CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, September 1, 2009

MARI AMAL SUNNAH ( ummahpermataduat.blogspot.com )



Serangan Jantung dan Amalan Minum Air suam....


Bukan sahaja amalan meminum air suam selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Secara logik..., mungkin ada kebenarannya..


Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita mencontohi amalan minum air panassewaktu menikmati hidangan!!!!


Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.


Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyakyang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!


Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada padaserangan pertama serangan jantung.Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.


Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.YANG PENTING SEKALI JIKA MAHU MINUM LEPAS MAKAN PASTIKAN SELEPAS SETENGAH JAM. JIKA SEBELUM MAKAN JUGA PASTIKAN SETENGAH JAM SEBELUM MENJAMU SELERA. INI YANG DINASIHATKAN AGAMA..... WALLAHU A'LAM....

FIKIR SEJENAK

Dalam satu peperangan, angkatan perang orang islam bersedia untuk berperang dengan tentera Rom. Pada masa tu tentera islam terdiri daripada 70 ribu org dan tentera Rom pula terdiri daripada 700 ribu org! Apabila pihak Rom mengetahui jumlah tentera islam yang sedikit itu, mereka mula berpesta, tari menari, minum dengan riangnya kerana mereka yakin kali ini mereka akan dapat menewaskan orang islam.



Dalam keadaan yang sedemikian, seorang Rahib/Paderi mereka mengatakan, " Kita tidak akan dapat mengalahkan orang islam walaupun bilangan mereka sedikit dan bilangan kita ramai". Orang ramai kehairanan,"mengapa pula?" Mereka mula bertanya. " Kerana nabi mereka telah tinggalkan mereka satu kerja, iaitu kerja Dakwah. Di belakang mereka ada Kerajaan yang besar. Mereka ada Allah bersama2 mereka. Jika gunung halang,gunung akan hancur, jika lautan halang, lautan akan kering!" Tentera2 Rom tergamam seketika. "Jadi macam mana kita nak kalahkan mereka?" Rahib pun berkata," Kita sibukkan mereka dengan dunia, sibuk dengan pekerjaan2, sibuk dengan ladang dan urusan2 lain sehingga mereka lupa untuk buat kerja dakwah, dalam keadaan ini kita akan binasakan mereka".


Ulama bagitahu, 3 jenis peperangan sudah cukup untuk kita buat pengajaran :

1) Perang Badar - org islam menang, sebab satu fikir dan satu hati;

2) Perang Uhud - org islam kalah, sebab sudah ada kepentingan dunia di
hadapan ( tidak satu hati dan fikir );

3) Perang Hunain - Org islam kalah sebab fikir sudah salah
yakin pada bilangan tentera yang besar ( " kita ramai,
musuh sedikit, kita PASTI menang" ). Sedangkan
kemenangan datang dari Allah, bukan senjata canggih
atau bilangan yg ramai, sepertimana Perang Badar.

( dipetik drpd Bayan Syura Hj. Alidad semasa Jhor Keningau )

Bagaimana pula keadaan kita hari ini? Kita yakin dengan adanya senjata moden, ekonomi yang kuat dan bilangan yang ramai, barulah kita boleh kalahkan musuh, sedangkan dakwah ditinggalkan, fikir tidak satu, hati tidak satu, malah berpecahan dan bergaduh antara sendiri, hingga terlepas daripada Pandangan Rahmat Allah...

JASA IBU TAKKAN BERBALAS


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails