CARI DALAM BLOG INI

Friday, July 11, 2014

YA ALLAH.....KASIHANILAH UMAT INI....

Ya Allah....kasihanilah Umat ini...


terkenang saudara seislam di Syiria
terkenang saudaraku di Mesir
terkenang bumi Gaza di bulan yg mulia
kadang-kadang tak lalu makan kerana teringat umat..
terdetik di hati 
" adakah makanan utk mereka berbuka? "


sedang di sini, makanan melimpah sehingga dibuang dalam tong sampah..


sedang yang lain terpaksa gali makanan dalam tong sampah..dan meminta sedekah



tidur malam tak lena..atas tilam yg empuk,
sedang saudaraku rumah pun mungkin sudah tiada..


kadang2 hati hiba, terngiang di telinga ratapan dan tangis si ibu anaknya yg sudah tiada..
tangisan dan raungan si anak kecil
kerana ibu dan bapanya sudah tiada..



kita cuma mampu marah dan simpati 
dan hanya mampu berdoa dan menghulurkan derma..
namun mereka yg TABAH 
menanggung UJIAN Ilahi yang amat berat 
kita pun tak sanggup menghadapinya..


kita dilalaikan dengan hiburan dan sebiji BOLA
riang gembira dan BERSORAK gembira 
apabila bolos sebiji BOLA ke gawang lawan..
sedangkan saudara kita dibolosi PELURU dan BOM 
kita dah lupa...kita dah alpa..
termasuk SAYA 


kita gembira sedangkan mereka berduka
kita alirkan air liur dengan berhujah dan banyak tidur
alirkan air mata kerana PASUKAN kita Kalah..
sedang mereka alirkan air mata dan darah...
kita pula kata 'TAK APA' bukan HAL SAYA..

syukurlah kita di bumi bertuah
nikmat Ilahi melimpah ruah
jangan kufur Nikmat yang ada
kelak  berputih mata jadinya..


di sini kita mampu lari dan mengelak..
 di MAHSYAR kelak apabila mereka menuntut...
DI DUNIA DAHULU KAMI DERITA, 
APA YANG UMAT ISLAM SELURUH DUNIA BUAT???? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails