1. Masjid dan Surau di keningau,Nabawan,sook LEBIH KURANG 72 buah.
2. Bilangan Masjid Hidup dengan amal (dakwah,ta'lim ta'lum, zikir ibadat, khidmat ) = 2 buah
3. Bilangan masjid hidup beberapa amal = 16 buah
4. Masjid dan surau tanpa amal = 54 buah
5. Bilangan Masjid Hidup dengan amal 24 jam ( seminggu sekali ) = 2 buah
Beginilah keadaan masjid dan surau sekitar daerah keningau. Ini baru sebahagian karkuzari/laporan tentang keadaan masjid dan surau di sekitar Keningau. Malah ada masjid/surau yang hidup seminggu sekali untuk solat Jumaat, ada setahun 2 kali, solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Malah ada yang terbiar dan dimasuki dan dikotori dengan najis anjing dan kambing. Jemaah-jemaah dakwah yang datang merasa sedih dengan keadaan masjid/surau bukan sahaja di sekitar Keningau, malah seluruh dunia. Di samping kita bangga dengan masjid-masjid / surau-surau yang besar-besar dan indah-indah, perlu kita rasa sedih dengan keadaan 'rumah-rumah' Allah mutaakhir ini. Program mengimarahkan masjid bukan hanya setakat di tempat-tempat kita malah di tempat yang gersang. Oleh kerana itu, jemaah-jemaah dakwah dihantar ke kampung-kampung jauh di pedalaman,di kota-kota, dan seluruh dunia sebagai salah satu usaha untuk mengimarahkan masjid-masjid dan mengajak orang tempatan untuk fikir risau dengan keadaan masjid dan agama yang suci ini. KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?
No comments:
Post a Comment
JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.