CARI DALAM BLOG INI

Friday, May 30, 2025

Sejarah Awal Jemaah Masturat

 

Bermulanya Usaha Masturat


Di sebuah desa bernama Kasabpura (dekat New DelhiIndia) hiduplah sepasang suami isteri, Maulana ‘Abdus Subhan dan ahliya@isterinya. Beliau adalah murid Maulana Ilyas di Nizamuddin. Isterinya seorang ‘alimah yang memiliki risau fikir terhadap keadaan muslimah di Mewat saat itu, beliau sedih melihat keadaan kaum wanita yang jauh dari agama dan berfikir bagaimana caranya agar wanita boleh ikut mengamalkan agama. Di rumah beliau, diadakan majlis ilmu untuk mengajarkan wanita akan pentingnya agama.

Suatu hari, Maulana Ilyas berkunjung ke rumah Maulana Abdus Subhan. Kesempatan itu Maulana Abdus Subhan gunakan untuk bertanya langsung kepada Maulana Ilyas tentang risau fikir isteri@ahliyanya, “Mengapa tuan tidak membentuk jemaah untuk wanita sebagaimana tuan membentuk jamaah bagi kaum laki-laki?” Maulana Ilyas terkejut mendengar persoalan itu, beliau tidak menyangka usaha dakwah ini mendapat perhatian dari kalangan wanita. Beliau memang merisaukan keadaan masyarakat Mewat (khususnya muslimah) yang tidak berbeza dengan cara hidup wanita Hindu saat itu, namun belum ada niat untuk melibatkan wanita dalam usaha dakwah tabligh.

Maulana Ilyas kembali ke markaz Nizamuddin dan mengadakan musyawarah dengan para elders, diantaranya Maulana Yusuf Kandahlawi, Maulana In’amul Hasan dan Maulana Daud Al-Mewati (semua adalah khalifah Maulana Ilyas dalam 4 silsilah thariqat). Awalnya mereka sepakat untuk tidak mengadakan aktiviti bagi kaum wanita untuk menghindari fitnah. Kemudian Maulana Ilyas berkata, "Jika kaum wanita dibolehkan untuk menjenguk orang sakit, menghadiri undangan, ta'ziyah dan ziarah, mengapa mereka dilarang menghadiri majlis jemaah tabligh?"

Lalu Maulana Ilyas mengadakan pertemuan dengan Mufti besar di India pada waktu itu, iaitu Mufti Kifayatullah Dehlawi untuk meminta kebenaran dan pengesahan terhadap usaha dakwah yang dilakukan oleh kaum wanita dengan menerangkan secara terperinci kegiatan yang akan mereka lakukan sepanjang berada di jalan Allah. Awalnya Mufti Kifayatullah mempersoalkan tindakan itu dengan berkata, "Mengapa engkau keluarkan wanita dari rumah mereka sedangkan para Shahabiah mengurung diri mereka di rumah-rumah mereka?" Maulana Ilyas memberi dalil tentang kepentingan wanita untuk keluar di jalan Allah sebagaimana Shahabiah juga keluar ke medan jihad untuk membantu tentera Islam menyediakan makanan, minuman, ubat-ubatan, mengubati mujahid yang cedera, serta memberi minum kuda-kuda perang. Mufti Kifayatullah hanya diam.

Pada tahun 1940, Jemaah Masturah pertama dikeluarkan dan dihantar ke kampung Ghasera, sebuah desa di Mewat - Utara India. Sebelum berangkat, Maulana Ilyas memberi bayan hidayah kepada Jamaah Masturah dan Mufti Kifayatullah ikut hadir dalam majlis tersebut. Setelah bayan selesai, Mufti Kifayatullah Dehlawi berkata, "Jika maksud dan tujuan wanita khuruj untuk islah diri dan mengajak wanita lain juga sama-sama membina iman dan amal dalam rumah-rumah mereka dengan menjaga batas-batas syari'at (hijab) mereka sebagaimana yang kamu gariskan dalam bayan hidayah yang kamu sampaikan, maka aku setuju denganmu Ilyas. " Rombongan ini terdiri dari 7 pasang dan bertindak sebagai Amir Jemaah ialah Maulana Daud al-Mewati. Selama 10 hari jemaah ini bergerak di kampung Ghasera, kaum laki-laki iktikaf di masjid dan kaum wanita menetap di rumah Miyanji Musa al-Mewati. Jemaah masturah ini dikhidmati sepenuhnya oleh Miyanji Musa dan isterinya.

Inilah awal mula usaha dakwah masturah. Masyaikh katakan, jika kaum lelaki mengambil usaha dakwah maka Islam akan sampai hanya ke pintu-pintu rumah, tapi jika wanita juga ikut dalam usaha dakwah maka Islam akan masuk ke setiap bilik, dapur dan ruang-ruang di dalam rumah. Yang dikehendaki dalam usaha masturah adalah menghidupkan amalan-amalan agama di dalam rumah, sehingga rumah berfungsi seperti masjid. Dengan adanya amalan masjid di dalam rumah, maka rumah itu akan menjadi rumah taqwa yang dinaungi oleh para malaikat dan akan nampak bercahaya dilihat oleh penghuni langit.

Memang tidak ada wanita yang dipilih menjadi Nabi/Rasul, namun peranan wanita dalam mendampingi seorang Nabi/Rasul sangat berpengaruh bagi penyebaran agama. Nabi Nuh a.s yang berdakwah selama 950 tahun hanya mampu membawa segelintir orang ke dalam bahteranya, sedangkan Nabi Ibrahim a.s yang dikurniai isteri-isteri solehah melahirkan generasi yang juga terpilih menjadi Nabi dan Rasul yang memiliki pengikut yang sangat banyak hingga akhir zaman. Asbab wanita solehah sebagai partner kerja usaha dakwah, perjuangan kaum lelaki dalam mengamalkan dan mendakwahkan agama akan semakin mudah. InsyaAllah.

Nota:
Tahun 1934, Maulana Ilyas mulai memberikan perhatian khusus kepada wanita muslimah, diantaranya tentang cara berpakaian. Beliau mulai menyusun satu program khusus bagi wanita. Lokasi pertama yang dipilih sebagai medan percubaan program ini adalah di kampung Panchayat, Nuh. Ada 15 perkara yang telah digariskan oleh beliau, iaitu:
1. Memperkukuhkan kalimah (tauhid)
2. Menjaga solat
3. Mempelajari ilmu agama
4. Berpakaian sesuai syariat Islam
5. Hidup dengan tatacara Islam
6. Tidak bercampur baur dengan lelaki
7. Mengadakan majlis pernikahan dengan cara Islam
8. Tidak menerima kepercayaan dari agama lain
9. Menjaga batasan aurat
10. Bertanggungjawab dalam setiap program agama
11. Tidak memberikan pendidikan sekular kepada anak2 sebelum memberikan pendidikan agama
12. Berazam kuat untuk menyebarkan agama
13. Memelihara kemuliaan sebagai seorang wanita
14. Sanggup bersusah payah (berkorban) untuk agama
15. Berjanji untuk mempertahankan maru'ah (kehormatan) wanita dan menghormati satu sama lain.

Inilah usul pertama dalam merangka program khusus bagi muslimah di Mewat. Mereka akan berkumpul di sebuah rumah, lalu membacakan hadith-hadith Nabi s.a.w. Kemudian ada lelaki yang berpengalaman dakwah datang ke rumah tersebut (tempat berkumpulnya wanita-wanita muslimah ini) untuk memberikan syarahan/bayan yang dipisahkan dengan tabir/hijab.

Sumber : https://sheikhkaza.blogspot.com/2017/03/bermulanya-usaha-masturat.html?m=1

Thursday, January 6, 2022

Konspirasi ??

Begini....

 Pihak musuh dah kaji islam,dah kaji hukum dlm islam..mreka faham, kalo bagi benda2 haram atau syubahat, org islam tak nak. Kalo hulur B**i org islam tak nak..jadi,1 AGENDA dcipta supaya org islam dgn RELA terima dan makan benda yg Haram,benda yg syubahah..mreka tau, kalo org yg kaki Clubbing,kaki botol,bukan org masjid, mreka tak susah pun nak suruh utk amik benda2 haram dan syubahah, tapi yg kaki masjid,yg ustaz,yg ulama..ini yg mreka target..mreka faham, kalo golongan AGAMAWAN ni suda amik, org2 awam juga akan ikut, " TENGOK, USTAZ PUN AMIK..ULAMA PUN AMIK.." 

Apa yg menyebabkan Abu Bakar r.a Memuntahkan makanan yg dimakan krana bimbang termakan benda syubahah ? 

Ada kisah dlm Kitab Fadilat Amal, d Kota Basrah dhulu ada kumpulan org yg terkenal dgn doa mustajab mreka..mana2 pemimpin/raja2 yg zalim, ckup mreka angkat tangan Dan DOA Kebinasaan, pasti akan dimakbulkan. 

Kmudian pemerintah yg Zalim HAJJAJ telah undang mreka dan jamu mreka makan. Selesai makan HAJJAJ berkata, " SEKARANG AKU SUDAH TIDAK RISAU LAGI DENGAN DOA KEHANCURAN MREKA,SEBAB MREKA TELAH MAKAN BENDA YG SYUBAHAH"..hari ni agak2 pihak musuh takut tak dgn org islam, jika Senjata yg paling ampuh,DOA pun ibarat takda peluru ..Nampak tak, itulah PERANCANGAN MUSUH, atau Bahasa Moden KONSPIRASI pihak musuh utk jatuhkan musuh.

 Ya, perancangan Allahlah yg TERBAEK..Namun, Perangcangan MUSUH yg Diatur dan dirancang dgn Baik dan teratur, Berbanding Perkara KEBAIKAN tapi Tidak Dirancang dgn Baik, org bilang cincai, lebih2 lagi apabila org islam sendri bukan kata nak BANTU/TOLONG, malah mencemuh,mengkritik,mengkondem lagi..bagaimana hendak mendapat bantuan dan Nusrah drpdNYA ?

 Masih ingat peristiwa Perang Uhud ?? Bukannya sahabat ingkar, tapi TERRLUPA dan TERLALAI dan Salah tafsir dgn arahan Nabi s.a.w supaya Jangan turun drpd Bukit Uhud smaaa peperangan.. bagaimana pula dgn umat islam yg DENGAN SENGAJA  tinggalkan Ajaran agama dan Sunnah..

Sebab tu Ulama2 yg dlm Bidang Ilmu Fitan/Akhir Zaman bukan sekadar sembang pasal DAAAAAAAAJJALL , pasal Imam Mahdiii sajja.. tapi juga utk kaji sejarah ttg kjatuhan empayar islam d Spanyol, Teknik dan Perancangan pihak musuh utk hancurkan Islam dr Luar dan dalam, supaya dpt buat persiapan rohani dan jasmani.. tengok bagaimana Org Yahudi telah tanam jutaan pokok Gharqad,mreka yakin dgn sabdaan Nabi walaupun tak nak beriman dgn Nabi s.a.w...Bagaimana dgn Umat Islam sendri ?? Berpada dgn Kedatangan Imam Mahdi dan Turunnya Nabi Isa a.s... agak2 kalo Dajjal dtg bole tolak tak OFFER yg Dajjal bagi? Dajjal offer makanan,keselasaan,harta..sapa ikut dia Bebas ke sana ke sini, boleh Dine-In, bole masuk Premis2,kedai2, bole rentas daerah ,bole melancong...sapa tak nak ikut kena Bunuh, kena bg sekatan2 dan DISUSAHKAN HIDUPNYA ??

Wallahu alam....

PERISTIWA TAUN AMWAS

https://www.youtube.com/watch?v=8VuzVCQE3Tc

Peristiwa Wabak Taun Amwas (full) Kisah Abu Ubaidah al jarrah r.hu dan Umar al khattab r.hu
Crita pasal wabak taun,jangan baca cerita pasal wabak Taun dari depan dan cerita belakang sajja..
Btulkah masa wabak, xda solat bjemaah?
Rujukan: Kitab Hayatus sahabah dan kitab Al Bidayah wan nihayah, tafsir ibu katsir

Bila manusia berdiri di depan Allah dan salahkan syaitan

Syaitan akan kata jangan salahkan Aku.
Walaupun benar aku menggoda kamu, tetapi bukankah dalam masa yang sama Allah telah utuskan rasul yang datang ingatkan kamu.
Kamu dengar cakap aku, mengapa kamu tidak mendengar peringatan rasul.
Maka syaitan akan minta Allah tunaikan janjinya ketika itu, iaitu masukkan semua yang mengikutinya ke dalam api neraka bersama dengannya.
Berwaspadalah.
Untuk elakkan ikut syaitan masuk neraka, tinggalkan perkara yang melalaikan, kerana dengan kelalaian lah yang syaitan akan mulakan godaan terhadap anak adam, dan akhirnya kelalaian itu akan membawa kepada maksiat.
Hentikan hiburan yang melanggar syariat ketika tengah di timpa banjir ini, mulakan dari rumah sendiri, dan istiqamahkan perkara ini inshaAllah.
Semoga Allah pelihara kita daripada azab api neraka.

fb : Muhamad Ilyas Mohd Mydin

Wednesday, January 13, 2021

Wabak

Di zaman Saidina Umar R.A ada wabak yg lebih dahsyat iaitu Wabak Taun Amwas..namun,masjid tetap dibuka..cuma yang berpenyakit dilarang keluar drpd rumah supaya tidak menjangkiti yg lain

Sunday, August 11, 2019

PENGORBANAN

pengorbanan yg dibuat terhadap sesuatu perkara menyebabkan kita menghargai perkara tersebut...contoh...tengok je Hari Raya Puasa nanti semua orang akan BERAYA sakan..sebab kita MERASAKAN sudah BUAT PENGORBANAN menahan lapar dan dahaga,menahan nafsu selama sebulan,apa lagi yg bertarawih malam 20 rakaat qiam lama2 SAMPAI lenguh kaki..hasil daripada PENGORBANAN yg semacam tu kita begitu menghargai SYAWAL..walaupun sebenarnya SYAWAL cuma sehari je, tapi kita sambut SEBULAN beraya sakan....cuba tengok RAYA HAJI pulak macam mana?macam biase2 je,walaupun RAYA HAJI disambut sebenarnya selama 3 hari bertakbir...RAYA PUASA takbir sehari je...sebab tiada PENGORBANAN yg dibuat sebelum menjelang RAYA HAJI,melainkan org yg pegi HAJI tu sendiri yg merasakan betapa berharganya RAYA HAJI..yg tak pegi HAJI,macam biasa je...

Begitulah dengan PENGORBANAN yg dibuat utk dapatkan IMAN...mujahadah,susah payah tinggalkan rumah,tinggalkan keluarga (sekejap je),korban perasaan,tidur di lantai,cuci kain sendiri,masak sendiri..buat ziarah pula siap kena marah org...kena ejek...semasa kuar dakwah..kluar utk USAHAKAN IMAN DAN AMAL..

Dan orang yang BUAT PENGORBANAN atas agama sahaja yg tahu betapa bernilainya IMAN dan AMAL setelah melalui proses MUJAHADAH...wallahu Alam..

Usaha Mastrat

Pentingnya USAHA MASTURAT

Dalam Quran Ada kisah 2 org Nabi ulul azmi yg mempunyai anak masing2. Nabi Ibrahim a.s. dgn anaknya Ismail a.s dgn Nabi Nuh a.s dgn anaknya Kanaan.
Ismail a.s sejak dr lahir belum dpt belaian,tarbiah dr seorang bapa. Namun,apabila diberitahu utk dikorbankan dia sanggup dan sedia utk dkorbankan..
Kanaan pula,dr kecil hingga dewasa mendapat tarbiah,kasih sayang dr bapanya Nuh a.s. Namun,ingkar pd bapa dan Tuhannya apabila menolak seruan bapanya kpd Tauhid. Diajak kepada Tauhid,bukannya hendak dKorbankan..

Kedua2nya anak seorang Nabi,tapi berbeza dr IMAN DAN TAQWA...kerana KESAN DAN PENGARUH SEORANG IBU...

Walaupun belum mengenal bapanya,Ismail a.s sejak kecil diasuh dan diajar dgn baik oleh ibunya Hajar a.s shingga dewasa mwnjadi seorang Nabi.
Kanaan pula,membesar dgn pengaruh drpd ibunya. Shingga dewasa mnjadi pnentang kpd dakwah Nabi Nuh a.s. Bukan skadar menentang malah mnuduh Nuh a.s sbg gila dan kurang waras.

Sebab tu,wanita jg memainkan pranan yg besar dlm menyebarkan dan meninggikan agama Allah,bermula dr dlm rumah kpd sluruh umat sluruh alam. Sepertimana istri2 dan wanita2 para sahabat dan Nabi s.a.w, spertimana Khansah r.ha,Ummu Hani r.ha,ummu Haram r.ha,Ummu Aiman r.ha,ummu Sulaim r.ha,Zanirah r.ha,isteri Ammar bin Jamooh r.ha,Khadijah r.ha,Fatimah r.ha,dll..

Sebab tu Ulama minta supaya wanita2 dibawa dalam usaha mastrat,bukan lelaki sahaja kluar jalan Allah dan fikir agama..wanita pun diajak bsama dlm Usaha Agama..bermula dgn hidupkan 5 AMAL RUMAH,hadiri Talim mingguan mastrat, kelluar 3hari mastrat stiap 3Bulan,10hr dlm setahun,40hr ke 2bulan negara2 jauh..

Wallahu alam

Monday, September 10, 2018

JIHAD

Jemaah Tabligh "belum" buat jihad perang.. Haji Abdul Wahab Hafidzahullah Syura Dakwah & Tabligh di Pakistan usia 95 tahun pernah ditanya oleh para ahli Taliban.. Taliban ; Hai syeikh.. Mengapa usaha dakwah & tabligh ini hanya berdakwah untuk memakmurkan Masjid saja tapi tak pernah pergi jihad perang melawan musuh para kafiriin..? Haji Abdul Wahab ; apakah engkau sudah buat dakwah kepada mereka orang² kafiir?

Taliban ; belum Syeikh.

Haji Abdul Wahab menjawab ; dan jika orang² kafir yg kau perangi mati dan masuk neraka apakah hatimu merasa senang?

Taliban ; hanya terdiam

Haji Abdul Wahab ; kalau engkau merasa senang dengan kematian mereka dalam keadaan kafir dan masuk kedalam neraka, lalu apa bezanya engkau dengan iblis laknatullah..?
Sebab iblis juga menghendaki mereka mati dalam keadaan kafir dan masuk neraka.

Pernah Rasulullah SAW bersama Sahabat R.Hum berkumpul tiba² lalu jenazah orang kafir diusung,Rasulullah SAW bersedih.
lalu sahabat berkata wahai Rasulullah kenapa engkau bersedih? mereka adalah orang kafir dan yang mati juga itu orang kafir?

Lalu Rasulullah bersabda.. "itulah yang aku sedihkan, bukankah kalian tahu kalau mereka mati dalam keadaan kafir maka mereka akan masuk neraka selama²nya dan sesungguhnya dakwahku belum sampai kepada mereka"

Maka inilah Risaunya Baginda Nabi SAW..
Baginda Nabi SAW tak pernah menghendaki peperangan,sebelum dakwahnya telah disampaikan.. Jika jihad perang diganjar Allah Mati syahid, maka orang berpegang teguh menghidupkan Sunnah Nabi SAW diganjar pahala 100 orang mati syahid.. Dari Ibnu Abbas r.huma. berkata Rasulullah SAW," Barang siapa berpegang teguh pada sunnahku ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala 100 orang mati syahid" [Hr. Baihaqi]

Inilah jihadnya Jemaah Tabligh - Jihad melawan hawa nafsu.
- Jihad mengajak pada amar ma'aruf nahi mungkar.
- Jihad menghidupkan sunnah Rasul  pada kehidupan sehari hari.
- Jihad memakmurkan Masjid/Mushola solat fardhu 5 waktu.
- Jihad mengajak umat yang lalai menjadi Taat kepada Allah dengan Dakwah Ilallah.
- Jihad dengan korbankan Masanya,hartanya dan dirinya tanpa bantuan dana dari orang lain.

SEMOGA MENJADI ASBAB HIDAYAH.
#jihad
#dakwah
#tabligh
#motifasidiri
#asbab_hidayah
#sunnah
#rindu_rasulullah
#perindu_surga
#dakwah_tabligh
#seluruh_alam
#islah_diri
#cinta_akhirat
#fiisabilillah
#jaulah

Ps: lama da tak post artikel...

Friday, February 10, 2017

Tarbiah Sentap: Isu Palestin: Apakah cara nak menangkan islam?

Tarbiah Sentap: Isu Palestin: Apakah cara nak menangkan islam?: Dunia dah nak kiamat. Makin hari, makin kucar kacir. Makin hari, pelbagai kisah-kisah, detik-detik, peristiwa-peristiwa yang membuatk...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails