CARI DALAM BLOG INI

Thursday, April 8, 2010

KUCING OH KUCING..

Baru2 ni aku terserempak dengan kucing yg kena lenyek kereta..mungkin sesetengah org akan cakap “siapalah yg punya angkara ni, takde peri-Kehaiwanan langsung..”..hmmm,nak buat camna kan, ajal ‘diorang’ dah tiba..kadang2 tu bukan salah pemandu pun, kucing tu sendiri redah je jalanrya tak toleh kiri kanan…ishhh….dah tu yg disalahkan bukan kucing, pemanndu jugak..paling bengang sekali kalau ada lembu dan geng2 nya lepak kat jalan..tengah jalan plak tu…lambat nak bertindak…

Tapi entri kali ni bukan nak citer pasal kucing ke ‘menatang’ ke yg kena langgar ‘keta’ atau kisah Abu Hurairah yg suka dengan kucing…cuba fikir jap…..kucing ke anjing ke lembu ke, kalau mati kena langgar kereta, mana da kena HISAB kat MAHSYAR…KITA NI..yg bergelar MANUSIA patut kena fikir risau dan bimbang keadaan kita dan saya ni kat MAHSYAR kelak…kalau kucing kena lenyek, dan penamatnya di situ saja…takde kena soal2 dek malaikat mungkar nakir…sebab tu lah, para sahabat, walaupun mereka dah dijamin syurga pun tetap takut untuk berhadapan dengan Allah di Mahsyar….

Saidina Abu Bakar Siddiq r.a sendiri pernah bermonolog dengan dirinya “Alangkah baiknya jika saya sehelai rambut di badan seorang mu’min..” Pernah juga dia berkata apabila ternampak seekor burung terbang, “Alangkah bertuahnya kamu wahai burung, terbang kesana kemari tanpa perlu berasa bimbang pada hari pembalasan..(lebih kurang)..”. Saidatina Aisyah sendiri pun pernah berkata “ Alangkah baik jika aku seketul tanah..alangkah baik jika aku sehelai jerami….” Begitu juga dengan ketakutan para sahabat yg lain pada Allah…dan SAYA ni???? Allahuakbar….ummat akhir zaman yg nabi saw bagitahu (lebih kurang) ‘Pagi beriman, Petang kufur, Petang beriman, pagi kufur”…ada tak kecut perut atau nak terkucil sikit bila dengar HARI PEMBALASAN, MAHSYAR, NERAKA ??

Sebab tulah…atas kerisauan itu, belajar2lah buat pengorbanan untuk usahakan IMAN dan AMAL…bukan duduk atas Kerusi Malas goyang kaki SAMBIL minum Nescafe 3 in 1, dan bangga mengatakan “saya dah ISLAM (I’m proud to be Moslem), cukuplah…kalau kena SEKSA dalam NERAKA pun, MASUK syurga juga dengan IMAN yg ada..” Amboiii….mudahnya??? IMAN yg macamana nak dibawa kelak? Jumpa Allah dalam keadaan IMAN DAN AMAL YG ROSAK? Istighfarrrr akuuu….Bagaimana kita boleh mengatakan dengan penuh YAKIN dan ‘KONFIDEN’ bahawa IMAN kita hari ini, saat ini DIIKTIRAF oleh ALLAH ?….sedangkan sahabat yg dah ada jaminan syurga pun masih takut, inikan pula kita TAKDE jaminan langsung dari ALLAH samada DIIKTIRAF ATAU TAK IMAN tu….. huhuhuhu……Untuk dapat IMAN pun kena USAHA, bukan perkara DUNIA je nak diusahakan…..macam mana nak usahakan iman yg sedia ada?, Dengan cara yg sama Para Nabi terdahulu dan Nabi SAW telah USAHAKAN atas para sahabat..tak lain tak bukan..DAKWAH ILLALLAH… macam Ustaz Haziq yg buat ceramah kat Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau (mahala kitaorang), “ DAKWAH NI FARDHU AIN, BUKAN FARDHU KIFAYAH, SEBAB KITA BUAT UNTUK DIRI KITA BUKANNYA ORANG LAIN…BUKAN ORANG ‘TABLIGH’ JE KENA BERDAKWAH,KITA PUN ORG AWAM,AJK MASJID,TOK HAJI KENA BUAT DAKWAH..” (pherghhh….kembang-kendur lubang hidung karkun-karkun….astaghfirullah…..hasbiyallahu wa ni'mal wakill.. )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails