CARI DALAM BLOG INI

Friday, January 6, 2012

KARKUZARI BRAZIL

Ramai org Tanya tentang karkuzari jemaah Ke Brazil…aku tak berapa dapat detail tentang karkuzari tu Cuma adalah sikit2 yg aku Tanya dengan Ustaz Abdullah…Tahun lepas (2011) Jemaah daripada Markas Beaufort bergerak di Brazil…tak silap Ustaz Abdullah amir shab dia…ringkasnya kebanyakan orang Islam di sana terdiri daripada orang Arab yg menetap di sana dan usahakan keperluan diorang di sana..beli tanah kat sana dan buat macam2 bisnes…pertanian, perniagaan dan lain2..termasuk buka PUB atau kelab malam…pendek kata saudara2 kita sana lebih kepada kehidupan cara Barat…tuan2 pun sedia maklum…

Undang2 di Brazil lain sikit dari tempat kita..lain macam mana??? Gadis2 yang dah berumur 17 tahun ke atas dah diberi kebebasan untuk buat hubungan seks dengan lelaki..kalau ada orang yang menolak ‘ajakan’ mereka boleh kena denda atau penjara..satu kes jemaah dari Pakistan kuar sana, ada gadis minat kat dia,tapi ahli jemaah tu takk nak dan pendek cerita masuk balai…

Jemaah keluar 4bulan, tapi dapat buat usaha dalam 2bulan ja (kalau tidak silap) termasuk Sao Paulo tempat yang ada patung besar atas bukit tu.. belanja di sana boleh tahan juga…kalau nak pindah route/masjid lain boleh sampai 5-10ribu!!!sebab pengangkutan sana mahal lebih2 lagi guna Euro..Tapi takpe..seringgit belanja di jalan Allah kena balas 700ribu… Selain Brazil jemaah ada juga bergerak di Uruguay.

Sepanjang jemaah kat sana ada sorang Paderi yang mengawal 2 Gereja di sana telah masuk Islam selepas melihat pergerakan jemaah ulaik-alik di gerejanya…belum dakwah lagi tu..baru gerak lalu kat gereja ja, itu pun beli ta’am (bekalan makanan).. selain tu 200 orang telah Berjaya diIslamkan dengan izin Allah…SUBHANALLAH….Paderi tu bagitau, apabila dia melihat pergerakan Jemaah dia teringat seperti apa yang dia telah belajar daripada kitab2 yang dia pelajari tentang keadaan orang islam..ada janggut, pakai serban, pakai jubah…sehingga timbul dalam hatinya,”INILAH ISLAM…”

Apabila hendak tangguh, orang tempatan/karkun2 di sana berat untuk melepaskan jemaah pergi kerana mereka sangat2 perlukan jemaah kerap di sana…apakan daya kita dah bagi masa mengikut kemampuan kita lagipun masing2 ada keperluan di tanahair... kalau dapat lebih banyak lagi jemaah dibentuk dan dihantar ke sana…orang2 di sana kehausan dengan agama, Cuma mereka tak tau nak salurkan pada tempat yang sepatutnya…

Apabila kita bergerak, barulah kita akan Nampak keadaan umat ini macam mana..kalau kita setakat dalam masjid saja, kita takkan tau keadaan umat di luar sana..barulah dapat timbulkan risau dan bergerak… Nabi bagitau lebih kurang, “TIDAK SEMPURNA IMAN KAMU KALAU KAMU TIDAK MENYAYANGI SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU MENYAYANGI DIRI KAMU SENDIRI”.

InsyAllah, kita azam dan doa supaya Allah hantar kita ke seluruh alam untuk sampaikan dan tinggikan kalimah Allah....

Markaz Brazil:
A Aziz Alinani, Imam, Centro Islamica, Ax W-5 Norte, Brazil. 55-11-278-6789

P/S : sekarang jemaah Beaufort, bergerak di Auztralia 2Bulan, jemaah Maulana Ibnizam.

SYUKUR....

Syukur..Allah pilih kita jadi umat Nabi SAW sebagai umat akhir zaman. Dan kita dihantar dengan satu tugas penting. Di bahu kita ada tanggungjawab yang besar iatu amalkan agama dan sampaikan agama.

Kita sedia maklum keadaan diri kita masing2 sebelum terlibat dengan usaha agama..entah dari mana Allah kutip kita daripada macam2 keadaan dan tempat..dan libatkan kita dalam usaha agama..barulah kehidupan beragama mula datang..kehidupan mula bertukar..kita pun mula kenal sunnah..mula pijak kaki kat masjid..

Maulana syamim bagitau,AJIB umat ini…kerana apa? Nabi2 terdahulu ditarbiah dahulu oleh Allah selepas tu baru diberi usaha agama..umat ini, diberi usaha agama kemudian barulah ditarbiah oleh Allah..Nabi Musa as turun naik bukit mengembala kambing, selepas tu baru diberi kerja dakwah…begitu juga dengan nabi2 yg lain ditarbiah dengan mengembala kambing..tetapi ummat ini diberi kerja dakwah dulu kemudian baru ditarbiah oleh Allah…

Nabi Isa a.s tanya dengan Allah bagaimana umat akhir zaman boleh buat kerja dakwah sedangkan mereka tidak ada ilmu dan hilm(hikmah), Allah sendiri jawab," AKU AKAN BAGI MEREKA ILMU DARI ILMUKU, DAN HILM DARI HILMKU."

wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails