Keputusan Mesyuarat antara Markas2 - Beaufort, Kota Kinabalu dan Labuan - 8 Jan 2012, sepakat bahawa Tempat Ijtima untuk Pantai Barat dibuat pada 21 - 23 Jun 2012 di Masjid Bingkul, Beaufort, Manakala untuk Ijtima untuk Pantai Timur, Markas Tawau dan Sandakan dibuat selepas itu (minta maaf lupa tarikh untuk ijtima pantai timur). Setelah tarikh ditetapkan, maka ijtima telah bermula, jadi bolehlah war-warkan tentang ijtima semasa Ghast, DTI, Door-to-door, Khususi atau random kepada semua Umat Islam di kawasan Sabghuzari atau Halqah masing2.
Maksud/tujuan ijtima bukanlah nak kumpul ramai2 dengar bayan drpd ulama2, pastu dah habis ijtima masing2 balik goyang kaki..tetapi maksud ijtima adalah untuk keluarkan jemaah untuk buat usaha agama seberapa banyak yg mungkin ke seluruh alam...sepertimana maksud umat akhir zaman ini dihantar oleh Allah...
Tugas2 dan zumindar setiap markas dah pun diagih-agihkan kepada setiap markas2..Halqa Keningau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Ta'am Elders (Masyaikh2) dan Foreign seperti tahun2 yang sudah. Walau bagaimanapun, Markas2 yg lain boleh hantar orang untuk diletak dalam mana2 28 syukbah yang telah dimesyuaratkan seperti istiqbal, khemah, ta'am umum, kebersihan, keselematan, tandas, air dan lain2.
Apa yang penting ditekankan ialah Usaha sebelum, semasa dan selepas ijtima.. ada beberapa perkara yang disentuh terutamanya amalan sebelum ijtima (ini yang sempat aku catit la) :
1. USAHAKAN SUPAYA MASJID/SURAU HIDUP 24 JAM
Rakan2 usaha dan orang tempatan/awam libatkan mereka untuk usahakan masjid hidup dengan amalan 24 jam. Bahagikan masa/syif bergilir-gilir, tasykil org datangke masjid mengikut masa yang mereka sedia. Hidupkan masjis dengan amalan DAKWAH, TALIM, SOLAT (TERMASUK SOLAT SUNAT), BACA QURAN, ZIKIR, DOA DAN KHIDMAT. Buat amalan di masjid, makan dan tidur di rumah...
2. HIDUPKAN RUMAH DENGAN AMALAN MASJID
Libatkan isteri supaya ada fikir yang sama dan risau yang sama. hidupkan rumah dengan amalan DAKWAH, TALIM, ZIKIR/IBADAT DAN MESYUARAT HARIAN. Minta juga Ahlia (isteri) untuk doa kejayaan ijtima, solat hajat/tahajud dan puasa supaya Allah mudahkan Ijtima.
3. USAHAKAN ORANG ISLAM 100% SOLAT
Lelaki yg mukallaf jumpa dan pujuk utnuk solat berjemaah di masjid, wanita pula solat dirumah. Buat door-to-door untuk jumpa setiap orang islam di Mahala masing2. perkara ni tak mustahil...Sri Langka dah buat, hasilnya kehadiran solat subuh sama dengan solat jumaat sedangkan Sri Langka bukan negara Islam.
Dinasihatkan juga supaya Jumpa semua orang, orang khawas (golongan atasan), ulama, termasuk OKU dan bagitahu mereka tentang Ijtima. Semua orang Islam boleh datang dan dijemput datang, supaya orang awam pun ada kesedaran bahawa dakwah ini pun tanggungjawab mereka bukannya tanggungjawab kumpulan2 tertentu, jabatan agama atau 'Tabligh'...mudah-mudahan usaha kita yang tak seberapa ni dipandang oleh Allah dan jadi asbab hidayat seluruh alam sampai kiamat...AMIIIINNNN