CARI DALAM BLOG INI

Friday, February 14, 2014

Sejarah Usaha dakwah dan tabligh [Audio only]



Sejarah Usaha dakwah dan tabligh - Maulana Mohd Ihsan 

Bebagai respond Daripada Ulama' Seluruh Dunia dan juga masyarakat islam di seluruh dunia mengenai Usha Jamaah Tabligh ini. Tapi sebenarnya Untuk memahami Mengenai Jamaah Tabligh ini, Kita tidak boleh memahaminya Melalui Teori. Sesorang itu Hanya akan diberi Kefahaman Oleh Allah sekiranya dia Sendiri yang melaksanakan Perkara itu. Semakin Banyak Dia melakukan Pengorbanan, semakin banyak dia meluangkan Masa Untuk Memubuat Amal dakwah dan Tabligh itu, maka sebanyak itulah Allah bagi kefahaman kepada dia. Walaupun kita explain berjam-jam dan kita keluarkan segala dalil-dalil. Tapi kalau orang belum perna ikut, turut serta atau menjalani atau mengorbankan Harta, diri dan masanya untuk mengerjakan Amal ini maka dia tidak akan faham. Walaupun dia belajar dengan Masyaikh-masyaikh yang hebat-hebat yang dalam tabligh ni pun dia duduk dengar penjelasan dia tidak akan faham selagi dia tidak menjalankan usha itu sendiri.

Jadi, kefahaman seseorang Terhadap usaha Dakwah dan Tabligh ini hanya Allah akan bagi kedunia bila dia betul-betul korbankan harta,diri dan masanya dan juga dia bermujahadah (bersusahpayah) untuk menjalankan usha tersebut. Sedikit-demi sedikit Allah akan buka kefahamanya.

Usha dakwah dan tabligh ini bukanlah usha orang india atau usha orang pakistan bukanlah usha maulana ilyas. Kalau kita belajar Tauhid kita kan faham Tabligh itu adalah sifat Wajib bagi Allah swt.

Jadi Tabligh ataupun dakwah ataupun Amal Ma'ruf nahi Mungkar ini Hukumnya fardu kifayah wajib.
Dalilnya rujuk surah Al-Imran ayat 104. Dalam usul feqah "Waltakum min Kum" perkataan "Min kum" menunjukkkan hukumnya Fardu kifayah. Lafaz minkum maksudnya "hendaklah ada sebahagian daripada kamu berdakwah kepada kebaikan, menyeruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" .

Dalam hadis juga rasulullah saw bersabda: "Man raa minkum Munkaran fal yughayyuruhu biyadihi, faillam yastati' fa bilithanihi, faillam yastati' fa biqalbihi, wazalika adaful iman" lafaz "minkum" sama seperti diatas Hukumnya fardu kifayah

Jadi kemungkaran itu, cukuplah seseorang yang meninggalkan solat, itulah kemungkaran paling besar, berapa ramai orang islam di kampung kita, dalm keluarga kita, di negara kita yang meninggalkan solat. Dan hukum fardu kifayah untuk kita cega benda tu hampir menjadi fardu ain, sebab jumlanya terlalu banyak dan orang yang mengerjakanya terlalu sedikit.

contohnya sembahyang jenazah, sembahyang jenazah itu hukumnya fardu kifayah jadi kalu ada satu orang mati dalam kampung itu, dan kalauseorang sahaja yang menyembayangkan jenazah itu sudah cukup yang lain sudah terlepas. Tapi kalu seribu orang dan yang menyembahyangkannya hanya 2 atau tiga orang, memang tak mampu, Akhirnya jadi wajib A'in , kena semua orang turun solatkan jenazah itu. Jadi kemungkaran yang banyak yang hukum mencegahnya fardhu kifayah boleh sampai kpd tahap fardhu ain, Wajib bagi kita kerana kemungkaran yang berlaku di dunia sekarang ini dah terlalu bnyak dn orang yang ingin mencegahnya pun sikit sangat.

Jadi kemungkaran kalau kemungkaran itu berleluasa di kampung kita, di negeri kita , di negara kita maka wajib bagi kita untuk mencegah. Cumanya cara pencegahanya nanti ada cara dan tertibnya.

Oleh sebab itu, Usha Dakwah tabligh, Amal ma'ruf nahi mungkar ini daripada dahulu lagi, sejak zman nabi dan seterusnya . bukanya hanya kerja jamaah tabligh sahaja tapi hanya orang slah faham sahaja.
orang kata Dakwah itu orang tabligh sahaja. 

Cuma Maulana Ilyas r.a dia ini ketika empayar islam jatuh roboh, kerajaan Turki uthmaniah 1926 ketika itu sudah habis, roboh, Runtuh. Asbab-asbab Kamal At-Tartuk itu bersekongkol, bersepakat dengan british, Akhirnya musnahlah, dibahagi-bahagikan negara-negara dan sebaginya tidak ada lagi kerajaan, khalifah habis runtuh. Masa itulah firqah-Firqah, kumpulan-kumpulan yang asalnya individu-individu yang ingin memperjuankan kembali islam. Contohnya Hassan Al-bana , Abu A'la Al-Maududi, Termasuklah Maulana Ilyas jugak . mereka bertiga ini sezaman. Abu hasan Al-bana ini dia menubuhkan Ikhwanul muslimin kerjanya Dakwah ta'lim, ibadah khidmad tazkiyah, dan Abu A'la Al-maududi ini sama juga iyanya lebih kearah jihad. Kalau Maulan Ilyas iyanya lebih kepada Fasmuka iaitu dakwah. Fasmuka ketika nabi diutuskakn kemekah, itu yang dipilih oleh maulana ilyas. Jadi mereka ini Ulama besar, Bukanya orang biasa, Maulana ilyas itu ulama' besar, Hasan al-Bana pun ulama' besar semunya ulama-ulama besar yang ingin memperjuangkan kembali islam setelah runtuh kerajaan turki uthmaniah. Akhirnya masing-masing berijtihad dengan membuat cara tertib masing-masing, ataupun tariqah masing-masing dan juga beberpa yang lain lah.. 12:45


MUAT TURUN AUDIO :
LINK 1 DROPBOX
LINK 2 APP.BOX

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails