CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, March 31, 2010

AUDIO BAYAN

Bayan maghrib, Harun jemaah 3hari
http://www.zshare.net/audio/7443100324fffea0/

Bayan wapsi Jemaah masturat,Maulana Abu Bakar
http://www.zshare.net/audio/74445523d992e310/

TAQWA DAN FATWA


Waktu hampir masuk untuk solat zohor. Setelah siap menyusun failnya Ali menukar pakaian dan bergegas untuk ke Masjid berdekatan.

Ali: Abu, jom solat..(sambil membelek jam tangannya),sempat lagi ni..
Abu: Kejap..nak pegi la ni..

setelah menulis sesuatu di atas kertas Abu pun menyusul di belakang Ali. Ali mengerutkan dahinya.

Ali: kalau ye pun tukar la baju elok skit.
Abu:Takut tak sempat la. Lagipun, ni ok apa? Tutup aurat juga.
Ali: yela…kita solat ni kan nak buat Allah suka
Abu:Habis tu?
Ali: kita buat la yg allah suka..

Abu mengerut dahinya

Abu: habis tu tak sah la solat dgn T-shirt dan jeans ni?
Ali: Aku tak cakap camtu…ok,.,,kalau sorang pakai jubah dgn serban
sekali dan ada org pakai T-shirt dan jeans utk tunaikan solat, insyallah
dua2 sah solatnya tapi, rasa2nya mana satu yg Allah suka? Solat
dengan jubah dgn serban atau t-shirt dgn jeans?

Abu diam…

Ali: tentula Allah paling suka solat yg ditunaikan mirip2 dengan kekasihnya
kan…sunnah nabi.
Abu:habis tu,ada jg saya Nampak Imam solat pakai baju kemeja bertali-
leher dan berseluar sleigh.
Ali: kita ni nak ikut sapa? Ikut nabi ke, ikut orang lain?
Abu: jadi kalau gitu nak naik unta la?.Abu tersengih.
Ali: laa, corner ke situ pula…nabi ajar doa naik kenderaan bukannya doa
naik unta…lagipun kalau naik unta apa salahnya, jimat duit beli
minyak.

Abu tersengih lagi.

Ali: beginilah, setiap sunnah nabi tu pasti ada kejayaan, walaupun org
nampak remeh dan org memperlekehkan sunnah ‘ketinggalan zaman’
dan sebagainya. Tapi sejauhmana kita genggam sunnah nabi kuat2
disitulah terletak kejayaannya. Dulu org barat mempertikaikan org
islam makan guna tangan, hari ni diorang pula bangga makan dengan
tangan sebab didapati ada enzim pada tangan yg membantu
penghadaman. Tapi kena ingat, kita makan dengan tangan untuk ikut
sunnah nabi bukannya sebab ada enzim tu….niat kena betul, kalau tak
enzim je dapat, pahala amal sunnah tak dapat…rugi..rugi..rugi..

Abu:tapi kenapa ada orang tak suka simpan janggut, kalau ada siap trim
lagi…
Ali: itu perlu perbincangan panjang…lagipun,seperti saya cakap tadi,setiap
perkara yg kita nak buat, kita buat untuk sukakan Allah kan..TAQWA
BERBEZA DENGAN FATWA..

“ ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…. “

Ali; haa…azan da tu…jomla, karang lambat pula..
Abu :ha’ah yela…solat awal waktu berjemaah pun sunnah juga kan..(tersenyum)
Ali: betul..betul..betul..
Abu: Jadi baju ni nak kena tukar juga ke?
Ali: Takpela…esok bawa kain utk solat dan kopiah sekali….
Abu : Insyallah…

Tuesday, March 30, 2010

AUDIO BAYAN MASTURAT

Mohammad Azrul
http://www.zshare.net/audio/74401276856e0b12/

Hj Alidad
http://www.zshare.net/audio/74401713dccde5d4/

TA’LIM OOO TA’LIM..


Menjelang saja hari Sabtu, risau dibuatnya…yelaaa, hari tu laa ta’lim mingguan masturat halqa Keningau kat rumah aku. Berapa yang datang??….Innalillah…bak kata pujangga Urdu bermadah “Hanya kepada Allah tempat mengadu”…. Apa tak risau dibuatnya, kekadang tu 3 org jer yg stakat ni istiqomah,paling ramai 7-10 orang… huhuhuhuhuh….. dah tu, sorang karkun ni dah nak balik Sarawak Jun ni sebab dah habis kursus kat Institut Perguruan Keningau. Alahai…berkurang lagilah yg datang ta’lim…

Aku tak kisah ta’lim ni buat kat rumah siapa2 pun…yg penting semua MASTURAT dapat amik bahagian…WANITA pun kena amik fikir risau Nabi jg…kena buat usaha agama jg…wanita pun main peranan atas maju dan mundurnya agama..seperti zaman Nabi dan sahabat, wanita2/sahabiah2 pun main peranan dalam semua aspek termasuk ghazwah perang sekalipun. Begitu jg Nabi Ibrahim a.s dibantu oleh Siti Hajar dan Anaknya Ismail….hari ni bukannya nak bawa pergi perang pun…baru nak BERPERANG dengan NAFSU SHAHWAT…..



kalau tak dapat pergi seminggu sekali, at least sebulan sekali SYUUUUUKKKUUURRRRR LAAAAA NAK…. Ta’lim mingguan ni satu NIKMAT dari Allah…ingat lagi dulu kalau nak pegi ta’lim kena ke markas kat rumah Hj Alidad sejauh 90 lebih KM memakan masa sejam lebih..!!! Ni, Allah dah bagi kemudahan, dekat jer…bukannya jauh macam kat Markas Beauford tu….huhuhu….ingatlah, kalau nikmat Allah ni kita syukur Allah akan tambahkan lagi nikmat, kalau tak (kufur nikmat Allah), Allah ancam dgn azab yg pedih…bukannya nak PANCUNG….aku sekadar RISAU SANGAT-SANGAT..sampai dok berasap dah ubun-ubun kepala hotak aku ni….nak pergi kenduri, pergilah..nak pergi pasar beli barang, pergilah….nak ke KFC, pergilah…tapi janganlah tak pergi TALIM..kalau lewat pun takpe daripd tak pegi langsung….teringat aku masa kuar Negara Jiran kat Flores, Usaha atas masturat sana sangat Maju...Masturatnya STRONG dari lelakinya. Talim sampai 3 rumah sekaligus stiap minggu di MAHALA SENDIRI bukannya HALQA tuan2...Allahuakabar...walau apapun, kita doalah supaya Allah kekalkan kita dalam USAHA ATAS IMAN ni….tuan2/puan2 tolonglah AMINKAN….huhuhu…

Monday, March 29, 2010

BAYAN HIDAYAT MAULANA SAAD,IJTIMA' MALAYISA 2009

BAYAN MAULANA SAAD,IJTIMA MALAYSIA 2009 (PART 1)

PERNIAGAAN YG MENGUNTUNGKAN


”Assalamualaikum…..”, Aku dengan muka selamba keluar kat muka pintu “walaikumsalam..” “ada kawan2 saya datang sini dua tiga hari yg lepas promosi produk penapis air ?” .Laaaa, salesman rupanya.”Ada juga diorang datang beberapa hari yg lepas. ”Jawabku ringkas”.,Bleh tahan juga taktik diorang nak promosi barang, kalau aku cakap takde tadi memang diorang zihin aku habis2,tapi memang betulpun ada member2 diorang datang kat rumah,bukannya aku nak mengelak.. Lepas tu diorang beredar….hmmm,ingatkan sapa tadi…lepas tu aku tengok diorang ketuk rumah2 kat sekitar taman perumahan ni sebijik-sebijik, bagi salam lagi, tak taula rumah org islam ke tak…macam buat ghast la pulak…tapi tengok diorang punya keazaman dan ketabahan promosi barang diorang punya lah aku respect. Yelah..pernah satu kali dalam warung tengah feeling pekena nasi goring pataya, datang brother ni promosi produk dia…meja ke meja dia jumpa org tanpa jemu tanpa takut kena baling dgn gelas atau mangkuk…terfikir juga, kalaula diorang ni dan karkun2 (termasuk aku) buat dakwah macam tu …..barulah happening !!!…ni tak,macam akulah tu, buat ghast jumpa org pun tengok2 rumah atau tengok org, nampak ada tattoo/muscle atau misai tebal ular sawa sikit kecut buah pinggang. “Oooo…tak bleh, rumah ni tuan rumah nya garang, nanti kena parang kita….” dah tu bagi salam pun slow…pitching pun tak tinggi…macamana org nak dengar….hmmmm,,iman kamzur (lemah) katakan,,macam akuuuu….apapun ulama bagitahu, org yg bermalu-malu muka jumpa manusia semata2 kerana agamanya, kelak di akhirat Allah malu untuk menghisabnya….

Bila difikirkan, kenapa brother2 salesman kita ni berani dan sanggup jumpa macam2 jenis orang dan sanggup terima cemuhan orang hatta maki-hamun. Yelah, kalau di dinding pintu dah digantung “NO SALESMAN/SALESGIRL” tandanya orang tak suka la tu….BUKANNYA di sini nak memperlekehkan kerja diorang, diorang pun cari rezeki yang HALAL kan bukannyanya jual dadah ke, pil kuda ke…….tapi, nak 'MAIN POINT IS' diperkatakan sini ialah TAHAP KESUNGGUHAN diorang nak promosi barang / produk diorang. Macam aku kata tadi respect la…tabik spring lagi…. Aku ni tak pernah pun jadi salesman ni, tapi aku dengar banyak komisyen dapat. Kalau rajin dapat ramai pembeli lagi fuyooohh….kayaa….banyak komisyen dapat. Tapi kalau takde pembeli takdelah kot komisyen. Kalau ada pun tak banyak…

Haaaa…ni ada satu berita baik punya. Satu perniagaan yg menguntungkan. ‘Komisyen’ gerenti dapat.. kita jumpa org ‘promosi’ benda ni, orang dengar ke tak, ikut ke tak, suka ke tak, pasti ‘Bos’ kita akan bagi ‘komisyen’ / ganjaran. Bukan 1 kali ganda, atau 10 kali ganda punya komisyen, tapi 700 ribu kali ganda wa cakap luuu..!!!!! Malah bleh menjangkau paling kurang 49juta kali ganda…ada ke bank buat tawran begini? Simpan seringgit ganda sampai 700ribu paling kurang..??? NAK TAU apa dia? INILAH DIA KERJA DAKWAH ILLALLAH…. Inilah sebenarnya PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN DUNIA AKHIRAT….siapa2 pun bleh buat..tak semestinya dia ustaz/ulama tapi semua umat islam,umat Nabi SAW BOLEH buat kerja ni, sebab itu adalah maksud Allah hantar kita ke dunia bukan sekadar ibadat, tapi asbab kemuliaan ummat akhir zaman,ajak manusia untuk kenal pada Allah…kalau kita tak layak nescaya Allah hantar kita di zaman nabi Nuh a.s atau Nabi Musa a.s yang tugas dakwah hanya Nabi yang buat dan kaum dia sekadar IBADAT je…..tapi hari ni Nabi Muhaamad adalah penutup pintu kenabian, jadi tanggungjawab utk ajak manusia pada Allah diletakkan di bahu2 kita semua utk sambung kerja Nabi SAW…. Bukan sekadar ibadat tapi sampaikan agama sekali….
Wallahu a’lam

Monday, March 8, 2010

ADAB USUL

Ini merupakan adab2 atau tertib yg ulama2 kita telah gariskann supaya para daie dapat terapkan semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing2. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada fitnah atau salah faham di kalangan masyarakat setempat. Al-maklum sajalah, setiap pergerakan ‘karkun2’ diperhatikan, ada saja salah sikit dah merebak. Silap sikit terus dipandang serong, macamlah kita ni malaikat yg maksum, takde dosa…

Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing2,adab2 usul ni kena diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari2 buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya, nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata2 kerana Allah…

Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena :

BANYAKKAN 4 PERKARA
KURANGKAN 4 PERKARA
TINGGALKAN 4 PERKARA
JANGAN SENTUH SAMA SEKALI 4 PERKARA

Apa yg dibanyakkan,kurangkan,tinggalkan jangan sentuh tu????

4 PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN :

Banyakkan DAKWAH
Banyakkan TA’LIM WATTA’LUM
Banyakkan IBADAT
Banyakkan KHIDMAT

DAKWAH pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

DAKWAH UMUMI
DAKWAH KHUSUSI
DAKWAH INFRADI
DAKWAH IJTIMAI’

DAKWAH UMUMI
-Dakwah dibuat semasa buat ziarah/ghast/Jaulah.
-Dimulakan dengan Bayan Kepentingan Dakwah (biasanya lepas Asar), lepas tu Adab2 Ghast.
-Kemuadian jemaah dibahagikan kepada 2bahagian kecil,satu dalam masjid dan satu lagi luar masjid.

DAKWAH KHUSUSI
-Jemaah kecil biasanya berdua-dua dibentuk untuk jumpa dengan org2 yg khusus/tertentu sahaja. misalnya, sampai di satu tempat ada jemaah2 dibentuk utk berjumpa dgn Ketua kampong, pengerusi masjid dan Imam masjid.
-ada juga yg ditugaskan utk berjumpa dengan ulama,org khawas,pegawai2,org kaya/miskin dan sebagainya.

DAKWAH INFRADI
-dibuat dikalangan ahli jemaah sendiri atau org kampong yg dijumpai samada secara rawak ataupun yg berada di masjid.

DAKWAH IJTIMAI
-dakwah dibuat secara beramai2, iaitu seorang je cakap yang lain dengar. Biasanya dibuat lepas ghast/ziarah yg biasa org sebut BAYAN atau MAJLIS FIKIR IMAN AMAL.

TA’LIM WATTA’LUM (AJAR DAN MENGAJAR) pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

1.TA’LIM KITABI
- Kitab yg biasa digunakan ialah Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadis.
- Biasanya dibaca 21/2 jam. Paling afdhal 4 jam. Dengar lagi dan lagi hadis2 Nabi utk timbulkan keghairahan utk beramal dan yakin dgn janji Allah (ihtisab) dan lembutkan hati utk beramal.
-Paling afdhol ustaz/ulama yg baca dgn mantan hadis sekali

2.HALQAH TAJWID
- Selepas baca Fadhilat quran dalam Ta’lim kitabi,dibahagikan kepada jemaah kecil utk Halqah tajwid. Biasanya dari Kalimah Syahadah,Al-Fatihah dan sepuluh surah terakhir (al-fiil hingga an-nas)..lebih baik dan lebih afdhal kalau ada ustaz/ulama yg conduct. Sebab tu penting ustaz/ulama pun kena keluar jalan allah utk ajar dan perbetulkan makhraj dan sebutan,lebih2 lagi Al-Fatihah utk org2 yg baru belajar.

3.MUZAKARAH ADAB2
- muzakarah adad2 seharian atau doa2 masnun.
- biasanya Adab MAKAN,MASUK KELUAR TANDAS,MUSAFIR,TIDUR DAN ADAB MASJID.
-kalau ada ustaz/ulama, dioranglah conduct halqah ni, kalau tiada di kalangan jemaah

4.MUZAKARAH 6SIFAT SAHABAT
-gilir2 cakap sifat2 sahabat iaitu HAKIKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULLULAH, SOLAT KHUSU DAN KHUDU, ILMU DAN ZIKIR, IKRAM MUSLIMAIN, IKHLAS NIAT DAN DAKWAH DAN TABLIGH..
-cakap lagi dan lagi supaya sifat2 sahabat ni kita dapat amalkan,bukan setakat hafal

IBADAT pun terbahagi kepada 4 perkara :

BANYAKKAN SOLAT2 SUNAT (SOLAT FARDHU SUDAH SEMESTINYA)
BANYAKKAN BACA QURAN-sekurangnya 2lembar sehari
BANYAKKAN ZIKIR -300pagi dan petang
BANYAKKAN DOA-belajar dan amal doa2 masnun

KHIDMAT terbahagi kepada 4 :

KHIDMAT DIRI SENDIRI- Kalau di rumah kita jadi BIG BOSS,masa keluar ni nak belajar sendiri cuci kain, masak dan sebagainya.


KHIDMAT JEMAAH- Bantu ahli2 dalam jemaah atau bukan ahli jemaah (org kampong)

KHIDMAT AMIR- mudahkan amir buat keputusan dan taat amir

KHIDMAT MASJID- pastikan masjid sentiasa bersih dan kemas sebelum,semasa danselepas digunakan.

4 PERKARA YG DIKURANGKAN :

Sekiranya 4 perkara di atas diperbanyakkan, secara automatic, 4 perkara ni akan dikurangkan iaitu ;

KURANGKAN CAKAP SIA-SIA
-Bila banyak buat dakwah, percakapan yg sia2 pun dapat dikurangkan.

KURANGKAN MASA MAKAN DAN MINUM
-Bukan tak boleh makan dan minum, masa makan dan minum yg erlu dikurangkan. Kadangkala lepas habis makan sambung pula cerita, kalau dakwah takpe la….

KURANGKAN MASA REHAT DAN TIDUR
-Bila banyak buat dakwah,khususi,khidmat,baca quran,berzikir, sekaligus masa utk rehat dan tidur dpt dikurangkan.

KURANGKAN BERADA DI LUAR MASJID
- Masjid adalah tempat yg Allah paling suka, jadi banyakkan masa dalam masjid kerana ada suasana Malaikat . Apabila seseorang yg buat usaha agama keluar saja dari masjid maka syaitan akan hurung dia sepertimana lalat hurung bangkai. Melainkan ada hal2 tertentu seperti beli barang, khususi,ghast tu lain laaa…

4 PERKARA YG DITINGGALKAN :

JANGAN MENGHARAP PADA MAKHLUK DGN HATI
JANGAN MEMINTA PADA MAKHLUK DGN LISAN
JANGAN MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN
JANGAN MEMBAZIR

MENGHARAP PADA MAKHLUK DGN HATI dan MEMINTA DGN LISAN
- masa keluar ni kita nak belajar minta dgn Allah. Apa2 sahaja perkara nak diselesaikan melalui SOLAT DUA RAKAAT dahulu. Memang sukar kadang2 sebab dah ditarbiah dari kecil lagi utk mengharap mahupun meminta dengan makhluk. Allah bagitahu dlm quran (lebih kurang maksud) selesaikan masalah dengan sabar dan solah

MEMINJAM BARANG ORG TANPA IZIN
- perkara ni Nampak remeh,tapi sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan jemaah mahupun penduduk setempat kalau tak dijaga. Misalnya, kita nak ke tandas lepas tu main redah je guna selipar orang. Sekali tuan punya selipar pun nak ke tandas ‘time emergency’ plak tu, haa…kan dah kena sumpah seranah. Sebaiknya tuan punya selipar tu boleh iklan pada ahli jemaah “saya wakaf selipar ni utk digunakan”, ataupun minta izin dgn tuan punya harta habis cerita….yela, syaitan ni akan buat apa saja utk pecah belahkan jemaah. Bila sudah caci-mencaci antara satu sama lain terlepas la dari pandangan rahmat Allah. Macamana nak satukan ummat kalau jemaah sendiri berpecah..?
MEMBAZIR
Membazirkan saudara syaitan. Elakkan mengguna air utk berwudhu atau memasak berlebihan. begitu juga dengan letrik. nanti kalo bil air dan api melambung, jemaah jg yg dipersalahkan.

4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI :

PERKARA2 NI JANGAN SENTUH SAMA SEKALI, LEBIH2 LAGI MASA BAYAN/MAJLIS FIKIR IMAN AMAL…

JANGAN SENTUH MAZHAB KHILAFIAH
JANGAN SENTUH POLITIK DAN ISU SEMASA
JANGAN SENTUH PANGKAT DARJAT KETURUNAN
JANGAN DERMA MENDERMA

MAZHAB KHILAFIAH
-Jangan sentuh pasal mazhab2. Lebih2 lagi kalau dalam jemaah ada rakan2 usaha yg berlainan mazhab. Takut nanti berhujah utk mempertahankan mazhab masing2, akhirnya bergaduh. KECUALI dalam jemaah tu ada USTAZ atau ULAMA, bolehlah kita Tanya,kalau tak,jangan cari penyakit…

POLITIK DAN ISU SEMASA
-HHHAAAAAAAAAAA…..ini sangat-sangat SENSETIF….JANGAN sentuh langsung bab2 politik. Kita nak satukan ummat dalam agama,atas kalimah “Laaillaha illallah,muhammadarrasulullah”. Bukan atas dasar politik. Elakkan pakai baju yg ada unsur2 politik…’UNDILAH DOT..DOT”, nanti jadi fitnah. “ooooooo org tabligh ni sokong parti ni pula…”akhirnya org tak datang ke masjid sebab FIKIR kita bawa fahaman politik yang tak sama dengan diorang.

PANGKAT DARJAT DAN KETURUNAN
-Jangan sentuh pasal perkara ni. Kalau tempat kita keluar berdakwah tu rata2 org sederhana/miskin, ceritakan kelebihan org miskin yg masuk syurga 500thn lebih awal. Kalau kebanyaakan org khawas (berada) ceritakan kelebihan kalau mereka guna hart UTK agama Allah. Allah tidak pandang harta kita banyak mana atau keturunan kita hebat mana, tapi allah pandang iman taqwa kita. KITA SEMUA SAMA…PADA PANDANGAN ALLAH..
MENDERMA ATAU MEMINTA DERMA
-Eh…kenapa pula tak boleh menderma? Kan baik tu menderma?....Hmmmmm…yelah….bukan tak boleh TAK SESUAI kalau masa keluar..KENAPA? Boleh mengundang FITNAH..macamana Pula? Ada kes sebenar, satu jemaah masuk dalam kampong, pasti jemaah ni bagilah derma kepada tabung masjid niat utk ikram imam atau pengerusi masjid. Dorang pun sukalah “bagusnya jemaah ni..”. Lain kali pula, datang jemaah yg serba kekurangan dan tak mampu utk bagi sumbangan pada masjid sebab nak jaga tertib. Pastu pengerusi pun marah,” APALAH JEMAAH NI…KEDEKUT,BAGUS LAGI JEMAAH YG DULU, ADA JUGA HULUR DERMA….”haaaaaaa…kan hampeh…..kalau nak derma boleh, dengan syarat org lain tak tau,derma sembunyi2 tak perlu heboh dengan cek plywood besar. Ataupun mesyuarat kalau nak bagi derma dan terangkan pada imam/Pengerusi masjid. Atau kalau nak sangat derma, tunggu habis masa keluar (wapsi), lepas tu balik semula kat masjid tu dan bagi derma….

ITULAH SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN TENTANG USUL2 ATAU ADAB TERTIB DALAM USAHA NI…BUKANLAH MENGHARAP SANGAT SUPAYA TUAN2 TERUS FAHAM DGN PENJELASAN SAYA YG SERBA RINGKAS INI….KALAU TUAN2 NAK SUPAYA ALLAH BAGI FAHAM LUANGKAN MASA KELUAR DI JALAN ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN BAGI FAHAM…SEMOGA APA YG SAYA POSTKAN NI,SAYA DULU YG DAPAT AMAL DAN TUAN2 DAPAT AMAL JUGA,DOA KARO..

“DAN MEREKA YG BERMUJAHADAH DI JALAN KAMI, PASTI KAMI AKAN BUKA JALAN-JALAN HIDAYAH”

(mafhum quran lebih kurang)

Tuesday, March 2, 2010

Bayan Jemaah Masturat

Rakaman Bayan-bayan Jemaah Masturat ( jemaah suami-isteri ) 3hari di rumah aku, seramai 6pasang, bil masturat 8 (ada yg bawa anak dewasa). Amir jemaah,Hj Alidad (syura Beaufort) dan anak kepada arwah Syeikh Salim (syura Malaysia), Maulana Sykh. Abu Bakar pun ada. Banyak ilmu dapat belajar drpd beliau.

Byn isya Hj. Alidad
http://www.zshare.net/audio/732304501dbea602/

Bayan Masturat mauln. Abu Bakar
http://www.zshare.net/audio/732393902be5ac34/

PEMANDANGAN IJTIMA DUNIA

ijtima dhaka 2010




ijtima raiwind 1



ijtima raiwind 2

KENAPA ALLAH TIDAK BANTU UMAT ISLAM ( PETIKAN BAYAN MAULANA SAAD IJTIMA TONGI 2009 )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails