CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, May 13, 2015

MAAFKAN KAMI...KAMI TAK PANDAI MACAM TUAN

MAAFKAN KAMI..KAMI TIDAK PANDAI MACAM TUAN.....

Masa aku keluar dulu ada satu kisah orang lama guna utk berhadapan dengan alim ulama yg tak faham dan tak suka usaha jemaah. Kejadian ni aku lihat depan mata aku sendiri di masjid Larkin johor waktu keluar 40h bawa jemaah india.

Jemaah kena marah dengan satu ustaz waktu tu. amirsab india dengar saja dan senyum. Kemudian dia tanya, boleh minta pendapat ustaz tak? Ustaz ckp boleh..

Dalam sebuah rumah, ada seorang ibu yang sakit dengan 3 orang anaknya. Anak pertama seorang lelaki umur 20an, anak kedua seorang remaja perempuan umur sekitar 15 tahun dan terakhir ialah anak kecil berumur 3 tahun yang baru boleh berjalan dan masih pelat bercakap.

Pada satu hari ibu rasa sakit sangat dadanya, meminta si abang ambilkan ubat diatas almari. Abang sibuk dan nak cepat pergi kerja, tak sempat penuhi kemahuan ibu dan terus berlalu. Ibu memanggil kakak perempuan pula minta tolong ambilkan ubat, tapi kakak sibuk dengan kawan kawan yang mahu ajak keluar berjalan. Diabaikan permintaan ibu itu. Ibu sakit makin parah, batuk baruk berdarah dan makin lesu. Ibu memandang adik kecil.. Adik kecil kasihan pada ibu.. Adik kecil nak tolong ibu, dia berusaha panjat almari tu untuk ambil ubat, bila dapat dicapai botol ubat, botol tu jatuh pecah berkecai.

Ibu nazak dan adik kecil menangis tak tahu buat apa.. Akhirnya ibu meninggal.. Adik kecil yg buat ubat tu pecah.

Tuan, dalam kisah ini, siapakah yang patut dipersalahkan?

Ustaz jwb, mesti lah abg yang sulung dengan kakak tu. sebab mereka ada kemampuan, kekuatan utk bantu ibu mereka!

Amirsab balas; betul tuan.. Anak kecil tu kami ni jemaah tabligh.. Sedang merangkak cari hidayat, tak cukup ilmu, tak cukup harta benda dan berbagai lagi. Kami hanya ada sedikit ilmu agama dan kesungguhan kerana kami nampak ibu kami sakit.. Ibu kami tu agama kita lah tuan..

Sedangkan yang mampu dan patut buat kerja selamatkan agama yang dikasihi ni ialah orang seperti tuan, ada ilmu tinggi, ada kekuatan, ada pengaruh dan berbagai lagi.

Sekarang agama sedang nazak.. Kalau tuan salahkan kami buat kerja kami dalam keadaan kami yang serba daif dan kurang ni.. Kami mohon maaf banyak banyak.. Kerana kami sayang sangat agama kami dan kami tak mahu agama kami mati.. Kami buat apa yang kami mampu sahaja, lebih dari itu kami tiada daya tuan.. Maafkan kami..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails