CARI DALAM BLOG INI

Monday, November 24, 2014

DAKWAH DAN TABLIGH

Jemaah Tabligh, jawapan dari ustaz hak?
(Ramai ustaz yang kritik dan kutuk tabligh, tapi ada juga yang puji dan sokong, kali ni aku copy paste ulasan tentang tabligh oleh ustaz yang belajar agama dengan sanad sampai Rasulullah SAW, di tulis oleh Ustaz Ibnu Batoota)

Kali ni saya nak cakap sikit pasal jemaah dakwah paling besar dalam dunia ni. Bukan bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi itulah hakikatnya, kalau kalian datang sendiri ke sini, secara automatik kalian menjadi "Tabligh" kerana usaha dakwah ini terlampau umum sehingga menjadi aktiviti tetap setiap masjid di Afrika Selatan. Kiranya kalau kat Malaysia ni macam majlis baca yasin malam jumaat, tahlil, berzanji, dan lain-lain tu menjadi umum pada masyarakat, begitu juga aktiviti tabligh di sini dilakukan oleh semua umat Islam, dari imam, bilal, tok siak, budak-budak, bisnesman, doktor, student sampailah ke gengster-gengster.

Selepas kedatangan jemaah Tabligh, kadar jenayah di seluruh Afrika menurun mendadak (kerana mafia-mafia ramai bertaubat) menyebabkan kerajaan berikan penghormatan yang sangat tinggi kepada golongan tabligh untuk menguruskan semua urusan umat Islam di sini.(sama seperti di Malaysia, kerajaan berikan penghormatan tinggi kepada golongan tabligh atas jasa mereka menurunkan kadar jenayah negara dan menjadi asbab bertaubatnya ramai mat pit, mat rempit, gengster, artis-artis seperti iwan dangdut,dr.sam saya anak malaysia, pierre andre dan entah artis mana lagi. Jika kalian berkunjung ke kuala lumpur, cuba lah datang ke markaz tabligh malaysia di masjid jamek sri petaling, disana kalian akan temui semua golongan yang saya maksudkan, dari mat pit, pembunuh bersiri, perogol bersiri, perompak, drug dealers semuanya ada).

Semua masjid yang ingin dibina mestilah melalui persatuan ulama dan persatuan muslim yang semua ahlinya merupakan orang tabligh.

Jadi kalau saya tak sebut tentang tabligh dalam cerita saya,itu merupakan satu penutupan fakta yang terang, umpama saya menutup mata di siang hari sambil berkata : "malam yang sangat indah".

So jangan salah anggap saya ni cenderung pada mana-mana jemaah atau kutip komisen daripada mana-mana jemaah. Kalau tak percaya, datanglah sendiri ke Afrika Selatan dan kalian akan dapati di setiap masjid punya papan kenyataan akan ada tertulis aktiviti-aktiviti tetap setiap masjid di seluruh negara dan semua aktiviti itu merupakan aktiviti tabligh yang merupakan sunnah nabi.

Dalam masa yang sama juga berbelas-belas guru Talaqqi saya merupakan aktivis tegar tabligh dan tareqat. Walaupun saya lebih cenderung kepada aktiviti tareqat dan habiskan masa dengan majlis tareqat bersama syaikh saya, tetapi tidak dapat tidak saya kadang-kadang akan berada juga di dalam majlis tabligh kerana ia terlampaulah umum.

Rata-rata muslim disini telah keluar berdakwah 4 bulan di india,pakistan,bangladesh yang mereka sebut sebagai IPB seawal umur 15-17 tahun. Kebanyakan mereka yang berumur linkungan 18-25 pula telah pun berdakwah selama 4 bulan secara jalan kaki yang mereka namakan sebagai jemaah pedal. Yang berumur linkungan 20-30 pula, pasport mereka telah pun penuh dengan cop visa seluruh dunia kerana berdakwah di negara luar selama 4 bulan.

Setiap tahun,dinegara ini mereka akan berkumpul yang mereka namakan sebagai "ijtimak". Puluhan ribu akan berkumpul selama 3 hari untuk mendengarkan pelbagai nasihat daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dari seluruh dunia. Beberapa minggu lepas, mereka adakan "ijtimak old workers" iaitu perhimpunan pendakwah senior di Madrasah saya yang hanya dihadiri oleh ahli tabligh veteran yang berpengalaman sekurang-kurangnya berdakwah selama 4 bulan. Untuk acara tahunan tabligh sedunia pula, jutaan mereka akan berkumpul di Bangladesh dan mendapat rekod dunia, iaitu perhimpunan tahunan manusia paling besar di dunia selepas perhimpunan Haji. Dan yang menakjubkan, mereka semua berkumpul setiap tahun tanpa miss setahun pun dan perhimpunan mereka berlaku tanpa diiklankan di media seperti TV,radio,surat khabar,kain rentang, poster-poster di tiang letrik, internet dan lain-lain media. Tiba-tiba je dah berkumpul berjuta-juta di Bangladesh untuk mendengar nasihat para ulama sedunia. Semua iklan perhimpunan hanya dibuat dengan penyebaran mulut sahaja persis seperti di zaman Rasulullah. Saf solat mereka sampai berkilo-kilo meter panjangnya kerana manusia yang terlampau ramai.

Rata-rata mereka mempunyai akhlak yang superb dan hati mereka umpama air, mudah menangis dan penuh kerisauan akan umat manusia sedunia. Mengikut cerita penduduk tempatan, banyak mafia-mafia dan kongsi gelap hebat di Afrika dibubarkan secara sendiri kerana ahli-ahlinya telah bertaubat kerana menjadi tabligh. Jemaah dakwah ini mempunyai kekuatan dakwah yang sangat hebat kerana selain daripada menziarahi rumah-rumah orang Islam, mereka juga masuk ke disko-disko, pub, kelab malam, rumah pelacuran, sarang dadah, lorong-lorong yang dipenuhi pondan dan sebagainya untuk mereka dakwah. Walaupun ada yang berfikiran dangkal dan mempunyai kecacatan otak bahawa golongan ini tidak boleh didekati jika dalam keadaan berpakaian jubah,serban dan lain-lain. Namun bagi jemaah ini, mereka slumber kering je masuk tempat-tempat tu untuk berdakwah dan menyebabkan ramai gengster dan samseng dan sampah-sampah di jalan menjadi permata mulia yang bersinar-sinar di sisi Allah. Oleh sebab itu, bila saya datang ke markaz tabligh disini, rata-rata mereka walaupun berjubah berserban, tapi badan mereka dipenuhi tatu-tatu besar kerana itu merupakan pengenalan mafia mereka. Dalam keadaan tangisan gengster-gengster itu dikeluarkan dari tempat-tempat kotor itu dan di bawa ke masjid lalu disucikan. Keadaan ini saya nampak depan mata saya dan bukannya sekali atau dua kali.

Bagi setiap negara, mereka mempunyai prioriti dakwah yang berbeza, jika disini, lubuk-lubuk gengster merupakan sasaran, kalau di Malaysia, jemaah ini banyak masuk ke hutan, bukit dan perkampungan orang asli dimana kawasan itu sangat gersang dengan agama dan ramai pula yang murtad kerana dimurtadkan oleh golongan missionaries kristian. Mengikut laporan tabligh Malaysia, JAKIM juga sering berkerjasama dengan tabligh di Malaysia untuk berdakwah diseluruh tanah air kita terutamanya di kawasan perkampungan orang asli.

Adalah sangat cacat otak dan pemikiran bagi saya jika saya nafikan jasa besar jemaah ini, kerana lebih 10 negara yang saya travel, saya akan jumpa jemaah ini sedang giat melakukan dakwah supaya umat Islam kembali kepada Allah. Apabila ramai yang bertaubat, mereka akan ajak pula yang lain untuk turut bertaubat. Maka ini "bisnes" akhirat yang sangat menguntungkan kerana menjadi sebab orang lain bertaubat atau mendapat petunjuk Allah merupakan satu aset besar di akhirat kerana walaupun mereka mati, tetapi buku catatan amalan mereka sentiasa dipenuhi pelbagai catatan amal.

Saya tergerak menyebut tentang jemaah ini adalah kerana terdapat suara-suara sumbang yang memfitnah jemaah ini dengan tuduhan-tuduhan aneh serta mengaitkan saya dengan jemaah ini dalam bentuk penghinaan. Adalah amat memalukan bagi diri saya apabila orang mengaitkan saya dengan jemaah ini kerana saya langsung tidak layak dikaitkan dengan jemaah ini. Dahlah orang-orang Tabligh memang dah benci saya(sebab saya selalu hentam diorang dalam group diorang,hehe), pastu orang lain kaitkan saya pulak dengan jemaah ni yang menyebabkan orang Tabligh lebih tak suka pada saya kerana mengaitkan saya dengan jemaah ini akan menyebabkan fitnah kepada jemaah ini.

Mana mungkin saya ini digelar tabligh sebab kalau saya ni tabligh, tak kan lah saya nak main fb? Itu logik yang pertama. Mengikut guru saya, orang Tabligh sedunia membahagikan masa menjadi 3 iaitu 8 jam untuk bekerja mencari nafkah, 8 jam untuk berdakwah kepada masyarakat dengan cara dakwah Nabi(real life dakwah, bukan maya) dan 8 jam untuk keperluan diri seperti makan,minum tidur dan masa untuk keluarga. Jadi mereka tidak mungkin ada masa nak main fb. Yang keduanya, orang-orang Tabligh ni akhlak mereka memang power, boleh nangis kita dibuatnya. Jadi mana mungkin saya dikaitkan dengan jemaah ini memandangkan akhlak saya yang sangat buruk dan kasar? Kalau korang kaitkan jugak, orang Tabligh tetap tak akan mengaku saya ini golongan mereka.

So, semua tuduhan itu just don't make any sense. Tapi saya tetap suka jemaah ni kerana hormat saya pada guru saya sepertimana Ustaz Azhar Idrus hormat jemaah ini kerana guru-gurunya (khususnya di Pondok-pondok Thailand) juga ramai yang Tabligh. Begitu juga sepertimana Tuan Guru Nik Aziz sangat hormat pada jemaah ini kerana guru-gurunya juga ahli Tabligh yang bukan Tabligh biasa, tapi tabligh yang memang tegar dan pekat kerana dulu Tok Guru belajar agama di Darul Uloom Deoband yang merupakan Markaz Ulama Tabligh Sedunia. Habib Umar di Darul Mustofa juga sangat menghormati jemaah ini kerana bapanya merupakan ulama pertama di Yaman yang menjadi Tabligh di tanah Yaman.Di negara Arab, jemaah ini dihormati kerana salah seorang ketua dan juga salah seorang pengasas jemaah ini ialah Maulana Muhammad Zakariyya Al-khandahlawi yang merupakan guru hadis kepada Abuyya Maliki (Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki) yang sangat terkenal sebagai benteng Ahlu Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia khususnya negara Arab. Apabila Abuyya Maliki menghormati Tabligh kerana gurunya yang merupakan pengasas bersama jemaah Tabligh, maka murid-muridnya dan komuniti Arab yang lain juga turut menghormati jemaah ini. Jemaah ini juga dihormati di tanah Arab kerana pengaruh Maulana Sayyid Hassan Al-Hasani An-Nadwi di tanah Arab yang sangat hebat dan Maulana An-Nadwi merupakan antara veteran Tabligh yang terawal dan bersahabat baik dengan pengasas UTAMA jemaah tabligh ini iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Khandahlawi (Pakcik kepada Maulana Zakariyya). Jika di benua Afrika ni, jemaah ini dipandang tinggi dan dihormati kerana nama ulama-ulama Tabligh seperti Mufti Radhaul Haq, Mufti Menk, Maulana Sulaiman Molla, Maulana Sulaiman Khatani dan ramai lagi.

Nama-nama institusi Darul Uloom seperti:

-Darul Uloom Deoband, India

-Mazahirul Uloom Saharanpur, India

-Hathazari Madrassah, Bangladesh

-Darul-uloom Nadwatul Ulama, India

-Darul Uloom Karachi, Pakistan

-Jamia Uloom ul Islamia, Pakistan

-Jamiah Darul Uloom Zahedan, Iran

-Darul Uloom London, England

-Darul Uloom New York, United States

-Darul Uloom Canada, Canada

-Madrasah In'aamiyyah, South Africa

-Darul Uloom Zakariyya, South Africa

Merupakan madrasah-madrasah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang guru-gurunya membawa manhaj Tabligh.

Disebabkan terlampau ramai ulama dalam jemaah ini di seluruh dunia, jadi pelajar agama tidak dapat lari dari memiliki guru yang bermanhaj Tabligh. Jadi menghormati jemaah ini kerana guru-guru mereka ahli Tabligh merupakan sesuatu yang normal bagi pelajar agama di seluruh dunia. Hanya yang mempunyai kecacatan otak dan kebantutan berfikir je akan cakap bukan-bukan tentang jemaah ini.

Adapun tidak dinafikan terdapat beberapa ahli tabligh yang menimbulkan fitnah seperti anak berterabur ke, soal nafkah ke, kebersihan ke, itu semua tidak sama sekali pernah diajar di dalam jemaah ini tetapi merupakan keburukan individu itu sendiri, saya sendiri pernah bertanya kepada para ulama tabligh berkenaan hal ini misalnya saya tanya adakah jemaah tabligh pernah mengajar ahli mereka supaya menjadi pengotor, tinggalkan anak isteri TANPA nafkah dan lain-lain? Bahkan para ulama itu menangis bila diajukan soalan ini kerana mereka berusaha penuh menyuruh semua ahli Tabligh ini agar menjaga adab,akhlak, kebersihan, dan lain-lain sehinggakan setiap ahli Tabligh yang mahu berdakwah diwajibkan untuk diinterview oleh ketua-ketua kawasan masing-masing berkenaan nafkah dan hal berkaitan yang mereka namakan sebagai proses "Tafakut". Hanya yang mempunyai bekal dan nafkah kepada keluarga sahaja dibenarkan keluar oleh ketua Tabligh di kawasan masing-masing. Jadi mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah tabligh yang tak bagi nafkah tu kerana mereka telah jalankan kerja mereka. Mungkin tabligh tu makan semua duit nafkah tu untuk dirinya atau lain-lain, itu bukan ajaran Tabligh dan tidak pernah disuruh oleh mana-mana ulama Tabligh untuk lakukan itu kerana perbuatan itu haram. Mana mungkin ulama menyuruh umat melakukan perkara haram?

Sama seperti Nabi melarang kita mencuri, tapi jika kita mencuri jugak, adakah patut kita hina agama Islam dan menuduh agama Islam sebagai agama pencuri? Hanya orang yang Maha Bodoh atau extremely deadly freaking MORON sahaja yang akan lakukan itu kerana telah jelas Allah dan Rasul haramkan mencuri, tiba-tiba umat Islam mencuri, maka itu bukan salah Islam. Maka sama juga seperti ulama Tabligh yang telah pun bagi panduan yang lengkap pada ahli Tabligh jika mereka langgar peraturan, maka itu bukan salah jemaah Tabligh tapi salah individu yang langgar peraturan tu.

Note: Hanya Jauhari Mengenal Manikam.

Jemaah Tabligh episod 2

Seperti yang saya telah khabarkan, saya cerita tentang jemaah Tabligh ni bukan kerana saya cenderung atau bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi disebabkan cerita-cerita pengalaman saya di Afrika ni berkait rapat dengan jemaah ni, maka saya terpaksa kenalkan dulu kepada kalian semua apakah itu jemaah ini kerana saya akan sering menyebutnya dalam kisah-kisah saya pada masa akan datang.

Hari ni bermula cuti di madrasah dan saya bersama bidadari dan baby saya keluar makan angin kat bandar Johannesburg. Kami singgah di satu penempatan yang dikategorikan sebagai kawasan "elit" atau hanya diduduki oleh orang kaya-raya. Rumah-rumah kat situ memang mewah, kereta mewah, semuanya boss-boss kilang dan pekerja-pekerja jawatan tinggi. Tempat tu namanya Ridgeway, kedudukannya terletak di pinggir bandar Johannesburg dan mempunyai kadar jenayah yang rendah kerana ia dijaga rapi oleh polis (sebab ia tempat orang kaya).

Apa yang mengejutkan, tempat itu dipenuhi oleh MUSLIM. Ada sebuah masjid besar kat tengah-tengah penempatan orang kaya tu dan masjid tu ramai bila 5 waktu solat. Dalam 4-5 saf. Kalau kat Malaysia, jangankan kata orang kaya, orang miskin pun tak datang masjid sebab orang Melayu-Islam kat Malaysia ni fikir masjid tu dibina untuk orang Hindu, Kristian, Buddha, sebab tu diorang tak berani jejak kaki ke masjid (if u know wut I mean). So-called "pejuang Islam" pun tak datang masjid(kecuali kalau ada ceramah daripada puak diorang,baru diorang datang).

Kat Malaysia ni, kucing lagi ramai kat masjid daripada manusia yang mengaku Allah tu tuhan mereka dan Nabi Muhammad tu nabi mereka.

Anyway, kat situ ramai muslim datang ke masjid dan mereka semua jutawan-jutawan-jutawan, beli semuanya cash-cash-cash. No RiBa at All. Dan bila saya tanya kat salah sorang ahli jemaah masjid kat situ berapa orang tabligh dalam masjid ni, dia jawab "semua".

Dia cakap, 35 orang dari masjid ni pernah keluar dakwah selama 4 bulan di serata dunia. So obviously 35 orang ni akan menjadi "ahli jemaah tetap" yang mengimarahkan masjid tu. Hampir cecah 100 orang muslim kat situ pernah keluar dakwah 40 hari. Dan yang berpengalaman 3 hari terlampau ramai. Disitu terdapat 300 keluarga Muslim dan semuanya jutawan kecuali beberapa keluarga (tetapi tetap kaya). Boleh dikatakan semua lelaki di tempat tu pernah keluar berdakwah paling kurang 3 hari. Sebab tu bila ditanya berapa orang "tabligh" kat sini dia jawab "semua".
Itu jumlah yang "Allahuakbar" bagi sebuah komuniti "jutawan". Jutawan mana dalam dunia ni yang pakai jubah dan serban dan mengimarahkan masjid serta malukan muka mereka untuk berdakwah dari lorong ke lorong dengan jalan kaki selain mereka?

Ada seorang pakcik tua dari Pulau Fiji datang melawat ke sini dan bila dia nampak "tabligh" dia akan peluk mereka kuat-kuat dalam keadaan sebak. So kami tanya dia kenapa dia suka sangat dengan "tabligh" ni?

Dia cerita, pada tahun 1965, masa tu dia masih remaja. Waktu itu tidak ada muslim di pulau Fiji kecuali sedikit dan pulau tu juga kecil, dalam kurang dari 1 juta orang populasi manusia. Muslim yang sedikit tu pulak datang dari India dan langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Hanya nama mereka sahaja yang "Islam", tapi mereka tak tahu jawab salam, tak tahu apa itu solat, puasa, zakat, haji, dan tak tahu mengucap pun. Masjid pun tak ada. Di pulau tu hanya dipenuhi oleh hindu dan kristian.

Pada suatu hari, tahun yang sama, ada beberapa orang jemaah Tabligh dari Zambia datang ke situ dengan kapal. Mereka mencari-cari orang Islam disitu dengan cara memberi salam. Tapi tiada yang jawab. Hampir seluruh pulau mereka cari muslim tapi tiada. Akhirnya mereka tanya penduduk tempatan dimana mereka boleh cari muslim. Penduduk jawab "kamilah muslim".

Jemaah tu pun gembira dan bagi salam. Tapi mereka tanya apa tu "assalamualaikum"?

Jemaah tu terus peluk mereka dengan erat sambil menangis.(Kerana mereka telah sedar bahawa disitu ramai muslim tapi muslim disitu sudah terlampau jauh dari Islam)

Jemaah ini kemudiannya membeli banyak ekor kambing dan buat kenduri besar-besaran dan jemput semua penduduk muslim untuk makan. Kemudian mereka mula bercakap dan bersembang sehinggalah jemaah itu tahu bahawa semua muslim disitu tidak tahu langsung apa itu allah, apa itu rasul, apa itu islam.

Akhirnya mereka berdakwah disitu selama 4 bulan, dan mereka minta dari markaz tabligh untuk tambah masa lagi sehingga dua tahun mereka tinggal disitu sehinggalah mereka ajar semua penduduk tentang asas-asas Islam seperti akidah, solat, wudhu, sampai terbina masjid. Kemudian mereka pulang semula ke family mereka (sebab nanti orang fitnah mereka bukan-bukan sebab tak balik dari dakwah) dan jemaah lain pula dihantar ke sana bersama ulama.

Sejak 1965 sehingga kini 2013, daripada 1 juta penduduk, hampir 500 RIBU manusia telah masuk Islam, lahir 19 orang ulama bertaraf Mufti, 300 orang ulama bertaraf Maulana, 5000 orang ulama yang hafiz 30 juz Al-Quran dan semua saham pahala ni masuk ke akaun jemaah tabligh dari Afrika (Zambia) tadi sehingga ke hari ini.

Sebab tu pakcik tu sangat berterima kasih kepada "tabligh" kerana sanggup tinggalkan anak isteri mereka untuk berdakwah kepada mereka sehingga terbentuk komuniti Islam yang besar disana dan selamatkan ramai orang dari neraka Jahannam.

Wallahi demi Allah, bila saya dengar dia cakap camtu, terus saya rasa bertaubat dan sebak bila saya teringat dulu saya selalu kutuk,halau,lari dari jemaah ni. Moga Allah ampunkan saya.

Kalau tak mahu ikut, janganlah zalimi mereka, mereka tak minta wang tak minta sedekah tak minta projek, tak minta anak dara, tak minta jadi ahli MLM, tak minta makanan..

Tapi mereka cuma minta kita semua kembali kepada Islam...

Tanpa membawa apa-apa fahaman yang berkepentingan...

Mereka cuma mahu orang Islam kembali sujud pada Allah....

Allah our uske Rasul ke raste mei chale,
Sab ke sab qurbani kya tha,
is qurbani ka naam pyaar kehte hei,
Agar yeh pyaar nehi hei,
To kya hei yeh?

Jemaah Tabligh part 3

Entah mengapa saya tiba-tiba nak berkongsi sebuah cerita..

Saya punya seorang teman, dari Vietnam.
Dia ceritakan kisahnya padaku.
Katanya dulu dia seorang juara maksiat.
Anak derhaka, peminum arak, penzina tegar.
Sampaikan hampir setiap malam dia bawa balik perempuan untuk dizinai dan arak untuk dimabuki.
Dan sangat teruk sekali sampai ia sering dilakukan di ruang tamu rumahnya depan TV.
Ayahnya tua dan bila menegur,dia akan dipukul.
Begitu jugak ibunya.
Dia punya seorang teman.

Temannya itu orang Tabligh.
Satu hari teman Tablighnya tu ajak dia untuk pergi satu tempat.
Dia setuju. Dan ikut.

Akhirnya mereka sampai ke sebuah masjid di sebuah bandar.
Yang jauh dari rumah mereka.
Rupa-rupanya si Tabligh membawanya ke masjid untuk Islah diri dan dakwah.
Maka si dia mengamuk. Katanya dia fikir mereka akan pergi melancong.

Si Tabligh berkata, aku tidak menipu dan tidak pula berdusta,aku cuma mengajak ke suatu tempat, tidak berkata tujuannya.Jikalau kau tak suka, silakan pulang. Jika mahu pulang bersama kami, tunggulah sehingga 3 hari.

Si dia pun berfikir, untuk pulang agak jauh. Maka biar saja dia tinggal disitu.
Dia tidak mahu ikut apa-apa program di masjid itu. Dari solat, majlis baca hadis, dakwah rumah ke rumah, ceramah, semuanya dia tak ikut.

Sepanjang harinya hanya dihabiskan di bandar itu, di dalam PUB dan DISKO.
Hanya waktu malam dia pulang untuk tidur dimasjid kerana jimat wang katanya.
Hari pertama begitu, hari kedua begitu, hari ketiga, keajaiban berlaku.

Si dia pulang lambat, dalam jam Empat.

Dia berbaring di lantai masjid dan lega kerana esok akan pulang ke bandarnya.
Dia cuba melelapkan mata.
Tetapi tidak boleh.
Ada sesuatu yang menganggunya.

Dia cuba amati.
Rupa-rupanya dia terganggu dengan bunyi tangisan seseorang.
Perlahan-lahan dia bangun menuju ke tingkap masjid.

Dia dapati teman Tablighnya itu baru selesai solat Tahajjud dan sedang berdoa sambil menangis.
Dia merasa kagum dan terus mendengar apa yang didoakan.
Dia melakukannya perlahan-lahan supaya tidak menganggu dia yang sedang berdoa.
Apabila dia semakin dekat dan amati apa yang didoakan.

Tiba-tiba.

Air matanya mengalir deras membasahi pipi.

Rupa-rupanya teman Tabligh nya itu sedang menangis di hadapan Allah supaya ampunkan dosa si dia yang sedang mencuri dengar, supaya berikan petunjuk kepadanya, supaya tunjukkan jalan kepadanya sambil menyebut-nyebut namanya di hadapan Allah. Si Tabligh merayu-rayu depan Allah umpama budak kecil supaya kasihani temannya itu.

Disebabkan dia menangis dengan kuat. Teman Tablighnya itu berhenti berdoa dan mencari suara siapakah itu.

Ternyata itu suara temannya yang baru pulang dari DISKO sedang menangis teresak-esak.
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya...
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya...
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya!!!
Dan dia menerimanya...

Maka bertaubatlah dia malam itu juga.
Mandi wajib dan mandi taubat malam itu juga.
Solat taubat malam itu juga.
Cukurkan kepala malam itu juga.
Katanya tidak sanggup lagi memasang rambut yang pernah bersaksi atas sekalian dosanya.

Kemudian, hidupnya berubah. Pakaian Yahudi dan Kristian dibuangnya. Disarungkan jubah kebesaran Nabi Muhammad sentiasa dan mahkota kebanggaan para Nabi sentiasa dililit di kepalanya.

Dia menjadi Tabligh tegar yang juga sering ke PUB dan DISKO seperti biasa.
Tapi bukan lagi untuk bermaksiat kepada Allah, sebaliknya untuk berdakwah.
Ramai orang ditariknya keluar daripada dunia kotor itu dan dibawa ke masjid untuk bertaubat.
Tidak lama kemudian, dia membuat keputusan untuk ke Afrika melanjutkan pengajian agamanya kerana sejak kecil dia jahil.

Dan kemudian jadilah dia classmate aku yang duduk di sebelahku sehingga cerita ini disampaikan kepadaku.

Note: Beruntungnya orang Tabligh kerana buku-buku amalan mereka tidak pernah sepi dengan catitan amal kerana mereka melakukan bisnes yang tidak pernah rugi iaitu DAKWAH. Setiap amalan kawanku kini turut dicatat setiap satu tanpa dikurangi sedikit pun di dalam buku amalan teman Tablighnya itu.


Semoga Allah juga pilih saya dan keluarga saya menjadi pembantu agamanya, bukan perosak agamanya.
Hamka Kereta Mayat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails