Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing2,adab2 usul ni kena diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari2 buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya, nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata2 kerana Allah…
Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena :
BANYAKKAN 4 PERKARA
KURANGKAN 4 PERKARA
TINGGALKAN 4 PERKARA
JANGAN SENTUH SAMA SEKALI 4 PERKARA
Apa yg dibanyakkan,kurangkan,tinggalkan jangan sentuh tu????
4 PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN :
Banyakkan DAKWAH
Banyakkan TA’LIM WATTA’LUM
Banyakkan IBADAT
Banyakkan KHIDMAT
DAKWAH pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :
DAKWAH UMUMI
DAKWAH KHUSUSI
DAKWAH INFRADI
DAKWAH IJTIMAI’
DAKWAH UMUMI
-Dakwah dibuat semasa buat ziarah/ghast/Jaulah.
-Dimulakan dengan Bayan Kepentingan Dakwah (biasanya lepas Asar), lepas tu Adab2 Ghast.
-Kemuadian jemaah dibahagikan kepada 2bahagian kecil,satu dalam masjid dan satu lagi luar masjid.
DAKWAH KHUSUSI
-Jemaah kecil biasanya berdua-dua dibentuk untuk jumpa dengan org2 yg khusus/tertentu sahaja. misalnya, sampai di satu tempat ada jemaah2 dibentuk utk berjumpa dgn Ketua kampong, pengerusi masjid dan Imam masjid.
-ada juga yg ditugaskan utk berjumpa dengan ulama,org khawas,pegawai2,org kaya/miskin dan sebagainya.
DAKWAH INFRADI
-dibuat dikalangan ahli jemaah sendiri atau org kampong yg dijumpai samada secara rawak ataupun yg berada di masjid.
DAKWAH IJTIMAI
-dakwah dibuat secara beramai2, iaitu seorang je cakap yang lain dengar. Biasanya dibuat lepas ghast/ziarah yg biasa org sebut BAYAN atau MAJLIS FIKIR IMAN AMAL.
TA’LIM WATTA’LUM (AJAR DAN MENGAJAR) pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :
1.TA’LIM KITABI
- Kitab yg biasa digunakan ialah Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadis.
- Biasanya dibaca 21/2 jam. Paling afdhal 4 jam. Dengar lagi dan lagi hadis2 Nabi utk timbulkan keghairahan utk beramal dan yakin dgn janji Allah (ihtisab) dan lembutkan hati utk beramal.
-Paling afdhol ustaz/ulama yg baca dgn mantan hadis sekali
2.HALQAH TAJWID
- Selepas baca Fadhilat quran dalam Ta’lim kitabi,dibahagikan kepada jemaah kecil utk Halqah tajwid. Biasanya dari Kalimah Syahadah,Al-Fatihah dan sepuluh surah terakhir (al-fiil hingga an-nas)..lebih baik dan lebih afdhal kalau ada ustaz/ulama yg conduct. Sebab tu penting ustaz/ulama pun kena keluar jalan allah utk ajar dan perbetulkan makhraj dan sebutan,lebih2 lagi Al-Fatihah utk org2 yg baru belajar.
3.MUZAKARAH ADAB2
- muzakarah adad2 seharian atau doa2 masnun.
- biasanya Adab MAKAN,MASUK KELUAR TANDAS,MUSAFIR,TIDUR DAN ADAB MASJID.
-kalau ada ustaz/ulama, dioranglah conduct halqah ni, kalau tiada di kalangan jemaah
4.MUZAKARAH 6SIFAT SAHABAT
-gilir2 cakap sifat2 sahabat iaitu HAKIKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULLULAH, SOLAT KHUSU DAN KHUDU, ILMU DAN ZIKIR, IKRAM MUSLIMAIN, IKHLAS NIAT DAN DAKWAH DAN TABLIGH..
-cakap lagi dan lagi supaya sifat2 sahabat ni kita dapat amalkan,bukan setakat hafal
IBADAT pun terbahagi kepada 4 perkara :
BANYAKKAN SOLAT2 SUNAT (SOLAT FARDHU SUDAH SEMESTINYA)
BANYAKKAN BACA QURAN-sekurangnya 2lembar sehari
BANYAKKAN ZIKIR -300pagi dan petang
BANYAKKAN DOA-belajar dan amal doa2 masnun
KHIDMAT terbahagi kepada 4 :
KHIDMAT DIRI SENDIRI- Kalau di rumah kita jadi BIG BOSS,masa keluar ni nak belajar sendiri cuci kain, masak dan sebagainya.
KHIDMAT JEMAAH- Bantu ahli2 dalam jemaah atau bukan ahli jemaah (org kampong)
KHIDMAT AMIR- mudahkan amir buat keputusan dan taat amir
KHIDMAT MASJID- pastikan masjid sentiasa bersih dan kemas sebelum,semasa danselepas digunakan.
4 PERKARA YG DIKURANGKAN :
Sekiranya 4 perkara di atas diperbanyakkan, secara automatic, 4 perkara ni akan dikurangkan iaitu ;
KURANGKAN CAKAP SIA-SIA
-Bila banyak buat dakwah, percakapan yg sia2 pun dapat dikurangkan.
KURANGKAN MASA MAKAN DAN MINUM
-Bukan tak boleh makan dan minum, masa makan dan minum yg erlu dikurangkan. Kadangkala lepas habis makan sambung pula cerita, kalau dakwah takpe la….
KURANGKAN MASA REHAT DAN TIDUR
-Bila banyak buat dakwah,khususi,khidmat,baca quran,berzikir, sekaligus masa utk rehat dan tidur dpt dikurangkan.
KURANGKAN BERADA DI LUAR MASJID
- Masjid adalah tempat yg Allah paling suka, jadi banyakkan masa dalam masjid kerana ada suasana Malaikat . Apabila seseorang yg buat usaha agama keluar saja dari masjid maka syaitan akan hurung dia sepertimana lalat hurung bangkai. Melainkan ada hal2 tertentu seperti beli barang, khususi,ghast tu lain laaa…
4 PERKARA YG DITINGGALKAN :
JANGAN MENGHARAP PADA MAKHLUK DGN HATI
JANGAN MEMINTA PADA MAKHLUK DGN LISAN
JANGAN MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN
JANGAN MEMBAZIR
MENGHARAP PADA MAKHLUK DGN HATI dan MEMINTA DGN LISAN
- masa keluar ni kita nak belajar minta dgn Allah. Apa2 sahaja perkara nak diselesaikan melalui SOLAT DUA RAKAAT dahulu. Memang sukar kadang2 sebab dah ditarbiah dari kecil lagi utk mengharap mahupun meminta dengan makhluk. Allah bagitahu dlm quran (lebih kurang maksud) selesaikan masalah dengan sabar dan solah
MEMINJAM BARANG ORG TANPA IZIN
- perkara ni Nampak remeh,tapi sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan jemaah mahupun penduduk setempat kalau tak dijaga. Misalnya, kita nak ke tandas lepas tu main redah je guna selipar orang. Sekali tuan punya selipar pun nak ke tandas ‘time emergency’ plak tu, haa…kan dah kena sumpah seranah. Sebaiknya tuan punya selipar tu boleh iklan pada ahli jemaah “saya wakaf selipar ni utk digunakan”, ataupun minta izin dgn tuan punya harta habis cerita….yela, syaitan ni akan buat apa saja utk pecah belahkan jemaah. Bila sudah caci-mencaci antara satu sama lain terlepas la dari pandangan rahmat Allah. Macamana nak satukan ummat kalau jemaah sendiri berpecah..?
MEMBAZIR
Membazirkan saudara syaitan. Elakkan mengguna air utk berwudhu atau memasak berlebihan. begitu juga dengan letrik. nanti kalo bil air dan api melambung, jemaah jg yg dipersalahkan.
4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI :
PERKARA2 NI JANGAN SENTUH SAMA SEKALI, LEBIH2 LAGI MASA BAYAN/MAJLIS FIKIR IMAN AMAL…
JANGAN SENTUH MAZHAB KHILAFIAH
JANGAN SENTUH POLITIK DAN ISU SEMASA
JANGAN SENTUH PANGKAT DARJAT KETURUNAN
JANGAN DERMA MENDERMA
MAZHAB KHILAFIAH
-Jangan sentuh pasal mazhab2. Lebih2 lagi kalau dalam jemaah ada rakan2 usaha yg berlainan mazhab. Takut nanti berhujah utk mempertahankan mazhab masing2, akhirnya bergaduh. KECUALI dalam jemaah tu ada USTAZ atau ULAMA, bolehlah kita Tanya,kalau tak,jangan cari penyakit…
POLITIK DAN ISU SEMASA
-HHHAAAAAAAAAAA…..ini sangat-sangat SENSETIF….JANGAN sentuh langsung bab2 politik. Kita nak satukan ummat dalam agama,atas kalimah “Laaillaha illallah,muhammadarrasulullah”. Bukan atas dasar politik. Elakkan pakai baju yg ada unsur2 politik…’UNDILAH DOT..DOT”, nanti jadi fitnah. “ooooooo org tabligh ni sokong parti ni pula…”akhirnya org tak datang ke masjid sebab FIKIR kita bawa fahaman politik yang tak sama dengan diorang.
PANGKAT DARJAT DAN KETURUNAN
-Jangan sentuh pasal perkara ni. Kalau tempat kita keluar berdakwah tu rata2 org sederhana/miskin, ceritakan kelebihan org miskin yg masuk syurga 500thn lebih awal. Kalau kebanyaakan org khawas (berada) ceritakan kelebihan kalau mereka guna hart UTK agama Allah. Allah tidak pandang harta kita banyak mana atau keturunan kita hebat mana, tapi allah pandang iman taqwa kita. KITA SEMUA SAMA…PADA PANDANGAN ALLAH..
MENDERMA ATAU MEMINTA DERMA
-Eh…kenapa pula tak boleh menderma? Kan baik tu menderma?....Hmmmmm…yelah….bukan tak boleh TAK SESUAI kalau masa keluar..KENAPA? Boleh mengundang FITNAH..macamana Pula? Ada kes sebenar, satu jemaah masuk dalam kampong, pasti jemaah ni bagilah derma kepada tabung masjid niat utk ikram imam atau pengerusi masjid. Dorang pun sukalah “bagusnya jemaah ni..”. Lain kali pula, datang jemaah yg serba kekurangan dan tak mampu utk bagi sumbangan pada masjid sebab nak jaga tertib. Pastu pengerusi pun marah,” APALAH JEMAAH NI…KEDEKUT,BAGUS LAGI JEMAAH YG DULU, ADA JUGA HULUR DERMA….”haaaaaaa…kan hampeh…..kalau nak derma boleh, dengan syarat org lain tak tau,derma sembunyi2 tak perlu heboh dengan cek plywood besar. Ataupun mesyuarat kalau nak bagi derma dan terangkan pada imam/Pengerusi masjid. Atau kalau nak sangat derma, tunggu habis masa keluar (wapsi), lepas tu balik semula kat masjid tu dan bagi derma….
ITULAH SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN TENTANG USUL2 ATAU ADAB TERTIB DALAM USAHA NI…BUKANLAH MENGHARAP SANGAT SUPAYA TUAN2 TERUS FAHAM DGN PENJELASAN SAYA YG SERBA RINGKAS INI….KALAU TUAN2 NAK SUPAYA ALLAH BAGI FAHAM LUANGKAN MASA KELUAR DI JALAN ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN BAGI FAHAM…SEMOGA APA YG SAYA POSTKAN NI,SAYA DULU YG DAPAT AMAL DAN TUAN2 DAPAT AMAL JUGA,DOA KARO..
“DAN MEREKA YG BERMUJAHADAH DI JALAN KAMI, PASTI KAMI AKAN BUKA JALAN-JALAN HIDAYAH”
-Eh…kenapa pula tak boleh menderma? Kan baik tu menderma?....Hmmmmm…yelah….bukan tak boleh TAK SESUAI kalau masa keluar..KENAPA? Boleh mengundang FITNAH..macamana Pula? Ada kes sebenar, satu jemaah masuk dalam kampong, pasti jemaah ni bagilah derma kepada tabung masjid niat utk ikram imam atau pengerusi masjid. Dorang pun sukalah “bagusnya jemaah ni..”. Lain kali pula, datang jemaah yg serba kekurangan dan tak mampu utk bagi sumbangan pada masjid sebab nak jaga tertib. Pastu pengerusi pun marah,” APALAH JEMAAH NI…KEDEKUT,BAGUS LAGI JEMAAH YG DULU, ADA JUGA HULUR DERMA….”haaaaaaa…kan hampeh…..kalau nak derma boleh, dengan syarat org lain tak tau,derma sembunyi2 tak perlu heboh dengan cek plywood besar. Ataupun mesyuarat kalau nak bagi derma dan terangkan pada imam/Pengerusi masjid. Atau kalau nak sangat derma, tunggu habis masa keluar (wapsi), lepas tu balik semula kat masjid tu dan bagi derma….
ITULAH SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN TENTANG USUL2 ATAU ADAB TERTIB DALAM USAHA NI…BUKANLAH MENGHARAP SANGAT SUPAYA TUAN2 TERUS FAHAM DGN PENJELASAN SAYA YG SERBA RINGKAS INI….KALAU TUAN2 NAK SUPAYA ALLAH BAGI FAHAM LUANGKAN MASA KELUAR DI JALAN ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN BAGI FAHAM…SEMOGA APA YG SAYA POSTKAN NI,SAYA DULU YG DAPAT AMAL DAN TUAN2 DAPAT AMAL JUGA,DOA KARO..
“DAN MEREKA YG BERMUJAHADAH DI JALAN KAMI, PASTI KAMI AKAN BUKA JALAN-JALAN HIDAYAH”
(mafhum quran lebih kurang)
salam tuan,
ReplyDeleteterima kasih ingatkan saya.
posting saya mengenai perkara ni pd Dis 2009.
http://ziarah76.blogspot.com/2009/12/tak-dapat-dapat-lagi.html
salam,
ReplyDeleteseingat aku isu derma menderma termasuk perkara yg tidak disentuh & jangan membazir adalah termasuk 4 perkara yg ditinggalkan.
selain itu;
4 perkara dijauhkan.
1. merendahkan
2. mengkritik.
3. menafikan/ menolak sama sekali.
4. membanding2kan.
4 pilar agama;
1. ahli dakwah
2. para ulama
3. murshid/ahli tareqat
4. pengarang kitab.
dari buku panduan khuruj. WA.
SAUDARA LELAKI DARI ARAH TIMUR :
ReplyDeleteadab-adab usul ni tak sama antara negara dgn negara yg lain.Adab usul dibuat dan ditertibkan oleh ulama mengikut keadaan dalam sesebuah negara tu..m'sia 16 adab usul,indonesia 24 adab usul(kalo x silap),sri langka lain,USA lain...tak sama..apa pun,jazakallah sudi ziarah dan bagi komen.
benar anonym, barakkalhu fik..
ReplyDeleteSaja berkongsi dr buku panduan khuruj, semoga Allah beri manfaatnya utk pengetahuan/amal infradi;
4 perkara yg harus dijaga;
1. mendahului amal ijtimai dari infradi.
2. kehormatan masjid.
3. ketaatan kepada amir.
4. sabar & tahamul (ketahanan dlm mghadapi ujian).
Panduan khuruj Fi Sabilillah, Muhammad Qosim terbitan Jahabersa/2003.
WA.
asalamualaikum... tuan.. boleh ta bagithu saya apakah adab sebelum berziarah.. insyallah.. mohon reply ye.. share link pon ta pe...
ReplyDeletewassalam...(to Nasri) dah pernah kuar 3 hari???adab ziarah pjg nak tulis kat cni...xpe..aku bagi yg ringkas...A.bentuk 2 jemaah,DALAM MASJID dan LUAR MASJID.JEMAAH DALAM 3 org penting 1.zikirin,2.takril,3.Istiqbal...JEMAAH LUAR 3 org penting, 1.rahaba,2.mutakalim,3.amir...B.tugas zikirin,bzikir,tgas takril,cerita kbsaran ALLAH smntra jemaah luar bgerak,istiqbal penyambut tetamu...rahaba tunjuk jalan dan bagi salam,mutakalim juru cakap,amir kawal jemaah....semsa bergerak rendahkan pandangan,bawa 4 sifat fikir,zikir,syukur dan sabar...itu yg ringkas je...nak tau lagi luang masa 3 hari dulu...insyALLAH...
Deletemohon dimanfaatkan jazakallah
ReplyDeleteMohon di share jazakallah
ReplyDeleteTerbaik...16 usul...6 prinsif..dihayati oleh para Daeei Illah
ReplyDeleteBaru belajar tn . Tq get info..
ReplyDeletethanks you may allah bles you..
ReplyDelete