CARI DALAM BLOG INI

Thursday, July 10, 2014

Ketakutan Israel...



Satu kelemahan israel yg paling ketara. Seorang ulama pakistan, Syeikh Maulana Tariq Jamil menyampai pengalaman dakwahnya ketika pergi berdakwah di Jordania. 

Ketika di Jordania beliau telah pergi ke perbatasan Jordania-Israel. sampai di daerah perbatasan, rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil menunaikan solat subuh di salah satu Masjid yg berada di perbatasan tersebut,selesai sahaja menunaikan solat subuh, Syeikh Maulana Tariq Jamil tiba2 melihat seorang tentera israel dari luar sedang melihat kearah dalam masjid. 

Setelah melihat lalu tentera israel berlalu pergi. Maka Syeikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera israel dan bertanyakan apa yang dilihat sebentar tadi,

"Saya ingin melihat berapa jumlah orang islam yang hadir solat subuh di masjid,"kata tentera israel itu. Syeikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya,"kenapa.?"

 Dia pun menjawab "Didalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah dimasjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat,maka saat itu israel akan hancur..Allahhuakbar.

Sekarang lihat keadaan Solat Subuh di tempat kita masing2..perkara asas iaitu solat sebagai tiang agama sudah runtuh bagaimana dapat bantuan Allah..PERSOALAN yang penting :
1. APA USAHA KITA SUPAYA TIANG AGAMA (SOLAT) DAPAT DITEGAKKAN?
2. APA USAHA SUPAYA MENARIK ORG DATANG KE MASJID?

yang lebih menyedihkan,ORG YG BUAT DAKWAH PULA DICEMUH.. ORANG YANG MENGAJAK KEMASJID PULA DICEMUH..DIHINA OLEH ORG ISLAM SENDIRI...

#Pray4Gaza

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails