CARI DALAM BLOG INI

Sunday, January 15, 2012

SIFAT TANAH

MAULANA A'DZHIM bagitahu dalam bayan dia, "Manusia dicipta daripada tanah, dan sifat2 tanah itu sendiri ada dalam diri anak adam. tanah apabila diusahakan akan mengeluarkan hasil, hasil pertanian seperti pokok, bunga, buah dan sebagainya. Tanah juga akan mengeluarkan intan, emas, berlian dan minyak apabila diusahakan. Manafaatnya juga akan datang kepada umat manusia yang lain. sebaliknya, jika tanah tidak diusahakan, maka tanah akan tumbuh rumput, kemudian lalang dan menjadi hutan belukar yang membawa banyak mudarat. di sana ada ular berbisa, kala jengking, harimau dan binatang buas yang lain. Ia bukan saja memudaratkan malah membahayakan penghuni yang tinggal sekitarnya.

Begitu juga manusia, apabila tidak diusahakan hati mereka maka manusia akan buat kerosakan dan kemungkaran. Natijahnya bukan kepada individu2 itu sahaja malah kepada manusia yang lain. Berlaku pembunuhan, rogol, kecurian dan sebagainya. Apabila HATI manusia diusahakan maka manusia akan menjadi baik dan timbul akhlak yang baik yang memberi manafaat bukan sahaja pada dirinya malah kepada orang lain.

Perumpamaan manusia ni seperti 3 jenis tanah. 1)Ada yang boleh menakung air dan membawa menafaat pada makhluk sekitarnya ambil air minum dan sebagainya, 2)Tanah yg tidak menakung air tetapi menyerap air yg membuatkan tanah itu subur utk tanaman, 3)Tanah yang tidak menakung dan menyerap air yang tidak memberi sebarang manafaat. Air hujan akan turun kesemua JENIS TANAH tadi, samada ia menakung air atau tidak, hujan tetap turun disitu. Malah hujan bukan sahaja turun tempat yg gersang tidak ada air, hujan juga turun di laut yang banyak air, di hutan, di desa, di kampung dan seluruh tempat.

Begitu juga manusia yang mempunyai pelbagai SIFAT, ada yang boleh membawa manafaat kepada dirinya dan orang lain dan ada orang yang langsung tidak membawa manafaat pada dirinya juga orang lain, PUN begitu mereka kena dijumpa utnuk diberi peringatan tentang agama..dan dakwah adalah seperti air hujan. hujan turun kepada semua jenis tanah tadi, samada orang MAHU terima atau Tidak kena jumpa juga....BAGI PERINGATAN TENTANG AGAMA...

WALLAHU A'LAM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails