CARI DALAM BLOG INI

Sunday, September 27, 2009

FIKIR DAN RENUNGKAN SEJENAK ( LEBIH2 LAGI DIRI INI YG LEMAH.. )

SUNGGUH MENGHAIRANKAN……

Kita bangga kalau anak kita menjadi Doktor, Lawyer, Menteri, Yang Berhormat, tapi tak ramai yang berbangga anaknya sebagai Hafiz Quran/Alim Ulama/Ustaz…

Kita marah kalau anak kita gagal subjek Bahasa Inggeris, tapi tak kisah sangat kalau anak ‘fail’ Bahasa Arab ( Subjek agama )….

Kita marah dengan anak kita yang ponteng sekolah/tuisyen, tapi tak marah dengan anak yang ‘ponteng’ sembahyang….

Kita rasa marah dengan Yahudi dan memboikot barangan mereka, tapi kehidupan yahudi wujud dalam diri kita, rumah kita ( analah tu, istighfar..istighfar..)

Kita tak merasa jemu bercerita tentang perihal orang lain (gossip), tapi rasa jemu bercerita tentang kehebatan Allah….

Kita tak rasa jemu untuk ajak-mengajak org lain untuk menyertai program/skim/saham2 tertentu untuk mendaptkan wang dengan jalan yg mudah, tapi rasa jemu dan rasa pelik untuk ajak mengajak ke arah kebaikan ( amar ma’ruf dan nahi mungkar )…

Kita tak rasa rugi korbankan harta wang ringgit untuk ‘upgrade’ kereta, tapi rasa ‘rugi’ kalau korbankan wang ringgit di jalan Allah/untuk agama….

Kita rasa rugi sangat2 kalau kehilangan RM100, tapi tak rasa rugi kalau tertinggal solat berjemaah di masjid…..

Kita sanggup gunakan tenaga kita mendaki gunung yg tinggi,merentasi lautan yg luas, malah sampai ke angkasa, tapi tak sanggup gunakan sedikit tenaga kita untuk pergi ke hujung2 dunia semata-mata kerana agama Allah….

Kita sanggup tinggalkan anak bini berbulan-bulan lamanya (malah ada yg bertahun2) untuk tujuan pekerjaan dan sebagainya, tetapi kerana agama, tinggalkan anak bini selama 40hari sahaja sudah ramai yg mencemuh dan dicop ‘kejam’ kerana tinggalkan anak bini sendirian di rumah…..

Kita sanggup berjauhan dengan anak bini selama 4bulan (malah lebih lagi) untuk tujuan keduniaan, tapi tak rela berjauhan selama 4 bulan di jalan Allah kerana agama….

MARI FIKIRKAN SEJENAK….

Katakanlah…apabila balik daripada kedai selepas membeli barang2 keperluan, kita dapati rumah jiran kita terbakar. Api kian marak dan merebak dengan cepatnya dan jiran kita dalam bahaya. Apa yang kita akan lakukan? Adakah kita berdiri di satu sudut yg selamat dan berkata sambil menggelengkan kepala,” takpala…bomba kan ada..saya bukan bomba, biarlah bomba yang padamkan api. Bukan kerja saya untuk padamkan api...”Pasti kitalah orang yg pertama untuk mengisi baldi dengan air dan membantu jiran kita untuk memadamkan api, bukan? Pasti kita akan Bantu-membantu dengan orang lain untuk memadamkan api dan membantu jiran kita yg dalam kesusahan tanpa perlu menunggu Bomba tiba walaupun jiran kita tu bukan seakidah dengan kita…

Tuan-tuan, hari ini umat sedang menyalakan api di sekeliling mereka tanpa mereka sedari. Api yang tidak dapat dilihat di dunia ini. Umat semakin jauh dari Agama Allah. Orang islam sendiri semakin jauh dari agama, dan berada di ambang2 kemurtadan…adakah kita sekadar berkata,” takpalah…ustaz kan ada…JAKIM kan ada, Jabatan Agama kan ada..biarlah ‘diorang’ saja yang buat dakwah, saya bukan ustaz…”. Inilah yang berlaku hari ini. Dalam hal ini, semua orang islam bertanggungjawab atas bangun dan runtuhnya agama hari ini. Kalau ada bencana yang datang, gempa bumi, Tsunami dan sebagainya, ketahuilah bahawa ia berpunca daripada amalan kita orang islam. Baik buruknya keadaan dan kejadian di alam ini adalah berpunca daripada amalan2 org islam. Jika baik amalan baiklah keputusan dari Allah, jika buruk….burukla keputusan dari Allah…..wallahu a’lam…


PERNIAGAAN YG MENGUNTUNGKAN..!!!!!!!

Hari ini, kita selalu berkira-kira dalam membuat sesuatu perkara. Jika sesuatu perkara itu dapat memberikan hasil yang menguntungkan barulah kita akan berebut-rebut membuat perkara tersebut. Terutamanya dalam hal-hal keuntungkan dunia semata-mata.

Ada perniagaan yg lebih menguntungkan daripada keuntungan dunia di atas ;

Kalau kita berada di Tanah Suci Mekah, satu amalan digandakan 100 ribu kali ganda…
Kalau kita berada di Madinah Munawwarah, satu amalan diganda 50 ribu kali ganda…
Kalau kita berada di Masjidil Aqsa Palestin, satu amalan diganda 25 ribu kali ganda…
Tetapi, kalau kita berada di Jalan Allah, satu amalan diganda 700 ribu kali ganda…

Dalam bulan Ramadhan yg lepas,..satu amalan diganda 70 kali ganda…mari kita buat kira-kira sebentar :

A) 100 ribu X 70 = 7000000
B) 50 ribu X 70 = 3500000
C) 25 ribu X 70 = 1750000
D) 700 ribu X 70 = 49 juta

Jadi, tuan-tuan yg mulia…mana satukah amalan yg menguntungkan..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails