CARI DALAM BLOG INI

Monday, February 1, 2010

PERSEPSI TERHADAP 'KARKUN' (http://ziarah76.blogspot.com)

Jadi karkun ni kadang2 memang banyak tekanan oleh masyarakat. Padahal semua orang Islam karkun, tak sepatutnya timbul orang tertentu je karkun. Tapi realitinya, begitulah... dipanggil orang Tabligh, karkun...etc macam ahli kelab, persatuan, badan, organisasi etc pulak... padahal mana ada itu semua, kan. Ini usaha bukan kelab persatuan etc... ni kerja umat Nabi s.a.w. Semua orang umat Nabi s.a.w adalah pekerja agama, daie, karkun.

Nak diceritakan di sini, org yg dah kena cop sebagai karkun biasanya dipandang masyarakat nampak dia macam 'kain putih', very high expectation, seolah-olah tak boleh tersalah langsung. Padahal karkun orang biasa bukannya maksum dan banyak kekurangan, termasuk yang baru terjun dalam usaha membaiki iman amal sudah tentulah juga banyak kekurangan.

Aku masih ingat, seorang syura berkata, beliau pernah dipanggil oleh orang awam yang mahu melaporkan sesuatu yang tak kena dilakukan oleh karkun.


Syurah tu bertanya: "Apa dia? "
Orang tu kata: "Anak-anak buah awak orang Tabligh tengah tengok siaran langsung bola kat siaran TV." (Tengok bola EPL kat restoran mamak, siaran langsung awal waktu pagi).
Syurah tu kata: "Laaa... apasal pulak tak boleh... biar le diorang tengok."
Orang tu kata: "Tak boleh...orang tabligh mana boleh tengok benda macam tu."

------------------------------------------------------

Kah kah kah kah... kadang2 memang kelakar dibuatnya dalam sesetengah hal. Apa nak buat, ni lah cabaran.Baru-baru ni, aku attend meeting yg terpaksa aku terbang dgn Firefly ke KL. Aku jumpa bos yg berpangkat 'Datuk' yg pernah meluluskan cuti utk aku keluar 40 hari dulu.

Datuk tu kata: "Kenapa tak pakai kopiah putih?"
Aku kata: "Saya tak bawak kopiah putih, kopiah kelabu je" (kopiah jenis yg karkun selalu pakai). Datuk tu kata: Kena la pakai kopiah putih... M******* pun masa di luar negara pakai kopiah putih.
Aku: ..... (...senyih je)

------------------------------------------------------

Jadi pekerja yg dicop tabligh pun ada dilema jugak. Ye lah...iman pun lemah, masih terkesan dgn suasana. Walaupun orang lain selalu datang lewat tak pernah diperhatikan tapi kalau aku terlewat... macam satu dunia perhatikan aku.Dan macam2 lagi yg kena buat habis-habis baik. Kalau kawan2 pejabat bukak dasboard kereta aku, tentu diorang terkejut ada CD logam maut!! (Stakat ni diorang tak bukak dashboard hehehe).

Dulu masa duduk di Penanti, aku tengok karkun2 bertaraf profesor2, doktor di fakulti enginering USM transkerian sungguh excellent dalam rata-rata pencapaian mereka. Ada kajian yg publish di paper, TV. Ada yg cipta microcip terkecil paling canggih, ada yang jadi pakar jalan raya dan macam2 pakar yg dikagumi masyarakat. Dan mereka yg berjaya ni orang Tabligh. Jadi asbab, usaha atas student meningkat...Kawan2 aku yg student USM, ex-student yg buat usaha pun ramai yg score tak hinggat punya. Allah mudahkan mereka, Allah terangkan hati mereka utk dapat ilmu.

------------------------------------------------------

Persepsi negatif masyarakat pun ada tapi tak perlu cerita sebab, ikut penilaian aku, rata-rata disebabkan salah faham orang yang tak tahu perkara sebenar hujung pangkalnya. Kes terpencil, individu. Banyak lah lagi yg masyarakat beri jugdement mudah kpd karkun... sedar atau tidak, anda sebenarnya diperhatikan. Bagaimanapun bukan lah kita buat semua ini untuk sukakan orang, manusia, makhluk tetapi semata-mata sukakan Allah.Semoga Allah redha kepada kita.


p/s : masyarakat tak pandang amal ibadat kita (tahajud, zikir, baca quran,dakwah dan sebagainya), kita buat kebaikan, orang tak cerita, tapi kalau buat silap sikit jer, dah heboh 1Malaysia....sabor je laaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails