Lepas tangguh nisab 40hari keluar kat Singapore...ikram bawa keluarga pegi cuti-cuti Malaysia kat Ranau-Kundasang...daripada cuaca 'panas kesuam-suaman' (hehehe) kepada cuaca yang sejuk ...dari dataran rendah Keningau ke tanah tinggi kaki Gunung Kinabalu...Masya-Allah...hebatnya Allah...sepatutnya semakin tinggi semakin panas la sebab semakin dekat dengan matahari kan...tapi tak pula,tanda Allah nak tunjuk kehebatan-Nya bagi mereka yang mahu berfikir..
Kami pun nak tengok Gunung Kinabalu la 'kunun' ...tapi hampeh...sebab kabus tebal...selama 2 hari kat sana tak nampak2 'batang hidung' Gunung tu...Subhanallah...gunung yang begitu besar pun DEPAN MATA TAK NAMPAK...
cuba FIKIR sejenak...kalau hati yang dah 'berkabus tebal' akibat banyak dosa dan maksiat...KEBESARAN ALLAH pun tak nampak...bila tak nampak, maka semakin jaaauuuuuuhhhhh dengan Allah...wallahu alam...