CARI DALAM BLOG INI

Thursday, January 6, 2022

Bila manusia berdiri di depan Allah dan salahkan syaitan

Syaitan akan kata jangan salahkan Aku.
Walaupun benar aku menggoda kamu, tetapi bukankah dalam masa yang sama Allah telah utuskan rasul yang datang ingatkan kamu.
Kamu dengar cakap aku, mengapa kamu tidak mendengar peringatan rasul.
Maka syaitan akan minta Allah tunaikan janjinya ketika itu, iaitu masukkan semua yang mengikutinya ke dalam api neraka bersama dengannya.
Berwaspadalah.
Untuk elakkan ikut syaitan masuk neraka, tinggalkan perkara yang melalaikan, kerana dengan kelalaian lah yang syaitan akan mulakan godaan terhadap anak adam, dan akhirnya kelalaian itu akan membawa kepada maksiat.
Hentikan hiburan yang melanggar syariat ketika tengah di timpa banjir ini, mulakan dari rumah sendiri, dan istiqamahkan perkara ini inshaAllah.
Semoga Allah pelihara kita daripada azab api neraka.

fb : Muhamad Ilyas Mohd Mydin

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails