Jeti Pelabuhan Flores, Indonesia Timur. Sewaktu keluar di jalan allah 40 hari November - Disember 2008. Flores, 90% penduduknya Non-Muslim. Majoriti penganut Kristian Roman Katolik. Dulu, menurut penduduk tempatan, azan pun tidak dibenarkan oleh orang-orang kristian di sana. Jika azan pun tak boleh apatah lagi solat 5 waktu. Malah nyaris-nyaris berlaku pertumpahan darah antara islam-kristian. Namun, selepas tragedi Tsunami, dengan izin Allah azan dan solat dapat dilaksanakan dengan tenang. Perjalanan ke sana dari Nunukan hingga ke Flores mengambil masa seminggu perjalanan dengan Kapal besar Bukit Siguntang setinggi 8 tingkat..!
"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Thursday, May 14, 2009
Al Haqqah
69 - AL-HAAQQAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1
Saat yang tetap berlaku itu;
2
Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
3
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
4
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
5
Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
6
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
7
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
8
Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
9
Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
10
Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
11
Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
12
(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
13
Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup,
14
Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur,
15
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,
16
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
17
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
18
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
19
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
20
Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!
21
Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan,
22
Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya),
23
Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
24
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!
25
Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku,
26
Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
27
Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi);
28
Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun;
29
Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku.
30
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,
31
Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim;
32
Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
33
Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
34
Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
35
Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
36
Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
37
Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.
38
Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
39
Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
40
Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
41
Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
42
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
43
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
44
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
45
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
46
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta);
47
Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
48
Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.
49
Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
50
Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
51
Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
52
Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
HAKIKAT DAN KEADAAN SEBENAR MASJID/SURAU DI KENINGAU
2. Bilangan Masjid Hidup dengan amal (dakwah,ta'lim ta'lum, zikir ibadat, khidmat ) = 2 buah
3. Bilangan masjid hidup beberapa amal = 16 buah
4. Masjid dan surau tanpa amal = 54 buah
5. Bilangan Masjid Hidup dengan amal 24 jam ( seminggu sekali ) = 2 buah
Beginilah keadaan masjid dan surau sekitar daerah keningau. Ini baru sebahagian karkuzari/laporan tentang keadaan masjid dan surau di sekitar Keningau. Malah ada masjid/surau yang hidup seminggu sekali untuk solat Jumaat, ada setahun 2 kali, solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Malah ada yang terbiar dan dimasuki dan dikotori dengan najis anjing dan kambing. Jemaah-jemaah dakwah yang datang merasa sedih dengan keadaan masjid/surau bukan sahaja di sekitar Keningau, malah seluruh dunia. Di samping kita bangga dengan masjid-masjid / surau-surau yang besar-besar dan indah-indah, perlu kita rasa sedih dengan keadaan 'rumah-rumah' Allah mutaakhir ini. Program mengimarahkan masjid bukan hanya setakat di tempat-tempat kita malah di tempat yang gersang. Oleh kerana itu, jemaah-jemaah dakwah dihantar ke kampung-kampung jauh di pedalaman,di kota-kota, dan seluruh dunia sebagai salah satu usaha untuk mengimarahkan masjid-masjid dan mengajak orang tempatan untuk fikir risau dengan keadaan masjid dan agama yang suci ini. KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?
MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT
”6 SIFAT SAHABAT BUKANLAH KESEMPURNAAN AGAMA, TETAPI JIKA KITA DAPAT AMAL KITA AKAN DAPAT AMAL AGAMA DENGAN SEMPURNA, INSYALLAH.”
1. Laaillaahaillallah
Maksud :
-Allah berkuasa, Makhluk tiada kuasa.Meyakini segala sesuatu atas kehendak dan kudrat allah.
Cara Untuk dapat :
1. Dakwah tentang kelebihan Laaillaahaillallah pada
org Lain.
2. Guna mata lihat kebesaran Allah,telinga dengar
kebesaran Allah,mulut cakap kebesaran Allah,akal
fikir kebesaran Allah.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat tersebut.
Kelebihan :
1. Iman sebesar zarah,Allah bagi syurga luas 10kali ganda dunia.
2. Org yg ucap Laaillaahaillallah di akhir kalam,wajib baginya syurga.
Muhammadurrasulullah
Maksud :
-Cara hidup suci murni (Sunnah) Nabi SAW bawa kejayaan dunia & akhirat.
Cara Untuk dapat :
1. Dakwah.
2. Amal sunnah nabi (surah,sirah,salira)dlm
kehidupan Seharian 24jam.
3. Doa semoga Allah bagi kekuatan amal sunnah
nabi.
Kelebihan :
1. Satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat, Allah bagi 100 pahala syahid.
2. Siapa amal sunnah istiqama, masuk syurga bersama nabi.
2. Solat Khusu’ & Khudu’
Maksud :
- Bawa ketaatan dlm solat di luar solat. Dlm solat baca quran,luar solat pun baca quran/dlm solat tundukkan pandangan,luar solat pun tundukkan pandangan (tawadhu).
Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Amal solat-solat sunat,solat di awal waktu,solat
berjemaah di masjid di mana azan
diazankan(lelaki).
3. Doa semoga Allah bagi hakikat solat.
Kelebihan :
1. 5 jaminan jg solat :
i) rezeki diberkati.
ii) azab kubur diangkat.
iii) menerima catatan amal tangan
kanan.
iv) meniti titian Sirat sepantas kilat.
v) masuk syurga tanpa hisab.
3. Ilmu
Maksud :
- Tahu mana satu perintah Allah, tahu mana satu larangan Allah.
- Tahu perintah allah yg didahulukan dan dikemudiankan.
cara dapat :
1. Dakwah.
2. Jumpa alim ulama/ustaz belajar ilmu MASAIL(hukum hakam) dan baca/dengar bacaan ta'lim belajar ilmu FADHAIL.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ilmu.
Kelebihan :
1. seseorang yg beramal dengan ilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 org ahli ibadah yg beramal tanpa ilmu.
2. seseorang yg keluar utk belajar ilmu,jika dia mati dikira mati syahid.
3. malaikat mendoakan org yg menimba ilmu.
Zikir
Maksud :
- ingat Allah setiap masa dan keadaan.
Cara Dapat :
1. Dakwah.
2.Amal zikir harian 300 pagi dan petang Subhanallah,Alhamdullillah,Laaillahaillallah,Allahuabar 100 kali, Selawat 100 kali, Istighfar 100 kali. Amal bc Quran, solat sunat, doa-doa Masnun.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Zikir.
Kelebihan :
1. Orang berzikir hidup di sisi Allah,tidak berzikir mati di sisi Allah.
2. masuk syurga tersenyum-senyum.
3. mematahkan kekuatan syaitan.
4. satu pintu syurga disediakan khas utk org yg istiqamah berzikir.
4. Ikram Muslimin
Maksud :
- tunaikan hak saudara tanpa tuntut hak balik (tanpa meminta balasan).
Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Menyayangi org islam semata-mata kerana satu kalimah dgn cr memuliakan alim ulama,hormati org tua,sayangi kanak-kanak.
3.Doa semoga Allah bagi hakikat Ikram muslimin.
Kelebihan :
1. Allah bagi 73 hasanah,1 sahaja sudah cukup keperluannya di dunia,72 lagi Allah bagi di akhirat.
2. Berjumpa dan berpisah semata-mata kerana Allah,salah satu drpd 7 golongan yg dinaungi arasy Allah di padang Mahsyar.
3. Org yg membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata menunaikan hak saudara,Allah bagi pahala iktikaf setahun.seseorang yg beriktikaf di masjid ,Allah jauhkan dia dari neraka sejauh 3 parit.1 parit jaraknya antara langit & bumi.
5. Ikhlas Niat
- buat sesuatu perkara baik semata-mata kerana Allah,dan tinggalkan sesuatu perkara buruk semata-mata kerana Allah.
Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Periksa niat sebelum,semasa dan selepas setiap
amalan.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ikhlas.
Kelebihan :
1. membesarkan ganjaran setiap amalan.sedekah sebiji tamar dengan ikhlas Allah bagi ganjaran sebesar gunung Uhud.
2. Ikhlas menyebabkan amalan sesorang diterima Allah.
3. Org yg tidak ikhlas beramal (riak),dihumban ke dlm neraka dgn mukanya ditelangkup dan diseret di tanah.
6. Dakwah (mengajak)& Tabligh (menyampaikan)
Maksud :
- usaha bagaimana agama yg sempurna dpt wujud dlm diri,ahli keluarga dan seluruh umat (seluruh umat beriman dan taat perintah allah,lelaki akil baligh dpt solat berjemaah 5 waktu di masjid dan wanita2 dpt tutup aurat dgn sempurna).
- ubah salah faham bahawa harta,diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah
( gunakannya ikut kehendak Allah ).
Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Buat pengorbanan atas agama dgn Gunakan harta,diri dan masa di jalan Allah,serta buat 5 amal masjid,hidupkan dakwah,ibadat,talim talum dan khidmat dlm masjid,buat hubungan dengan markas,sambut takaza agama.
3. Doa supaya Allah pilih dan istiqamah dlm usaha agama dan Allah pilih anak isteri dan zuriat keturunan dan seluruh umat islam dalam usaha agama.
Kelebihan :
1. sepagi sepetang di jalan Allah LEBIH BAIK dari dunia dan seisi isinya.
2. seketika di jalan Allah LEBIH BAIK daripada beribadat di hadapan hajarul aswad,di malam lailatulqadar.
3.Debu-debu yg melekat di badan org yg keluar di jalan Allah diharamkan hatta asap api neraka memyentuhnya
4. Malaikat yg menjunjung Arasy mendoakan keampunan kepada org yg keluar di jalan Allah.
5. sehari di jalan Allah lebih baik daripada seribu hari yang lain.
”SEMOGA APA YANG KITA TAHU/DENGAR KITA CUBA AMAL DAN SAMPAIKAN PADA ORG LAIN, INSYALLAH”
INDAHNYA HIJAB
AJARAN ISLAM DALAM BIBLE
1. KEESAAN ALLAH DALAM BIBLE
DEUT 6:4, MK 12:29
Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
MT 19:16
Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: "Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"
MT 19:17
Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah."
2. SYIRIK
Allah tidak mengampunkan yang mensyirikkanNya 4:48, 116
“Segala sesuatu yang ada dilangit, dibawah bumi, air dibawah bumi, kamu tidak boleh kamu tunduk atau sembah sebab aku adalah Tuhan yang cemburu” Exo 20:3-5, Deu 5:7-9
3. WUDHU
Quran 5:6
Exodus 40:31-32, Acts 21:26
EX 30:17-21
Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Haruslah engkau membuat bejana dan juga alasnya dari tembaga, untuk pembasuhan, dan kautempatkanlah itu antara Kemah Pertemuan dan mezbah, dan kautaruhlah air ke dalamnya. Maka Harun dan anak-anaknya haruslah membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan, haruslah mereka membasuh tangan dan kaki dengan air, supaya mereka jangan mati. Demikian juga apabila mereka datang ke mezbah itu untuk menyelenggarakan kebaktian dan untuk membakar korban api-apian bagi TUHAN, haruslah mereka membasuh tangan dan kaki mereka, supaya mereka jangan mati. Itulah yang harus menjadi ketetapan bagi mereka untuk selama-lamanya, bagi dia dan bagi keturunannya turun-temurun.“
EX 40:31-32
Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
4. BERSUJUD
GEN 17:3
Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya:
NUM 20:6
Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka.
JOSH 5:14
Jawabnya: "Bukan, tetapi akulah Panglima Balatentara TUHAN. Sekarang aku datang." Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: "Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?"
MT 26:39
Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
5. ZAKAT
Quran 9:60, 59:7
1Peter 4:8
6. PUASA
Quran 2:185, 187
Luke 4:1-5, Matt 17:21, Mark 9:29
7. HAJI
Quran 49:13, Sura Al-Hajj
Psalms 84:4-7
8. ARAK
Quran 5:90
Proverb 20:1, Eph 5:18
9. KHINZIR
LEV 11:7-8
Demikian juga babi hutan, karena memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu.
DEUT 14:8
Juga babi hutan, karena memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya.
10. DAGING YANG TIDAK DISEMBELIH
Quran 2:173, 5:3, 6:145, 16:115
Lev 17:15, Deu 14:21
11. SEMBELIH DENGAN NAMA ALLAH
Quran 2:173, 5:3, 6:145, 16:115
Acts 15:29, Rev 2:14
12. BERKHATAN
Gen 17:14,15 Acts 7:8, Luke 2:21, John 7:22
13. MEMBERI SALAM
Assalaamualaikum
JN 20:21
Maka kata Yesus sekali lagi: "Damai sejahtera bagi kamu! Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu."
Nota: Dalam bahasa Ibrani, ungkapan “Damai sejahtera bagi kamu!” adalah “Shalom aleichem”
14. HIJAB / MEMAKAI TUDUNG ( Bagi Perempuan )
1COR 11:5
Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
1COR 11:6
Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
1COR 14:34-35
Sama seperti dalam semua Jemaat orang-orang kudus, perempuan-perempuan harus berdiam diri dalam pertemuan-pertemuan Jemaat. Sebab mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus menundukkan diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum Taurat.
15. “INSYA-ALLAH”
JAS 4:13-15
Jadi sekarang, hai kamu yang berkata: "Hari ini atau besok kami berangkat ke kota anu, dan di sana kami akan tinggal setahun dan berdagang serta mendapat untung", sedang kamu tidak tahu apa yang akan terjadi besok. Apakah arti hidupmu? Hidupmu itu sama seperti uap yang sebentar saja kelihatan lalu lenyap. Sebenarnya kamu harus berkata: "Jika Tuhan menghendakinya, kami akan hidup dan berbuat ini dan itu."
16. POLIGAMI
Quran 4:3
Ibrahim - 3 isteri, Musa 2 isteri, Daud – 99 isteri, Sulaiman – 700 isteri, 300 gundik
17. HUDUD
Quran 5:38, 24:2
Deu 22:22 (rejam sampai mati),
Deu 22:25 (rogol – hukum bunuh),
Deu 13:8,9 (murtad – hukum bunuh),
Matt 5:30 (potong tangan)
Jesus disunat semasa umurnya 8 hari Lukas 2:21
Jesus berpuasa 40 hari Lukas 4: 2
Jesus bersujud ke tanah Matius 26: 39
Jesus mengucapkan “Shalom alaykum” Lukas 24: 36
Jesus mengikut kehendak Tuhan Yohannes 5: 30
Jesus diutuskan untuk bani Israil Matius 15: 24
HIJAB
“Ibu aneh!” ucapnya sambil mencari-cari reaksi dari sang ibu. Ibu anak itu pun menoleh ke arah buah hatinya. Ia memeriksa dirinya untuk menemukan sesuatu yang agak lain. Tapi, tidak ia temukan.
“Aneh? Apanya yang aneh, sayang?” sambut sang ibu ketika yakin kalau tak ada satu pun dari dirinya yang lain dari yang lain.
“Kenapa ibu menutup rambut, tubuh, lengan, dan kaki kalau mau keluar? Padahal, ibu tidak cacat. Rambut ibu bagus, lengan dan kaki ibu pun tidak ada yang perlu disembunyikan!” ungkap sang anak begitu gamblang. Mungkin, inilah kesempatannya untuk bisa mengeluarkan kebingungannya selama ini.
Sang ibu pun senyum. Ia mendekati anaknya perlahan. Sambil mengulum senyum itu, sang ibu mencari-cari jawaban yang pas buat si anak.
“Anakku, ibu tidak sedang menutupi kecantikan, apalagi keburukan. Justru, ibu mengenakan kecantikan baru untuk memperindah kecantikan fisik ibu yang tidak seberapa. Inilah busana kecantikan dari Yang Maha Sayang!” ucap sang ibu sambil menatap buah hati di depannya yang masih tampak bingung. **
Inti dari dinamika hidup anak-anak manusia adalah memproduksi sesuatu yang indah. Bagus. Paling baik. Keindahan akan semakin indah ketika karya anak manusia telah melalui berbagai halangan, ujian, cobaan; menggosok batu cincin keindahan amal menuju peringkat keindahan yang lebih tinggi.
Namun, itu saja belum cukup. Karena keindahan yang bisa dihasilkan manusia tidak seperti kemolekan alam melalui birunya laut, keserasian cakrawala, dan liukan indah sebuah pegunungan.
Keindahan amal manusia tidak berhenti pada sesuatu yang tampak. Justru, keindahan akan kian bernilai ketika ia tidak lagi mudah terlihat, tidak gampang terjamah. Itulah busana kecantikan amal dari Yang Maha Sayang, dan hanya untuk Yang Paling Penyayang.