CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Wednesday, April 7, 2010

DAN APABILA AKHIRAT DIKEDEPANKAN....

APABILA TAKAZA AGAMA (KEPERLUAN AGAMA) HENDAK DIBENTANGKAN KE HADAPAN :

“sayang, abang nak kuar 3hari hujung minggu ni”
“Boleh tak tangguh dulu keluar BERDAKWAH tu sementara? Ayang tengah sarat mengandung ni, tengah tunggu hari jer, kalau abang keluar siapa nak hantar ke Hospital?…lagipun abang kan selalu juga keluar, Kali ni tak keluar takpela…ALLAH FAHAM..” Dan si isteri mencebik bibirnya…

“Abah, saya nak keluar belajar buat usaha agama ni 40 hari je..”
“ Tak payah !!….abah kan tengah sakit ni, takde siapa nak jaga abah…” Dan si ayah mula terbatuk-batuk…

“Ibu, saya nak keluar ni buat usaha agama, tak lama 4bulan je..”
“4 bulan kau cakap tak lama? Kalau kau keluar bukannya dapat duit pun. Lagipun bini kau tu tak lama lagi nak bersalin tu, kau tak kesian ke?”

Dan Si Ibu mula menangis…..

ADUHHHH…. Hancur luluh hati dan perasaan….setiap baris ayat bagai pisau yg menghiris hati dan perasaan yg berkobar-kobar dan membara untuk mencari hidayah Allah…mengusahakan iman dan amal yg semakin pudar... begitulah hari ini apabila TAKAZA AGAMA hendak dikedepankan, BERMACAM ujian dan dugaan menimpa…tetapi kalau dikedepankan TAKAZA DUNIA :

“sayang, abang nak ke Brazil ni minggu depan, ada projek juta-juta punya. Mungkin 4 Tahun abang kat sana”
“Alhamdulillah, pergi la bang..jaga diri baik2..”
“Eh…tapi ayang kan sedang sarat mengandung sekarang ?”
“Takpe lah bang,ALLAH JAGA KAMI MACAM ALLAH JAGA SITI HAJAR DAN ISMAIL DI PADANG PASIR DULU,INSYALLAH…abang kan kerja untuk KEHIDUPAN kita yg lebih baik. Pandailah ayang jaga diri..lagipun IBU kan ada” Dan Si isteri mencium tangan si suami…

“Abah, Esok saya nak ke Amerikalah, ada projek mega kat sana..”
“OOOhhh…Pergilah nak…berapa lama kat sana?”
“Lama juga abah, lebih kurang 7Bulan…Tapi abah macamana, abah kan sakit tenat sekarang?”
“Takpelah….abah boleh jaga diri sendiri..lagipun mak kau kan ada…pergilah..LAMA-LAMA pun takpe..” Dan Si Ayah memeluk anaknya…

“Ibu, saya nak ke Jepun la, nak kerja kat sana…tapi 4Bulan kat sana…ibu macamana nanti kalau saya takde?”
“MACAM TU LA ANAK IBU.. pergilah cari rezeki NAK,IBU RESTUI…kumpul duit banyak2 untuk masa depan kamu. Nanti yg SENANG kamu juga.. Bini kau biar IBU yg jaga..jangan risau..” Dan Si Ibu mencium dahi anaknya…

Hmmmmm…beginilah lumrah MANUSIA….KEUNTUNGAN DUNIA yang sangat sementara ramai yg tahu NILAINYA..namun KEUNTUNGAN AKHIRAT yang kekal, tak ramai yang tahu NILAINYA….Cuma akan diketahui dan diyakini dengan sebenarnya apabila sudah tiba di dalam KUBUR….

“ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina), sambil merayu:” Wahai Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal2 yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” (As-Sajdah : 12 )

2 comments:

  1. ini yang kita mau usahakan anak, isteri kita tentang kefahaman agama, tukar cinta dunia pada cinta akhirat.... semua tu adalah cabaran bro... tak mencabarlah bila buat usaha semua orang suka... nabi s.a.w dan sahabat buat usaha lagi banyak orang tak suka dan banyak pengorbanan... mujahadah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum abg syukri
    minta copy ke blog saya ya,
    Smg abg istiqamah dlm usaha, Amin...

    Assalamualaikum

    http://hainur83.blogspot.com

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails