CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, November 18, 2009

"ILLALLIQO" (JUMPA LAGI)

ILLALLIQOO...SAYONARA....SEE YOU AGAIN...JUMPA LAGI...

INSYALLAH, INI MERUPAKAN POST YG TERAKHIR BUAT TAHUN NI...SEBAB TAK LAMA LAGI NISAB TAHUNAN 40HARI BAKAL TIBA LUSA NI..ITUPUN KALAU ALLAH MASIH BAGI PINJAM NIKMAT NAFAS, NIKMAT MATA, TELINGA DAN BAAAAANYAK LAGI NIKMAT ALLAH YG TAK DAPAT DISEBUT....INSYALLAH...TUAN2 DOA SUPAYA ALLAH PILIH SAYA DAN SELURUH UMAT DAPAT KELUAR BUAT USAHA AGAMA, USAHA ANBIYA, USAHA DAKWAH, USAHA ATAS IMAN.....INSYALLAH, JUMPA LAGI....KALAU BUKAN DI DUNIA, DI AKHIRAT SANA......
"PURI ZINDEGYI DAKWAH, PURI ALAM"

MASJID PEKAN AR-RAHIM, KENINGAU


INILAH MAHALA AKU...KALAU TUAN2 NAK KELUAR DI SINI , TAFADHOL....PENGISIAN PROGRAM SINI PADAT..SETIAP HARI LEPAS MAGHRIB ADA TAZKIRAH DRPD PARA USTAZ JEMPUTAN. KALAU ADA JEMAAH, BUAT BAYAN LEPAS ISYA.


PENGERUSI :HJ. MOHD SHOM
TIMBALAN :DR. HJ ARIPPUDIN BIN HJ NURUNZ
KETUA KAMPUNG : EN IBRAHIM

NANTI BOLEHLAH KHUSUSI DIORANG, INSYALLAH...TIMBALAN PENGERUSI TU RAKAN SEUSAHA, INSYALLAH..

PARA JEMAAH TENGAH MENUNGGU SOLAT ISYA

RUANG WUDHU

NAK BELI KOPIAH, JUBAH, KORTAH, SUGI...MACAM-MACAM ADA

IJTIMA MARAWI LAGI

PEMANDANGAN SELEPAS IJTIMA.....

Dari Fudhalah bin Ubaid r.a berkata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: bersabda: Setiap mayat akan ditutup dengan amalnya, kecuali orang yang mati ketika ribath berjuang) dijalan Allah. Karena sesunguhnya amalnya akan bertambah hingga hari kiamat dan ia akan selamat dari Azab kubur.” Dan aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda Mujahid juga ialah orang yang bias memerangi nafsunya”
(HR Tirmizi, Jilid 2 hal 195)

Dari Muaz r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :”sesungguhnya pahala zikir dijalan Allah SWT adalah tujuh ratus kali ganda dari pahala menafkahkan hartanya (di jalan) Allah SWT. Di dalam satu riwayat, digandakan tujuh ratus ribu kali ganda Pahalanya.(HR Ahmad)

Dari ‘Amr Bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah SWT, dia akan dijauhkan daripada api neraka Jahanam sejauh jarak seratus tahun perjalanan. (HR Tabrani,Majmaa’uz Zawaid)

Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar.
(Surat At-Taubah: ayat 20-22).

Firman Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).

Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah, maka Allah pasti akan mengharamkan ke atasnya api neraka. (riwayat Ahmad, Tabrani).

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Dari Abu Hirairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik daripada beribadat pada lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (riwayat Ibnu Hibban).

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu diminta untuk keluar di jalan Allah maka keluarlah. (riwayat Ibnu Majah).

Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana (mengembara, merantau, bermusafir, melancong). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kelana umatku adalah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).

Jika seorang isteri redha suaminya keluar di jalan Allah, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperolehi suami, tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami. Walaupun isteri hanya berada di rumah tetapi pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat menyamai pahala suami yang sedang berada di jalan Allah. Bahkan si isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding suami.1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari akhirat..

IJTIMA MARAWI,FILLIPINA

IJTIMA MARAWI, MINDANAO FILIPINA (sumber :youtube)

Pengeboman dan penculikan oleh pengganas dan ancaman virus H1N1 tidak menghalang Ijtima Marawi daripada dilangsungkan pada 14-16 Julai yang lepas. Kira2 2juta orang yg hadir membanjiri medan ijtima, tidak termasuk jemaah ‘foreign’ !! Dilaporkan juga bahawa selebriti Hollywood, pelakon filem ‘RamboSylvester Stallone dan selebriti tempatan Pelakon filem ‘Bad Boy”, Robin Pandilla juga turut mengikuti perhimpunan tersebut.

Kejayaan mengadakan perhimpunan tersebut dututup dengan berita gempar di mana ketua penganjur mantan MSU,Dean Engr. Salic Abdul dikejarkan ke Hospital kerana mengalami sakit jantung. Laporan daripada pihak Hospital Merawi mengesahkan beliau ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Engr. Salic Abdul dikenali sebagai orang yg bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan seumpamanya sebelum ini yang dihadiri oleh lebih daripada sejuta peserta seluruh dunia.

Orang yg terdekat dgn beliau meminta supaya org ramai berdoa untuknya akibat serangan stroke yg menimpanya keesokan paginya…


Alahai..taklim mingguan.(umi-alisurahsirahsarirah.blogspot.com)

Semalam taklim mingguan kami, guess how many came?Hmmphh...only 4 including tuanrumah.Another one came after the program has finished, orang baru, takpe lah...dia tak tau the exact time.

Beginilah taklim mingguan kami, bkn kami punya je, tmpat2 lain di melaka ni pun lbh kurang sama je...WHY? Tak tau ke ada taklim?Wey, takkanlah tak tau?Itulah satu2nya hari kita dapat berjumpa, bermuzakarah, bertanya kabar, berkarkuzari dll wpun itu bkn tujuan utama taklim mingguan...

Org lelaki ada 2stgh jam, ada gasyt, ada khususi,usuli,mesyuarat, dot, dot, dot, and above all, ada malam markas!Depa dpt jumpa dan bertukar-tukar laporan, fikir, dll.Kita punya satu hari je dalam seminggu!!!Taknak rebut peluang ke? Heran juga kalau suami saya pergi pasar malam, katanya selalu jumpa karkun bawa isteri beli2 apa2lah... Boleh pulak ek? Kalau kenduri rumah karkun, atau open house Raya, yg baru lepas ni, ramai yg hadir...

Satu ketika waktu kematian seorang karkunah, perghh ramainya datang macam baru keluar dari lubang2...ramai rupanya masturat kita...bagus, tunaikan haq saudara Islam, ziarah kematiannya...Tapi haq usaha agama, haq diri kita yg akan dijemput malaikat maut bila2 masa je, kita tak pikir ke?

Abang malas nak bawa...hujung2 minggu ni,sedap tidur katanya...jawapan biasa kita dgr.>Alaa kak, kejutkanle...hantar kejap bknnya lama 1 stgh jam je.Ptg nanti tidurlah...

Tak dan nak dtglah, sibuk masak tghari, anak suami nak makan...another jawapan.>Masaklah awal sikit, atau masak cincai je laa, goreng2 je...

Hujung2 minggu ni byk kain baju nak basuh, ye laa kita kerja, weekdays tak sempat basuh cadar, selimut dll...>Ai, bknke anakdara jepun(mesin basuh) ada?Sumbat je la, pastu tinggalkan...balik nanti dah siap je tumggu nak sidai je....

Ada kenduri kat kampung, nnti mak kecik ati!>Takkan kenduri tiap2 minggu..Ikram, ikram juga jgn sampai karam...Pegilah lewat sikit kenduri tu, pastu ikram basuh pinggan..habis citer!

Itulah alasan2 biasa yg buat kita tak attend taklim mingguan kita wpun hanya 1 hari setiap minggu tapi kita terlepas dari mendapat rahmat taklim mingguan kita...Ada banyak kelebihan yg dah selalu kita dgr masa slot Fadhilat Majlis.

Ada lagi satu fadhilat yg mungkin tak ramai yg tahu...Masa di India, kami ada buat muzakarah kepentingan taklim mingguan.Fadhilat yg satu ni buatkan saya rasa tak lengkap kalau tak pergi taklim mingguan...Taklim mingguan ni umpama kepala keretapi, yg ada enjin lah.Taklim harian umpama gerabak2 keretapi. Kalu taklim harian kita sempurna, kita buat betul2, xtra masa, anak2 duduk semuanya dgr, tutup aurat sempurna dll...macam gerabak keretapi yg dihiasi cantik, ada langsir, bersih, kemas, tak busuk, nyaman je ada air freshener...selesa dll.

Tapi!!!Kalau tak pergi taklim mingguan, yg merupakan kepala keretapi yg ada enjin, maka gerabak yg cantik tadi wpun macam2 ada dan sempurna, dia tak bergerak, statik je!!! Alahai keretapi tak bergerak ni tau kat mana?Haa, dalam muzium tu...Nak pegi KL naik keretapi yg dalam muzium tu boleh sampai ke???Haa...fikir2lah wahai karkunah2...bkn kata nak bawa org baru, hok diri sendiri pun tak terbawak, guana nih?

Saya bukan nak pancung orang, pedang pun tumpul nak potong sayur pun tak boleh...Tapi kita sama2 renung diri kita sendiri, jgn toleh sana sini, juling pulak nanti!!!Wassalam.

HAMPIR HANCUR....(umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com)

Assalamualaikum,

Seorang sahabi, Abu Raihanah ra, sdg dlm perjalanan pulang dari safar yg jauh yg memakan masa berbulan2.Setibanya di madinah, suasana sunyi sepi...dia kehairanan.Sampai di rumah, isterinya sudah menunggu di pintu rumah, menyambut kepulangan suami tercinta...Suami mendapat tahu bahwa Nabi saw dan sahabat2 lain sedang berjihad di Tabuk.

Abu Raihanah lantas berteriak-teriak,"Sungguh2 tidak pantas/patut, Nabi saw kepanasan di Tabuk, Abu Raihanah bersenang-senang dgn isteri di rumah!!!" berulang-ulang kali di sebutnya lantas dia memacu kudanya meninggalkan isterinya menuju ke Tabuk untuk bersama tentera muslimin.(kalau kita dah meraung dah, abang balik jauh2 tak dan masuk umah, dah pergi lagi!!!)

Sesampai di Tabuk, Nabi saw terpandang akan Abu Raihanah dan bersabda,"Hampir2 kamu hancur, Abu Raihanah, hampir2 kamu hancur..."Apakah maqsud hancur?Ulamak mengatakan, maqsudnya, Nabi saw dan sahabat2 lain sedang berjihad, dia bersenang2 dgn isterinya di rumah...

TETAPI, Abu Raihanah tidak hancur, hampir2 hancur saja...Siapa yg hancur?SUAMI2 kita lah yg sedang hancur melayani setiap kerenah kita, keperluan kita yg melebihi had, melayani pujukrayu kita...sedangkan ummat sedang menderita keruntuhan agama, dari timur ke barat, dari utara ke selatan...Sama2lah kita istighfar dan azam hantar suami kita keluar ajak manusia kepad ALLAH swt.Dan wahai sang suami, jadilah seperti sahabat Abu Raihanah ra yg umpama bintang di langit...

YOYO (umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com)

Assalamualaikum,
Pernah dengar citer YOYO?

YOYO ialah nama seorang tukang lawak kepada firaun laknatullah.Kerja dia buat lawak untuk menghiburkan firaun.Satu hari dia dapat idea nak buat satu lawak yg dirasanya akan buat firaun ketawa besar!Dia pun dgn confidentnya buatlah lawak tu!!!Nak tahu apa lawaknya?Dia tahu firaun benci sgt2 dgn Nabi Musa as.Jadi dia nak buat lawak meniru2 cara Nabi Musa as buat dakwah, bayan kot dsbnya...Apa jadik???

Firaun punyalah marah kat dia...Hehe...tu le pasal.Sapa suruh cari pasal...Tapi, Semasa bani Israel dan Nabi Musa as melintasi Laut Merah dgn firaun dan tenteranya mengejar dari belakang, Yoyo bersama-sama dgn Nabi Musa as dan dialah org yg terakhir melepasi Laut Merah sebelum 12 lorong tertutup kembali...selamatlah Yoyo dgn Rahmat ALLAH...

Yoyo tu tiru2 saja cara dakwah Musa as, dia diselamatkan oleh ALLAH swt.Insya ALLAH kita tiru2 cara dakwah Nabi Muhammad saw dgn jalan yg telah dilalui oleh sahabat2 Nabi saw, insya ALLAH kita juga akan diselamatkan oleh ALLAH swt...Memang kita pun sekarang ni tiru2 cara Nabi saw dan sahabah ra sebab tu kita kena ikut nasihat masyaikh kita supaya walaupun kita tiru2 tp tiru yg betul...Kalau tiru salah...Yoyo lagi baik dari kita...

PELAJARAN IMAN

Apakah IMAN?(dari kitab Muntakhab Hadith)

"Pengertian IMAN dari segi bahasa ialah percaya dgn yaqin kpd perkataan seseorg yg dipercayai kewibawaannya dan dalam istilah agama, IMAN bererti mempercayai dgn penuh keyaqinan, berita (ghaib) yg dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata-mata kerana wibawa seorang Rasul".

Iman amat berharga di sisi ALLAH swt.Seorang yg ada iman wpun sebesar zarrah, dia akan dpt syurga 10 kali ganda besarnya dunia ini!!!Seseorang bayi semasa di dalam kandungan ibunya lagi ALLAH sudah tetapkan 4 perkara:

1.ajal
2.jodoh
3.rezqi
4.nasibnya

Ini semua kalau kita usaha giat sekali pun kita tetap akan dapat sptmana yg sudah tertulis di Luh Mahfuzh. Tidak lebih tidak kurang...Tapi iman kita kena usahakan sbb bila iman di usahakan ia akan meningkat, kalau tak ia akan menurun dan merosot.

Iman kita dgn tidak sengaja melalui proses kehidupan dalam dunia asbab ini pasti merosot dgn tidak disengajakan...Contohnya

;1.seorang bayi apabila dilahirkan, bila lapar-menangis, umminya beri susu...bila buang air pun menangis, maka umminya bersihkannya dstnya...Jadi bayi ini tanpa sengaja telah menyangka umminya lah ROBB/Tuhan Pemelihara dia...sbb apa2 hal ummi ada disisinya untuk tolong dia...

2.apabila bayi ini membesar, tiap2 hari dilihatnya abinya bawa pulang lauk, bawa pulang jajan, bawa pulang pakaian dll...pada tahap ini ROBBnya sudah bertukar kepada bapanya...

3.apabila sudah boleh bersekolah, ummi abinya menasihatinya, anakku kalau kamu belajar sungguh2 kamu akan pandai, kalau pandai dpt masuk universiti...senang hidup kau anakku...Waduh pada ketika ini anak ini tentu merasakan bahawa pelajaran lah yang menentukan susah senang hidupnya...yg akan pelihara dia, maka ROBB bertukar lagi kepada pelajaran @ ilmu...

4.sudah habis belajar universiti, keluar sebagai graduan, dapat kerja yg bagus, gaji beribu ringgit...katanya kalau tak kerja sapa nak bagi makan? astaghfirullah...ROBB skrg ialah pekerjaan...Yg pompuan pulak, kalau tak kerja tapi kahwin...hari2 apa katanya? bang nak ni, bang nak tu, bang do, bang nak re, bang nak mi... bang,bang,bang...org bang kat masjid dia bang kat umah, abg pun solat kat umah...abg nak kuar 3h je pun tak bole...nanti dia bang sorang2 kat umah, takde sapa nak dgr...ROBB isteri ialah suaminya(kalau tak diusahakan imannya)...

5.Wah dah pencen pulak, anak2 dah besor suma pakai kete, kalau raya tak muat laman nak parking kete... maklum pangkat2 suma anak2nya...katanya, saya tak keje pun boleh hidup.Tiap2 bulan anak saya hulur duit belanja...masyaALLAH...dah anak pulak di ROBB kannya...

Itulah dia kalau kita tak usahakan iman kita, ditakuti pada masa malaikat maut menjemput kita, yg kita tak tau bila, masa tu ROBB kita ialah pelajaran kita, mak ayah kita, kerja kita, suami kita...dotdotdot...Jadi sama2lah kita usahakan iman kita agar kita ada yaqin yg mantap bahawa ALLAH ROBB PEMELIHARA kita di dunia dan akhirat, ROBB kpd Adam as, ROBB kpd Muhammad saw, ROBB kpd sahabah ra ajmain...ROBB kita juga....Insya ALLAH kita akan sambung lagi pelajaran iman kita...Ada assignment tau!Hari2 latih lidah cakap kebesaran ALLAH...

PENGORBANAN UTK AGAMA (

Post ni ana ambil bahan drpd www.umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com sekadar perkongsian dan untuk kita dpt ambil fikir bersama...

Semasa kami dihantar ke Bangalore, India untuk sebulan belajar buat usaha di sana, masturat2 sana dok sibuk cerita tentang sepasang suami isteri Somalia yg baru je berangkat pulang dari tempat mereka.Pasangan ini sangat2 zuhud...memang kita boleh bayangkan org Somalia yg kurus kering...

Bermula ceritanya, suami bermimpi Rasulullah saw menyuruh mereka cepat2 pergi ke India untuk belajar usaha ni lah kot...duit takde.Suami kerja gaji rendah.Jadi mereka bermesyuarat dan sepakat memakan 2 biji tamar setiap hari(mereka takde anak) sehingga wang gaji suaminya terkumpul cukup untuk tiket penerbangan mereka berdua ke India.Jadi, selama 9 bulan mereka hidup hanya dgn makan tamar sebiji siang, sebiji malam tiap seorang...dapatlah kumpul duit...

Dan mereka sampai di India dlm keadaan yg sgt dhoif, musim sejuk, baju nipis, beberapa helai je, selimut tak de yg tebal...tapi semangat jatidiri mereka kuat, org2 bangalore nak bagi baju mereka tak nak, kata mereka, sahabat lebih miskin kami ni ok lagi...org bangalore pun tak sampai hati tengok.Suaminya tidur di masjid dgn selimut nipis di musim sejuk tapi bila org selimutkan dia dgn selimut tebal, dia terus terjaga dan beritahu,"sahabt2 lebih lagi korban, dia tak korban apa2..."

MasyaALLAH semoga kita pun dapat secebis dari sifat pengorbanan mereka ini, tentunya hidayat tersebar asbab pengorbanan org2 seperti ini....WALLAHUALAM...

KORBAN (umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com)

Assalamualaikum,Kali ni cerita tentang jemaah masturat dari Filipina pulak, juga karkuzari dari masturat Bangalore...3 pasangan telah sambut takaza tunai 4bulan selepas di tasykil masturat Bangalore yg keluar ke Filipina...

Mereka bukan org kaya, tapi desakan untuk korban demi agama mereka sanggup sehinggakan sepasang suami isteri sanggup menjual kedai dan kereta untuk keluar jalan ALLAH...Dulu saya juga dgr cerita sepasang suami isteri dari Indonesia jual rumah untuk keluar jalan ALLAH.Apabila diminta alamat oleh rakan2 masturat, biasalah kita kan bertukar-tukar alamat sebelum berpisah, dikatanya saya tak tahu sebab rumah saya sudah dijual....Tapi janji ALLAH adalah benar, apabila mereka pulang ada hamba ALLAH yg baik hati memberi mereka sebuah rumah yg sederhana besar, lebih besar dari rumah mereka dulu.

Berbalik kepada cerita pasangan2 dari Filipina tadi, mereka bertiga mempunyai kelebihan2 tersendiri. Seorang pandai baca Al-Quran, seorang pandai berdakwah dan seorang rajin khidmat...Apa yg menarik perhatian masturat2 Bangalore ialah sifat mereka yang ada keinginan untuk belajar...Yang pandai mengaji seorang, yg seorang lagi sederhana, yang seorang lagi memang lemah sangat dalam hal mengaji Quran ni. Tapi selepas 2 bulan mereka berada di India dan sebelum berangkat ke Pakistan untuk baki 2 bulan lagi, ketiga-tiga mereka dah sama tahap pembacaan Al-Quran mereka!!!

MasyaALLAH, begitu gigih mereka belajar dan mengajar...Kita macamana, dah banyak kali kuar 3h, 40h, 2bulan, tapi Al-Fatihah masih lagi tak betul, tajwid lari... ALLAH...malu yek kita ni...sama2lah kita azam untuk betul2 usaha atas iman dan amal, bkn kuar nak sembang2 pasal anak, pasal suami, pasal dapur, perabot dll...

Sesungguhnya syaiton laknatullah tu tiada kuasa untuk menyesatkan manusia sebagaimana saya dgr bayan Maulana Saad semasa ijtima m'sia yg lepas, tapi syaiton tu menghiasi perkara2 mungkar dan sia2 sehingga manusia terpedaya dan leka, langsung lari dari jalan yg lurus...kita lihat syaitan telah menghiasi rumah2, anak2, hartabenda, emas perak, hatta majlis perkahwinan dgn perhiasan yg melekakan sehingga kita yg diberi amanah untuk buat kerja Nabi saw pun terpesona langsung mengelirukan mereka yg masih jahil, masih mencari-cari hidayat...doalah kita ni jadi asbab hidayat bukan asbab manusia keliru...

Apa yg kita kena pegang ialah sunnah Nabi saw, yg mana sunnah ialah sumber hidayat, benteng godaan syaitaon dan senjata bagi melawan adat istiadat yg mungkar...Tapi syaiton tipu kita dikatanya, sunat ni buat dapat pahala, tak buat tak berdosa... Sunnah, bukan sunat... Silap orang melayu kita ni, bahasa arab tak tau...WALLAHUALAM...

semoga ALLAH mengampuni saya dan pembaca semua dan ummat Islam semua kerana kecuaian kita...aamiin...masih belum terlambat untuk kita azam bila kuar jln ALLAH, kita belajar betul2, buat betul2 adab usul yg 12 tu:
1.DAKWAH, TAKLIM, IBADAT, KHIDMAT >> perbanyakkan.
2.MASA MAKANMINUM,TIDUR REHAT,CAKAP SIA2,URUS DIRI SENDIRI >> kurangkan.
3.HARAP MAKHLUK, MINTAK PD MAKHLUK, MEMBAZIR, GUNA BRG ORG TANPA IZIN >> tinggalkan,jangan buat...

InsyaALLAH ini peringatan untuk saya sendiri yg nak kuar 40h tak lama lagi, nafsu ni degil...yg disuruh tak buat, yg dilarang itulah yg dia suka...

TENDANG BOLA...


Ana percaya tuan2 tentu pernah tengok Bola sepak. Tak kurang juga tentu ada Kaki Bola. Tak kiralah Liga Inggeris, Liga Eropah, mahupun Liga Malaysia. Pemain-pemain beraksi dengan lincah dan tangkas untuk berebut bola dan menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing. 22 pemain berebut satu bola dalam Padang yang luas di stadium yang besar dan diperhatikan oleh ramai penonton. Bila jaringan dibuat suara hiruk-pikuk orang ramai bergema menggegar stadium,” GOOOOLLLLLLLLL !!!!!!!! “

Begitulah perumpamaan dengan DUNIA ini. Kita sepak terajang dunia ni kemudian terhegeh-hegeh nak kejar dan rebut kembali. Kemudian tendang lagi…begitulah dunia..PERMAINAN belaka…sedangkan ianya tidak kekal…bila “wisel” ditiup menandakan “masa’ permainan dah tamat dan semua kita akan pulang sama ada “Menang” atau menerima “kekalahan”… begitu juga, bila ajal dah tiba, kita akan tinggalkan dunia ini samada menjadi orang yg “Berjaya” atau “gagal”…dan apa yang dibawa? Bukan Jersi atau Bola, Pingat atau Piala, tapi IMAN DAN AMAL…Ya..Iman dan Amal…iaitu ke alam yang seterusnya KEKAL ABADI…di SANA tidak ada MASA KECEDERAAN atau MASA TAMBAHAN…kekal selama-lamanya….

Tuesday, November 17, 2009

KARKUZARI JEMAAH PERANCHIS

KARKUZARI JEMAAH DARIPADA FRANCE (arifu.multiply.com)

اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Alhamdulillah, atas izin dan rahmat Allah azaa wa jalla, kota Bandung kedatangan jama'ah dari negara Perancis, tepatnya kota Paris pada pekan lalu (26032009). Total jama'ah ada 9 orang ( 5 keturunan Aljazair, 2 Maghribi, 1 Saudi, 1 Karibia) ditambah 1 tarjim dari Jakarta.

Jama'ah ini bergerak 20 hari di Bandung dari total 2 bulan di Indonesia. Sebelumnya mereka sudah bergerak ke Jateng dan Jogja sekitarnya.Untuk bahasa, mereka menggunakan bahasa arab (dan France tentunya), sedangkan untuk bahasa Inggris hanya 1 orang yang lancar yaitu Ali, dari Karibia.

Alhamdulillah, pak Iqbal, dosen TL ITB berkesempatan membawa Ali untuk silaturahim ke teman-temannya di ITB. Berikut cerita dari pak Iqbal:Ali berasal dari pulau Mohitik (kurang jelas saya dengarnya, yang jelas ada 'tik' nya) salah satu pulau/negara di daerah Karibia. Di pulau itu, katanya 100% adalah orang kafir (belum ada yang memeluk islam, termasuk orang tua si Ali). Ali memeluk islam 10 tahun yang lalu. Sebelum kakinya cedera, beliau adalah seorang pemain sepak bola. Dan salah seorang temannya, yaitu pemain timnas dari Perancis, yaitu Nicolas Anelka (sekarang di Chelsea klo nggak salah).

Alhamdulillah, Anelka termasuk orang yang aktif berda'wah keliling 40 hari bersama teman satu timnasnya, Franck Ribéry. Setiap memulai pertandingan, selalu di mulai dengan do'a. Dan mohon do'a dari semuanya, Anelka sekarang lagi berusaha untuk mengajak teman satu timnasnya untuk memeluk islam, yaitu Thierry Henry. Beliau sudah cukup dekat dan sudah sering ngobrol agama bareng. Semoga Allah melunakkan hatinya dan memebrinya hidayah.Alhamdulillah, Perancis sangat pesat perkembangan islamnya di Eropa. Tahun 60an baru ada 1 masjid, itupun dijadikan museum. Ketika para turis datang, maka akan ada seorang guide yang menunjuki kepada turis tersebut. "Klo di depan sini, digunakan sama imam", "Ini klo hari jum'at dipakai untuk ceramah" dan semacamnya. Dan anehnya guide itu seorang muslim.

Tapi alhamdulillah, sekarang ini sudah ada 3.500 masjid tersebar di seluruh Perancis. Dan alhamdulillah, masjid-masjid tersebut hidup dengan amal-amal agama.Mungkin segitu dulu karguzari/laporan dari saya. Jama'ah Perancis ini masih ada sepekan lagi di Bandung. Hingga hari Selasa nanti (07042009), rute mereka akan bergerak dari Griya Caraka-Cihampelas-Cimahi-Nurul Huda/Sari Jadi. Jika ada kesempatan, boleh datang nushrah (belajar jadi Anshar) ke jama'ah mereka.

MUAT TURUN CERAMAH AUDIO 11 (NEW)

Download ceramah (sumber layarilah : www. fazakkeer.blogspot.com )

Ust Zaharuddin
1. Halal Haram ( Aurat )
http://www.mediafire.com/?z42fyvhjzyw
2.maulid nabi
http://www.mediafire.com/?czlgmh5qizg

MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj

Ceramah Dato’ Harun Din
1. 4 halangan daie B
http://www.mediafire.com/?a5cxnfctoim
2. 4 halangan daie A
http://www.mediafire.com/?nzzzfzkitzm

Dato’ Ismail Kamus
1. Kelebihan Ummat Muhammad saw
http://www.mediafire.com/?qw1roe4tew8
2. Alam jin 1
http://www.mediafire.com/?nkvqdnnmkuz
3. Alam jin 2
http://www.mediafire.com/?gz1ykrergo1
4. Alam jin 3
http://www.mediafire.com/?qiiyob2j3ii
5. fitnh kubur
http://www.mediafire.com/?esimq3trxtl

TG. Nik Abdul Aziz
1. kunjungn mungkr nakir
http://www.mediafire.com/?lq3xxan0okm
2. bohong yg dbolehkn
http://www.mediafire.com/?6fxlr9adc0z

Monday, November 16, 2009

KEPENTINGAN IMAN DAN ILMU

Akhlak,Akidah,Muamalat,Muasyarat,Munakaat umat Islam dan segala-galanya telah rosak, sehingga orang2 bukan Islam pun tidak kenal Islam itu apa,yang mereka tahu Islam tu pengganas, Islam tu peristiwa 9/11, Islam tu pengebom berani mati. Semuanya ini bukannya masalah ILMU tetapi MASALAH IMAN. Kenapa IMAN bermasalah? Sebab DAKWAH tak dibuat. DAKWAH dibuat untuk PERBETULKAN diri BUKANNYA perbetulkan orang lain.

Tanpa Iman yang kuat, seseorang itu tak mungkin dapat mentaati perintah Allah, walaupun ada segulung Izajah mahupun PhD daripada Al-Azhar. Tanpa iman yang kuat, seseorang tak dapat berzikir, walaupun mempunyai kedai menjual tasbih. Tanpa iman, seseorang tak dapat baca quran, walaupun ada kedai menjual Al-Quran.

Ulama bagitahu, walaupun yang menjadi guru itu Malaikat sekalipun, ilmu sahaja tak cukup untuk dapat iman yakin yang betul tanpa mujahadah. Iman kena mujahadah atas iman untuk dapat hakikat iman. Lihat sahaja macam mana para sahabat dapat iman yang kuat. Adakah melalui baca buku semata-mata? Semuanya melalui proses mujahadah, pengorbanan atas agama barulah Allah campakkan kemanisan dalam iman. Dengan iman yg kuat, dengan sendirinya orang itu akan timbul kesedaran kepentingan ilmu, kepentingan solat, kepentingan akhlak yg baik, kepentingan bermuamalat dan seterusnya. Saidina Umar Khattab r.a bagitahu “Kami belajar Iman dahulu, baru belajar Quran”.

Bani Israel berguru dengan Nabi Musa a.s bukan sehari atau dua hari, bukan setahun, malah Ulama bagitahu selama 40tahun. Tapi mereka tidak usaha atas iman yg tersebut, maka apabila usaha ilmu sahaja tanpa usaha atas iman yakin, mereka Nampak kebesaran makhluk. Apabila Allah perintah Nabi Musa as pukul laut dengan tongkatnya, maka terbelahlah laut 12 lorong menunjukkan Kudrat Allah swt. Maka Bani Israel pun mengatakan “masyaAllah, TONGKAT NABI MUSA BEGITU KUAT SEKALI”. Mereka Nampak kekuatan tongkat, bukan Nampak kekuatan Firman Allah swt. Hari ini, bila iman tidak diusahakan kita akan Nampak kebesaran makhluk. Nampak pangkat kuat, senjata kuat, kerajaan kuat, wang ringgit kuat.

Bukanlah di sini nak mengatakan Ilmu tu tak penting. Tidak sama sekali. Dalam 6 sifat sahabat kita hari2 sentuh dalam muzakarah di rumah dan di masjid mahupun masa keluar jalan Allah. Sifat sahabat yang ketiga ILMU DAN ZIKIR. Cara nak dapat ILMU kena jumpa Orang Alim,Ustaz,Ulama belajar Ilmu dengan diorang. Ilmu kena disertai dengan zikir.Apa maksud zikir? Maksudnya INGAT ALLAH SETIAP MASA DAN KEADAAN. Zikir bukan setakat PEGANG TASBIH je. Masuk keluar tandas dengan doa itupun zikir. Baca quran pun zikir. Baca doa masuk keluar rumah atau naik turun kenderaan pun zikir. Pendek kata, Sentiasa ada hubungan dengan Allah swt setiap masa,keadaan dan dimana2 saja berada.

Dengan ilmu saja tanpa ada hubungan dengan Allah(zikir), maka Pisau yang asalnya dicipta untuk memotong sayur-sayuran akan digunakan untuk membunuh manusia. Dengan ilmu sahaja tanpa hubungan dengan Allah, dengan ilmu tadi Bom Atom dicipta untuk mengebom dan membunuh manusia. Ulama bagitahu ILMU yang sebenarnya adalah apabila kita dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir dalam Kubur kelak. sebab yang menjawab adalah Iman kita, bukan Diploma, bukan Ijazah dan Bukan PhD yang menjawab soalan Mungkar dan Nakir.

Sebab itu, Ulama kita bagitahu, Golongan berilmu, Orang Alim, Ulama Ustaz yang Berhak untuk Buat kerja DAKWAH sebab Allah dah bagi mereka kelebihan iaitu ILMU. Mereka lebih banyak hafal quran, mereka lebih banyak hafal beribu2 hadis, mereka lebih arif dalil2, mereka tahu hukum2, mereka tahu ilmu hadis, mereka lebih arif tentang mazhab2 berbanding kita.. Jika tidak Allah Maha Berkuasa Untuk Pilih sesiapa saja untuk Ambil Tanggungjawab DAKWAH oleh sesiapa sahaja. Hatta binatang sekalipun Allah boleh guna untuk Bantu Agama Allah seperti mana burung Hud, semut yang Allah ceritakan dalam quran. Allah boleh pilih orang2 jahil untuk buat dakwah ajak yang ma’ruf dan cegah yang mungkar.

Dalam usaha dakwah ni, kita bukannya nak mengajar orang atau nak ajar Ilmu, tapi macamana kita sendiri boleh jadi baik dan iman kita dapat diusahakan. Semakin banyak kita jumpa manusia cakap kebesaran Allah, sebanyak itu iman akan Allah tingkatkan dalam diri kita. Tapi kalau niat kita nak PERBETULKAN orang, orang akan jadi Betul tapi diri kita tak akan dapat kesan. Kita buat dakwah dengan niat : SUPAYA ALLAH PERBETULKAN IMAN SAYA, AKHLAK SAYA, MUAMALAT, MUASYARAT, IBADAT SAYA DAN DENGAN DAKWAH INI SEMOGA ALLAH JUGA BAGI TAUFIK HIDAYAT PADA ORANG LAIN SELURUH ALAM. Hidayah di tangan Allah, bukan di tangan Karkun2.

Sunnahtullah, ada orang akan menentang tak kurang mengejek mencerca dan bermacam-macam perkara yang menguji kesabaran. Nabi2 terdahulu lebih dahsyat ujian yg mereka hadapi. Digergaji, disalib, dibunuh dan macam2 lagi. Setakat dimaki hamun itu lumrah dalam DAKWAH. Kan dalam adab Ghast/ziarah kita selalu cakap bawa 4 perkara:FIKIR, ZIKIR, SYUKUR DAN SABAR.

Wallahu a’lam

MUAT TURUN AUDIO 10 (NEW)

Bayan Program Masturat Keningau, Ust Abdullah
http://www.zshare.net/audio/68541552c0bfc415/

Sunday, November 15, 2009

TANGGUNGJAWAB WANITA (MASTURAT) DALAM KERJA DAKWAH


Pemimpin keluarga dalam satu rumahtangga adalah suami, tetapi guru yang unggul dalam rumahtangga adalah isteri atau ibu. Ibu adalah madrasah kepada anak-anak. Pangkuan ibu adalah Universiti terbesar bgi anak-anak. Sikap dan cara berfikir ibu sangat memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Oleh itu, sangatlah penting wanita mempunyai fikir agama. Apabila agama hanya ada pada suami, maka agama hanya sampai di depan pintu rumah sahaja. tetapi apabila isteri mempunyai fikir dan mengamalkan agama, maka agama akan dihayati kepada semua seisi rumah.

Tanggungjawab agama sebenarnya Allah telah beri kepada Kaum lelaki dan wanita. Firman Allah SWT dalm Surah At-Taubah ayat 71 bermaksud :

‘Orang mukmin lelaki dan mukmin wanita sebenarnya satu sama lain adalah saling ganding bahu menyeru kepada yang ma’ruf dan menegah yang mungkar, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itulah yang diberi rahmat oleh Allah kerana Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana’

Untuk memudahkan menghayati hokum Allah dan Sunnah SAW maka wanita perlu keluar di Jalan Allah SWT, di situ seseorang itu akan terlepas dari urusan dunia untuk seketika seperti memasak,mengemas rumah.menjaga anak-anak dan melayani suami. InsyAllah kefahaman dan fikir agama akan masuk ke dalam hati apabila dia mengikuti segala program yang diaturkan.

Apabila seseorang wanita pulang ke rumah setelah keluar ke Jalan Allah bersama suaminya, dia akan mempunyai kerisauan baru di mana fikir agama akan meningkat dan dia akan memikirkan bagaimana anak-anaknya,mahram dan kaum keluarganya dan jiran-jirannya dapat juga mengamalkan agama. Mereka mula berfikir maksud mereka dihantar ke dunia dan mula menggalakkan mahram keluar ke Jalan Allah. Mereka juga mulai mempunyai keazaman membina suasana agama dalam rumah dimana ada dakwah,taklim taklum,ibadat,didik anak cara sunnah,hidup sederhana dan galakkan mahram keluar ke jalan Allah.

Dengan lelaki membuat usaha di luar rumah dan wanita membuat usaha di dalam rumah, maka Allah akan memberi keberkatan dan kebaikan di luar dan Allah akan tukar mohor agama dalam rumah. Umumnya, kita tahu wanita tidak ada yang menjadi nabi tetapi Nabi lahir dari wanita. Orang pertama terima islam ialah wanita iaitu Saidatina Khadijah dan orang pertama menjadi syuhadah ialah wanita iaitu Sumaiyah r.ha. dengan dakwah wanita juga Allah beri hidayah kepada Saidina Umar r.a,Saidina Ali r.a dan Saidina Othman r.a.

Dari kisah nabi-nabi,dimana nabi-nabi yang isterinya tidak ada fikir agama atau mengamalkan agama, maka dakwah nabi tersebut seperti Nuh a.s sangat sedikit yang mengikuti nabi itu, iaitu seramai 83orang sahaja, sedangkan masa dakwah yang digunakan menjangkau 950 tahun. Sebaliknya Nabi Ibrahim a.s dimana kedua-dua isterinya ada fikir agama sehingga Allah lahirkan daripada keturunannya ramai yang menjadi Nabi, seperti Ishaq a.s, Nabi Yaakob a.s, Nabi Yusof a.s, mereka itu dari Siti Sarah dan daripada Siti Hajar, lahir Nabi Ismail a.s dan dari keturunannya lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi.

KELEBIHAN WANITA KELUAR DI JALAN ALLAH SWT

Wanita yang menggalakkan suaminya keluar di jalan Allah akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan jika dia sama-sama keluar di jalan Allah, dia akan masuk Syurga 1000 tahun dari suami mereka dan dihias dengan pakaian yang cantik-cantik sehingga suami tidak mengenali mereka.
Mafhum Hadis, Bidadari berbicara dengan wanita dunia “Siapakah yang lebih mulia dan akan dilantik menjadi ketua Bidadari antara kami dan wanita dunia, kami dicipta dari nur dan tidak pernah buat dosa”. Wanita dunia berkata,”Kami lebih mulia kerana kami di dunia bersusah-payah untuk agama, sebab itu kami menjadi ketua Bidadari dan bidadari menjadi dayang-dayang”. Allah mendengar percakapan kedua-dua mereka, lantas Allah berfirman, “Memang benar wanita dunia yang layak menjadi ketua Bidadari di Syurga Kelak.”

Sumber : Dipetik drpd Buku ‘Tertib Usaha Masturat’ Oleh Hj.Othman Sipol S.P

Thursday, November 12, 2009

MUAT TURUN AUDIO 9 (NEW)

Bayan Subuh Sri Petaling, Maulana Razif
http://www.zshare.net/audio/68362487f8a47871/

MUAT TURUN AUDIO 8 (NEW)

Bayan Arab Jemaah Yaman MBM,Mutarjim Ustaz Fauzi
http://www.zshare.net/audio/683581649b170158/

Bayan Jord Bisu Sri Petaling, Maulana Azhim
http://www.zshare.net/audio/68359602f13d6094/

DAKWAH DAN UJIAN (www.anaktokimam.blogspot.com)

DAKWAH DAN UJIAN ( الدعوة والِمحنة )

Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam? Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka yang menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ(8)الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌMaksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “. Surah al-Buruj : 8.

Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi apabila gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa panjang dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.

Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.

UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato, kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga mereka yang munafik,Firman Allah dalam surah al-‘Ankabut : 11 - 15.ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي في الله جعل فتنة الناس كعذاب الله …. وليعلمن الله الذين ءامنوا وليعلمن المنافقين Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.

FirmanNya lagi:ليميز الله الخبيث من الطيب Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “. - Surah al-Anfal : 37

UJIAN DALAM SEJARAH DAKWAH DAN KERASULAN

Telah menjadi sunatuLlah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatilan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya, menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحداMaksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”.dan firmanNya : يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir ”Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun , Haman ,Qarun, Musa Samiriy dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذىMaksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”dan sabdanya lagi, فى الدنيا ,,,,,,,, رواه الترمذى والحاكم والبيهقى إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة Maksudnya:Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”

Sebab itulah seluruh Nabi dan Rasul merempuh berbagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al - Quran, FirmanNya:أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .. البقرة 214 Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka - mereka yang sebelum kamu, ia ditimpa kesusahan,kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama - sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".

Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai - bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.

Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulamasebagai contoh :

• Said bin Jubair disembelih oleh Al - Hajaj bin Yusof Al Thaqafi

• Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa

• Imam Al Shafei di tangkap

• Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa

Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Imam Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh. Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.

Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.

Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu. Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu.

Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu. Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka. Firman Allah, يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون - الصف : 6 Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون - العنكبوت 2Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan. Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis - jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.

1. Penyeksaan dan perkara - perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong - pendokong gerakan yang batil.

2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.

3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong - penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.

4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.

5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.

6. Ujian keatas nyawa.

7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan

8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.

9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malas bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah dan berjuang kerana Islam.

10. Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.

11. Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.

12. Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.

CARA MENGATASI UJIAN

Pendakwah - pendakwah apabila diduga dengan ujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara - cara berikut :

1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.

2. Membanyakkan membaca Al - Quran dan Doa kepada Allah.

3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.

4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.

5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.

6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar darinya.

7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.

8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.

9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.

10. Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.والله أعلم

Penyusun:Ustaz Mohd bin Daud Iraqi.

Wednesday, November 11, 2009

PERSIAPAN KELUAR DI JALAN ALLAH


Tak lama lagi cuti sekolah hujung tahun ni bakal tiba…dan nisab untuk ana dan karkun2 yg lain pun pastinya dah tiba, untuk khuruj di Jalan Allah selama 40hari/4Bulan. Tak sabar rasanya. Iman dah lemah dan masih banyak kelemahan dan kekurangan diri ini.

“Ya allah,Engkau pilihlah aku keluar. Yang keluarkan aku bukan cuti,bukan duit..semuanya dengan izin dan pilihanMu. Ramai lagi kat Keningau ni yang banyak kelapangan, banyak harta, Banyak Ilmu, lebih sihat dan jauh lebih alim daripadaku, namun Engkau pilihlah hambamu ini, luangkan masa untuk perbaiki iman, Amin”

Keinginan nak keluar kat Padang,Sumatera Barat sebab takaza mendesak di sana. Namun, Allah tak izin. Tahun lepas dah keluar kat Flores, terpaksa tunggu tahun depan kalau nak keluar Negara Jiran. Insyallah.

Tahun ni tak tau Allah hantar kat mana. Terima je la apa keputusan mesyuarat. Janji keluar!!!Apa nak jadi, jadilah…aku nak keluar.!Aku nak keluar, semata-mata cari redha Allah….tuan2 doakan ana, ingat nama ana AHMAD SYUKRI BIN ABDULLAH dalam doa tuan2..

PURI ZINDEGYI DAKWAH, PURI ALAM...ALLAH SEY HOTAHEY,MAKHLUK SEY KUCHNI HOTAHEY..

Thursday, November 5, 2009

PERANAN MASJID

PERANAN MASJID (diedit drpd :karkunahmithali.blogspot.com)



Orang alim bagitahu,Nabi saw bsersabda dgn para sahabat (lebih kurang) “akan datang satu zaman tidaklah tinggal islam sekadar nama, Al-Quran sekadar tulisan dan masjid2 tersergam indah tp sepi dr hidayah Allah”. Abu Bakar r.a bertanya,”Jika perkara itu berlaku,apa yg perlu dibuat oleh umat akhir zaman masa itu?” Nabi mengulang jawapannya sebanyak 3 kali,”hendaklah mereka keluar dari masjid dan mengajak orang ke masjid”.

Hari ini, kita lihat Masjid2 dibina indah, ber’air-cond’, berlantaikan permaidani tetapi sepi dari jemaah. Masjid dan surau kosong. Subhanallah….

Itulah yg berlaku apabila manusia menganggap masjid dan surau itu hanya milik mereka sahaja, bukan utk semua orang..Pelik juga yea..apabila ada jemaah nak iktikaf dan mengimarahkan masjid atau surau,tapi dihalaunya hanya kerana alasan nanti bil air dan api tak de siapa nak bayar..tapi bila jemaah sedia nak bayar..taknak pulak terima..akhirnya surau di kunci dan jemaah hanya boleh buat program di bahagian luar shj..dan paling sedih,tandas pun di kunci juga..bila ada jemaah dtg, masjid/surau tak beroperasi, imam tak datang..patutke tak yea?

Apabila masjid/surau dikunci, pengunjung lelaki dan perempuan terpaksa sembahyang di anjung/kaki lima masjid/surau yang terdedah,bagaimana aurat wanita nak terjaga..kenapa sampai begitu sekali mereka AJK masjid/surau ni buat pada jemaah yek..benci sangat dengan jemaah yg mahu menghidupkan suasana iman dan amal dalam surau tersebut..Ya Allah,mudah2an cahaya hidayah kau campakla pada mereka yg menentang jemaah ni..

Alhamdulillah, hari ni masjid2 dan surau dah ada beberapa program seperti tazkirah dan ceramah2 agama. Namun, ia hanya utk org2 yg memang ‘kaki masjid’,selalu ke masjid, bagaimana pula dengan org2 yg berada di luar? Perlu ada ‘orang utk mengajak mereka utk sama2 datang ke masjid sebab itu adalah HAK mereka utk diberi peringatan.
Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat JAIS..

"Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)

Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai PUSAT AKTIVITI DAKWAH dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.


Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(At-Taubat ayat 18)

Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)

Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".
(Riwayat Al-Bahari)

Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.

"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".
(Riwayat Muslim)

Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.

Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.

Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

1- Membina displin yang tinggi
Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan di mana setiap hari lima kali orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.

2- Membina semangat persaudaraan dan kerjasama
Solat berjemaah merupakan wadah perancangan aktiviti sosial,termasuk merancang program gotong-royong,menziarahi anggota jemaah yang sakit, meninggal dunia atau mengalami masalah,tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.Keadaan ini sudah pasti mendorong ke-arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih menepati.

"Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".
(An-Nur Ayat 36)


Wednesday, November 4, 2009

MUAT TURUN AUDIO 7 (NEW)

BAYAN SUBUH MBM,ULAMA INDONESIA-SEDIKIT KARKUZARI PADANG,S.BARAT
http://www.zshare.net/audio/679573287b5746de/

KARKUZARI PADANG : 3 HARI SEBELUM GEMPA


KARKUZARI (LAPORAN) 1

Padang Yang Aku Kenali (hambalialostari.blogspot.com)
Bila melihat bencana gerak gempa di Padang, ia mengingatkan aku saat-saat aku keluar 40 hari di sana tahun lepas. Tiga route di sekitar Kota Padang, baki adalah di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Paya Kumboh dan juga Batu Sangkar. Semasa berada di Kota Padang, banyak juga mereka-mereka yang kami khususi.

Ada orang khawas dan ada juga ulama-ulama. Namun begitu usaha agama di Padang agak perlahan berbanding dengan Medan, Pekan Baru dan juga Jambi. Kesemua tempat ini telah pernah aku keluar di sana. Pekan Baru pada tahun 1985, Medan pada tahun 1997 dan Jambi 2006. Jadi dapat sedikit aku bezakan bentuk usaha agama di sana.Di Padang usaha agama agak perlahan antara sebabnya adalah kerana pengaruh Salafi (Muhammadiah : pada peringkat awal) agak menebal.

Ada beberapa orang karkun yang tinggalkan usaha dengan sebab pengaruh Salafi ini. Rata-rata masjid ada pengaruh Salafi yang sememangnya anti dengan Gulongan Mazhab. Ini makin ketara di kalangan pelajar universiti. Penentangan atas usaha Jemaah Tabligh agak kuat kerana fatwa Salafi bahawa Jemaah Tabligh ini adalah sesat. Banyak masjid usaha jemaah Tabligh tidak dibenarkan. Di samping itu ada juga gerakan yang lain seperti Gerakan Mujahidin, Ikhwan dan juga gerakan yang bersifat tempatan seperti Ikatan Masjid serta gerakan lain yang biasanya dipelopori oleh Parti Politik tempatan. Hasilnya usaha agak perlahan berbanding dengan negeri-negeri jirannya.

Antara perkara unik yang aku dapati adalah pemeliharaan anjing di rumah orang-orang Islam seperti memelihara kucing di sini. Malah ada ulama yang aku khususi pun memelihara anjing. Masjid lebih ramai wanita yang hadir daripada lelaki. Malah ada masjid yang pengerusinya (Ketua masjid) adalah perempuan. Ini berlaku kerana pengaruh adat perpatih yang begitu menebal. Lelaki lebih suka berada di warung makan berbanding di masjid. Bila usaha agama begitu lembab maka natijahnya amalan agama makin pudar.

Satu pulau yang berdekatan hampir 80% penduduk Islam di sana telah murtad. Ada jemaah dari Kota Padang di hantar tetapi tidak cukup kuat berusaha di sana. Di kalangan karkun, alhamdulillah ada yang bersungguh-sungguh berusaha malah telah makin bertambah yang keluar 4 bulan namun usaha maqaminya agak perlahan. Malah ada yang telah keluar 4 bulan namun tiada taklim di rumah serta amal-amal yang lain.Selain itu batasan aurat tidak dijaga dengan sempurna. Hanya yang benar-benar memelihara aurad adalah ahlia karkun yang lain hanya biasa sahaja dan ramai yang mendedahkan auradnya. Malah ada sesetengah masjid yang ada tempat mandiannya mereka mandi bogel tanpa sebarang rasa malu. Ini berlaku di hadapan mata kami sendiri. Hairannya tidak ada sebarang teguran dibuat.


Aku dijemput berkhutbah, sekali khutbah Aidul Adha dan sekali khutbah Jumaat. Di tempat lain juga ada jemputan namun aku tolak dengan baik bila dilihat pengaruh Jemaah Tabligh di tempat berkenaan agak lemah. Bayan markaz 3kali, sekali di markaz Kota Padang dan dua kali di Markaz Padang Panjang. Isi khutbah dan bayan, aku tekankan kepentingan usaha agama di kalangan semua peringkat gulongan. Malah jemputan khusus untuk ceramah kepada kaum ibu pun aku tekankan kepentingan usaha agama. Bila melihat keadaan demikian, 40 hari tidak mencukupi malah jemaah demi jemaah perlu dihantar ke sana.

Sebenarnya Padang adalah tempat lahir berbagai ulama besar di Indonesia, Imam Bonjol, Kiyai H.Sulaiman Rasyid dan Prof.Dr. Hamka adalah berasal dari sini. Hari ini Padang telah musnah dengan gerak gempa. Ratapan, tangisan dan kesedihan oleh penduduknya hasil kesan dari bencana berkenaan. Semuga Allah swt mengembalikan Padang seperti peringkat awalnya dan ianya memerlukan usaha dan doa kita semua. Insyaallah.

KARKUZARI 2

KARKUZARI PADANG SUMATERA BARAT : 3 HARI SEBELUM GEMPA..

Semasa Mesyuarat Bulanan Malaysia (MBM) yg lepas, seorang ulama daripada Indonesia telah keluar di Malaysia untuk menghabiskan baki 15 harinya keluar di jalan allah untuk khuruj selama 4Bulan. Katanya, selepas gempa beliau telah pergi ke Padang untuk melihat2 keadaan di sana selepas tragedy gempa selama 20 hari. Beliau mengatakan lebih kurang ada 200 jemaah telah bergerak di sana dan telah dibina beberapa ‘Pos’ atau markas2 kecil untuk menerima dn menghntar jemaa2 yg tiba utk buat kerja2 dakwah. Setiba di sana kampong telah tiada dan 3bukit jg tiada,semuanya rata. Kampong tersebut sudah berada berkaki-kaki di bawah tapak kaki mereka…. Beliau membuat karkuzari ini sambil menitiskan air mata...

KARKUZARI BELIAU SEMASA MBM:

Katanya : Karkuzari ini bukanlah utk menceritakn kburukan tp spy kt dpt ambil fikir risau ttg keadaan ummat dan bt usaha agama sungguh2….
Beliau memberitahu bahawa, amalan org di sana sejak sekian lama masjid dikosongkan dan wanita2 pergi solat berjemaah di masjid berada di saf yg pertama dan lelaki berada di kedai2, gerai2. apabila jemaah datang dan bagi penjelalasan bhw wanita afdhol solat di belakang dan ada tabir, namun mereka mengatakan “ kami ngak biasa pak..” bermakna sudah lama amalan itu dilakukan. Hobi mereka (lelaki) pula membeli dan memelihara anjing yg mahal2 tujuannya utk digunakan pertandingan menangkap babi paling handal sekadar suka2.

Tiga hari sebelum gempa ada rombongan jemaah (tabligh) datang ke kampong tersebut. Malangnya jemaah dihalau, dan bukan setakat dihalau malah diarak keliling kampong dengan menggunakan anjing2 peliharaan mereka sambil tertawa. Tiga hari selepas dihalau Allah turunkan gempa yg menenggelamkan penduduk kampong dan kampong mereka sekli….asbab gempa, 3 kampung terbabit tenggelam ke dasar dan 3 bukit yg mengelilingi kampung2 tersebut roboh dan menimpa serta menimbus kampung2 tersebut sekaligus…subhanallah…

Beliau mengatakan Allah tidak kejam…dahulu, sebelum Allah binasakan sesuatu tempat Allah akan hantar Rasul/Nabi untuk bagi peringatan. Hari ini Nabi sudah tiada, tetapi Allah telah hantar rombongan2 jemaah, pendakwah2, mubaligh2, karkun2,org2 dakwah untuk bagi peringatan. Dan jika setelah diberi peringatan mereka ingkar barulah Allah turunkan azab. Banyak kisah dalam quran kaum2 yg ingkar terhadap peringatan2 drpd utusan2 yg dihantar, semuanya dibinasakan. Tragedi yg menimpa Kaum Tsamud, Kaum Nabi Nuh, Kaum Aad patut dijadikan iktibar.

Ada lebih kurang 1000 masjid yg binasa. Anehnya, masjid yg tidak pernah terima jemaah,tiada azan dan solat berjemaah 5 waktu, menghalau jemaah semuanya roboh tetapi masjid yg pernah menerima jemaah tidak roboh Cuma mengalami sedikit keretakan sahaja sedangkan jarak antara masjid tidaklah jauh…Perihal yg sama dengan Karkuzari Jemaah Malaysia yg bergerak di Kashmir (cari dlm blog ni :Karkuzari Jemaah Di Kashmir)


P/S : Jemaah akan dihatar ke sana secepat mungkin. Dan sekarang ini ada tasykil dari setiap Markaz Negeri di seluroh Malaysia.

Monday, November 2, 2009

TA'LIM MINGGUAN MASTURAT KENINGAU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI..
BERKAT FIKIR RISAU TUAN-TUAN, ALLAH SWT YG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA TELAH MEWUJUDKAN TA'LIM MINGGUAN MASTURAT (WANITA) DI KENINGAU. BERIKUTAN DARIPADA MESYUARAT BULANAN MALAYSIA 30 OKT - 1 NOV LEPAS, PERMOHONAN TELAH DIBUAT DAN SYURA MALAYSIA TELAH MELULUSKANNYA. SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH.....
DI ATAS KERTAS, MEMANG TAK LAYAK SEBAB TAK CUKUP SYARAT, WANITA PENGALAMAN 40HARI TIADA, YANG ADA 2 ORANG JE PENGALAMAN 10HARI. DAN RUMAH YANG DIPILIH ADALAH RUMAH ANA SENDIRI. SYUKURLAH SEBAB RAMAI LAGI ORANG DI LUAR SANA YANG MEMILIKI RUMAH YANG JAUH LEBIH BAIK, BESAR, MEWAH DARIPADA ANA, SEDERHANA JE...SYUKURLAH ALLAH PILIH RUMAH ANA DIWAKAFKAN UTK AGAMA...ANA NI PUN TAKDE APA-APA..BANYAK KEKURANGAN..BANYAK KELEMAHAN..WALAU APAPUN, TUAN-TUAN DOAKAN UTK KAMI RAKAN USAHA DI KENINGAU KHUSUSNYA, DAN SELURUH ALAM AMNYA, SUPAYA ISTIQOMAH DALAM USAHA NI...AMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails