CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Monday, May 4, 2009

DAKWAH DI KALANGAN WANITA/MASTURAT

GOLONGAN wanita atau masturat perlu dilibatkan dalam usaha agama/dakwah. ini kerana wanita merupa kan golongan paling ramai dalam populasi dunia hari ini, diikuti kanak-kanak dan diikuti golongan lelaki. jika wanita tidak dididik cara agama dan sunnah, maka anak-anak akan dididik dengan cara jauh menyimpang dari dididikan islam. natijahnya, akan lahir dari rumah-rumah orang islam, anak yang derhaka, tidak taat ibubapa, langgar perintah Allah, perompak,penyamun dan macam-macam lagi gejala sosial.
semasa zaman sahabat,ilmu/hadis yang diperolehi daripada Rasulullah di masjid, terus dibawa balik ke rumah dan diajar serta disampaikan kepada ahli keluarga masing-masing. Dengan wujudnya suasana agama di rumah, keluarlah dari rumah-rumah sabahat anak yang soleh dan solehah,hafiz-hafizah,alim-alimah dan para daie'-daie' Allah.
Berbeza dengan keadaan di rumah kita pada hari ini, ilmu agama yang diperolehi dari masjid hanya sampai di pintu rumah. Ahli keluarga tidak diberi pendedahan tentang agama, maka wujudlah suasana selain agama di rumah. suasana karaoke, sukan, mengumpat, dan macam-macam lagi.
Bapa adalah ketua bagi rumah tangga, dan setiap ketua akan ditanya di akhirat terhadap apa-apa yang ada dibawah tanggung jawabnya.

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails