Pesan maulana saad pada ulama ( Bayan Subuh 10 julai 2009 )
Ulama/org alim adalah waris Nabi. Ulama/org alim kena bergerak buat dakwah. Jumpa manusia,sebarkan ilmu dan agama seluruh alam. Ulama ibarat awan yg membawa hujan yg membasahi sesuatu kawasan. Ulama yg buat dakwah adalah seperti awan yg bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Dan dakwah ( ilmu ) adalah ibarat hujan yg turun membasahi sesuatu kawasan. Dan setiap kawasan ada tanah yg boleh menakung air dan membawa manafaat pada hidupan sekitarnya. Daripada air yg ditakung oleh tanah, airnya boleh diminum oleh haiwan dan manusia. Airnya digunakan oleh tumbuhan untuk hidup dan bermacam manafaat lagi. Dan ada tanah yg tidak menakung air tapi menyerap air dan membolehkan tumbuhan di situ dapat menafaat darinya.
Dan ada sesetengah tanah yg keras, tidak menakung dan menyerap air. Begitu juga manusia ada yang menerima ilmu dan membawa menafaat bagi org lain dimana org lain dapat menafaat ilmu yg ada padanya (seperti tanah yg menakung air), ada manusia yg tidak membawa manafaat pd org lain tapi membawa menafaat pd dirinya sendiri,dimana ilmu yg dia dpt digunakan oleh dirinya sendiri dan dia beramal dengannya (seperti tanah yg menyerap air), dan ada juga org yg tidak mahu mendengar dan ingkar iaitu tidak membawa menafaat pd org lain dan dirinya sendiri (seperti tanah yg keras, tidak menakung dan menyerap air).
Ulama kena bergerak seperti awan yg membawa hujan. Jangan jadi seperti perigi yg rendah, jumud (tidak bergerak). Hanya menunggu org datang kepadanya dan mencedok air di dalamnya. Ulama/org alim kena datang kepada manusia bukan menunggu manusia datang kepada mereka. Seperti kisah di mana Muaz bin Jabal r.a yg merupakan org alim di kalangan sahabat. Segala permasalahan ilmu masail dan hokum-ahkam agama akan dirujuk oleh beliau selain Nabi. Suatu masa, Muaz r.a ingin keluar di jalan Allah, sahabat yg lain memberitahu Nabi bahawa sekiranya Muaz keluar, tiada tempat mereka bertanyakan tentang hukum. Nabi berkata bahawa baginda tidak dapat halang org yg sanggup bagi nyawanya untuk agama. Begitu juga kisah Abu Hurairah r.a, bapa muhahadis, beliau pergi ke pasar dan memberitahu org di sana bahawa harta pusaka Nabi SAW sedang dibahagi2kan di masjid.
Seperti mana Nabi menegur org-org asyari’ah (gol. Ulama) kerana mereka tidak mengajar ilmu pada penduduk sekitar mereka. Nabi bersumpah bahawa mereka akan diazab di dunia ini lagi. Kemudia kaum asyari’ah meminta tempoh satu tahun untuk mengajar penduduk setempat mereka dan di sinilah dalil dimana ulama-ulama dan org2 alim diminta untuk khuruj selama setahun di jalan Allah.
"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Wednesday, July 15, 2009
SUNNAH BAWA KEJAYAAN
Sewaktu menunggu pesawat tiba di LCC untuk pergi ke Ijtima, bermacam ragam dan gelagat manusia yang berada di situ. lebih-lebih lagi masa ni heboh dgn virus H1N1. ramai org 'berpurdah'. lelaki, perempuan, non-muslim pun pakai alat penutup mulut. Yelah, takut dijangkiti oleh virus 'selsema babi'...
tapi, dalam keadaan sedemikian, dalam keadaan org ramai memakai alat pelindung mulut, ada 'masturat' (wanita) yg tak perlu pun guna 'topeng mulut' tapi masih juga dapat menutup mulutnya, iaitu wanita yg memakai tudung dan berpurdah. bukan setakat kesihatan terjamin, aurat pun terjaga sepenuhnya dan dapat pahala lagi. sekiranya org memikirkan perkara ni lebih dalam lagi kan bagus...alangkah hebatnya islam. sesungguhnya dalam sunnah ada kejayaan.
mudah dan senang..tak perlu pakai penutup mulut..full package...kesihatan dan aurat terjaga...
LAPORAN IJTIMA MALAYSIA
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
Firman Allah SWT :"Sesungguhnya orang-orang yang ber Iman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah bertambahlah Iman mereka karenanya dan kepada Rabb lah mereka bertawakal
(Qs. Al Anfal : 2)"

Sabda Rasulullah SAW :"Seandainya dunia ini berharga disisi Allah SWT daripada sebelah sayap-sayap nyamuk , niscaya Dia tidak akan memberi minum setitis air pun kepada orang kafir (Hr. at Tirmidzi)"
Sedikit laporan di hari suasana ijtimak Malaysia 2009.
Dari jemaah tashkil angka tidak rasmi jemaah yg dapat dibentuk untuk keluar jalan Allah selepas ijtimak adalah 200 jemaah dan keseluruhan jemaah 4 bulan dan 40 hari yang dibentuk sebelum dan selepas ijtimak adalah 800 jemaah..

Orang kenamaan yang turut hadir dalam perhimpunan (ijtimak) Malaysia 2009 adalah seperti :
-Yang Di Pertuan Negeri Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir
-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
-Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhayidin Yasin
-Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan
-Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
-Mufti Negeri Sembilan Dato' Haji Murtadza Bin Hj Ahmad
-Datuk Seri Anwar Ibrahim
-Datuk Dr.Hassan Ali
-Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid
Setinggi penghargaan juga buat :
-Kerajaan Malaysia
-Kerajaan Negeri Sembilan
-Majlis Perbandaran Negeri Sembilan
-AJK Tertinggi Masjid Kuaters KLIA
-PDRM
-Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan-Alam Flora
-SYABAS
-Jabatan Bomba Daerah NilaI
-Dan semua penduduk Kuaters KLIA serta semua agensi yg terlibat.

Semoga Allah s.w.t. merahmati semua.
"Org yg dicintai Allah ialah yg diberi kefahaman agama.Org yg faham agama, dia gunakan dunianya utk akhiratnya.Org yg tak faham agama, dia musnahkan akhiratnya untuk dunia. Hati kita ini medan peperangan usaha Rasul dan usaha iblis, tak akn habisnya peperangan ini sehingga kita mati. Kalau kita leka musuh iblis akan tembak kita. Lagi bahaya kalau kita tak tau adanya peperangan itu"
"Usaha iblis menyesatkan anak adam, usaha Rasul menyelamatkan anak adam.Dua2 usaha takde gaji.Iblis usaha kerana sangat bencinya pada kita, Rasul usaha kerana sgt sayangnya pd kita.Jadi jgnlah harap gaji atau ganjaran dunia bila kita buat usaha Nabi kerana ia akan jadikan kita lebih teruk dari syaitan laknatullah alaih. Usaha agama asasnya 2, ikhlas dan taat tertib usul.Ikhlas utk sukakan Allah walaupun dikeji atau dipuji"
Semoga Allah merahmati semua..

p/s : ada juga jemaah ulama keluar setahun dibentuk...
maklumat lanjut layari ke : rahba81.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)