CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, June 17, 2009

MUHASABAH DIRI

GERUN RASANYA...

Bila difikir dan direnungkan segala yang berlaku di dunia hari ini,merupakan tanda-tanda usia dunia yang semakin tenat. Nabi SAW sendiri telah memberitahu kita 1430 tahun dahulu tentang keadaan umat akhir zaman dan petanda-petanda kiamat berlaku. semuanya dah jelas, seperti yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW. wujudnya bangunan pencakar langit, wanita lebih ramai dari lelaki, bencana alam berleluasa, peperangan, artis disanjung,minum arak perkara biasa dan banyak lagi petanda-petanda kiamat kecil dapat dilihat....

GERUN RASANYA....

Jika hari ini Dajjal keluar dan matahari timbul di barat adakah sudah cukup bekalan dan persediaan iman di dalam hati? Bila Dajjal memperlihatkan 'mukjizatnya', adakah iman semantap itu menanggungnya?...

GERUN RASANYA....

Bila mendengar perkhabaran alam kubur. Di semua arah debu dan tanah. Tiada lagi suami atau isteri tercinta menemani.Tiada lagi kedengaran gelak tawa anak-anak.Tiada lagi saudara mara dan teman yang dapat berkongsi suka dan duka. Hanya cacing dan ulat menjadi teman.Memamah setiap isi daging yang tinggal. Harta pun dibahagikan oleh waris. Suami yang ditinggalkan akan bernikah yang baru. Isteri yang janda akan bertemu jodoh yang lain. Satu sen pun daripada harta dunia tidak dibawa ke alam kubur. Untuk apa wang ringgit di dalam kubur ketika itu? bukannya boleh digunakan untuk 'sogok' malaikat Mungkar dan Nakir. Bolehkah dijawab soalan-soalan yang dah bocor dahulu? siapa Tuhan kamu?Siapa Nabi kamu?Apa agama kamu?Apa kiblat kamu?Apa kitab kamu?Dan kini hanya iman dan amal menjadi teman..

GERUN RASANYA....

Bila tiba hari penghisaban. Seluruh manusia dikumpulkan dari Nabi Adam sehingga bayi yang terakhir dihantar ke dunia dahulu. Adakah dibangkitkan dengan para anbia,para shuhada, para sahabat...atau...adakah dibangkitkan dengan Firaun, Hamman, Qarun atau Ubai Bin Khalaf???Adakah buku amalan daripada tangan kanan atau kiri sebagai penentu kejayaan atau penderitaan yang hakiki?

GERUN RASANYA...

Adakah dapat bertemu Nabi SAW di Mahsyar yang dahsyat? Adakah nabi nak mengaku diri ini sebagai Umatnya? Adakah Nabi memelukku dan memberikan bekas berisi air daripada Telaga Kauthar? Atau tidak memandang diri ini dan dihalau sejauh-jauhnya?

GERUN RASANYA....

Bila melihat titian sirat dihadapan untuk dilalui. Setipis rambut dibelah tujuh dan setajam mata pedang. kiri dan kanan duri yang mengait. di bawah pula Jahannam yang berkobar-kobar menggila menanti jasad yang jatuh ke dalamnya...adakah diri ini dapat meniti sepantas kilat, atau sekadar angin bertiup,atau sekadar kuda berlari, atau berjalan, atau merangkak, atau mengensot...atau jatuh ke Jahannam? Ya Allah..selamatkan..selamatkan...selamatkan...

GERUN RASANYA...GERUN RASANYA...GERUN RASANYA...

PENYAKIT BAHAYA

Hari ini umat dalam bahaya dengan satu jenis penyakit yang merbahaya. Penyakit yang lebih bahaya daripada N1H1, lebih bahaya daripada AIDS,Lebih bahaya daripada Kanser,malah lebih bahaya daripada segala penyakit yang terdapat di dunia. Nama penyakit tersebut adalah penyakit Iman.

Jika penyakit2 yang dinyatakan di atas dihidapi oleh seseorang, penghujung pada kesakitan akibat penyakit yang dihidapi adalah maut. Dan apabila nyawa terpisah daripada badan maka hilanglah kesakitan dan segala penderitaan drpd penyakit tersebut. Tetapi Penyakit Iman yang membawa ‘virus’ syirik walaupun sebesar zarah, maka penderitaannya berkekalan dan berterusan walaupun berada di alam kubur. Penderitaan yang tanpa berpenghujung. Kesakitan yang berterusan untuk berjuta-juta tahun, malah tanpa penghujung, selama-lamanya.

Setiap penyakit ada gejala-gejala atau simtom-simtomnya. Simtom-simtom atau gejala yang kerap berlaku adalah cinta pada dunia. Leka dengan keindahan dunia mengakibatkan seseorang lupa pada segala perintah dan larangan Allah.

Simtom seterusnya adalah yakin dengan kehebatan dunia. Yakin dengan senjata,yakin dengan harta, yakin dengan pangkat, yakin selain daripada Allah. Yakin sebegini menggelapkan hati dan mulai merasa curiga dengan hari akhirat,alam selepas mati dan ragu dengan kehebatan dan kebesaran Allah.

Hari ini,gejala-gejala tersebut sudah berakar tunjang dalam hati-hati manusia. Sehingga yakin dengan kebendaan daripada yakin dengan kudrat Allah yang Maha Kuasa.

“ kalau tidak ada senjata macam mana kita nak menang?”
“kalau tiada bom atom macam mana kita nak kalahkan musuh?”..

sehingga yakin-yakin sebegini telah menyamai yakin yang ada pada orang kafir. Orang kafir yakin dengan senjata dan bom atom, umat islam turut mempunyai yakin yang sama. Sedangkan senjata tidak boleh bagi mudarat, tidak boleh bagi menafaat, tanpa izin Allah. Allah boleh ubah mudarat jadi menafaat dan ubah menafaat menjadi mudarat. Adakah kita lupa kisah-kisah anbia dalam Al-Quran? Api jadi sejuk sejahtera ke atas Ibrahim a.s? Laut terbelah 12 lorong? Unta hamil keluar dari batu? Pisau yang tajam tidak dapat melukakan Ismail a.s ?..adakah ini sekadar cerita donggeng seperti cerita sang kancil dan buaya atau cerita Cinderella? Sebenarnya bukan hati kita tidak mempercayainya, tetapi hati kita masih belum yakin.

Sebab itulah iman kena diusahakan. Iman kena dimantapkan. Iman kena disuburkan.Di mana? Bukan di padang bola atau stadium atau pasar-pasar, tetapi di rumah Allah,iaitu masjid. Kena llibatkan diri dengan amalan-amalan dalam masjid seperti mana amalan yang wujud di zaman Nabi SAW. Libatkan diri dengan amalan DAKWAH, TA’LIM WAT TA’LUM, ZIKIR IBADAT dan KHIDMAT. Bila hati sudah terpaut pada masjid dan amalan-amalan dalam masjid barulah sesuai dengan firman Allah “ mereka yang memakmurkan masjid-masjid yang beriman pada Allah dan rasulnya dan hari akhirat”.


Bila hati terpaut pada masjid, diri akan dilingkungi dengan suasana malaikat dan mudah terkesan ke arah melakukan amal kebaikan. Masjid adalah tempat yang paling disukai Allah daripada segala tempat di atas permukaan alam ini dan pasar adalah tempat yang dibenciNya. Alangkah bertuahnya kita apabila Allah memberikan taufik hidayah kepada kita untuk dapat datang ke masjid. Kita kena sedar bahawa kita dapat dating ke masjid bukanlah kerana rumah yang dekat dengan masjid, bukanlah ada kenderaan baru dapat ke masjid, atau kesihatan badan membolehkan kita dapat datang ke rumah Allah. Semuanya taufik dan kasih sayang Allah. Berapa ramai orang di luar sana yang ada kenderaan yang banyak, kesihatan yang baik, rumah sebumbung dengan masjid namun tidak dapat datang ke masjid untuk bersolat dan sebagainya.

wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails