Kerja2 mendirikan khemah kecil di tepi kolam takungan air.















KOLAM TAKUNGAN AIR












KHEMAH KHIDMAT TAAM YG MNEMPATKAN BRG KEPERLUAN KERING SEBELUM DITUTUP














MEDAN IJTIMA















MEDAN IJTIMA














Khitta jemaah local sebelum Jhor khidmat pd 30-31/05/09













KERJA2 MENYIAPKAN KHITTA












PEMANDANGAN DLM KHITTA


































MEDAN IJTIMA










MEDAN IJTIMA















KHITTA DALAM PEMBINAAN











Medan Ijtimak masih kekurangan manpower.Tuan2 yg sedia boleh la terus dtg ke medan Ijtimak.

















Di belakang khemah khidmat taam terletaknya khemah khidmat medan Ijtimak.










Khemah Khidmat Taam ( Masak Nasi ) sebelum di tutup dari pandangan umum.Bukan ape nak jaga kebersihan














TEMPAT WUDHU LOCAL





Wednesday, June 24, 2009

KARKUZARI JEMAAH KE KASHMIR 8 OKT 2005

Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..
Salam..
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.
(fikirumat.blogspot.com)


Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.

Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur'an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.
Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata "kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama".
Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.

Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami. Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu'))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.

Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.
Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.

Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.








Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.


Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan lebat yang aneh.







Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.
Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata "kun faya kun"..








Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi. Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah.
Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.


Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah..







Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.
Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur'an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.
Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta'lim ta'lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.
Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni..Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad s.a.w.
Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..Ameenn Ya Rabbal Alameen..

KETIKA USAHA DAKWAH TERHENTI !!!!! ( sumber:azharjaafar.blogspot.com)

Ketika Usaha Dakwah Terhenti

Ketika Khadijah rha. menemui suaminya Baginda Muhammad SAW. Ia (Khadijah rha) baru saja pulang dari rumah Waraqah. Ia menanyakan tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada suaminya, pada saat itu lah Rasulullah SAW menerima wahyu ke-dua awal surah Al-Mudatsir. Rasulullah SAW kemudian berkata kepada istrinya "Tidak ada waktu lagi untuk istirahat... Jibril AS telah menyampaikan perintah Allah SWT kepadaku agar aku menjumpai setiap orang untuk mengajaknya kepada Islam, wahai istriku siapakah orang yang akan mengikutiku". "Aku ya Rasulullah, aku mengimani bahwa Allah SWT tiada tuhan selain Dia dan engkau adalah Rasulullah" Jawab Khadijah rha.

Demikianlah awal pengorbanan mereka yang tiada berhenti sehingga segala keperluan diri dikebelakangkan hanya untuk kemuliaan Islam. Hingga di akhir hayatnya Rasululah SAW ketika ditemani oleh Jibril AS yang datang untuk menghiburnya, Beliau SAW bertanya "bagaimana keadaan ummatku sepeninggalanku?". Keadaan ummatnya saja yang terfikir hingga akhir hayatnya.Menjelang akhir hayatnya Rasulullah SAW mengirim satu jema'ah besar keluar kota Madinah dipimpin seorang panglima yang masih sangat muda, anak dari seorang bekas budak hamba sahaya yang kemudian menjadi anak angkat Beliau, Usamah bin Zaid r.ahuma. Belum sampai ke tujuan Jema'ah tersebut mendapat berita tentang wafatnya Baginda Rasulullah SAW. Akhirnya diputuskan jema'ah tersebut kembali ke Madinah.

Di Madinatul Munawwarah keadaan pun sedikit kacau, karena begitu sedih dan bingung banyak dari sahabat r.anhum yang tidak tahu harus berbuat apa pada saat itu. Umar ra. menghunuskan pedang berkeliling Madinah sambil berkata tidak mungkin Rasulullah SAW wafat, Utsman ra. hanya diam tidak tahu berbuat apa.. Sehingalah Abu Bakar ra., setelah menjenguk jasad Baginda SAW, tampil ke depan menenangkan.Singkat cerita...Usaha da'wah terhenti sebentar (dalam satu riwayat 7 hari), jema'ah yang dipimpin Usamah ra. belum diberangkatkan. Apa yang terjadi?

Alim ulama menerangkan ketika da'wah terhenti sebentar ada 3 perkara besar terjadi:

1. Diangkatnya ketakutan dari hati orang kafir terhadap orang Islam

2. Banyak orang kembali murtad dan sebagian tidak mau lagi membayar zakat.

3. Munculnya Nabi palsu, Musailamah al Kahzab.

Tentara Romawi dan sekutu-sekutunya mengirim suatu kekuatan besar untuk membumi hanguskan Madinah dan seluruh orang Islam. Abu Bakar ra. memutuskan untuk segera mengirim kembali jema'ah yang sempat tertunda untuk menghadapi tentara kafir dengan tetap dipimpin oleh Usamah ra. Ada sebagian sahabat yang merasa keberatan dan ingin agar Usamah ra. dapat diganti dengan sahabat yang lebih berpengalaman tapi Abu Bakar ra. berkata,"Belum lama jasad Rasulullah SAW dikebumikan, sekarang kalian hendak mengubah satu Sunnahnya"!Jema'ah tersebut tetap dipimpin oleh Usamah bin Zaid r.anhuma. Semua sahabat yang tidak ada uzur diperintahkan untuk menyertai jema'ah tersebut.

Amirul Mukminin, Abu Bakar ra. meminta kesediaan Usamah ra. untuk membolehkan beberapa sahabat tetap tinggal di Madinah untuk tugas-tugas lain. Khalid bin Walid ra. ditugaskan memimpin 500 orang untuk menghancurkan Musailamah al Kahzab, Umar ra. ditugaskan memimpin 50 orang untuk menhadapi mereka yang tidak mau membayar zakat. Sehingga tinggallah di kota Madinah orang-orang tua dan Abu Bakar ra. sebagai Amirul Maukminin untuk mengendalikan keadaan di Madinah.

Seorang sahabat lagi bertanya kepada Abu Bakar ra. berkata "Wahai Amirul mukminin kalau semua kita menyertai jema'ah ini bagaimana keadaan kota Madinah yang di dalamnya ada Ummahatul mukminiin, istri-istri Rasulullah SAW". Abu Bakar ra berkata,"Aku lebih rela istri-istri nabi diserang musuh dan bangkainya dicabik-cabik serigala daripada agama dan usaha agama ini terhenti".

Akhirnya Jema'ah tersebut diberangkatkan dengan dilepas sendiri oleh Amirul Mukminin Abu Bakar ra. Di Madinah, semua sahabat yang uzur diperintahkan untuk membuat 'amalan masjid. Mengisinya dengan Da'wah menjumpai orang-orang di Madinah yang keyakinannya goyah atau telah keluar dari Islam untuk dapat kembali kepada Islam. Mereka kemudian diajak ke Masjid Nabawi untuk duduk di dalam majelis dan dibangkitkan semangatnya kembali serta memperbanyak 'amal ibadah dan berdo'a memohon bantuan Allah SWT. Sebagaian lagi diberi tugas untuk melayani tamu-tamu yang datang dan menyiapkan segala keperluan jema'ah masjid.Dari usaha dan kerja di Masjid Nabawi tersebut alim ulama menerangkan terbentuk beberapa jema'ah da'wah yang dikirim ke kawasan yang berdekatan dengan Madinah, menjumpai setiap orang yang berada di kabilah terdekat untuk kembali kepada Islam dan Iman. Sehingga di dalam suatu riwayat selama tiga hari-tiga malam di kota Madinah tidak terdengar suara adzan.

Kembali kepada Jema'ah yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid ra. Selama perjalanan untuk menghadapi tentara kafir mereka telah berhenti beberapa kali. Alim ulama menerangkan bahwa Usamah ra. telah memerintahkan jema'ah tersebut untuk berhenti dan membongkar segala perlengkapan dan memasang tenda dan berbagai keperluan lainnya. Ketika semua telah selesai, ia, Usamah ra. memerintahkan untuk melanjutkan perjalanan. Semua sahabat r.ahum tha'at. Mereka segera membongkar tenda mengumpulkan segala perbekalan dan sebagainya. Di tempat yang lain Usamah ra. memberikan perintah yang sama sehingga beberapa kali jema'ah tersebut membongkar memasang dan membongkar lagi perbekalan serta tenda mereka.Alim ulama menerangkan bahwa walaupun pada zhahirnya terlihat seperti tidak teratur dan tidak terorganisir akan tetapi dengan ketha'atan kepada Amir dan bergeraknya mereka tersebut fii sabilillaah.

Allah SWT telah tanamkan kembali di dalam hati musuh Islam ketakutan terhadap ummat Islam. Tentara Romawi dan sekutunya menjumpai bekas-bekas perkemahan dan barang-barang perbekalan sahabat r.ahum dapat menghitung berapa kekuatan pasukan Muslimin. Di tempat yang lain mereka menjumpai tanda-tanda bahwa di tempat itu juga sepasukan yang besar pernah berkemah. Sehingga akhirnya tentara musuh Islam tersebut berkesimpulan kalau dengan jumlah sahabat r.ahum sedemikian besar yang berada di luar Madinah maka pasti jumlah yang lebih besar lagi ada di dalam Madinah. Dan mereka memutuskan untuk mundur karena mereka yakin mereka tidak akan menang menghadapi orang Islam.

Begitu juga Musailamah al Kahzab dan pengikutnya beserta benteng di Yamamah yang telah didirikannya akhirnya dapat di hancurkan.Tiga perkara besar yang terjadi akibat usaha da'wah terhenti sebentar akhirnya dapat dikembalikan. Orang-orang kembali kepada Islam dan mau membayar zakat, Allah SWT tanamkan kembali ketakutan di dalam hati musuh Islam dan Allah SWT hancurkan nabi palsu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails