CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, October 28, 2009

PELIK...???

Ust Rosli dlm khutbah Jumaatnya berkata ” Hari ini kita merasa hairan, pelik dengan sejadah yg pandai solat yg baru2 ini heboh di laman YouTube. Apa nak dihairankan? Sejadah solat tak pelik, orang yang TAK SOLAT yg lebih pelik lagi. Sebab apa? Sebab manusia ada akal, boleh berfikir. Sejadah tak ada perintah pun ke atasnya utk solat. Tak solat pun sejadah tak berdosa,tak masuk neraka ”

Tersenyum ana bila terkenang isi khutbah Ust Rosli Jumaat yg lepas2..difikirkan memang betul pun…sejadah solat kita rasa pelik,sedangkan orang yg ada akal, sempurna jasad tak solat tak pelik pula…kalau perempuan buka tudung tak pelik, tapi perempuan yg tak pernah bertudung tetiba pakai purdah kita anggap pelik pula macam seorang ‘artis’ yg Allah bagi hidayah utk pakai niqab/purdah di akhbar tempatan dan internet..satu Malaysia gempar … perempuan pakai baju mcm tak cukup kain tak pelik, pakai Hijab pelik pula….hmmmm…akhir zaman…akhir zaman…

Memang itulah kita UMAT AKHIR ZAMAN. Ulama bagitahu, sekiranya kita berada di zaman sahabat sekarang tentu kita akan katakan sahabat r.hum Gila.Kenapa? adakah org di zaman kita skrg ini memakai baju dr guni berbutang duri seperti Abu Bakar ra?, adakah seorang pemimpin zaman ini memakai baju dengan 13 tampalan seperti Umar ra? Adakah Peniaga yg korbankan 8 pintu kedainya untuk agama, korbankan kebunnya utk agama?Jawapanya TAKDA….dan sekiranya para sahabat berada di zaman kita sekarang, nescaya mereka akan katakan kita sebagai Munafik, kerana akhlak org Islam (termasuk ana la tu) tak baik. Tengok saja Muamalat,Muasyarat,Munakahat,Akhlak,Imaniat,Ibadiat org islam hari ni…

sebab tulah ana (dan sepatutnya kita semua) keluar di jalan Allah utk perbaiki diri ini yg lemah dan berusaha utk jadi baik…keluar lagi dan lagi, libatkan diri dlm suasana dakwah, suasana iman, suasana semua org belajar iman, suasana semua org nak cari iman, suasana semua org cakap agama, dengar agama utk bina iman yakin dalam hati…..latih cakap,dengar dan fikir tentang kehebatan Allah supaya Allah keluarkan kebesaran Makhluk dalam hati dan Allah campakkan Iman dalam hati sedikit demi sedikit…kalau dah tahu iman tak sempurna, kenapa tak buat usaha untuk memperbaiki iman? Sekurang-kurangnya ada juga jwapan kita di hadapan Allah kelak…

P/S: JUMAAT NI ANA NAK PERGI MESYUARAT BULANAN MALAYSIA (MBM) KAT SRI PETALING. JUMPA DI SAAANAAAAAAA….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails