CARI DALAM BLOG INI

Monday, November 16, 2009

KEPENTINGAN IMAN DAN ILMU

Akhlak,Akidah,Muamalat,Muasyarat,Munakaat umat Islam dan segala-galanya telah rosak, sehingga orang2 bukan Islam pun tidak kenal Islam itu apa,yang mereka tahu Islam tu pengganas, Islam tu peristiwa 9/11, Islam tu pengebom berani mati. Semuanya ini bukannya masalah ILMU tetapi MASALAH IMAN. Kenapa IMAN bermasalah? Sebab DAKWAH tak dibuat. DAKWAH dibuat untuk PERBETULKAN diri BUKANNYA perbetulkan orang lain.

Tanpa Iman yang kuat, seseorang itu tak mungkin dapat mentaati perintah Allah, walaupun ada segulung Izajah mahupun PhD daripada Al-Azhar. Tanpa iman yang kuat, seseorang tak dapat berzikir, walaupun mempunyai kedai menjual tasbih. Tanpa iman, seseorang tak dapat baca quran, walaupun ada kedai menjual Al-Quran.

Ulama bagitahu, walaupun yang menjadi guru itu Malaikat sekalipun, ilmu sahaja tak cukup untuk dapat iman yakin yang betul tanpa mujahadah. Iman kena mujahadah atas iman untuk dapat hakikat iman. Lihat sahaja macam mana para sahabat dapat iman yang kuat. Adakah melalui baca buku semata-mata? Semuanya melalui proses mujahadah, pengorbanan atas agama barulah Allah campakkan kemanisan dalam iman. Dengan iman yg kuat, dengan sendirinya orang itu akan timbul kesedaran kepentingan ilmu, kepentingan solat, kepentingan akhlak yg baik, kepentingan bermuamalat dan seterusnya. Saidina Umar Khattab r.a bagitahu “Kami belajar Iman dahulu, baru belajar Quran”.

Bani Israel berguru dengan Nabi Musa a.s bukan sehari atau dua hari, bukan setahun, malah Ulama bagitahu selama 40tahun. Tapi mereka tidak usaha atas iman yg tersebut, maka apabila usaha ilmu sahaja tanpa usaha atas iman yakin, mereka Nampak kebesaran makhluk. Apabila Allah perintah Nabi Musa as pukul laut dengan tongkatnya, maka terbelahlah laut 12 lorong menunjukkan Kudrat Allah swt. Maka Bani Israel pun mengatakan “masyaAllah, TONGKAT NABI MUSA BEGITU KUAT SEKALI”. Mereka Nampak kekuatan tongkat, bukan Nampak kekuatan Firman Allah swt. Hari ini, bila iman tidak diusahakan kita akan Nampak kebesaran makhluk. Nampak pangkat kuat, senjata kuat, kerajaan kuat, wang ringgit kuat.

Bukanlah di sini nak mengatakan Ilmu tu tak penting. Tidak sama sekali. Dalam 6 sifat sahabat kita hari2 sentuh dalam muzakarah di rumah dan di masjid mahupun masa keluar jalan Allah. Sifat sahabat yang ketiga ILMU DAN ZIKIR. Cara nak dapat ILMU kena jumpa Orang Alim,Ustaz,Ulama belajar Ilmu dengan diorang. Ilmu kena disertai dengan zikir.Apa maksud zikir? Maksudnya INGAT ALLAH SETIAP MASA DAN KEADAAN. Zikir bukan setakat PEGANG TASBIH je. Masuk keluar tandas dengan doa itupun zikir. Baca quran pun zikir. Baca doa masuk keluar rumah atau naik turun kenderaan pun zikir. Pendek kata, Sentiasa ada hubungan dengan Allah swt setiap masa,keadaan dan dimana2 saja berada.

Dengan ilmu saja tanpa ada hubungan dengan Allah(zikir), maka Pisau yang asalnya dicipta untuk memotong sayur-sayuran akan digunakan untuk membunuh manusia. Dengan ilmu sahaja tanpa hubungan dengan Allah, dengan ilmu tadi Bom Atom dicipta untuk mengebom dan membunuh manusia. Ulama bagitahu ILMU yang sebenarnya adalah apabila kita dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir dalam Kubur kelak. sebab yang menjawab adalah Iman kita, bukan Diploma, bukan Ijazah dan Bukan PhD yang menjawab soalan Mungkar dan Nakir.

Sebab itu, Ulama kita bagitahu, Golongan berilmu, Orang Alim, Ulama Ustaz yang Berhak untuk Buat kerja DAKWAH sebab Allah dah bagi mereka kelebihan iaitu ILMU. Mereka lebih banyak hafal quran, mereka lebih banyak hafal beribu2 hadis, mereka lebih arif dalil2, mereka tahu hukum2, mereka tahu ilmu hadis, mereka lebih arif tentang mazhab2 berbanding kita.. Jika tidak Allah Maha Berkuasa Untuk Pilih sesiapa saja untuk Ambil Tanggungjawab DAKWAH oleh sesiapa sahaja. Hatta binatang sekalipun Allah boleh guna untuk Bantu Agama Allah seperti mana burung Hud, semut yang Allah ceritakan dalam quran. Allah boleh pilih orang2 jahil untuk buat dakwah ajak yang ma’ruf dan cegah yang mungkar.

Dalam usaha dakwah ni, kita bukannya nak mengajar orang atau nak ajar Ilmu, tapi macamana kita sendiri boleh jadi baik dan iman kita dapat diusahakan. Semakin banyak kita jumpa manusia cakap kebesaran Allah, sebanyak itu iman akan Allah tingkatkan dalam diri kita. Tapi kalau niat kita nak PERBETULKAN orang, orang akan jadi Betul tapi diri kita tak akan dapat kesan. Kita buat dakwah dengan niat : SUPAYA ALLAH PERBETULKAN IMAN SAYA, AKHLAK SAYA, MUAMALAT, MUASYARAT, IBADAT SAYA DAN DENGAN DAKWAH INI SEMOGA ALLAH JUGA BAGI TAUFIK HIDAYAT PADA ORANG LAIN SELURUH ALAM. Hidayah di tangan Allah, bukan di tangan Karkun2.

Sunnahtullah, ada orang akan menentang tak kurang mengejek mencerca dan bermacam-macam perkara yang menguji kesabaran. Nabi2 terdahulu lebih dahsyat ujian yg mereka hadapi. Digergaji, disalib, dibunuh dan macam2 lagi. Setakat dimaki hamun itu lumrah dalam DAKWAH. Kan dalam adab Ghast/ziarah kita selalu cakap bawa 4 perkara:FIKIR, ZIKIR, SYUKUR DAN SABAR.

Wallahu a’lam

MUAT TURUN AUDIO 10 (NEW)

Bayan Program Masturat Keningau, Ust Abdullah
http://www.zshare.net/audio/68541552c0bfc415/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails