CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, August 11, 2009

BAKAL KARKUN LAHIR

SATU LAGI UMAT NABI SAW DILAHIRKAN…

Tanggal 3 Ogos 2009, seorang lagi umat akhir zaman dilahirkan dgn selamatnya di hospital keningau. Pada pukul 2.22 pagi, suara tangisan bergema dalam bilik bersalin. Malangnya, esok selepas solat subuh baru dapat bisikkan azan dan qamat di telinganya. Apa nak buat, dah prosedur hospital macam tu…memang sukar nak amalkan sunnah zaman ini…namun, itu bukan penghalang untuk mengamal dan menhidupkan sunnah Nabi saw. Sebab tu nabi bagitau (lebih kurang), satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat baginya pahala syahid…

Maha Suci Allah….terasa kebesaran Allah…cuba kita renungkan, betapa lemahnya kita…apabila binatang melahirkan anaknya, selang beberapa jam, anaknya boleh berdiri dan berlari..sedangkan manusia perlu mengambil masa beberapa bulan baru belajar bertiarap..selang beberapa bulan lagi, baru belajar merangkak, dan seterusnya belajar berdiri dan berjalan…Allahuakbar…ulama bagitahu, sekiranya bayi yang dilahirkan selang beberapa jam terus boleh berdiri dan berjalan dan berlari dengan sendirinya, maka ditakuti manusia akan menjadi bertambah sombong dan tinggi diri...wallahu a'lam..












MUHAMMAD HURAIRAH

Tanggal 10hb Ogos buat majlis tahnik dan bercukur, walaupun sepatutnya hari ke tujuh 9hb Ogos, namun hari tu sibuk dengan Ghast dan lain2 program kat masjid. Lepas Mesyuarat Halqa jemput semua datang ke rumah.Ramai gak datang, rumah pun kecil agak berhimpit juga la...mujahadah...tapi takpe, dalam kubur lagi sempit... Buat sederhana saja..takde berzanji macam org sekarang selalu buat...buat ikut sunnah je...tahnik,bercukur dan akikah..tahnik dgn buah Tamar..malangnya takde air zam-zam...guna air biasa je...sedihnyaaa...akikah pula insyallah buat masa keluar 40hari nanti....ambil berkat masa keluar....

















Minta khidmat Ustaz Haziq tuk buat Majlis Tahnik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails