CARI DALAM BLOG INI

Sunday, October 31, 2010

DOAKAN SAYA....

Tak lama lagi cuti sekolah dah nak mula November ni, dan tak lama lagi nisab tahunan 40 hari aku bakal tiba. Hmmm... tahun ni nak azam keluar Negara Jiran pula sebab tahun lepas dah keluar Dalam Negeri...tapi itu 'plan B'..'plan A' nak kluar 40hari masturat, insyallah.... doakanlah saya..doa supaya jemaah sempurna dapat dibentuk...setakat ni baru 2 couple insyallah azam kuat..aku pun dah tafakud...alhamdulillah lulus...tapi lum tau lagi kehendak Allah macamana sebab Dia yang tentukan segala-galanya...Allahu akbar...

Kebelakangan ni sibuk sedikit kerja 'dunia' dan urus jemaah keluar masuk Keningau. Bulan ni je ada 3 Jemaah masuk serentak, 2 dari Pakistan (Bunir dan Swad) satu jemaah lagi dari Sri Petaling...kelmarin pun agak sibuk urus orang2 yang nak keluar untuk ditafakud oleh syura...fuuhhh...tak menang tangan...begitula kalau jadi jemaah tasykil...kebanyakannya student, al-maklum cuti sekolah ni la belambak jemaah akan dibentuk..apa-apa pun semuanya kerja Allah...kita cuma gerak je...memang penat...tapi penat untuk agama takpe...syukurlah Allah sibukkan dalam hal agama...

Tuan-tuan doalah...supaya Allah keluarkan jemaah sebanyak-banyak mungkin cuti sekolah ni samada student atau orang awam...kalau jemaah dapat dikeluarkan berkat doa tuan-tuan, tuan-tuan pun akan dapat ganjaran 'free' insyallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails