"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Sunday, May 17, 2009
SOAL JAWAB ISLAM - NON MUSLIM
(sumber : http://masjidpekankeningau.blogspot.com/ )
1.Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran,tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad disebut dalam Quran?
Nama Nabi Muhammad SAW hanya disebut 5 kali sahaja dalam Quran. Manakala nam Nabi Isa as disebut 25 kali.Mengapa? kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw,sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah hidup Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2. Nama Nabi Isa as disebut lebih banyak daripada Nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya,dalam Bible, nama Syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walau bagaimanapun, Allah Maha Mengetahuinya.
3. Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang Nabi Isa yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa ). Sedangkan dalam bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat kepada allah akan masuk syurga, siapa yang menggangap Jesus sebagai Tuhan akan masuk neraka “.
4. Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Api di akhir zaman nanti Nabi Isa akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir ?
Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikatnya yang tidak akan berubah, anak sulong tetap anak sulong.
5. Nabi Isa as disembahsebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini,antara ibudan anak, mana lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi kenapa tidak sembah Mariam jer? Kan mariam ibu, tentu ibu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak sembah Adam sahaja?Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59.
6. Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’,sekejap guna ‘Kami. Kenapa ?‘Kami’ kan lambing ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan ( Isa )’ ?
Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. ‘Aku’ kata Jamaknya ‘Kami’ yang melambangkan tentang Allah dan KeagunganNya’. Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.
7. Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anegerah Tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh potong kuku?
8. Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan,sayur dan pokok turut ada nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.
9. Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur doasa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar “
Kita jawab seperti ini, habis tu kita berdosa kecil je la kalau bunuh orang pekak,buta dan bisu sebab dia takda deria?
10. Sami Buddha menjawab balik “Jika bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”.
Kita jawab lagi “habis tu, makanlah ekor cicak sebab ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”.
11. Sami Buddha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Kita jawab “Penyakit dating kerana kita makan banyak,bukan kerana makan binatang.Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah bagi gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya. Lembu ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya,tak kisah pun kalau tak nak makan daging,tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12. Kan Babi itu ciptaan Allah,Kenapa Islam tak makan Babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Takkan Kayu Balak / Anjing / Kucing / Batu / Tanah pun nak makan ( Tambahan ).
13. Islam cakap Hindu sembah Berhala tetapi Islam hari-hari sembah Ka’abah.
Islam bukan sembah Ka’abah,tapi ka’abah itu adalah kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Ka’abah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah. Ka’abah Cuma kiblat.Perlu tahu bezakan . Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala,tapi orang islam pijak ka’abah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar ka’abah ( sejadah ). Jika gambar ka’abah diletak di KLCC,orang islam tetap solat menghadap ka’abah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah.Bukan sembah Ka’abah.
14. Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan-soalan yang dinyatakan di atas, sebenarnya memang ditanya oleh orang bukan islam secara spontan pada orang islam.Mereka bertanya bukannya nak tahu,tapi kerana hendak membuatkan orang islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan islam dan akhirnya orang islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.
Saya berpendapat, perlu umat islam untuk buat usaha atas iman. Banyak ilmu tapi iman lemah pun mudah untuk akidah terpesong. Sebab tu dakwah kena dibuat dan usaha untuk perbaiki iman perlu dibuat 24 jam setiap hari. Khutbah Jumaat selalu bagitau “JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN DALAM ISLAM”. Macam mana kita nak mati dalam keadaan Islam (beriman) kalau iman tidak disusahakan?
RENUNGAN
Dunia adalah sementara, dan akhirat adalah satu tempat yang kekal. Kejayaan di akhirat bergantung kepada apa yang telah kita usahakan di dunia lagi. Untuk Nampak kejayaan akhirat perlu ada iman dan yakin yang sempurna pada Allah. Yakin pada akhirat ,yakin pada alam kubur, sirat, mizan ,syurga dan neraka hanya dapat diyakini bila ada iman yang sempurna. Namun, keadaan sekeliling dan dunia yang serba menipu daya menyebabkan mata hati tidak dapat melihat dunia akhirat,kerana mata zahir telah dibiasakan untuk melihat alam dunia yang penuh dengan senda gurau dan tipu-daya. Sehingga yakin pada kudrat dan kehebatan Allah telah bertukar kepada yakin dengan kehebatan dunia. Hati telah penuh diisi dengan dunia. Harta,pangkat,wang ringgit, kuasa, senjata telah mengisi ruang dalam hati-hati manusia, sehingga ruang untuk diisi kebesaran Allah sudah tidak ada. Akibatnya berani untuk melanggar perintah Allah, berani melawan hukum Allah, berani melakukan maksiat pada Allah. Seperti mana kaum-kaum yang terdahulu telah yakin pada benda-benda, menyebabkan Allah murka dengan mereka.dan Allah hantar azab pada mereka.
Atas perkara inilah, iman perlu diusahakan. Siapa yang kena usaha? Seluruh umat islam yang mengaku Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad saw itu nabinya. Kita diwajibkan hanya mati dalam keadaan islam (beriman) seperti mana yang selalu diutarakan di mimbar-mimbar Jumaat oleh khatib,” Janganlah kamu mati melainkan dalam Islam”.Iman hanya akan didapati bila ada usaha untuk dapatkan iman. Misalnya, hari ini ada orang yang usaha atas padi maka di rumah-rumah kita adanya beras untuk dimasak dan dimakan. Apa akan berlaku jika seluruh petani-petani seluruh dunia berhenti daripada menanam padi? Pasti dan pasti beras akan habis di kedai-kedai, akibatnya kita akan bertukar pula untuk makan gandum! Begitu juga sebagaimana kita dapat agama pada hari ini sebab ada orang yang usahakan agama dahulu. Siapa? Para sahabat-sahabat, tabiin-tabiin dan akhirnya kita di Malaysia dan seluruh dunia dapat agama Islam. Apa akan berlaku jika sahabat-sahabat duduk diam di mekah madinah dan tidak keluar di jalan Allah untuk sebarkan agama? Apa akan jadi pada kita agaknya? Apa yang kita akan sembah hari ini?
Nabi Muhammad saw diutus untuk umat ini hingga akhir zaman. Persoalannya Nabi telah wafat 1430 tahun yang lalu. Jadi siapa yang kena buat kerja untuk pesan-memesan pada yang hak? Siapa yang kena buat amar ma’ruf nahi mungkar? Siapa yang kena buat dakwah? Nak tunggu nabi lain turun? Adakah ustaz-ustaz, orang dakwah, JHAEINS, MUIS atau JAKIM yang kena buat? Sebenarnya seluruh umat Islam bertanggung jawab atas agama ini. Maju dan mundurnya agama ini adalah di atas bahu-bahu kita semua,saya dan tuan-tuan yang beriman dengan Allah dan Rasulnya.
Inilah yang menjadi satu kemuliaan bagi umat akhir zaman. Allah bagi gelaran sebagai umat yang terbaik dalam Al-Quran sebab kita ada kerja untuk ajak manusia kenal siapa Pencipta mereka, siapa yang bagi mereka rezeki,siapa yang berkuasa di alam ini. Sehingga kita dicemburui oleh kaum-kaum terdahulu, dicemburui oleh Nabi-nabi terdahulu kerana kerja ini,KERJA DAKWAH. Malangnya ada orang dan pihak-pihak tertentu salah tafsir tentang ayat Allah yang mengatakan “ kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia..” .Mereka beranggapan kita menjadi umat yang terbaik sebab kita maju dari segi ekonomi, ada teknologi yang hebat-hebat, ada kepakaran itu dan ini, ada kekuatan senjata. Na’udzubillah…… fikir-fikir sebegini lah yang ada pada kaum saba’ yang yakin dengan pertanian, yakin sebegini yang ada pada qarun terhadap hartanya, yakin sebegini yang ada pada Firaun dan Namrud terhadap kekuasaan, ketenteraan dan kerajaannya, yakin seperti ini yang ada pada kaum Aad terhadap kekuatan mereka, yakinseperti ini yang ada pada kaum Tsamud terhadap kepakaran mereka…. Sebenarnya sambungan daripada ayat tersebut adalah “…. Kerana kamu mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar serta kamu beriman pada Allah.” Tidak disentuh pun tentang ekonomi,pangkat, kekuasaan, teknologi dan sebagainya. Seorang Ustaz bagitau, bila dakwah dibuat barulah ekonomi, teknologi, kekuatan dan sebagainya akan ikut di belakang.
Hari ini, dakwah bukan setakat mengajak orang bukan islam untuk masuk islam, tetapi juga bagaimana untuk orang islam sendiri dapat beramal dan mentaati seluruh perintah Allah dan mengamalkan seluruh hukum-hukum agama dalam kehidupan. Orang islam sendiri ada hak untuk diberi peringatan tentang agama. Allah sendiri bagitahu “Berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang mukmin.”. Dakwah bukan hendak mengajar orang atau mencari kesalahan orang, tetapi dakwah dibuat untuk meperbaiki diri kita sendiri dahulu. Biasakan cakap agama, biasakan lidah cakap kebesaran Allah,Biasakan fikir akhirat, barulah yakin pada janji-janji Allah akan datang, seterusnya ketakutan pada Allah akan hadir dan mudah untuk mentaati seluruh perintah Allah. Jika tidak, kita akan biasakan lidah cakap dunia, biasakan untuk fikir dunia,risau dunia,akhirnya dunia masuk dalam hati. Bila dunia sudah masuk dalam hati maka tidak ada keyakinan tentang janji-janji Allah, seterusnya mudah untuk langgar perintah Allah.
Dakwah dan ingat-memperingati kena dibuat pada semua orang walau siapa pun dia. Soal “dia” nak dengar atau tidak itu perkara lain. Itu urusan “dia” dengan Allah kita hanya bertanggung jawab untuk tunaikan hak mereka untuk diberi peringatan, selebihnya itu kerja Allah. Sekurang-kurangnya adalah jawapan yang kita boleh berikan apabila ditanya Allah di mahsyar atau apabila kita dituntut nanti di padang Mahsyar yang huru-hara dan masing-masing mahu menyalahkan orang lain.
“ Ya Allah, di dunia dulu,si polan selalu ulang-alik ke masjid dan lalu depan rumah aku, tetapi dia tak ajak pun aku ke masjid,sekarang adakah adil aku diazab sedang dia masuk syurga..??” Inilah salah satu dakwaan dan tuntutan terhadap kita nanti dan apakah jawapan yang bakal kita bagi apabila kita tidak jumpa mereka dan tunaikan Hak mereka untuk diberi peringatan? Marilah saya dan tuan-tuan fikirkan dan renungkan bersama-sama. Kiamat pasti akan terjadi, dan kita pasti akan dihimpunkan di Mahsyar untuk disoal tentang agama dan tanggung jawab terhadap agama. Persoalannya adakah saya dan tuan-tuan telah bersedia?
KEUTAMAAN WANITA SHALIHAH
KEUTAMAAN WANITA SHALIHAH
Walaupun wanita tidak diangkat Allah menjadi Nabi, namun kedudukan wanita sangat tinggi di sisi Allah, kerana wanita adalah manusia pertama yang mahu menerima Islam setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi rasul,yaitu Khadijah r.a. Selain itu, manusia pertama yang diterima sebagai syahidah juga seorang wanita, yaitu Sumayyah r.a. Banyak lagi keutamaan yang diberikan Allah swt kepada wanita :
1. seorang wanita yang shalihah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki sholih.
2. seorang wanita yg jahat akhlaknya, lebih buruk drpd 1000 orang lelaki yang buruk akhlaknya.
3. apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat pahala setengah jihad.
4. bagi seorang wanita hamil, dua rakaat solat lebih baik drpd 80 rakaat solat wanita tidak hamil.
5. apabila seorang wanita hamil hingga melahirkan anak, maka Allah swt akan memberikannya pahala bagaikan berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam..
6. seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah melahirkan anak, maka dia akan mendapat pahala syahid.
7. Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya bahkan memujuknya, maka ibu itu akan mendapat phala ibadah.
8. seorang wanita yang melahirkan akan medapat pahala 70 tahun solat sunat dan puasa, dan setiap kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan ,mendapat pahala haji yang diterima Allah.
9. Apabila seorang wanita tidak dapat tidur pada malam hari kerana mengurus anaknya yang sakit atau demam, maka Allah swt akan memberinya ganjaran kepadanya seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
10.seorang wanita yang tidak dapat tidur pada waktu malam kerana menyusui anaknya, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan diberi pahala 12 tahun ibadah.
11. Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berzikir, maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman Ka’abah.
12. seorang isteri yang mendorong suaminya untuk keluar di jalan Allah, dan redha serta menanggung sedikit penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, maka Allah swt akan memasukkanya ke dalam syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya memasuki syurga, dan wanita itu menantinya di pintu syurga.
13. seorang wanita yang memerah susu sapi dan diawali dengan Bismillah, maka Allah swt akan memberi keberkahan rezeki bagi penghuni rumah itu.
14. seorang wanita yang memandang kepada lelaki yang bukan mahramnya, maka Allah swt akan mengutuknya.
15. seorang isteri yang mengerjakan solat,berpuasa pada bulan Ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah swt akan memasukkanya ke dalam syurga melalui pintu mana yang disukainya.
16. semua penghuni syurga akan menemui Allah yang kekerapannya tergantung kepada amalanya di dunia, tetapi wanita yang memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya, maka Allah swt sendiri yang akan datang kepadanya.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda,”apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan,memelihara kemaluannya, serta taat kepada suaminya, maka dia pasti masuk syurga dari pintu mana saja yang disukainya.”
Ada sebuah kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah saw yang akan berangkat perang. Dia berpesan pada isterinya,”Wahai isteriku,janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah sampai aku kembali.” Secara kebetulan ayah wanita itu sakit tenat. Ia segera menyuruh seseorang untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah saw. Beliau berkata,”Taatilah suamimu.”. Bukan sekali wanita itu dihantar utusan supaya dia menjenguk ayahnya yang sakit tenat,namun dia tetap taat mentaati suaminya untuk tidak meninggalkan rumah sampai akhirnya ayahnya meninggal dunia, dia tetap tidak menjenguk ayahnya dan bersabar sampai suaminya kembali. Maka Allah swt berfirman kepada nabi saw,”sesungguhnya Aku telah mengampuni wanita tersebut disebabkan dia mentaati suaminya”.
Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.a mengunjungi Rasullullah saw. Ketika dia memandang ayahnya, tiba-tiba dia menangis. Rasulullah saw bertanya,” Apa yang menimpamu, wahai puteriku?”. Fatimah menjawab,” Ya,Rasul, semalam aku dan suamiku (Ali r.a ) bercanda hingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih. Aku berkata,wahai kekasihku dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu.Hal itu kulakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali,hingga akhirnya dia memaafkan dan tersenyum padaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku. “
Nabi saw bersabda. “Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suamimu memaafkanmu, maka aku tidak akan mensolati jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah. Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imran, tetapi suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya. “
Dalam kisah lain diceritakan bahwa Ali r.a berkata,”saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah saw. Kami mendapati baginda sedang menangis. Kami bertanya,”apakah yang menyebabkan engkau menangis,wahai rasulullah?”.
Beliau menjawab,”pada malam ketika aku diisra’kan ke langit,aku melihat orang-orang sedang disiksa. Apabila aku teringat kepada mereka,maka aku menangis”. Saya (Ali r.a) bertanya,”Apakah yang engkau lihat?” .
Beliau bersabda :
1. wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih,kerana dia tidak menjaga rambutnya di kalangan lelaki (tidak memakai tudung);
2. Wanita yang digantung lidahnya serta tangannya ditanggalkan dari punggungnya, sedangkan aspal yang mendidih dituangkan ke dalam kerongkongnya, adalah wanita yang menyakiti suaminya dengan kata-kata.;
3. Tidaklah seorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-kata, kecuali Allah swt akan membuat mulutnya kelak pada hari kiamat selebar 70 dhira. Kemudian diikatkan kebelakang lehernya.;
4. wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya terlihat api berkobar-kobar dengan hebatnya,adalah wanita yang suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keburukan orang lain;
5. wanita yang kepalanya seperti kepala Babi dan badannya seperti keldai adalah wanita yang suka mengadu-domba dan berdusta;
6. wanita yang memotong-motong badannya dengan gunting daripada neraka adalah wanita yang suka menonjokan dirinya di kalangan orang ramai supaya perhiasannya dilihat;, dan setiap yang ,melihatnya akan jatuh cinta kepadanya;
7. wanita berbentuk seperti anjing, kerana ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya;
8. wanita yang digantung, diikat kedua kakinya dan tanganya kearah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah oleh ular dan kalajengking, adalah wanita yang keluar dari rumah suaminya tanpa izin suami, maka ia akan dikutuk oleh semua yang disinari oleh matahari dan bulan, sehingga ia kembali ke rumah suaminya.”.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,” seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka akan ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan 8 pintu syurga yang dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa hisab.”.
( Sumber : Masturah,Dakwah di kalangan Wanita – Maulana Muhammad Mansur,Bandung, Indonesia,2001 )