CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, October 1, 2013

DAKWAH DAN POLITIK ???

Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik?

Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata merekaSistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam.

Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

PerbezaanAntara Syura danDemokrasi Kepartian

Sebahagian orang menganggap bahawa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Nota Tambahan:

Dari Aisyah rha berkata "Ketika kedatangan Rasulullah saw ke Madinah, orang perempuan dan anak-anak mendendangkan : Telah terbit bulan purnama (Rasulullah saw)ke atas kami dari thaniah al-wada'.dan wajiblah ke atas kami bersyukur (kepada Allah di atas kedatangan Nabi saw) selagi masih ada seruan dari da'i yang menyeru kepada Allah." (Imam Baihaqi : Dalail al Nubuwwah : 2/206,507)

Bila dilihat pada hadith di atas maka jelas bahawa kedatangan Nabi saw ke Madinah bukan maksud untuk bina negara tetapi adalah bermaksud untuk meneruskan usaha hidayat kepada manusia iaitu kerja dakwah ilalAllah. Kefahaman, fikrah dan hidayat adalah pemberian Allah swt.

Hari ini ada ustaz yang lepasan Al-Azhar pun boleh ikut ajaran sesat Ayah Pin.Di Indonesia lepasan pondok pesentren pun boleh ikut Kristian dan jadi pendeta lagi. Selama ada langit dan bumi selama itulah kefahaman / fikrah akan berbeza-beza.

Sunnah yang berupa "Surah" keterampilan dan sunnah yang berupa "Serah" gaya hidup, ramai yang boleh ikut malah pengikut ajaran sesat Qadiyani pun berjubah dan berserban besar. Tetapi sunnah "Sareerah" fikir dan kerisauan Nabi saw ini tak ramai yang boleh menyamai Nabi saw.

Allah swt tidak akan memberi pertolongan pada manusia yang meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya siapa yang dilantik tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Pencipta.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya“. (Riwayat Bukhari Muslim)

Mana mungkin sistem politik negara ini berada di landasan yang benar sekiranya mereka meminta-minta dipilih menjadi pemimpin? Sangat bertentangan dengan sistem syura, yang telah digariskan oleh Allah swt.

Perbezaan Skop dan Peringkat Keluasan Politik Nubuwah 

Politik yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dan sahabat mencakupi keluasan seluruh dunia dan tidak terbatas kepada dalam negara shaja. Bahkan ianya menumpukan perhatian ke setiap umat manusia di seluruh dunia.

Usaha Dakwah dan Tabligh berusaha untuk mirip kepada sistem ini melalui beberapa usaha di bahagian pentadbiran atau sub pngkhususan:

Markaz Dunia (Terdiri daripada Syura-syura dunia)
Markaz Negara(Terdiri  daripada syura-syura Negara)
Markaz Subghuzari (Terdiri daripda syura-syura negeri)
Markaz Halqah (Terdiri daripada amir rakan seusaha kawasan / gabungan masjid dan surau)
Markaz Mohalla (Terdiri daripda amir rakan seusaha masjid/ gabungan rumah-rumah)
Markaz Rumah (Terdiri daripda orang Islam di setiap rumah /kekeluargaan Islam)

Setiap rumah perlu ada mesyuarat dan usaha agama didalamnya. Usaha ugama bermula dengan taklim rumah dan perbincangan untuk setiap lelaki bergilir-gilir bagi masa untuk agama. Takaza mohalla akan dibentangkan disini.


Tanggunjawab usaha ugama di setiap rumah dan pengeluaran jemaah orang Islam dilakukan melalui usaha di peringkat mohalla tempatan iaitu sama ada di masjid atau surau. Maka wujudlah usaha tempatan 5 amal masjid iaitu Mesyuarat harian, taklim harian, 2 jam setengah, 2 ghasyt dan 3 hari setiap bulan. Takaza halqoh akan dibentangkan disini. Setiap hari perlu diusahakan.

Laporan usaha di setiap mohalla akan diserahkan kepada bahagian halqoh iaitu satu peringkat yang terdiri daripada gabungan beberapa mohalla. Takaza subguzari markaz dan mohalla dibentang disini. Bahagian perlu hidup sekali setiap minggu.

Subghuzari markaz adalah gabungan beberapa halqoh dan peringkat ini membincangkan laporan dan takaza yang datang dari halqoh dan juga dari markaz negara. Perlu hidup sekali setiap minggu.


Markaz negara adalah gabungan dari markaz-markaz subghuzari yang menguruskan hal-hal yang lebih besar dan penting seperti takaza-takaza subghuzari markaz, pengeluaran jemaah 40hari dan lebih, penerimaan dan penghantaran jemaah luar negara dan sebagainya. Takaza-takaza dari Markaz Nizamuddin juga dibentngkan. Mesyuarat peringkat negara diadalan setiap 3 bulan sekali.

Markaz Nizamuddin adalah peringkat dunia/global dan kesemua urusan setiap markaz-markaz negara yang ada di seluruh dunia akan dibincangkan disini. Takaza-takaza penghantaran jemaah dan penerimaan jemaah yang bergerak seluruh dunia dimesyuaratkan disini. Laporan setiap aktiviti rumah-rumah orang Islam, Masjid-masjid dan surau, markaz-markaz yang ada di seluruh dunia, perlantikan syura-syura akan dibentangkan dan hasilnya beberapa keputusan dan takaza-takaza baru akan diputuskan.


Inilah yang membezakan Politik Nubuwwah dan Politik Demokrasi Kepartian. Sekiranya hendak dikatakan Jemaah Tabligh tidak berpolitik sepenuhnya, maka itu tidaklah benar sama sekali.

Wallahu’alam

Di'copy' and 'paste' dari : http://umieymuslimah92.blogspot.com/2011/08/tabligh-tak-bpolitik.html


Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.



Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails