CARI DALAM BLOG INI

Thursday, November 5, 2009

PERANAN MASJID

PERANAN MASJID (diedit drpd :karkunahmithali.blogspot.com)



Orang alim bagitahu,Nabi saw bsersabda dgn para sahabat (lebih kurang) “akan datang satu zaman tidaklah tinggal islam sekadar nama, Al-Quran sekadar tulisan dan masjid2 tersergam indah tp sepi dr hidayah Allah”. Abu Bakar r.a bertanya,”Jika perkara itu berlaku,apa yg perlu dibuat oleh umat akhir zaman masa itu?” Nabi mengulang jawapannya sebanyak 3 kali,”hendaklah mereka keluar dari masjid dan mengajak orang ke masjid”.

Hari ini, kita lihat Masjid2 dibina indah, ber’air-cond’, berlantaikan permaidani tetapi sepi dari jemaah. Masjid dan surau kosong. Subhanallah….

Itulah yg berlaku apabila manusia menganggap masjid dan surau itu hanya milik mereka sahaja, bukan utk semua orang..Pelik juga yea..apabila ada jemaah nak iktikaf dan mengimarahkan masjid atau surau,tapi dihalaunya hanya kerana alasan nanti bil air dan api tak de siapa nak bayar..tapi bila jemaah sedia nak bayar..taknak pulak terima..akhirnya surau di kunci dan jemaah hanya boleh buat program di bahagian luar shj..dan paling sedih,tandas pun di kunci juga..bila ada jemaah dtg, masjid/surau tak beroperasi, imam tak datang..patutke tak yea?

Apabila masjid/surau dikunci, pengunjung lelaki dan perempuan terpaksa sembahyang di anjung/kaki lima masjid/surau yang terdedah,bagaimana aurat wanita nak terjaga..kenapa sampai begitu sekali mereka AJK masjid/surau ni buat pada jemaah yek..benci sangat dengan jemaah yg mahu menghidupkan suasana iman dan amal dalam surau tersebut..Ya Allah,mudah2an cahaya hidayah kau campakla pada mereka yg menentang jemaah ni..

Alhamdulillah, hari ni masjid2 dan surau dah ada beberapa program seperti tazkirah dan ceramah2 agama. Namun, ia hanya utk org2 yg memang ‘kaki masjid’,selalu ke masjid, bagaimana pula dengan org2 yg berada di luar? Perlu ada ‘orang utk mengajak mereka utk sama2 datang ke masjid sebab itu adalah HAK mereka utk diberi peringatan.
Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat JAIS..

"Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)

Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai PUSAT AKTIVITI DAKWAH dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.


Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(At-Taubat ayat 18)

Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)

Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".
(Riwayat Al-Bahari)

Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.

"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".
(Riwayat Muslim)

Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.

Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.

Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

1- Membina displin yang tinggi
Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan di mana setiap hari lima kali orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.

2- Membina semangat persaudaraan dan kerjasama
Solat berjemaah merupakan wadah perancangan aktiviti sosial,termasuk merancang program gotong-royong,menziarahi anggota jemaah yang sakit, meninggal dunia atau mengalami masalah,tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.Keadaan ini sudah pasti mendorong ke-arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih menepati.

"Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".
(An-Nur Ayat 36)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails