CARI DALAM BLOG INI

Monday, November 1, 2010

DOOR - TO - DOOR

INSYA-ALLAH, Ni mungkin entri yang terakhir kot bulan ni..sebab cuti sekolah ni nak keluar belajar2 buat usaha agama..tuan2 doalah Allah pilih saya yg baru nak belajar ni...

kali ni nak citer pasal door-to-door...pintu ke pintu...ulama kita pesan supaya buat usaha door-to-door dan kena jumpa dengan semua orang dalam rumah tu, yang lelaki akil baligh je...tanya khabar dan berkenalan dgn diorang..macam buat ghast (ziarah) juga...jumpa mereka dan bagitau pasal kerja dakwah ni kerja mereka juga dan tanggungjawab mereka2 yang Muslim disamping cerita tentang kebesaran Allah...dakwah bukan tugas para ustaz atau yang kerja kat jabatan2 agama je atau kerja orang Tabligh (yang orang gelarkan), semua orang islam bertanggungjawab atas agama Allah kat atas permukaan alam ni...

Sambutan??? haaa...macam2 jenis orang kita akan jumpa...ada yang suka dan tak kurang ada yang maki-hamun..hairan...cerita Agama melatah, cerita bola dan artis tak pula...???hmmm...nabi SAW pun buat dakwah door-to-door...semua pintu diketuk dan lorong2 dilalui. kita buat usaha ni bukannya nak minta bayaran..kita tak dibayar satu sen pun drpd mana2 pihak apatah lagi nak minta sumbangan atau dana...yang penting, buat dengan penuh 'ihtisab' tentang ganjaran yang Allah akan bagi kelak kat akhirat...

kalau tak buat door-to-door ni, jiran sebelah pun kita tak kenal..muslim ke tak..perkara ni da lama ulama kita cakapkan...cuma 'saya' je yang lum buat perkara ni sungguh2...di negara lain benda ni dah biasa...di sri langka usaha agama di sana kuat sehingga masjid penuh...bukan setakat solat Jumaat, malah solat Tahajud sekalipun !! Di sana ada lebih seribu masjid dibina dan semuanya hidup dengan amalan agama, ada azan dan orang solat 5 waktu...natijahnya orang2 bukan Islam dengan sendirinya berbondong2 masuk islam tanpa diajak sebab terkesan dengan keadaan orang Islam..

Usaha dakwah ni termasuk door-to-door, adalah atas fikir risau kita terhadap umat seluruh alam...bukan setakat program2 biasa lepas tu dah habis dan lepas tangan..tak sama sekali...ianya berterusan...bukan kerja org2 yang korang gelarkan tabligh je kena buat, semua umat nabi saw sampai kiamat kena buat. Lagi satu, Usaha yang org sebut Tabligh2 ni bukannya satu persatuan atau kelab2 mana2 badan NGO..TIDAK SAMA SEKALI...usaha ni takde gelaran atau nama...cuma usaha ni berjalan atas sebab fikir risau atas umat seluruhnya..bagaimana seluruh umat dapat selamat dari azab Allah dan masuk syurga Allah sepertimana fikir risau bimbang Nabi kita, Muhammad SAW...para sahabat2 pun buat dakwah dan sampaikan agama seluruh alam kenapa pula para sahabat org hari ni tak gelar Tabligh??? ulama bagitau, usaha ni nampak macam satu2 pergerakan atau persatuan sebab ianya dibuat tidak secara menyeluruh atau ijtimai. segelintir saja yang buat akhirnya nampak macam pergerakan kumpulan2 tertentu. Tapi apabila semua orang main peranan dan anggap "ini kerja saya,tanggungjawab saya", maka org tak akan nampak ianya pergerakan mana2 kumpulan tertentu.

selagi umat hari ni anggap kerja dakwah ni kerja org2 tertentu seperti ustaz/tabligh/Jabatan agama dan sebagainya, maka mereka anggap agama ini bukan tanggungjawab mereka dan mereka lepas tangan serahkan bulat2 pada org lain...akhirnya orang islam sendiri semakin jauuhh dari agama dan orang bukan islam semakin jauhh drpd hidayah...

wallahu a'lam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails